You are on page 1of 36

Bab 1: PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN

SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL

- Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peraturan yang
ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

- Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan

CIRI PERBANKAN KONVENSIONAL

Beri faedah atas simpanan

Kenakan faedah atas pinjaman

Buat pelaburan

Utamakan keuntungan

SISTEM PERBANKAN ISLAM

- Berlandaskan prinsip Islam

- Tiada amalan riba dan faedah

PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL (SPK) DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM (SPI)

SPK

SPI

- Mengandungi unsur riba

- Mengharamkan unsur riba

- Tertakluk kepada peraturan BNM

- Tertakluk kepada peraturan BNM dan

hukum syarak

- Bebas melabur dalam semua sektor


termasuk perjudian

- Melabur hanya di tempat halal /tidak

meragukan

- Penasihat terdiri daripada pakar

perbankan konvensional sahaja

- Penasihat terdiri daripada ulama,ahli

akademik dan pakar perbankan Islam

JENIS BANK

Bank pusat

Bank perdagangan dan Bank Islam

Bank Saudagar

Bank Badan Berkanun

Bank Koperasi

FUNGSI BANK NEGARA MALAYSIA

Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara

- wang kertas dan syiling

- kawal kiriman wang ke luar Negara

Menjadi jurubank kepada kerajaan

- sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan

- sebagai penasihat pelaburan kerajaan

- jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan

Laksanakan dasar kewangan kerajaan

- awasi tahap kredit


- tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai

Menjadi jurubank kepada bank perdagangan

- sumber pinjaman terakhir

FUNGSI BANK PERDAGANGAN

Terima simpanan - akaun simpanan / tetap/ semasa

Beri kemudahan pembiayaan pinjaman / overdraf

Beri kemudahan pembayaran pindahan kredit / arahan tetap

Beri perkhidmatan lain kad kredit / peti simpanan selamat

FUNGSI BANK SAUDAGAR

Terima simpanan dari syarikat besar

Beri pinjaman

Beri khidmat nasihat korporat

Urus pelaburan syarikat berhad

Tangung jamin terbitan syer

FUNGSI BANK BADAN BERKANUN

Bank Simpanan Nasional

- Terima simpanan akaun simpanan/tetap

- Beri pinjaman untuk beli rumah/kereta

- Tawar kad kredit kad Visa Klasik /Kad Visa Emas

- Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah

Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

- Biaya aset tetap - tanah / bangunan

- Biaya modal kerja beli bahan mentah/stok barang niaga


- Sedia skim kilang bimbingan beri modal / khidmat nasihat

- Sedia tabung usahawan baru bagi sektor pembuatan/pelancongan

- Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Bank Pertanian Malaysia

- Beri pinjaman beli tanah/ mesin

- Terima simpanan akaun simpanan/tetap

- Beri kemudahan sewa jentera

- Anjur kursus / latihan kepada usahawan bumiputera

FUNGSI BANK KOPERASI

Terima simpanan

Beri pinjaman

Tawar perkhidmatan perbankan Islam

BANK ISLAM

- Bank Islam berdasarkan hukum Islam dan peraturan syariah.

- Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIBM) dan Bank Muamalat Berhad.

- tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983.

- Ciri iaitu;

Riba iaitu bunga atau faedah tidak dibenarkan

Mudharabah dan musyarakah (amalkan konsep perkongsian untung rugi)

Maisir iaitu perjudian tidak dibenarkan

- ada tiga konsep:

Wadiah
Mudharabah

Musyarakah

PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN

Menerima simpanan

(a) Akaun Simpanan

- amaun simpanan yang kecil

- boleh keluar bila-bila masa

- dapat faedah

- dapat kemudahan kad teller automatik

(b) Akaun Semasa

- Sesuai dibuka oleh peniaga

- Dapat guna cek

- Tidak dapat faedah

- Perkhidmatan dikenakan caj

- Boleh dapat kemudahan lain seperti overdraf /pindahan kredit

(c) Akaun Simpanan tetap

- Simpanan mengikut tempoh 3 bulan/ 6bulan

- Simpanan minimum ditetapkan oleh bank

- Kadar faedah lebih tinggi dari Akaun Simpanan dan ikut tempoh

- Bank beri sijil simpanan tetap tidak boleh pindah milik tetapi boleh dicagar

Kemudahan Pembayaran
(a) Pindahan kredit

- Bayaran terus ke akaun penerima

- Boleh bayar kepada beberapa penerima dengan guna sekeping cek

- Sesuai untuk bayar gaji / jelaskan hutang

- Selamat dari risiko kehilangan cek / cek tak laku

- Hanya sesuai untuk penerima yang ada akaun di bank

(b) Arahan tetap

- Arahan bertulis oleh pemegang akaun kepada bank

- Untuk bayaran tetap /berkala seperti sewa / insurans

- Dapat bayar secara konsisten / tepat masa

- Tidak perlu ingat tarikh bayaran

- Elak dikenakan surat peringatan tidak membayar hutang

(c) Pindahan elektronik/ telegraf / mel

i. Pindahan elektronik

- cara membayar paling pantas

- wang boleh dipindahkan dari akaun pelanggan kepada akaun pemiutang di


mana-mana bank secara on-line / guna kad ATM

ii. Pindahan telegraf

- Cara bayaran pantas ke luar Negara

- Bank arah bayaran dibuat melalui teleks ke cawangannya di luar Negara

- Pelanggan dikenakan komisen/caj

iii. Pindahan mel

- Sama seperti pindahan telegraf, cuma arahan dihantar melalui mel

(d) Draf Bank


- Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan

- Untuk bayar hutang/bil tertentu

- Bayaran terjamin

- Draf bank boleh dipalang- tidak boleh ditunai tetapi mesti didepositkan dalam akaun
penerima

(e) Cek Jurubank

- Dikenali sebagai perintah juruwang

- Perintah yang dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk bayaran tertentu kepada
penerima dalam daerah yang sama

- Kena bayar komisen

- Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang besar

- Cara bayaran yang meyakinkan penerima

3. Kemudahan Pembiayaan

(a) Pinjaman

- Wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat

- Contoh: pinjaman untuk beli tanah/ bangunan

- Kelulusan berdasarkan nilai cagaran/kemampuan bayar balik

- Dikenakan faedah

- Faedah atas pinjaman bergantung kepada tempoh pinjaman/cagaran

- Dua bentuk pinjaman : Pinjaman bercagar dan Pinjaman tidak bercagar

- Pinjaman bercagar ada cagaran yang nilainya lebih tinggi dari nilai pinjaman
seperti geran tanah /geran rumah

- Pinjaman tidak bercagar tiada cagaran hanya bergantung kepada kepercayaan bank
dan pihak penjamin

(b) Overdraf

- Satu bentuk wang pendahuluan


- Cara mudah/segera pinjam wang dari bank oleh pemegang akaun semasa

- Boleh keluarkan wang lebih dari jumlah yang ada dalam akaunnya

- Faedah dikenakan terhadap amaun overdraf yang digunakan mengikut kadar


harian

FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENDAPAT PINJAMAN DAN OVERDRAF

i. Tujuan pinjaman / overdraf

- mesti sesuai dengan syarat bank/ perlaburan yang berpotensi

ii. Kedudukan kewangan

- baik/boleh dipercayai

iii. Nilai cagaran

- mesti lebih tinggi daripada jumlah pinjaman

iv. Dasar bank pusat

- Utamakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

4. Perkhidmatan Lain

(a) Kad Kredit

- sejenis kad yang bolehkan pemiliknya membeli-belah tanpa wang tunai

- pemilik kad berhutang dengan pihak bank

- dikenakan caj perkhidmatan

- boleh juga digunakan untuk bayar sewa hotel / tempah tiket penerbangan

(b) Peti simpanan selamat

- Untuk simpan barang berharga seperti barang kemas/geran tanah

- Dikenakan caj

(c) Perbankan elektronik (e-banking)


- Urusniaga melalui komputer peribadi/telefon bimbit

- pantas/mudah/ jimatkan kos

(d) Tukaran mata wang asing

- contoh: Ringgit Malaysia tukar kepada Yen Jepun

(e) Cek Kembara

- dijual kepada pelanggan yang hendak ke luar negara

- tidak perlu bawa wang dengan banyak/ elak risiko kecurian

- dijual dalam mata wang Dolar Amerika / Yen Jepun

- boleh ditunai serta-merta /di mana-mana cawangan bank di negara asing

(f) Jaminan jurubank

- Jaminan bank kepada pihak tertentu bahawa bank akan membayar segala
hutang pelanggannya jika pelanggannya tidak siapkan projek / jelaskan hutang

- Perlu beri deposit kepada bank untuk dapatkan jaminan

- Deposit ini akan digunakan oleh bank untuk membayar hutang jika pelanggan
tidak dapat siapkan projek

(g) Perbankan Islam

- Terima simpanan - Akaun Simpanan Wadiah/Akaun Semasa Wadiah/Akaun


Pelaburan Mudharabah

- Beri kemudahan pembiayaan Ijarah / Al Rahnu

CEK

Maksud Cek

- Dokumen perintah bertulis

- oleh penyimpan akaun semasa


- kepada pihak bank dan mengarahkannya untuk membuat bayaran

- sejumlah wang tertentu

- pada tarikh tertentu

- kepada menerima atau pembawa cek apabila dituntut.

Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek

Pesuruh bayar - bank yang mengeluarkan cek

Penyuruh bayar - orang / pihak yang menandatangani cek

Penerima - orang / pihak yang menerima bayaran

[orang / pihak yang namanya tercatat pada cek]

Jenis Cek

- terdapat dua jenis iaitu;

cek terbuka

cek berpalang

Cek Terbuka

- ada dua jenis iaitu;

Cek Pembawa

- ada perkataan atau pembawa yang tidak dipotong

- cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank oleh penerima atau sesiapa sahaja

- nama penerima boleh diganti dengan perkataan Tunai

- cek ini tidak selamat

Cek Perintah

- perkataan atau pembawa telah dipotong

- boleh ditunaikan oleh penerima di kaunter bank dengan menunjukkan kad pengenalan
- boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima

- masih kurang selamat

Cek Berpalang

- cek yang mempunyai dua garisan selari melintangi permukaannya sama ada ditengah-tengah
atau di penjuru atas sebelah kiri

- cek tidak boleh ditunaikan di kaunter bank

- mesti dimasukkan ke dalam akaun bank

- cek ini lebih selamat

- ada tiga jenis iaitu;

Cek Berpalang Am

- ada 3 jenis iaitu dalam palang;

tidak ditulis dengan sebarang perkataan

ada perkataan & Co.

ada perkataan Tak Boleh Niaga

tidak boleh dipindah milik

Cek Berpalang Khas

- penerima cek mesti memasukkan cek ini ke dalam akaun bank yang dinyatakan dalam
palang

- contoh:

jika dalam palang ada tulis Maybank

penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya di mana-mana cawangan
Maybank

jika dalam palang ada tulis Maybank , Tapah

penerima cek / sidibayar mesti masukkan cek ini ke dalam akaunnya hanya di Maybank Tapah.
Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang

CEK TERBUKA

CEK BERPALANG

1. Tiada garisan selari pada muka cek

1. Ada dua garisan selari pada muka cek

2. Boleh ditunaikan dikaunter bank

2. Mesti didepositkan dalam akaun

3. Tidak selamat

3. Selamat kerana cek boleh ditahan pembayaran

Sebab Cek Berpalang dibuat

- Penyuruh bayar tidak mahu cek itu ditunaikan

- Cek hendak dimasukkan kedalam akaun bank tertentu

- Untuk menjadikan cek lebih selamat

- Apabila penerima tidak mahu cek terbuka

Kelebihan Cek sebagai alat pembayaran

- Mudah digunakan kerana boleh guna untuk sebarang nilai

- Tidak perlu mengira wang tunai

- Boleh dihantar melalui pos

- Selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai

- Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risiko kecurian

- Sebagai bukti pembayaran

- Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan cek bertarikh hadapan

- Murah jika dibandingkan dengan cara bayaran lain


- Boleh batalkan pembayaran

Kekurangan Cek sebagai alat pembayaran

- Cek bukan wang sah

hanya boleh digunakan jika penerima mahu menerimanya

- Lambatkan proses terima wang

penerima cek terima wang bila cek telah ddijelaskan

- Penerima cek perlu bayar komisen

- Boleh berlakunya penipuan / pemalsuan

kerana butir dalam cek boleh dicetak / tanda tangan boleh ditiru

- Penerima cek terima cek tak layan

hutang tidak dapat dikutip / peniaga rugi

Lain-lain Jenis Cek

Cek Bertarikh Hadapan

- cek yang ditulis dengan tarikh akan datang

- contoh: cek dikeluarkan pada 7.1.2004 tetapi ditulis dengan tarikh 31.1.2004

- penerima akan hanya terima bayaran pada atau selepas tarikh matang

- dalam contoh di atas penerima akan hanya menerima bayaran pada atau selepas 31.12.2004

- sebelum tarikh matang, cek ini menjadi cek tak laku

Cek Mati

- cek yang tempoh pembayarannya telah tamat

- biasanya cek bank perdagangan laku dalam tempoh 6 bulan manakala cek Bank Negara laku
dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek dikeluarkan

- contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada 1.1.2004 akan menjadi cek mati mulai pada
1.4.2004
Cek Dalaman

- cek yang dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan
penyuruh bayar

- cek boleh ditunaikan serta merta dikaunter bank

Cek Bertanda

- penerima cek dijamin akan menerima bayaran sehingga tarikh tertentu

- perkataan Baik untuk pembayaran sehingga .. akan ditulis pada muka cek

- contoh: Baik untuk pembayaran sehingga 3.3.2002 [penerima cek dijamin akan
mendapat bayaran sehingga tarikh 3.3.2002]

Cek Kosong

- cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap dan ditanda tangani KECUALI amaun jumlah
dalam perkataan dan angka

- cek ini digunakan apabila penyuruh bayar tidak tahu jumlah bayaran yang sepatutnya dibayar
kepada sidibayar

- sebagai langkah keselamatan, perkataan tidak melebihi RM. akan ditulis pada cek

Cek Tak laku

- cek yang tidak diterima oleh bank untuk pembayaran

- sebab cek menjadi cek tak laku:

cek bertarikh hadapan

cek kotor/rosak/koyak

cek kosong

cek mati

jumlah dalam angka dan perkataan tak sama

baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup

penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum cek ditunaikan

tiada tanda tangan penyuruh bayar

penyuruh bayar membatalkan cek yang dikeluarkan


tanda tangan pada cek tidak sama dengan kad contoh tandatangan

Kebaikan Cek berbanding Kad Kredit

- Cek mudah digunakan kerana tidak mengunakan alat teknikal

manakala Kad kredit perlukan alat khas atau untuk perniagaan tertentu sahaja.

- Cek boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengikut waktu perniagaan

manakala Kad kredit mengikut waktu perniagaan

- Cek tidak ada had jumlah kerana tidak ada kredit limit

manakala Kad kredit ada kedit limit yang berdasarkan pendapatan pemilik

- Cek selamat digunakan kerana boleh dipalang atau boleh ditahan pembayarannya

manakala Kad kredit tidak boleh dibatalkan

- Cek boleh keluar cek lewat tarikh dan dapat kredit tanpa caj

manakala Kad kredit kena caj.

Kebaikan Cek Kembara Berbanding Cek

- Cek Kembara boleh ditunaikan dimana-mana bank di luar negeri

manakala Cek hanya boleh ditunai sekiranya bank (pesuruhbayar) mempunyai cawangan di luar
negeri.

- Cek Kembara diterima oleh pelbagai pihak selain bank

kerana terjamin pembayarannya

oleh itu boleh ditunai bila-bila masa

manakala Cek hanya di terima pihak bank sahaja

dan boleh ditunai pada waktu pejabat sahaja.

- Cek Kembara mudah ditunaikan/serta merta

manakala Cek perlu tempoh penjelasan/lambat

- Cek Kembara laku sepanjang masa

manakala Cek mempunyai had tempoh lakunya/contoh 3 bulan


Sumber Kewangan Lain

Syarikat Kewangan

- tidak menyediakan akaun semasa

- perkhidmatan yang disediakan;

Menerima simpanan

dalam bentuk akaun simpanan dan akaun simpanan tetap

Membiayai / memberi pinjaman peribadi , pinjaman perumahan dan pinjaman sewa beli

Menyewakan aset / menyediakan pajakan

dalam bentuk bangunan / ruangan pejabat

Melabur dalam pasaran kewangan dan perniagaan

Pembiayaan pajakan , projek perumahan dan pelaburan individu

- contoh: Public Finance , Maybank Finance

Syarikat Pajakan

- Perjanjian antara syarikat pajak dengan pemajak bagi menyewa satu aset tertentu yang
diperolehi daripada penjual

- pemajak perlu membayar sewa sepanjang tempoh pajakan

- sepanjang tempoh pajakan / sewaan, aset (mesin) itu adalah kepunyaaan syarikat pajakan.

- contoh aset yang biasa dipajak seperti mesin, kenderaan dan premis

- contoh syarikat pajakan : Sunsea Credit & Leasing Sdn. Bhd.

- kebaikan:

dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal

boleh mendapatkan aset tanpa cagaran

merupakan satu sumber modal tambahan

mengurangkan pembayaran cukai


Syarikat Pemfaktoran

- peniaga boleh menjual akaun belum terimanya / invois kepada syarikat pemfaktoran / bank
untuk mendapatkan wang tunai dengan segera

- jumlah wang tunai yang diterima oleh peniaga adalah jumlah nilai akaun belum terima / invois
setelah ditolak kadar faedah dan bayaran perkhidmatan antara 1 2 peratus atas nilai aset akaun
belum terima / invois

- contoh syarikat pemfaktoran : Public Leasing and Factoring Sdn. Bhd.

- kebaikan:

boleh mendapat wang tunai dengan segera

dapat mengelakkan risiko hutang lapuk

mengatasi masalah aliran tunai

tidak perlu lagi mengawasi akaun belum terima

Syarikat Jaminan Kredit Malaysia

- milik bersama Bank Negara Malaysia dengan semua bank perdagangan

- ditubuhkan untuk bantu peniaga kecil mendapatkan pinjaman dari bank perdagangan

- syarikat ini tidak beri pinjaman tetapi bertindak memberi khidmat nasihat dan jaminan kepada
pinjaman yang telah diluluskan

- peminjam boleh terdiri daripada individu, perkongsian, syarikat sdn.bhd., koperasi dan
pertubuhan

- Kebaikan:

bank perdagangan tidak perlu risau risiko hutang lapuk dari pinjaman

peminjam (peniaga) boleh dapat pinjaman tanpa cagaran yang banyak


TINGKATAN 5 : BAB 1 PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN

BAB 1 : PERBANKAN DAN INSTITUSI PERBANKAN

BANK.

JENIS BANK.

Bank Pusat cth Bank Negara

Bank perdagangan cth Bank Bumi putera Bhd.

Bank Koperasi cth Bank Rakyat Bhd.

Bank Berkanun cth BSN Bank ertanian Bhd

Bank Saudagar cth Arab Malaysian Merchant Bank Bhd.

Apakah peranan Banak Negara Malaysia?

Mengawal dan mengeluarkan mata wang negara

sebagai jurubank kerajaan

sebagai jurubangk perdagangan

melaksanakan dasar kewangan kerajaan

mengawal pengiriman wang ke luar negara

selaku peminjam terakhir bank perdagangan

menyediakan tempat penjelasan cek

Apakah fungsi bank perdagangan ditubuhkan?

Menerima simpanan dari orang ramai

membuat pembayaran bagi pihak pelanggan / penggunaan cek

khidmat-khidmat lain

Huraikan matlamat penubuhan Bank Koperasi?

Tujuan penubuhan

1. meninggikan taraf ekonomi ahli


2. mengumpul modal daripada ahli

3. mencari keuntungan

Dapat sumber kewangan daripada

1. simpanan orang ramai

2. keuntungan daripada pelaburan

3. faedah daripada pinjaman orang ramai

4. penjualan syer bank koperasi

tidak dibenarkan menjalankan kegiatan

1. akaun semasa

2. kemudahan overdraf

3. mendiskaunkan bil

4. pertukaran wang asing

Terangkan perkhidmatan yang diberikan oleh Bank Simpanan Nasional?

1. Menerima simpanan orang ramai

2. Menyediakan kad juruwang elektronik

3. Kemudahan GIRO

4. sijil simpanan premium

5. skim potongan gaji

6. baucer hadiah

7. cek kembara

8. pinjaman pelajaran / perumahan

Apakah tujuan penubuhan Bank Pembangunan Malaysia?

1. Meningkatkan pernyertaan bumiputera dalam perniagaan / industri


2. melahirkan ramai usahawan bumiputera melalui

a. memberi latihan pengurusan

b. memberi pinjaman

c. menyediakan projek yang dibiayai oleh bank ini

d. memajukan industri desa

e. memberi galakan pelaburan/ penyelidikan

Apalah tujuan penubuhan Bank Pertanian?

Membuat pembangunan pertanian yang mantap

menggerakkan simpanan orang ramai ke sector pertanian

memberi pinjaman di sector pertanian

Terangkan tujuan penubuhan Banak Saudagar?

tidak memberi khidmat kepada orang ramai

memberi khidmat kepada saudagar, syrikat Bhd

khidmat yang lain

a. menerima simpanan

b. memberi pinjaman

c. membantu syarikat Bhd menerbitkan syer di pasaran saham

d. membantu syarikat bhd mengambil alih perniagaan lain

e. penanggung jamin syer syarikat bhd

f. khidmat pengurusan pelaburan

g. membuatn penyelidikan projek

Apakah keistimewaan Bank Islam berbanding bank-bank lain?

Menjalankan urusniaga berdasarkan hukum syariah

tiada unsur gharat tiada penjelasan dalam sesuatu perjanjian


tiada unsur maisir perjudian

urusniaganya berasaskan prinsip

Prinsip al-wadiah

jika wang yang disimpan oleh orang ramai sebagai satu amanah bank tidak bertanggung jawab nika
hilang / dicuri bukan kerana kecuaian bank

jika wang yang disimpan digunakan oleh bank dengan izin orang ramai bank akan bertanggung
jawab jika hilang/dicuri

Prinsip al mudharabah

perjanjian antara pelanggan (pemilik modal) dengan pihak bank (pengusaha)

isi perjanjian pelanggan akan membiayai sepenuhnya projek perniagaan

untung dibahagi mengikut nisbah 7:3

jika rugi akan ditanggung oleh pelanggan kecuali sebab kecuaian bank

Prinsip al musyarakah

perjanjian perkongsian antara dua pemilik modal untuk menjalankan perniagaan

isi perjanjian bersetuju bersama berkongsi modal dan berkongsi untung / rugi

Jenis akaun yang boleh dibuka

akaun semasa boleh guna cek

akaun simpanan dapat sebahagian untung bank

akaun pelaburan disimpan dalam tempoh tertentu untung dibahagi mengikut nisbah 7 :3

2. PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN

Nyatakan Dan Terangkan Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Bank Perdagangan?

Khidmat simpanan

akaun simpanan

menyimpan wang dalam jumlah yang kecil


minima simpanan RM1.00

wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa /cat juruwang elektronik

akaun simpanan tetap

menyimpan jumlah wang dalam tempoh tertentu conthnya 3,6 12 bulan

minima simpanan RM 500.00

kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan

cara membuka akaun

- isi borang dan tandtangani borang kad tandatangan

- nyatakan tempoh simpanan

- serahkan borang dan dapatkan resit

- wang boleh dikeluarkan bila tempoh matang bersama bunga.

akaun semasa

cara membuka akaun

perlu diperkenalkan kepada oleh seseorang yang telah membuka akaun semasa

isi borang dan tandatangani borang kad tandatangan

minima simpanan RM 500.00

anda akan diberi buku cek untuk kegunaan mengeluarkan wang

pelanggan boleh juga menggunakan kad juruwang elektronik utnuk mengeluarkan wang.

Khidmat pembayaran

pindahan kredit

o memindahkan wang terus ke dalam akaun penerima

o pemegang akaun semasa mengarahkan bank membayar kepada penerima dengan cara
memindahkan wang ke dalam akaun penerima

o cara isi borang

nama penerima, no akaun dan nama bank

dibit akaun pelanggan dan kredit akaun penerima

contoh pembayaran gaji, sewa, ansuran sewa beli


o kebaikan

tidak perlu mengirim cek

jimat kos setem dan buku cek

tidak perlu menukarkan cek kepada wang tunai

selamat dari risiko kecurian dan cek tak layan

perintah sedia ada

Arahan daripada pemegang akaun semasa kepada bank untuk membayar sejumlah wang yang tetap
secara berulangan kepada pemiutang sehingga arahan dibatalkan

cara

isi dokumen arahan

bank akan debitkan akaun pelanggan dan pindahkan ke akaun pemiutang

contoh bayar sewa, premium insurans, ansuran sewa beli

kebaikan

pembayaran dapat dibuat dengan cepat dan tepat

tidak perlu mengingat tarkh pembayaran hutang

mengelakkan daripada mendapat surat peringatan membayar hutang

jimat masa

3. debit terus

bank membayar bagi pihak pelanggan jumlah hutang yang berubah-ubah dan tidak tetap

cara

arahan daripada pemiutang, bukan pelanggan

semasa invois dihantar, pemiutang menyertakan bersama borang debit terus kepada bank
pembeli

bank akan mendebitkan akaun pembeli dan memindahkan wang ke akaun pemiutang

kebaikan

bayaran cepat

tidak perlu mengingat tarih mekbayar hutang

tidak perlu mengeluarkan cek


jimat masa

4. kad cek

kad jaminan yang dikeluarkan oleh bank untuk menjamin pembayaran cek yang dikeluarkan oleh
pemegangnya sehingga jumlah tertentu

diberi kepada pelanggan yang mempunyai kedudukan kewangan yang baik

jika wang di dalam akaun tidak cukup, bank tetap akan membayar jumlah cek tersebut

cek tersebut ada nombor kad cek di belakang

cek ini tidak boleh diragui oleh penerimanya.

Khidmat pengiriman

bank draf

v perintah bertulis dari pihak bank atas permintaan pelanggan kepada cawangan banknya di tempat
lain

v untuk mengirim wang ke dalam dan luar negeri

v cara

o isi borang

o bayar jumlah kiriman wang termasuk komisen

o bank draf akan dikeluarkan dan dikirimkan kepada penerima

o jika bank draf dipalangkan tidak boleh ditunaikan/ masuk dalam akaun dahulu

v kebaikan

o cepat

o selamat

o kos murah

cek bank

nama lain cek kasyier / cek juruwang

dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan untuk membayar kepada penerima di Bandar yang
sama

cek ini dijamin pembayarannya oleh bank

sebab digunakan
penerima tidak mahu cek biasa sebab dibimbangi cek tak layan

tidak mahu membawa tunai yang banyak / selamat

pindahan telegraf

perintah yang dihantar menggunakan teleks oleh bank atas permintaan pelanggan kepada bank
cawangannya untuk membayar sejumlah wang kepada penerima

- cara yang paling pantas menghantar wang ke dalam dan luar negeri

- cara

1. isi borang

2. serahkan wang kiriman, komisen dan bayaran teleks

- kebaikan

1. sama seperti bank draf

Khidmat pembiayaan

PINJAMAN

OVERDRAF

1. Diberi kepada semua pelanggan

1. diberi kepada pemegang akaun semasa sahaja

2. perlu ada penjamin dan cagaran

2. tidak perlu penjamin dan cagaran

3. kadar bunga dikenakan ke atas seluruh pinjaman

3. kadar bunga dikenakan di atas jumloah sebenar yang dikeluarkan sahaja

4. kadar bunga lebih rendah

4. kadar bunga lebih tinggi

5. tempoh pembayaran balik panjang

5. tempoh pembayaran lebih pendek

6. untuk membeli aset tetap cth rumah


6. untuk membeli aset semasa cth beli barang

Maklumat tambahan

1. ada pinjaman bercagar cth pinjaman perumahan

2. pinjaman tidak bercagar cth pinjaman pelajaran

Mendiskaunkan bila perintah bayar

Peniaga yang menjalankan perniagaan luar negeri (ekspot) akan mendapat bayaran dalam bentuk bil
perintah bayar

bil ini mempunyai tarikh matang iaitu satu tarikh akan datang

jika peniaga ingin wang dengan cepat dia boleh mendiskaunkan bil ini kepada bank-bank akan
membayar dengan memotong jumlah faedah daripada nilai bil

peniaga juga dikehendaki membayar komisen

Khidmat-khidmat lain bank

pertukaran wang asing

cek kembara

peti simpanan malam

peti simpanan selamat

surat rujukan / referi

pemegang amanah dan wasiat

khidmat nasihat pelaburan

Aliran Baru Dalam Perkhidmatan Bank


kad juruwang automatik (ATM)

Mesin diletak di luar bangunan bank

wang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa

cara

masukkan kad dan tekan nombor peribadi

pilih jenis urusniaga keluarkan, Tanya baki, masukkan wang

dapatkan penyata urusan selepas mengeluarkan wang

ambil kad semula

kad kredit

diberi kepada mereka yang berpendapatan tinggi

pendapatan minima RM 24000 setahun

pemilik kad boleh membeli barang secara kredit di dalam dan luar negeri

peniaga akan membuat tuntutan kepada bank

pemilik akan mendapat penyata bulanan dan membayar jumlah hutang kepada bank secara ansuran

contoh American Express, VISA, MBF Mmastercard

GIRO

Memberikan perkhidmatan berkomputer untuk pembayaran bil, cth bil elektrik, insurans

pelanggan membuat arahan tetap kepada bank untuk membayar sejumlah wang pada tarikh yang
sama setiap bulan

cara

- isi borang

- bank debitkan dan penerima dikreditkan

kebaikan

- mudah dan jimat masa

- selamat

- tidak perlu mengingat tarikh pembayaran


- terelak daripada risiko perkhidmatan telefon, elektrik dipotong.

Biro Maklumat Cek

Ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia

tujuan penubuhan

- mengembalikan orang ramai terhadap penggunaan cek

- mengelakkan perbuatan mengeluarkan cek tending

cara perkhidmatan ini dijalankan

bank perdagangan dan Bank Islam menyenaraikan nama pemegang akaun semasa yang telah
mengeluarkan 3 cek tending dalam tempoh 12 bulan

BNM akan mengeluarkan satu senarai hitam dan diedarkan kepada semua bank

Mereka tidak dibernarkan membuka akaun semasa di mana-mana bank

Tempoh penggantungan ini selama 6 bulan dari tarikh disenaraikan

Selepas habis tempoh, nama akan dikeluarkan dari senarai hitam.

Sumber kewangan lain selain daripadan bank

Pajakan

perjanjian anatara syarikat pajak dan pemajak untuk menyewakan aset yang diperoleh daripada
penjual

contoh

peniaga ingin menggunakan lori tapi tidak mampu membeli

peniaga mencari syarikat penjual lori dan mendapatkan persetujuannya untuk membekalkan lori

peniaga akan menghubungi syarikat pajak untuk mendapat kemudahan pajakan

ditetapkan kadar sewa dan tempoh pajakan

semasa disewa, lori menjadi hakmilik pajakan kerana dia yang membelinya

kebaikan

dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal

dapat meramalkan aliran wang tunai kerana sewaan kadarnya tetap

mengurangkan inflasi
mengurangkan cukai

boleh mendapat aset walaupun tiada cagaran

mendapat sumber pembiayaan tambahan

pemfaktoran

peniaga bolh memafaktorkan akaun belum terimanya (hutang orang lain kepadanya) kepada bank

cara

peniaga menjual hakmilik ke atas akaunnya kepada bank

peniaga akan terus mendapat tunai

jumlah tunai ditolak kadar faedah sebanyak 1 atau 2 % dari nilai akaun

kebaikan

peniaga boleh dapat tunai dengan segera

mengelakkan hutang lapuk

tidak perlu lagi mengawasi akaun yang belum diterima

syarikat kewangan

peniaga boleh meminjam daripada syarikat kewangan. Cth MBF Finance, Public Finance

syarikat kewangan tidak menyediakan khidmat akaun semasa

khidmat syarikat kewangan ialah

menyediakan akaun simpanan dan akaun simpanan tetap

memberi pinjaman bercagaran

menjalankan aktiviti sewa beli dan menyewakan aset

pelaburan dalam pasaran kewangan

pembiayaan perniagaan dan projek pembinaan.

3. CEK
Pihak yang terlibat dalam cek

Pesuruh bayar - bank yang megeluarkan cek

Penyuruh bayar - orang yang mengeluarkan cek / menandatangani cek

Si dibayar - orang yang menerima cek

Nyatakan dan terangkan jenis-jenis cek yang boleh dikeluarkan oleh seorang penyuruh bayar?

jenis cek ada 2

- cek terbuka

- cek tertutup

cek terbuka

cek terbuka ialah cek yang boleh terus ditunaikan di kaunter bank

cek terbuka ada 2 jenis

cek pembawa

- ada perkataan pembawa

- boleh ditunaikan oleh sesiapa sahaja

- tidak perlu diendoskan semasa ditunaikan

- nama sidibayar boleh ditukar dengan perkataan tunai

- cek ini tidak selamat

cek perintah

- perkataan pembawa dipotong

- boleh ditunaikan oleh orang yang namanya ditulis pada cek

- mesti menunjukan kad pengenalan semasa menunaikan cek

- boleh dipindahmilik kepada orang lain jika diendoskan

- tidak selamat kerana pengendosan boleh ditiru.

cek tertutup

- tidak boleh ditunaikan di kaunter bank


- mesti dimasukkan ke dalam akaun bank

- mesti dipalangkan

- lebih selamat

- ada 3 jenis

cek palang am

- 4 ciri di atas (cek tertutup)

- di dalam palang boleh ditulis

1. tidak ditulis apa-apa perkataan

2. ditulis perkataan & co

3. ditulis perkataan tidak boleh niaga

- semua cek berpalang boleh dipindah milik dengan cara pengendosan

cek palang terbatas

- 4 ciri di atas (cek tertutup)

- ditulis perkataan akaun penerima sahaja

- mesti dimasukkan ke dalam akaun penerima sahaja

- tidak boleh dipindahmilik

- cek yang sangat selamat sebab tidak boleh dipindah milik

cek palang khas

- ditulis nama bank pada palang

- penerima cek mesti memasukkan ke dalam akaun di bank yang titulis pada cek

- contoh

1. jika ditulis bank Bumiputera mesti dimasukkan ke dalam akaun di mana-mana Bank
Bumiputera.

2. Jika di tulis Bank Bumiputera Batu Pahat mesti dimasukkan ke dalam akaun di Bank
Bumiputera Batu Pahat sahaja

3. Perkataan-perkataan lain boleh ditambah utnuk lebih selamat

Bank Bumiputera dan Tidak boleh Niaga

Bank Bumiputera Batu Pahat dan Akaun Penerima sahaja


- cek palang khas boleh dipindahmilik jika penerima mempunyai akaun di bank yang ditulis pada
cek.

Apakah keistimewaan cek Tidak boleh Niaga?

hanya penerima yang namanya ditulis pada cek mempunyai hak yang sah

selamat walaupun cek hilang atau dicuri

pihak bank hanya membayar kepada pemilik yang sah sahaja

walau bagaimanapun, cek ini boleh dipindahmilik melalui pengendosan

latihan yang perlu anda buat sendiri

lakarkan palang setiap cek berpalang yang telah diterangkan di atas

lukis sekeping cek sudah 2 kali keluar SPM

- Mesti ada butir-butir berikut

pesuruh bayar, nombor cek (digalakkan 7 digit) penyuruh bayar, nombor akaun, jumlah dalam
angka, tarikh, jumlah dalam perkataan, tandatangan penyuruhbayar, sidibayar

apakah bentuk-bentuk cek lain selain daripada cek terbuka dan tertutup?

Cek kosong

cek yang telah ditulis lengkap dan ditandatangani kecuali jumlahnya

sidibayar akan menulis jumlah yang diinginkan dngan jujur

penyuruh bayar akan menulis tidak melebihi .untuk keselamatan

tujuan untuk membayar jumlah yang tidak pasti dengan tepat

cek lewat tarikh

cek yang ditulis dengan tarikh akan datang

cek dikeluarkan pada 4.4.2002 tetapi ditulis tarikh 5.5 2002

mesti menunggu tarikh matang untuk menunaikan cek

cek ini tak layan seingga tarikh matang


cek mati

cek yang telah melebihi tempoh masa pembayaran

tempoh laku cek bank perdagangan 6 bulan ? bank negara 3 bulan

cek mati cek tak layan

boleh diperbaharui tarikh oleh penyuruh bayar.

Cek bertanda

cek yang ditandakan oleh bank penyuruh bayar sebagai jaminan bayaran

bank akan menandakan cek dengan tulisan baik untuk pembayaran sebelum .. dan
menandatanganinya

cek ini tidak boleh diragui pembayarannya

cek bank sendiri

cek yang dikeluarkan kepada sidibayar yang juga mempunyai akaun di bank yang sama dengan
penyuruh bayar

cek boleh ditunaikan serta-merta dan tidak dikenakan komisen

cek tak layan

tidak diterima oleh bank untuk pembayaran

akan ditandakan oleh bank dengan perkataan ditahan pembayaran

sebab tak layan

- tandatangan penyuruh bayar berbeza dengan kad tandatangan

- wang penyuruh bayar tidak cukup

- jumlah angka dan perkataan berbeza

- cek lewat tarikh / cek mati

- penyuruh bayar menahan pembayaran

- penyuruh bayar mati / gila

- perubahan pada cek tanpa tandatangan penyuruh bayar

- cek terkoyak / terconteng

- akaun penyuruh bayar ditahan oleh mahkamah


- cek tiada tandatangan penyuruh bayar

Kebaikan cek

Keburukan cek

selamat dari risiko dicuri / hilang

tidak perlu membawa tunai yang banyak

sebagai bukti pembayaran

boleh menahan pembayaran

boleh dikirim melalui pos

kos murah dan mudah

bukan wang sah / boleh ditolak pembayaranya

tandatangan boleh ditiru

mungkin cek tak layan

dikenakan komisen

didenda jika mengeluarkan cek tak layan

Apakah yang dimaksudkan pengendosan?

Nyatakan dan terangkan jenis-jenis endosan?

pengendosan ialah menandatangani di belakang cek oleh sidibayar

tujuan untuk memindah milik cek kepada orang lain / menunaikan cek perintah

jenis endosan ada 3

a. endosan biasa

- hanya ditandatangani di belakang cek / tanpa perkataan lain

- penerima cek boleh memndahmilik kepada orang lain

b. endosan khas
- ditulis nama orang yang akan menerima cek dan ditandatangani

- contoh

1. Dina hendak memindah milik cek kepada Nadia

2. Siti akan menulis bayar kepada Era dan ditandatangani oleh Siti

Nadia boleh memindah milik kepada orang lain dengan membuat endosan baru

c. endosan terbatas

- dipindah milik kepads seseorang tertentu sahaja

- selepas itu cek tidak boleh dipindah milik kepada orang lain

- ditulis bayar kepada Nadia sahaja

LATIHAN : Anda perlu melakarkan bentuk-bentuk endosan yang telah diterangkan diatas

Apakah pindaan-pindaan yang boleh dikeluarkan oleh penyuruh bayar dan sidibayar?

pindaan yang dibuat oleh penyuruh bayar perlu ditandatangani oleh penyuruh bayar

- meminda jumlah wang

- menukar nama sidibayar

- menukar tarikh

- menukar cek perintah kepada cek pembawa

- menukar cek tertutup kepada cek terbuka

pindaan yang dibuat oleh sidibayar tidak perlu ditandatangani kerana cek menjadi lebih selamat

- menukar cek pembawa kepada cek perintah

- menukar cek terbuka kepada cek berpalang

- menjadikan cek palang biasa kepada cek palang khas / terbatas


- menambah perkataan tidak boleh niaga kepada cek palang khas

You might also like