You are on page 1of 42

1.

Huraikan peranan raja di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British


1874.

Pendahuluan (3/2 markah)

Sebelum campur tangan British di Perak pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu
diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Selepas Islam bertapak, gelaran raja
bertukar menjadi sultan dan dianggap sebagai Amirul Mukminin atau pemimpin bagi orang
mukmin. Kerajaan-kerajaan yang menerima warisan Kesultanan Melaka seperti Johor,
Pahang, Perak dan Kedah mengekalkan gelaran sultan sehingga abad ke-19. Begitu juga
Kelantan dan Terengganu. Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yamtuan Besar
manakala Perlis mengekalkan gelaran Raja. Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini
mempunyai peranan luas dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sehingga campur tangan
Inggeris pada tahun 1874.

Isi (20 markah)

i. Politik ( 9 markah )

a. Ketua kerajaan

Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan
pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa
mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah
sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-
undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum
manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang,
menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah.

b. Melantik pembesar

Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar
negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara
dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri,
iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.

Sehingga tahun 1874 di Perak, jawatan Bendahara dipegang oleh keluarga diraja.
Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar. Tiada
ketetapan dibuat mengenai jawatan Orang Kaya Besar dan jawatan Menteri dipegang
pembesar Larut. Pembesar Berlapan yang dilantik sultan ialah Maharaja Lela iaitu
pembesar Pasir Salak, Laksamana pembesar Durian Sebatang, Sri Andika Raja
pembesar Ulu Perak, Shahbandar pembesar Daerah Bandar di Hilir Perak, Panglima
Kinta iaitu pembesar daerah Kinta, Panglima Bukit Gantang, Sri Agar DiRaja pembesar
Kampong Gajah dan Imam Paduka Tuan, iaitu satu jawatan dalam pentadbiran agama
Islam negeri. Sementara di Selangor pula beberapa jawatan pembesar yang dilantik oleh
sultan ialah Penggawa Permatang, Penggawa Tua, Penghulu Aru dan Orang Kaya
Kechil.

Sultan juga melantik pembesar-pembesar daerah menerusi sepucuk surat dan hadiah
sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu dinyatakan nama
daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya. Biasanya
pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan.
Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain
sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris.

c. Sultan menentukan hubungan diplomatik

Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai
ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani
oleh sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tandatangan 12 orang pembesar.
Kebimbangan campur tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan
dengan para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1874
membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara sultan dengan para pembesar.

Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir
dalam pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah
bersusah payah untuk mendapatkan tandatangan pembesar-pembesar Perak yang tidak
hadir di Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris
itu.

d. Sultan berperanan sebagai ketua pertahanan

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan,
sultan akan mengetuai angkatan tentera bagi mempertahankan negara daripada
serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga
keamanan negara daripada ancaman luar. Sepanjang tempoh tahun 1830 an-1870an
Negeri-negeri Melayu tidak terlibat dalam peperangan dengan pihak luar yang serius
atau ancaman perang kecuali di Naning. Kedatangan British juga tidak menggunakan
tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.

Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini.
Malah perang saudara yang berlaku antara tahun pertengahan abad ke-19 banyak
melibatkan perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku
pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk
menamatkan pemberontakan tersebut.

ii. Ekonomi ( 5 markah )

Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam
perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal
perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan
menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil
pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih
timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import
yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian
sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para
pembesar negeri.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah
melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa
yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi

2
tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih
sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang
biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka
yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-
baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini
menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

iii. Sosial ( 6 markah )

a) Lambang dan memelihara perpaduan negeri

Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa
kepada perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan
terdapat pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar
daerah merupakan pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan
mereka dan mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang
sultan dan ada kalanya menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.

Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan


ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka
tunduk kepada sultan. Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri,
walaupun pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar.
Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.

Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi


kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih,
menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna
kuning, memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan
lain seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan
lain-lain.

Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta
penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan
kerabatnya. Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan
seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar
perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan
kesengsaraan.

(b) Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan
dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat
Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di
dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan
penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.

Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat.
Peranannya tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan
baginda ialah hari pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat
jelata akan berhimpun. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa,
sultan akan mengadakan majlis jamuan.

3
Kesimpulan (2/3 markah)

Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam
bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Peranan Sultan jelas dominan di Negeri-negeri
Melayu sehingga pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Perlaksanaan sistem Residan telah menjejaskan
kedudukan dan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Kuasa sultan kini hanya
terhad dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, sementara semua
kuasanya yang lain dibolot oleh Residen Inggeris. Dominasi Inggeris terhadap kuasa Sultan
kemudiannya telah mencetuskan konflik kuasa diikuti dengan penentangan dalam kalangan
pembesar dan orang tempatan di Tanah Melayu.

4
2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah hingga tahun 1900.

Pendahuluan (3/2 markah)

Kegiatan ekonomi Sarawak dan Sabah sebelum campur tangan British lebih bersifat
sara diri berbanding ekonomi komersial. Sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga
sahaja. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan
barangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan
kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang. Di Sarawak aktiviti sara diri
dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi
yang menjalankan kegiatan ekonomi sara diri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu
Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma,
padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk ada yang
menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan.

A. Kegiatan Ekonomi di Sarawak (10 markah)

1. Kegiatan Ekonomi Sara diri

a. Penanaman Padi

Padi huma diusahakan oleh orang Iban,Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara
bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di
kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

b. Perikanan

Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban
menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang,
Saribas dan Batang Lupar.

c. Tanaman-tanaman lain

Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok
mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

d. Perlombongan

Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh di Bau

e. Perdagangan

Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang
didagangkan ialah sagu.

5
2. Kegiatan ekonomi komersial

a. Lada hitam

Kawasan penanaman lada hitam banyak terdapat di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei-
Maradong. Pada tahun 1840, tanaman lada hitam dan gambir mula ditanan untuk tujuan
eksport. Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan
oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.

Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada
hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport lada hitam kedua
terpenting selepas Indonesia.

b. Gambir

Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang
Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir
mulai merosot kerana harganya tidak stabil.

c. Sagu

Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu
dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan
kepada pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mula mengambil alih
kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu.

d. Perlombongan.

Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama
Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

B. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 10 markah )

1. Kegiatan ekonomi sara diri

a. Penanaman Padi

Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun.
Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah
bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit
landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh
orang Murut dan Bajau.

b. Tanaman-tanaman lain

Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan makanan


selang

6
c. Pertukangan

Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi,
menenun kain dan memacu kuda.

d. Perikanan

Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai
perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.

e. Penternakan

Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum
dusun dan Kadazan.

2. Kegiatan Ekonomi Komersial

a. Tembakau

SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh


orang-orang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman
memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah
Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan
tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.

Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung
abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

b. Perlombongan

Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara
komersial oleh SBUB.

Kesimpulan ( 2/3 markah )

Kegiatan ekonomi di Sarawak dan Sabah sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri
dan komersial. Kegiatan ekonomi yang bersifat sara diri kekal menjadi tulang belakang
ekonomi masyarakat tempatan walaupun kegiatan ekonomi komersial turut sama diljalankan.
Setelah penglibatan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah,
sistem ekonomi bersifat komersial mula digiatkan terutamanya dalam tanaman dagangan
dan perlombongan. Namun begitu kemajuan ekonomi komersil tersebut lebih
menguntungkan pihak barat sedangkan penduduk peribumi Sarawak dan Sabah masih
kekal dengan aktiviti sara diri.

7
3. Gerakan penentangan terhadap British di Pahang dan di Perak pada abad ke-19
menggambarkan rasa tidak puas hati pelbagai golongan masyarakat di negeri-
negeri berkenaan. Bincangkan.

Pendahuluan ( 3/2 markah )

Pada bulan Oktober 1887, Sultan Ahmad melantik Hugh Clifford sebagai wakil British
di Pahang. Beliau kemudian digantikan oleh J.P Rodger pada bulan Oktober 1888 sebagai
Residen British yang pertama di Pahang. Selepas campur tangan di Pahang, British mula
mengadakan perubahan dalam pertadbiran negeri dengan memperkenalkan beberapa
peraturan baru yang secara tidak langsung telah mengancam kedudukan para pembesar
dan rakyatnya. Penentangan ini berkesudahan dengan kebangkitan Mat Kilau, Tok Gajah
dan Datuk Bahaman. Di Perak, mengikut Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874,
meletakkan Perak di bawah naungan British. Residen pertama British di Perak ialah JWW
Birch. Beliau memulakan tugas pada bulan November 1874 . Kehadirannya tidak disenangi
oleh Sultan dan pembesar Melayu. Perasaan ini terus berkembang sehingga menimbulkan
pakatan menentangnya. Kemuncak penentangan ialah pembunuhan Birch pada 2 November
1875.

Isi (20 markah)

A. Pahang (10 markah)

1. Perasaan tidak puas hati sultan akibat kehilangan kuasa


politik.

Pengenalan Sistem Residen di Pahang menyebabkan sultan dan pembesar-


pembesar kehilangan kuasa. Pihak British telah memperkenalkan perubahan politik di
Pahang melalui undang-undang berkaitan dengan undang-undang tanah , sistem kerah
dan penghapusan hamba abdi yang diluluskan oleh Majlis Negeri pada 31 Disember
1889. Sultan tidak berpuashati kerana baginda hanya mempunyai nama sahaja
dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Semua keputusan adalah dibuat oleh Residen JP
Rodger. Selain itu, sultan juga murka apabila J.P Rodger memaksa sultan melantik
putera sulung baginda Tengku Mahmud sebagai Pemangku Raja, atas alasan sultan
tidak taat kepada Inggeris. Oleh sebab ugutan dan tekanan, sultan terpaksa
mengisytiharkan perlantikan itu pada Julai 1889.

Sultan Ahmad mempunyai pengaruh yang besar ke atas pembesar negeri. Jika para
pembesar diarah untuk tidak memberi kerjasama sudah tentu ia akan menggagalkan
perjalanan Sistem Residen di Pahang. British berjaya memujuk sultan Ahmad
menandatangani satu perisytiharan untuk melantik putera baginda (Tengku Mahmud)
atau Tengku Besar sebagai Pemangku Raja. Melalui perisytiharan yang bertarikh 22
Julai 1889, baginda memberi kuasa penuh kepada Tengku Mahmud untuk mewakili
baginda dalam urusan pentadbiran negeri serta mengadakan rundingan dengan British.

Tindakan sultan menyerahkan kuasa kepada Tengku Mahmud merupakan satu


kesilapan besar. Kuasa baginda telah berpindah kepada Tengku Mahmud yang dilihat
mudah diperalat oleh Inggeris. Hubungan Sultan Ahmad menjadi tegang. Bagi
meredakan keadaan, pada bulan Disember 1889 Sultan Ahmad membuat keputusan

8
meninggalkan Pekan dan menetap di Pulau Tawar kerana daerah itu di bawah jagaan
Tok Gajah, iaitu seorang pembesar negeri yang sangat dipercayai. Sultan berpakat
dengan pembesar-pembesar untuk menentang Sistem Residen di Pahang.

2. Ketidakpuasan hati pembesar-pembesar Pahang

Antara perubahan yang dilakukan dalam pentadbiran ialah dengan membahagikan


Pahang kepada 6 buah daerah. Setiap satu diletakkan di bawah pentadbiran Majistret
dan Pemungut Hasil. Pekan di bawah F. Belfield, Hulu Pahang (W.C Mitchell), Kuantan
( W.H Wall), Temerloh (E.A Wise), Rompin (G.F Owen), Kuala Pahang (W.W Mitchell).
Akibat pengenalan beberapa peraturan baru terutama berhubung dengan perlantikan
Majistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua setiap daerah, para pembesar tidak lagi
bebas kerana kuasa mereka telah diambil alih khususnya hak memungut cukai.

Pendapatan pembesar terjejas teruk, misalnya elaun yang dicadangkan pihak Inggeris
amat tidak berpatutan. Pembesar-pembesar seperti Tok Gajah, Temenggung, Dato
Shahbandar, Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya Chenor, Tok Gajah, Orang Kaya
Temerloh, Orang Kaya Semantan dan Abdullah dari Bera hanya dibayar elaun $1200
setahun dan Dato Bahaman dibayar $840 setahun. Pembesar-pembesar ini menulis
surat enggan bekerjasama dengan Residen dan mengancam tidak akan mematuhi
segala keputusan yang dibuat Majlis Mesyuarat Negeri. Malangnya elaun ini tidak
mencukupi untuk menanggung pengikut-pengikut mereka.

Inggeris juga campur tangan dalam soal perhambaan dan kerah yang diluluskan oleh
mereka. Setiap pemilik hamba diwajibkan mendaftarkan hamba-hambanya kepada
Pemungut Cukai Daerah dengan memberi maklumat secara terperinci seperti jumlah
hamba dan nama hamba, jenis pekerjaan dan jumlah hutang. Mereka yang gagal
mematuhi akan kehilangan hak ke atas hamba tersebut.

Mengenai undang-undang kerah setiap orang yang dikenakan kerah tidak boleh lebih
daripada dua bulan dalam setahun. Mereka dihadkan kerja secara kerahan kepada
kerja-kerja kerajaan sahaja. Antara kerja kerahan yang dilakukan ialah membersih
sungai, membuat jalan, menebang kayu, menanam padi, mengangkat barang-barang,
dan menemani ketua mereka dalam perjalanan. Setiap orang diwajibkan kecuali sakit
atau munasabah. Sekiranya tiada alasan mereka dikenakan bayaran ganti rugi
sebanyak 25 sen sehari.

Perlantikan Majistret dan Pemungut Hasil sebagai ketua daerah telah menyebabkan
mereka tidak lagi mengadili kes-kes jenayah dan sivil serta memungut cukai di
kawasan masing-masing. Dato Bahaman menentang Inggeris kerana beliau tidak
dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi elaun-elaun yang setanding dengan elaun
Orang Berempat, iaitu sebanyak $500. Beliau ditawarkan elaun sebanyak $70.
Tindakan ini menyinggung perasaannya. Beliau juga marah apabila Inggeris membina
sebuah balai polis di Lubuk Trua di daerah Semantan yang di bawah jagaannya tanpa
meminta izin terlebih dahulu. Beliau menulis surat kepada Majistret di Temerloh tetapi
tidak dilayan sebaliknya diberi amaran.

Seorang lagi pembesar yang hilang hak ke atas cukai ialah Tok Gajah. Beliau adalah
seorang pembesar dari Pulau Tawar. Atas jasanya kepada Sultan Ahmad dalam Perang
Saudara (1857- 1863) beliau dianugerahkan gelaran Orang Besar Raja. Beliau marah
kepada Inggeris apabila rayuannya untuk menambah elaun ditolak oleh pihak Inggeris

9
pada bulan Januari 1890. Permintaannya supaya menangguhkan pembayaran cukai
tanah juga ditolak oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada bulan Disember 1890. Beliau
disokong oleh anaknya Mat Kilau dalam penentangannya terhadap Inggeris.

3. Perasaan tidak puas hati rakyat Pahang

Pihak Inggeris memperkenalkan undang-undang baru yang menjejaskan penghidupan


seharian mereka. Antaranya cukai tanah kampung, paya, dusun dan tanaman nipah
pada kadar 40 sen seekar dikenakan ke atas tanah kampung, tanah paya, dusun dan
tanah nipah. Sistem permit dan lesen digunakan untuk membolehkan rakyat memungut
hasil hutan dan pokok nipah untuk mendirikan rumah. Dahulu diperoleh secara
percuma. Rakyat juga dikehendaki bekerja selama dua bulan dalam setahun sebagai
buruh paksa bagi melaksanakan projek-projek awam. Sekatan yang tidak
membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keris ke mana sahaja mereka
pergi. Pihak yang dibenarkan membawa senjata hanyalah pengawal peribadi dan
pengikut mereka yang terdekat.

Peraturan yang melarang membawa senjata ternyata bercanggah dengan tradisi orang
Melayu yang sangat terikat dengan nilai-nilai feudalisme kerana senjata merupakan alat
mutlak yang sangat diperlukan. Keris umpamanya, bukan sahaja sebagai senjata tetapi
juga menjadi pakaian dan simbol keberanian seorang lelaki Melayu Pahang.

Kebencian rakyat juga berpunca daripada kehadiran pasukan polis kaum Sikh dan
India yang jahil tentang budaya Melayu. Penubuhan pasukan polis pada tahun 1888
telah menghapuskan kuasa penguatkuasa undang-undang yang dipegang oleh Sultan
dan pembesar. Pasukan polis ini terdiri daripada 200 anggota, 150 Melayu (Kelantan
dan Terengganu), 50 Sikh di bawah pimpinan Mr. Syers.

B. Perak (10 markah )

1. Ketidakpuasan hati Sultan Abdullah dan kerabat diraja

Walaupun perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch hanya
memulakan tugasnya sebagai Residen British di Perak pada 4 November 1874, iaitu
hampir 10 bulan kemudian. Kelewatan ini membolehkan pembesar-pembesar yang tidak
berpuashati dengan Sistem Residen telah menentang Raja Abdullah. Sepanjang
kelewatan Birch hadir memberi peluang kepada Sultan Abdullah memerintah Perak
dengan sebebas-bebasnya. Baginda dikatakan banyak menghabiskan masa dengan
berjudi, menyabung ayam dan menambah hutang. Perjanjian Pangkor membolehkan
Sultan Abdullah dilantik menjadi sultan. Namun demikian, baginda masih gagal
menyelesaikan masalah tuntutan takhta oleh Raja Ismail dan Raja Yusof. Raja Ismail
masih tidak menyerahkan alat-alat kebesaran negeri yang menjadi syarat kepada
pertabalan sultan.

Birch telah melanggar syarat yang diperuntukkan dalam Perjanjian Pangkor. Mengikut
perjanjian tersebut sempadan Dinding dan Pangkor yang diserahkan kepada pihak
British mengikut Perjanjian Low akan dikembalikan semula. Tindakan yang sama juga
diambil ke atas sempadan di Sungai Kerian. Walaupun begitu, dalam penyelesaian

10
sempadan ini kawasan lebih kurang 200 batu persegi termasuk sebahagian Selama
yang mempunyai banyak bijih timah dimasukkan ke dalam pentadbiran British. Tindakan
ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar Perak.

Perlantikan Birch sebagai Residen tidak disenangi oleh Sultan Abdullah dan para
pembesar. Birch dianggap tidak sesuai kerana beliau tidak mempunyai pengalaman
dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Beliau tidak boleh bertutur dalam
Bahasa Melayu serta tidak memahami budaya dan adat resam Melayu. Kekurangan ini
menyebabkan beliau sukar untuk menjalin hubungan dengan sultan dan pembesar
Melayu. Birch juga dilihat tidak sabar dan enggan bertolak ansur apabila berurusan
dengan sultan dan pembesar. Ia bertentangan dengan adat Melayu yang menjunjung
tinggi sultan dan pembesar sebagai pemimpin yang dihormati.

Birch juga tidak peka dengan perasaan orang Melayu. Pembaharuan yang dilakukan
dibuat secara tergesa-gesa tanpa berunding dengan Sultan Abdullah. Sultan Abdullah
pernah mengingatkan Birch supaya memberitahu baginda dahulu sebelum pembaharuan
dibuat. Birch mengarahkan sultan Abdullah berdiam diri dan menurut segala nasihat yang
diberi. Tindakan ini menyebabkan Sultan Abdullah mengutus wakil baginda, Raja Idris,
Laksamana dan Muhammad Arshad untuk bertemu Sir Andrew Clarke tetapi tidak dilayan
malah Sultan Abdullah diminta mematuhi nasihat Residen. Dalam usaha melaksanakan
pembaharuan, Birch telah mengenakan tekanan ke atas Sultan Abdullah. Beliau pernah
mengugut akan menyerahkan jawatan sultan kepada Raja Yusof sekiranya sultan enggan
menandatangani pengisytiharan tersebut.

Antara pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Birch seperti pungutan cukai,


sistem kewangan dan perlembagaan. Birch telah membatalkan pajakan Kuala Sungai
Perak yang dibuat oleh Sultan Abdullah dengan Lee Cheng Tee dengan kadar $26,000
setahun, selama 10 tahun. Birch mengarahkan saudagar tersebut memohon semula
pajakan berkenaan.

Birch juga telah membatalkan cukai bijih timah di Batang Padang yang sebelum ini
dinikmati oleh sultan, dan diganti dengan bayaran royalti $9.00 bagi setiap bahara yang
dipungut di Kuala Perak. Bagi mendapatkan wang kerajaan negeri telah memusatkan
pungutan cukai dengan meletakkannya di bawah pegawai Eropah. Hanya pegawai-
pegawai yang dilantik oleh Residen, sebagai wakil sultan dibenarkan mengutip cukai.
Pembesar lain tidak lagi dibenarkan memungut cukai dan mereka yang engkar akan
didenda. Arahan ini bercanggah dengan nilai-nilai yang diwarisi sejak turun temurun.
Pembesar-pembesar Melayu telah dianugerahkan kawasan oleh sultan dan ini memberi
kuasa untuk mentadbir dan memungut cukai di kawasan masing-masing. Cukai
merupakan hasil utama pembesar. Misalnya Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor
mendapat hasil daripada setiap perahu yang keluar masuk.

2. Rasa tidak puas hati pembesar.

Dalam melaksanakan peraturan cukai baru ini, Birch bertindak keterlaluan dengan
membakar rumah Raja Ngah di Bidor kerana memungut cukai daripada pelombong Cina
di situ. Raja Ngah adalah saudara kepada Raja Ismail. Sebelum ini, baginda bersifat
berkecuali tetapi tindakan Birch ini telah menimbulkan dendam terhadap beliau.

11
Birch juga campur tangan dalam soal perhambaan yang diamalkan di Perak. Sistem ini
menjadi kebanggaan para pembesar Perak sejak sekian lama. Kebanyakan hamba yang
lari adalah wanita yang diberi perlindungan oleh Birch di rumah kediamannya di Bandar
Bahru. Hamba-hamba ini tiada dikembalikan kepada tuan punya sehingga menimbulkan
syak wasangka tentang moral Birch. Beliau juga dikatakan menyeludup seorang
perempuan Melayu ke Pulau Pangkor. Tuntutan Sultan Abdullah terhadap hamba-hamba
ini dikembalikan tidak dilayan oleh Birch.

3. Rasa tidak puas hati rakyat

Penubuhan balai-balai polis di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia, Durian Sebatang, Tanjung
Piandang, Bidor, Kuala Kangsar, Trong dan Lumut telah menyebabkan pegawai polis
mengambilalih kuasa pentadbiran di peringkat tempatan. Jawatan Penghulu yang dilantik
oleh Sultan dan pembesar dengan menggunakan sistem warisan telah terjejas.
Penubuhan balai-balai polis ini dilihat oleh penduduk tempatan sebagai mancabar
kedaulatan negari mereka tambahan pula anggota polis terdiri daripada orang India dan
sikh.

Birch juga telah menyusun semula cukai-cukai pajak candu, arak, judi, permit balak,
cukai perahu, senjata, padi dan memotong atap. Cukai-cukai turut dikenakan ke atas
perahu dan perahu dagang. Perahu nelayan yang boleh membawa 3 orang di dalamnya
dikenakan cukai 50 sen. Perahu dagang dan tongkang dikenakan $1.00. Sesiapa yang
melanggar arahan akan didenda $25.00 dan perahu mereka akan dirampas.

Peribadi Birch yang tidak mesra rakyat dan bersikap sombong dan angkuh serta tidak
menghormati sensitiviti masyarakat tempatan juga turut menjadi punca kepada
penentangan masyarakat tempatan di Perak. Birch dilihat sebagai pegawai Inggeris yang
tidak boleh bertutur bahasa Melayu, sering memperlekehkan budaya dan adat resam
Melayu.

Kesimpulan (2/3 markah)

Kesimpulannya, pelbagai golongan masyarakat di kedua-dua negeri ini telah


menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap dasar Inggeris. Kemuncak kepada perasaan
tidak puas hati masyarakat tempatan di Perak telah membawa kepada pembunuhan Birch di
Pasir Salak pada tahun 1875. Sementara di Pahang, penentangan terhadap British oleh
masyarakat Pahang berlarutan hingga tahun 1895. Penentangan masyarakat tempatan di
kedua-dua negeri ini telah menyedarkan British akan dasar yang perlu dilaksanakan. Hal ini
dibuktikan apabila British melantik residen yang benar-benar layak seperti Hugh Low di
Perak yang nyata telah dapat diterima oleh pembesar tempatan. Di Pahang pula,
penentangan masyarakat tempatan telah membawa implikasi buruk terhadap kewangan
Pahang sehingga mencetuskan idea penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
tahun 1896.

12
4. Bincangkan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan
langkah-langkah mengatasi kejatuhan harga getah hingga tahun 1941.

Pendahuluan (3/2 markah)

Getah merupakan tanaman komersial yang diperkenalkan oleh Inggeris akibat kejatuhan
harga kopi di pasaran dunia. Menjelang awal abad ke-20, Tanah Melayu merupakan antara
negara pengeluar getah terbesar dunia. Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu
didorong oleh pelbagai faktor. Namun demikian, harga getah mengalami kejatuhan
mendadak pada tahun 1920 akibat kemelesetan ekonomi dunia . Pada tahun 1930-an harga
getah turun lagi dengan mendadak kesan kemelesetan ekonomi dan kesan Perang Dunia
Pertama. Biarpuan pada awalnya perkembangan perusahaan getah amat menggalakkan
namun kejatuhan harga kemudiannya menyebabkan kerajaan telah mengambil pelbagai
langkah untuk mengatasinya.

A. Faktor-faktor perkembangan perusahan getah di Tanah Melayu (12 markah)

i. Usaha H. N. Ridley

Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan


perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu
memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak
penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian
tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha
getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu
menyebabkan beliau digelar Ridley Getah atau Ridley Gila.

Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem
torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada
rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih
selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan
cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati
akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir
abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada
tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun
1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga
tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan
pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii. Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran


dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat
serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-
peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah
kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk
ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

13
iii. Permintaan terhadap getah yang meningkat.

Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi
Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan
telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta
menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk
membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun
1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini
menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat.
Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah
meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan
belerang supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi
lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini
dkenali Vulcanization. Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian
penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan
perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya
pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun
pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun
1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina
menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah
Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat
Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan
tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah
Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan
400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun
1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv. Tenaga buruh yang murah

British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu
pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh
yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah
menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India
secara terancang

Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun
1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun
1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-
pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v. Penyelidikan getah secara saintifik

Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan
terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan.

14
Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan
penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan
kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan
Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah,
penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang
sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi. Galakan daripada Kerajaan

Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897
kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan
getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama
dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah
2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman
dimulakan.

Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899
kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah
dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan
memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000
diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali
ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka
tanah untuk menanam getah.

vii. Penglibatan pelabur Eropah

Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah.


Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran
terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah
Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah
menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya.
Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya
dari Tanah Melayu.

B. Langkah-langkah mengatasi kejatuhan harga getah sehingga tahun 1941


( 8 Markah )

i. Rancangan Sekatan Stevenson 1922 hingga 1928 ( 4 Markah)

Pada tahun 1921 Jawatankuasa Stevenson telah ditubuhkan untuk mengkaji langkah-
langkah bagi mengatasi kemerosotan harga getah, Hasilnya, Rancangan Sekatan
Stevenson ditubuhkan. Antara rancangannya ialah mengawal harga getah dan
mengehadkan pengeluarannya.

Kerajaan Tanah Melayu bersetuju mengurangkan pengeluaran getah daripada 50%


kepada 35%. Langkah ini berjaya meningkatkan sedikit harga getah kepada $ 2.00
sepaun pada tahun 1922.

15
Sabah dan Sarawak juga menyertai rancangan ini atas kehendak sendiri. Mereka
diberi kuota tertentu untuk mengeluarkan getah. Sabah misalnya diberi kuota
pengeluaran sebanyak 60% berdasarkan pengeluaran tahun 1920. Kemudian
dinaikkan kepada 75% apabila terdapat bantahan.

Rancangan ini tidak begitu berjaya kerana Belanda di Indonesia enggan


menyertainya. Mereka mengambil kesempatan dengan menambah pengeluarannya
pada masa ini dari 25% pada tahun 1922 kepada 40% daripada jumlah pengeluaran
getah dunia pada tahun 1928.

Pada tahun 1928 harga getah jatuh lagi kerana lambakan bekalan di pasaran
antarabangsa. Harganya jatuh semula kepada 35 sen hingga 40 sen sepaun pada
tahun 1928.

ii. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa tahun 1934-1943 ( 4 Markah )

Tujuan utama rancangan ini ialah mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga
getah. Antara langkah-langkah yang diambil ialah dengan menetapkan kuota eksport
bagi setiap negara anggota. Tanah Melayu tidak terkecuali apabila kerajaan British
telah mengenakan kuota penanaman kepada pengusaha ladang supaya
mengeluarkan 60% sementara pekebun kecil mengeluarkan 40%.

Sabah dan Sarawak pula menyertai rancangan ini secara sukarela. Kuota
pengeluaran getah oleh Sarawak ditetapkan kepada 24 000 tan pada tahun 1934 dan
bertambah pada tahun 1938 kepada 32 000 tan.

Selain kuota pengeluaran ditentukan, bilangan hari yang dibenarkan untuk menoreh
getah juga dihadkan.

Sistem kupon diperkenalkan bagi mengehadkan jumlah getah yang boleh dijual oleh
pekebun kecil.

Kesimpulan ( 2/3 Markah )

Kemelesetan harga getah telah menimbulkan kesan-kesan sosial dan ekonomi di


Tanah Melayu. Pengangguran berleluasa kerana ladang-ladang besar ditutup atau
mengurangkan bilangan pekerja daripada 258 000 orang pada tahun 1929 menjadi 145 000
orang pada tahun 1942. Ramai pekerja dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
Biarpun kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya namun demikian
usaha ini tidak berjaya sepenuhnya kerana perusahaan getah tertakluk kepada sistem
ekonomi pasaran bebas dalam ekonomi yang bersifat global. Sebagai alternatifnya, pihak
Inggeris telah memperkenalkan tanaman lain bagi menggantikan tanaman getah
terutamanya kelapa sawit. Terdapat 64 000 ekar kelapa sawit ditanam pada tahun 1933.

16
5. Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukan
Malaysia pada tahun 1963?

Pendahuluan (3/2 markah)


Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey,
iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan
Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom MacDonald,
Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negara
berbentuk persekutuan semakin menarik perhatian apabila Tunku mencadangkan
penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku sekali lagi mencadangkan
penubuhan Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961. Cadangan ini telah disambut baik oleh
kerajaan British kerana salah satu tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk
mengekang ancaman pengaruh komunis. Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain
yang membawa kepada pembentukan gagasan ini.

Isi (20 markah)

Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

1. Mengekang pengaruh komunis

A. Perkembangan politik di Singapura.

Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama
turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun
1950-an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-
kesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan
Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik
yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di
Singapura tidak dibendung kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke
Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah
membawa kepada penubuhan Parti Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP
akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti
Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini
menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.

Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan
golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang.
Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis
akan merebak ke Tanah Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung
pengaruh komunis bukan sahaja membimbangkan Tunku tetapi juga
membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, kedua-dua negara itu
menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.

17
C. Perkembangan politik di Sarawak.

Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun


lagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut
pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila
darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu
Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang
Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-
sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk menentang Inggeris. Antara
propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggeris
dikatakan mengancam pendidikan Cina.

Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu
Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasi pisang bagi
membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepada
pergabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British bimbang dengan ancaman
komunis dari Indonesia. Parti Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke wilayah-
wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan dan kedudukan British di
Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila pengaruh PKI mula merebak ke
Brunei.

2. Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan


Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam
satu sistem pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini
mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa
pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri Borneo
akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan
sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari
segi politik dan sebagainya.

Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan legislatif yang
semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang sultan. Walau
bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri
yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak pilihan raya
kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan 1963, manakala di Borneo
Utara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada
Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada
Ogos 1962.

Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah


Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui
percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan
kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan British telah
berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.

18
3. Keseimbangan Kaum

Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan


keseimbangan komposisi kaum. Tunku sedar bahawa kemasukan Singapura akan
menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Ini
disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah
Melayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini
akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang. Orang Melayu
berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh
kaum Cina. Tunku berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan Brunei
dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.

4. Kerjasama Ekonomi antara wilayah

Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah,


Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura
dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di
negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur.
Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang sumber
pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat dalam
kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu, penubuhan
Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan kesimbangan
ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.

Kesimpulan (2/3 markah)

Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan


pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu,
pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak.
Di samping itu, penubuhan Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan
Sarawak. Namun begitu pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan
serantau di Asia Tenggara terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura
kemudiannya telah menarik diri dan keluar daripada Gagasan pada tahun 1965.

19
6. Huraikan sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1957 hingga
1963.

Pendahuluan (3/2 markah)

Pada 31 Ogos 1957 dengan rasminya Persekutuan Tanah Melayu mencapai


kemerdekaan setelah dijajah selama hampir 450 tahun oleh penjajah Barat dan Jepun.
Selepas mencapai kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Demokrasi berparlimen
ialah satu sistem kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat melalui pilihan raya dan
bertanggungjawab kepada rakyat. Secara amnya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah
Melayu ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan
yang terlibat ,iaitu badan perundangan (legislative), badan eksekutif (executive) dan badan
kehakiman (judicial). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan Persekutuan
Tanah Melayu disebut sebagai doktrin pengasingan kuasa.

Isi (20 markah)

A. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan

1. Badan Perundangan atau Parlimen

i) Yang Di Pertuan Agong

Raja Berpelembagaan merupakan Ketua Negara. Mereka dipilih secara bergilir-gilir


pada setiap lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan 9 orang Sultan
atau Raja Melayu. Dalam melaksanakan kuasa pemerintahan, Yang Di Pertuan
Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Kuasa Yang Di Pertuan Agong :


Melantik Perdana Menteri
Mengisytiharkan pembubaran parlimen atau tidak memperkenankan pembubaran
parlimen
Berkuasa memanggil parlimen supaya bersidang
Mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat dengan persetujuan Jemaah
Menteri
Bertanggungjawab melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak
Mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara yang
berkaitan dengan keistimewaan, kehormatan, kedudukan dan kemuliaan Raja-raja
Melayu.
Mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain dalam Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah
Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ketua agama Islam bagi Pulau Pinang,
Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
Memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.

20
ii) Dewan Negara

Pada prinsipnya ia merupakan majlis tertinggi parlimen, iaitu lebih tinggi tarafnya
daripada Dewan Rakyat. Tugas utamanya ialah membahas rang undang-undang
yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. Keahlian Dewan Negara terdiri daripada
pelbagai golongan, iaitu mewakili semua negeri dalam persekutuan serta dilantik
daripada kalangan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Anggota Dewan Negara dikenali sebagai Senator dan berkhidmat sebagai anggota
dewan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula untuk 3 tahun lagi. Sama taraf
dengan ahli Dewan Rakyat dan boleh dilantik sebagai Menteri.

Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang
telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan
sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan itu daripada dikemukakan kepada
Yang Di Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda. Rang undang-undang
kewangan hanya boleh ditangguhkan selama satu bulan, manakala rang undang-
undang lain selama satu tahun.

iii) Dewan Rakyat

Anggota Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat
pertama kali ditubuhkan selepas pilihan raya 1959. Dewan Rakyat terdiri daripada
193 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia.

Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan


undang-undang. Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun dan
tamat apabila parlimen dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong. Seseorang ahli
boleh berhenti bila-bila masa daripada menjadi ahli Dewan Rakyat dengan
mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

Seseorang dianggap hilang kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat jika diisytiharkan
sebagai seorang yang tidak sempurna akal, diisytiharkan muflis yang belum lagi
dibebaskan, memegang jawatan bergaji, disabitkan dengan sesuatu kesalahan
jenayah oleh mana-mana mahkamah, gagal menghantar penyata perbelanjaan
pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan dan memperoleh kewarganegaraan asing
secara sukarela dan membuat pengakuan taat setia kepada negara asing itu.
Jika berlaku sebarang kekosongan dalam Dewan Rakyat yang disebabkan oleh
perletakan jawatan, kematian atau hilang kelayakan, maka kekosongan tersebut
hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari mulai tarikh berlaku kekosongan itu di
Semenanjung Malaysia atau 90 hari di Sabah dan Sarawak. Satu pilihan raya kecil
akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut. Setiap ahli Dewan Rakyat
dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada negara dan perlembagaan
sebelum mengambil tempat dalam dewan.

21
2. Badan Eksekutif

i) Jemaah Menteri atau kabinet

Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif. Tugas
utama ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara dan memberi
arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan melaksanakan dasar-dasar
tersebut.

Diketuai oleh seorang Perdana Menteri iaitu seorang ahli Dewan Rakyat yang
mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli dewan. Tugas utama
Perdana Menteri ialah mengetuai kabinet, memimpin kerajaan, menjalankan
pentadbiran dan menggubal dasar-dasar kerajaan.

Perdana Menteri boleh melantik Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri,


timbalan-timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha parlimen untuk membantu
beliau dalam melicinkan urusan pentadbiran kerajaan. Tugas Timbalan Perdana
Menteri ialah membantu Perdana Menteri dan menjalankan tugas-tugas itu semasa
Perdana Menteri bercuti atau berada di luar negara.

Kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang akan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, pegawai
kementerian dan kakitangannya yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.
Kementerian lazimnya mempunyai bahagian pusat, negeri dan daerah. Selain itu,
terdapat juga kementerian yang mempunyai badan tertentu misalnya Arkib Negara
Malaysia dan Muzium.

Perlantikan pegawai dan menjaga disiplin pegawai beberapa Suruhanjaya dilantik.


Misalnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,
Suruhanjaya Undang-undang dan Kehakiman.

3. Badan Kehakiman

i) Mahkamah Agong/Persekutuan

Mahkamah Agong merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia. Mengandungi


Ketua Hakim Negara, kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Borneo serta tujuh orang
hakim Mahkamah Agong. Biasanya Mahkamah Agong bersidang di dalam panel
mengandungi tiga orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara.

Antara bidang kuasa Mahkamah Agong ialah mendengar dan menentukan rayuan-
rayuan kes jenayah dan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, menentukan sah
undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,
memutuskan pertikaian di antara kerajaan Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan atau di antara negeri-negeri dan menasihati Yang Di Pertuan Agong
dalam soal menguatkuasa mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan.

22
ii) Mahkamah Tinggi

Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. Mempunyai
kuasa pengadilan asal, rayuan dan pengawasan. Mempunyai kuasa yang tidak
terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal. Biasanya kes-kes
jenayah yang terletak di luar bidang kuasa pengadilan Mahkamah Rendah sahaja
dibawa kepada Mahkamah Tinggi untuk pengadilan.

Mahkamah Tinggi mendengar rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah dari Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Sesyen. Mempunyai kuasa pengawasan dan penyemakan
ke atas keputusan semua kes sivil dan jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah
Rendah. Keputusan sivil dan jenayah Mahkamah Tinggi boleh dikemukakan untuk
rayuan kepada Mahkamah Agong.

iii) Mahkamah Rendah

Terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu.


Mahkamah Sesyen dipengerusikan oleh seorang pegawai yang digelar hakim. Beliau
mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali kesalahan yang
membawa hukuman mati dan penjara seumur hidup.

Mahkamah ini mempunyai kuasa membicarakan kes-kes sivil yang melibatkan jumlah
wang yang tidak dituntut tidak melebihi seratus ribu ringgit. Mahkamah Majistret pula
ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil. Dipengerusikan oleh
seorang majistret yang dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertua Negeri bagi negeri
tempat majistret itu berkhidmat.

Mahkamah Majistret terbahagi kepada dua peringkat iaitu Mahkamah Majistret Kelas
Satu dan Mahkamah Majistret Kelas Dua. Mahkamah Majistret Kelas Satu boleh
membicarakan kes sivil yang nilai harta dalam perbicaraan tidak lebih daripada
RM25,000. Dalam kes jenayah, mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kes
yang hukuman maksimum bagi kesalahan itu tidak melebihi 10 tahun penjara atau
dihukum denda sahaja.

Majistret Kelas Dua menjalankan tugas-tugas kecil seperti menyebut kes-kes dan
membenarkan jaminan. Boleh mengadili kes-kes jenayah yang hukuman bagi
kesalahan itu tidak lebih daripada 12 bulan penjara atau dengan denda sahaja.
Kuasa untuk menjatuhkan hukuman juga terhad iaitu tidak lebih daripada enam bulan
atau denda tidak lebih daripada RM1000 atau kedua-dua sekali.

Kesimpulan (2/3 markah)

Sebagai kesimpulannya, sistem pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun


1957 hingga 1963 adalah melalui proses demokrasi. Perlembagaan digubal untuk menjaga
kepentingan dan keistimewaan semua kaum yang ada. Prinsip-prinsip yang menentukan
bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan
semuanya ditentukan oleh perlembagaan. Jelasnya, doktrin pengagihan kuasa tiga badan
yang telah ditentukan seharusnya dipatuhi dan tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh
mana-mana badan tersebut.

23
7. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di India dan Thailand sebelum
perluasan kuasa Barat.

Pengenalan (3/2 m)

Adat bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesuatu


masyarakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuhi. Hukum adat diwujudkan untuk
mengekalkan keharmonian dan menjamin keamanan semua ahli dalam sesebuah wilayah
atau negara. Hukum adat meliputi segala aspek seperti perlakuan, upacara, tatacara
kehidupan dan larangan-larangan tertentu. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh
masyarakat di India dan di Thailand sebelum perluasan pengaruh Barat.

Isi (20 m)

A. Adat yang diamalkan oleh masyarakat India ( 10markah )

Pelaksanaan Hukum Adat di India adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu
yang begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya. Menurut sistem kasta
di India, masyarakat dibahagikan mengikut golongan tertentu bertujuan untuk
menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Terdapat empat jenis kasta
yang utama iaitu Brahmin (sami), Kysatria (perwira, aristokrat), Vaisya pedagang) dan
Sudra (rakyat biasa). Golongan Brahmin dianggap sebagai golongan paling mulia
manakala golongan Sudra adalah golongan yang dipandang rendah oleh masyarakat.

Amalan Suttee merupakan pengorbanan diri oleh wanita-wanita atau balu yang
kematian suami. Menurut amalan ini balu-balu Hindu dikehendaki membakar diri
sendiri bersama-sama mayat suami semasa upacara pengkebumian dijalankan.
Tindakan ini dilakukan sebagai bukti kesetiaan seorang isteri terhadap suami
sehingga sanggup sehidup semati.

Amalan Thuggee pula merupakan satu aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan
yang menjadi amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Mereka
bertindak ganas dengan mencekik mati pengembara atas nama Dewi Kali.

Amalan membunuh bayi perempuan juga merupakan amalan tradisi masyarakat


India. Perbuatan ini dilakukan untuk mengelakkan ibu-bapa menanggung penderitaan
seperti pemberian dowri iaitu mahar atau mas kahwin yang akan dibayar oleh pihak
pengantin perempuan kepada pihak pengantin lelaki.

Amalan melarang balu-balu yang kematian suami berkahwin dengan lelaki lain
sebagai tanda kesetiaan kepada suaminya. Lazimnya mereka dikehendaki memakai
sari yang berwarna putih supaya dapat dikenali sebagai wanita yang telah kematian
suami atau balu.

Adat masyarakat India juga dikaitkan dengan dengan unsur-unsur ketuhanan yang
mana lembu sangat dimuliakan. Sebagai haiwan suci, wujud larangan terhadap
masyarakat India daripada makan daging lembu.

24
Penganut agama Hindu juga menganggap Sungai Ganges sebagai sungai yang suci.
Justeru, menjadi amalan masyarakat Hindu di India membersihkan diri di Sungai
Ganges bagi menghapuskan dosa yang pernah dilakukan oleh mereka.

B. Adat yang diamalkan oleh masyarakat Thailand ( 10 markah )

Unsur ketuhanan yang dimiliki oleh pemerintah mendorong terbentuknya adat yang
melarang rakyat jelata menatap muka raja. Hal ini menjadi tanda bahawa Raja
Thailand mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Seseorang
yang memandang wajah raja akan dijatuhkan hukuman dengan membutakan
matanya.

Amalan menyembah raja secara bersujud sebagai tanda penghormatan dan taat
setia sepenuhnya kepada raja yang memerintah. Amalan ini juga akan dilakukan
oleh orang asing yang mengadap Raja Siam.

Terdapat amalan menjual isteri dan anak untuk dijadikan hamba dalam adat
masyarakat di Thailand. Menurut adat ini suami atau bapa mempunyai hak mutlak ke
atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai simbol kekayaan miliknya.

Mengikut adat, isteri-isteri Raja Thailand tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan
istana dan mereka juga tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain meskipun tidak
lagi menjadi isteri raja.

Di Thailand juga Raja tidak dibenarkan keluar di khalayak ramai kecuali jika ada
perarakan di raja untuk menjaga kemuliaan baginda sebagai pemerintah yang
dihormati dan dimuliakan oleh rakyat.

Terdapat juga adat yang mana golongan Khunnang tidak dibenarkan memakai baju
semasa mengadap raja.

Kesimpulan (2/3 markah)

Kesimpulannya, masyarakat India dan Thailand telah mengamalkan hukum adat yang
menjadi sebahagian daripada kepelbagaian diri masyarakatnya. Namun setelah kedatangan
kuasa-kuasa Barat,beberapa amalan dan adat yang sekian lama menjadi amalan
masyarakat di India dan di Thailand telah berubah. Terdapat adat yang disesuaikan dengan
unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya di Thailand semasa
pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya, di India penghapusan
adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan penentangan terhadap Inggeris
yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.

25
8. Bincangkan sistem ekonomi tradisional di India dan China sebelum perluasan
kuasa barat.

Pendahuluan (3/2 markah)

Sektor ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang harus diberikan perhatian
dalam melihat struktur masyarakat di Asia Selatan dan Asia Timur. Secara umumnya,
masyarakat tempatan di India dan di China mengamalkan sistem ekonomi sara diri sebelum
kedatangan kuasa Barat. Sistem ini merujuk kepada kegitan ekonomi bagi memenuhi
keperluan kehidupan keluarga seharian. Ekonomi sara diri ini melibatkan kegiatan pertanian
sebagai asas ekonomi di samping kegiatan-kegiatan lain seperti penangkapan ikan,
pemungutan hasil-hasil hutan dan kegiatan perlombongan serta perdagangan secara kecil-
kecilan.

Isi (20 markah)

A. Sistem ekonomi tradisional di India (10markah)

Pertanian sara diri merupakan aktiviti utama dalam sistem ekonomi sara diri di India
sebelum kedatangan kuasa Barat. Aktiviti pertanian sara diri di India bersifat milik
komunal atau bersama yang dilaksanakan oleh ahli keluarga. Tanah menjadi milik
kerajaan tetapi rakyat dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka dan bersedia
untuk berkhidmat kepada pemerintah atau membayar cukai jika diperlukan.

Daya pengeluaran pertanian sara diri di India adalah rendah kerana penggunaan
sistem tradisional dan kebergantungan petani kepada hujan turut menjejaskan
hasilnya. Selain itu, masyarakat petani yang miskin turut mengalami penindasan
daripada tuan-tuan tanah (zamindar) yang sering sahaja menekan para petani
dengan kadar cukai yang sentiasa berubah. Di samping itu, institusi kasta yang
menjadi teras dalam masyarakat India turut dilihat mengikat masyarakat yang
menjalankan sistem ekonomi sara diri di India kerana mereka tetap hidup sebagai
petani buat selama-lamanya.

Secara umumnya, dalam sistem ekonomi sara diri di India terdapat beberapa ciri
yang nyata iaitu :

- Sistem ekonomi sara diri adalah berteraskan sektor pertanian. Malah melalui
bancian pekerjaan pada tahun 1872, didapati bahawa 68.5% orang lelaki
dewasa bekerja sebagai petani. Hal ini bermakna masyarakat petani
merupakan kumpulan yang terbanyak dalam masyarakat di India.

- Perkampungan merupakan unit asas ekonomi dan sosial India, iaitu hampir
90% penduduk India tinggal di kawasan ini. Aktiviti pertanian masih lagi
bersifat milik bersama sementara hak individu masih lagi asing kepada
masyarakat luar bandar.

- Bidang pembuatan di kawasan kampung juga berkembang perlahan dan


setiap kampung mempunyai kelas pertukangan mereka sendiri yang

26
bertanggungjawab membuat peralatan pertukangan yang hanya digunakan di
kampung tersebut sahaja.

Tumpuan utama aktiviti pertanian di India ialah kegiatan penanaman padi yang
dijalankan secara meluas. Padi ditanam di kawasan lembah-lembah sungai seperti
lembah Sungai Ganges, Sungai Indus dan Sungai Mahanadi. Selain itu, aktiviti ini
juga bergantung sepenuhnya kepada hujan. Wilayah Bengal atau Benggala di timur
India merupakan kawasan penanaman padi utama. Di samping penanaman padi,
penanaman kapas juga merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh petani-
petani di India. Kapas menjadi sumber asas terpenting untuk pembuatan kain-kain
kapas di India sejak beberapa abad yang lalu. Pedagang India telah menjadikan
kain kapas sebagai hasil dagangan mereka dan diperdagangkan hingga ke Asia
Tenggara.

Terdapat dua jenis kain kapas yang penting di bahagian utara India, iaitu kain calico
dan muslin yang dihasilkan di Dacca, Lucknow, Patna dan Mitnapore. Di bahagian
barat laut India terdapat kain kapas jenis bafta, muslin, dhoti dan chintz yang
dikeluarkan di Surat, Cambay, Ahmadebad dan Poona.

Aktiviti penternakan terutama penternakan lembu turut menjadi aktiviti sampingan


kepada petani. Binatang ternakan selalunya dibiarkan berkeliaran untuk meragut
rumput di sekeliling perkampungan mereka.

B. Sistem ekonomi tradisional di China (10 markah)

Di China aktiviti sara diri turut menjadi sektor ekonomi yang penting sebelum
kedatangan kuasa Barat terutama di kawasan yang mempunyai tahap kesuburan
tanah yang tinggi seperti di lembah-lembah sungai.

Kekerapan berlakunya banjir bukan sahaja membawa kemusnahan kepada


masyarakat China malah sebenarnya turut membawa faedah yang besar. Tanah
lumpur tinggalan banjir yang telah surut sebenarnya menjadi kawasan lembah
sungai sebagai kawasan yang sangat subur. Kesuburan ini membolehkan pelbagai
jenis tanaman dapat ditanam dan menjadi sumber utama kepada petani-petani
China.

Secara umumnya, pada abad ke-19, 80% penduduk Negara China merupakan
petani dan sebahagian daripada mereka menjalankan aktiviti pertanian yang bersifat
sara diri. Hal ini bermakna bahawa hasil daripada aktiviti pertanian sebenarnya
hanyalah sekadar cukup hidup sahaja. Bencana alam seperti banjir dan kemarau
menjadi musuh utama kepada petani di China kerana akan memusnahkan tanaman
mereka.

Padi merupakan tanaman sara diri utama di China di sekitar lembah Sungai Yang-
tze dan Sungai Hwang-ho terutama di selatan dan tenggara China. Di kawasan
Szechwan terdapat tanaman padi yang dijalankan pada musim sejuk dan juga padi
huma di bahagian utara China. Selain daripada tanaman padi penanaman sekoi dan
kacang soya yang disifatkan sebagai tanaman kering turut dijalankan di bahagian

27
utara dan timur laut China. Seterusnya tanaman gandum dan millet juga diusahakan
oleh petani-petani di bahagian tengah Negara China manakala tanaman rumput
dijalankan di bahagian sempadan Mongolia yang dikenali sebagai padang rumput
Mongolia.

Selain itu, masyarakat China juga banyak menanam sayur hingga melahirkan idea
vegetable civilization, iaitu semua tanah kosong termasuklah di halaman atau di
belakang rumah dijadikan kawasan menanam sayur seperti kailan, sawi dan kacang
panjang. Di samping kegiatan pertanian, kegiatan penternakan juga dijalankan di
China. Antara binatang ternakan yang penting termasuklah ayam, itik dan khinzir
yang menjadi makanan penting masyarakat di China.

Kesimpulan (2/3 markah)

Ekonomi tradisional menjadi teras kepada kehidupan masyarakat di China dan India
sehingga sebelum campurtangan kuasa Barat. Kedatangan kuasa Barat ke Asia Selatan dan
ke Asia Timur telah membawa perubahan yang besar dalam sistem ekonomi di India dan di
China terutama pada abad ke-20. Sistem ekonomi tradisional yang menjadi amalan
masyarakat sebelum ini telah bertukar kepada sistem ekonomi komersial yang telah
diperkenalkan oleh kuasa-kuasa Barat yang bertapak di India dan di China. Meskipun sektor
pertanian tradisional masih dijalankan, tetapi sistem ekonominya telah berubah kepada
sistem ekonomi pertanian secara komersial. Pengenalan sistem ekonomi komersial oleh
kuasa Barat ini telah memberi kesan kepada struktur sosio-ekonomi masyarakat di kedua-
dua negara.

28
9. Bandingkan peranan Mahatma Gandhi di India dan Soekarno di Indonesia
dalam perjuangan nasionalisme di negara masing-masing.

Pendahuluan (3/2 markah)

Mahatma Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 dan dibesarkan dalam keluarga
ortodoks India. Menjadi peguam ketika berusia 19 tahun. Berkhidmat di Afrika Selatan
selama 20 tahun. Melihat pengalaman masyarakat yang didiskriminasikan dalam dasar
apartied di Afrika Selatan dan pengalaman ini telah mempengaruhi pergerakan
nasionalismenya di India. Mengambil pendekatan tidak bekerjasama dengan penjajah pada
awal pergerakannya. Soekarno pula dilahirkan pada 1901 di Blitar, Jawa Timur. Seorang
Jurutera. Pemimpin gerakan radikal di Indonesia. Mengambil pendekatan bekerjasama
dengan penjajah Jepun untuk menarik sokongan rakyat bagi menentang penjajah. Pernah
dipenjara semasa pemerintahan Belanda tetapi dibebaskan ketika zaman pemerintahan
Jepun. Berkolaborasi dengan gerakan bawah tanah bagi tujuan menaman semangat
nasionalisme di Indonesia.

Isi ( 20 markah )

Mahatma Gandhi ( 10 markah )

A. Gerakan Tidak Bekerjasama

Pada tahun 1919 memasuki Kongres Kebangsaan India dan menentang Akta Rowlatt
yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk membuang individu, menubuhkan
mahkamah khas, mengawal akhbar dan kuasa untuk mengawal kekerasan.

Melancarkan gerakan untuk menentang akta tersebut dengan menyeru rakyat agar
tidak mematuhi akta yang diluluskan.

Melancarkan protes secara lebih besar dengan penglibatan massa yang lebih
menyeluruh melalui Gerakan Satyagraha.
Gerakan bersifat sederhana melalui kempen boikot barangan barat dan memulaukan
pilihanraya India 1920, mogok pekerja dan tunjuk perasaan.

Berjalan kaki sejauh 200 km dari Sabarmati ke Dandi dalam tunjuk perasaan anti
monopoli industri garam oleh Inggeris.

Bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Islam bertujuan memulaukan


perundangan, mahkamah, sekolah dan kolej.

B. Gerakan Bekerjasama / Rundingan

1931 Gandhi mengambil pendekatan rundingan dengan pihak Inggeris.

Menyertai pakatan Gandhi-Irwin yang menyebabkan Gandhi bersetuju membatalkan


gerakan boikot barangan Inggeris. Sebagai balasan Inggeris memberi jaminan untuk

29
membebaskan nasionalis India dan memperkenalkan dasar yang lebih lembut
kepada rakyat India.

Pakatan ini gagal kerana perubahan pucuk pimpinan di Britain menyebabkan Gandhi
kembali kepada dasar perjuangan yang asal menyebabkan Gandhi dipenjarakan.

Mengadakan mogok lapar ketika di penjara kerana pengenalan dasar yang lebih
keras dan diskriminasi terhadap rakyat India.

Rundingan kembali diteruskan dan terbentuk Pakatan Poona 1932 dan Inggeris
bersetuju memberikan 148 kerusi kepada kelas bawahan dengan pengenalan dasar
persamaan dan bukan berlandaskan kaum

Pakatan ini juga gagal dan Gandhi meneruskan semula dasar penentangan dengan
memperkenalkan Pengerakan Penderhakaan Awam pada tahun 1940

Soekarno ( 10 markah )

A. Tidak Bekerjasama dan Anti-penjajah

Pemimpin Parti Nasional Indonesia semasa pemerintahan Belanda.


Memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia daripada Belanda. Dasar tidak
bekerjasama dengan Belanda.

Gerakan ini bebas daripada pengaruh komunis. Keahlian PNI meliputi semua kaum di
Indonesia yang kebanyakannya adalah bekas anggota Sarekat Islam

Berusaha menyatukan seluruh pertubuhan politik di Indonesia bagi memantapkan lagi


gerakan penentangan di Indonesia. Di bawah inisiatif Soekarno, tertubuhlah
Permuafakakatan Parti Politik Kebangsaan Indonesia pada 1927.

Akibat pengaruh PNI yang semakin kuat, Soekarno telah dipenjarakan oleh Belanda
pada tahun 1928.

B. Bekerjasama dan Pro Penjajah

Pemimpin pro penjajah dengan bekerjasama dengan Jepun semasa pendudukan


Jepun di Indonesia.

Menjadi pengerusi Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ) pada tahun 1943.

Jepun ingin menjadikan PUTERA sebagai alat propaganda tetapi Soekarno


memanipulasikan gerakan ini untuk menanamkan perasaan anti penjajah dalam
kalangan rakyat Indonesia.

30
Soekarno mempunyai kebolehan berpidato yang mengagumkan rakyat Indonesia.
Perhimpunan yang diadakannya sering mendapat sokongan yang besar daripada
rakyat.

Cawangan PUTERA telah ditubuhkan di sebahagian besar bandar-bandar utama


Indonesia.

PUTERA mendapat sokongan dan dokongan yang kuat daripada masyarakat.

Berkolaborasi dengan gerakan bawah tanah yang dipimpin oleh Sultan Sjahrir dan
Amir Syarifuddin untuk menyemai semangat kesedaran dalam kalangan rakyat.

Menjelang penghujung tahun 1943, Jepun mula menyedari bahawa PUTERA di


bawah pimpinan Soekarno telah menyelewang daripada hasrat propaganda
sebaliknya digunakan Soekarno untuk menentang Jepun.

PUTERA dibatalkan pada penghujung tahun 1943

Jepun kemudian menubuhkan Djawa Hokakai ( Gerakan Kebangsaan Jawa ) dan


melantik sekali lagi Soekarno sebagai pemimpin. Namun sekali lagi Soekarno
menggunakan kesempatan ini untuk memupuk kesedaran kebangsaan dan anti
penjajah.

D. Tahap Radikal

Setelah gerakan kesedaran semakin mendapat tentangan dan sekatan daripada


pihak Jepun, Soekarno mula melancaran gerakan yang bersifat radikal.

Jun 1945, Soekarno telah melancarkan 5 prinsip perjuangan kebangsaan Indonesia


yang dikenali sebagai Pancasila iaitu nasionalisme, internasionalisme, demokrasi,
keadilan sosial dan kepercayaan kepada Tuhan.

Pada bulan yang sama Piagam Jakarta diperkenalkan sebagai asas kepada
pembentukan sebuah negara merdeka bagi Indonesia.

Menjelang kekalahan Jepun, Soekarno berjaya mengisytiharkan kemerdekaan bagi


Indonesia pada 17 Ogos 1945

Namun setelah kemasukan semula Belanda ke Indonesia, mereka tidak mengiktiraf


kemerdekaan ini

Tercetus revolusi di Indonesia yang menyebabkan Soekarno ditangkap dan memaksa


PBB campurtangan untuk menyelesaikan masalah.

Indonesia akhirnya kekal dengan kemerdekaan pada tahun 1947 dengan perlantikan
Soekarno sebagai Presiden Republik Indonesia yang pertama.

31
Kesimpulan ( 2/3 markah )

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas membuktikan bahawa Gandhi dan Soekarno


merupakan pencetus dan penggerak semangat kesedaran kebangsaan yang penting di India
dan Indonesia. Terdapat persamaan dan perbezaan dalam perjuangan mereka namun apa
yang jelas perjuangan mereka berjaya mempengaruhi gerakan massa yang hebat di negara
masing-masing. Perjuangan mereka kemudiannya berjaya menjadi ikon dan lagenda yang
mencetus kebanggaan bagi rakyat di kedua-dua negara. Bahkan ketokohan dan karisme
mereka bukan sahaja dikenang dalam negara masing-masing sebaliknya turut dikagumi oleh
masyarakat di rantau Asia umumnya.

10. Jelaskan peristiwa-peristiwa penentangan setempat yang berlaku di Indonesia


dan Filipina antara tahun 1800 hingga 1850.

32
Pendahuluan ( 3/2 markah )

Filipina telah dikuasai oleh dua kuasa Barat iaitu Sepanyol dan Amerika Syarikat
manakala Indonesia pula dikuasai oleh Belanda. Penguasaan Barat di Filipina dan Indonesia
disebabkan oleh dasar penaklukan yang dilaksanakan negara-negara Barat ke atas negara-
negara di Asia. Kehadiran kuasa-kuasa Barat di Filipina dan Indonesia telah menyebabkan
penduduk tempatan bangkit menentang. Penduduk tempatan menentang penjajah kerana
perubahan yang dilakukan terhadap dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial. Perubahan
yang diperkenalkan seringkali melibatkan campur tangan dalam adat resam tempatan. Hal ini
membawa kepada kemunculan gerakan penentangan sebagai membalas tindakan Barat.

Isi-isi Penting ( 20 markah )

1. Filipina ( 8 markah )

a) Pemberontakan Casi 1807

Tindak balas masyarakat tempatan terhadap pemerintahan Sepanyol bermula pada


tahun 1807 menerusi Pemberontakan Casi.

Rakyat Filipina telah melancarkan pemberontakan Casi akibat pengharaman industri


membuat arak tempatan Ilocos.

Tindakan mengharamkan pembuatan dan penjualan arak ini telah menutup sumber
pendapatan para pengusaha arak tempatan yang menjadi amalan tradisi rakyat.

b) Pemberontakan Novales 1823.

Pemberontakan Novales berlaku di bandar Manila. Tentera Filipina telah melakukan


pemberontakan dengan menentang tentera Sepanyol disebabkan oleh amalan
diskriminasi dalam pasukan tentera. Tentera Filipina hampir berjaya menawan bandar
Manila.

Mereka didiskriminasikan dari segi gaji, taraf jawatan, pekerjaan, layanan dan peluang
kenaikan pangkat. Hal yang berlaku ialah jawatan-jawatan penting, gaji yang tinggi serta
layanan istimewa dalam pasukan tentera hanya diberikan kepada tentera-tentera
Sepanyol sahaja.

c) Pemberontakan Tayabas 1840-1841

Pemberontakan Tayabas ini dilancarkan oleh golongan paderi Kristian berbangsa Filipina
kerana terdapat amalan diskriminasi antara paderi tempatan dengan paderi-paderi
Sepanyol.

Pemberontakan ini telah dipimpin oleh paderi Apolinario De La Cruz. Beliau cuba
menuntut persamaan hak dan penghapusan pelbagai keistimewaan yang dibolot oleh
paderi-paderi Sepanyol.

2. Indonesia ( 12 markah )

33
a. Penentangan di Palembang 1811

Hubungan Palembang dengan Belanda telah tegang sejak 1641 dan terpaksa
menghadapi cabaran pelbagai cabaran kuasa Belanda.

Pemerintah Palembang, Sultan Badaruddin II telah menyerang markas Belanda pada 14


September 1811.

Pada 1819, Belanda menggempur Palembang tetapi dapat dipatahkan oleh Sultan
Badaruddin II. Belanda kemudiannya menghantar angkatan yang lebih besar untuk
menyerang Palembang, walaupun berjaya memberi tentangan Sultan Badaruddin II telah
ditangkap dan dibuang ke Ternate.

Pada 1823 peperangan telah meletus dan Palembang terpaksa menyerah kalah malah
terpaksa menyerahkan semua kuasa kepada Belanda dan Palembang diletakkan di
bawah pentadbiran Residen Belanda.

b. Penentangan di Minangkabau 1819

Penentangan di Minangkabau telah tercetus pada tahun 1819 dan berakhir pada 1832.
Perang ini dipelopori oleh Haji Sumanik, Haji Piobang dan Haji Miskin yang berfahaman
Wahabi dan menentang fahaman Syiah.

Golongan Wahabi berjaya menguasai Minangkabau dan telah ditentang oleh kerabat
diraja dan Penghulu Adat Minangkabau. Kerabat diraja dan Penghulu Adat Minangkabau
telah memeterai perjanjian dengan pihak Belanda pada 1821 dan telah menyerahkan
kuasa kepada pihak Belanda bagi menentang fahaman Wahabi.

Imam Bonjol yang mengetuai fahaman Wahabi telah melancarkan gerakan agama untuk
menentang Belanda. Imam Bonjol kemudiannya mengadakan perjanjian dengan
Belanda untuk menamatkan permusuhan dan telah mengakui kekuasaan Belanda.
Walau bagaimanapun serangan terhadap Belanda masih berterusan.

Belanda bertindak balas terhadap Imam Bonjol hingga terpaksa melarikan diri.
Penentangan tamat pada 1832 apabila Tunku Nan Alahan menyerah kalah.

c. Penentangan di Sulawesi 1811

Penentangan terhadap pendudukan Belanda di Sulawesi pada abad ke-19 dilakukan


Bone. Ketika Belanda berkuasa semula di Sulawesi pada tahun 1816, pembesar
Sulawesi berpendapat hubungan Sulawesi dengan Belanda melalui Perjanjian Bungaya
1667 telah terputus.

Van der Capellan cuba memperbaharui Perjanjian Bungaya tetapi ditolak oleh Bone.
Pemerintah Sulawesi itu kemudiannya menyerang wilayah Belanda tetapi dapat
dipatahkan oleh Belanda pada 1825.

Pada 1838 Bone telah memperbaharui Perjanjian Bungaya tetapi masih terus menyerang
wilayah yang diduduki Belanda. Belanda telah bertindak balas dengan melancarkan

34
serangan balas dan pada 1905-1906 Belanda berjaya menakluki negeri Bugis dan
Makasar.

d. Penentangan di Maluku 1817

Penentangan tehadap Belanda di Maluku tercetus pada 1817 berpunca daripada


kedatangan semula Belanda ke Maluku. Kebangkitan ini dikenali sebagai Penentangan
Saparua dan diketuai oleh Thomas Matulesia.

Kumpulan penentang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Belanda dan mereka
bertekad untuk menyerang dan menghancurkan kubu pertahanan Residen Van der Berg
di Sapurua serta membunuh semua penghuninya.

Pada 1 Mei 1817, seluruh penduduk bersumpah dan seterusnya memulakan


penentangan terhadap Belanda dan dalam serangan terhadap kubu Sapurua pada 15
Mei 1817, Van der Berg dan keluarganya telah terbunuh kecuali seorang anak lelakinya.

Belanda berjaya menawan semua kubu di Sapurua pada 3 Ogos 1817 dan pada 10
November 1817, kumpulan penentang telah meletak senjata. Thomas Matulesia telah
ditangkap oleh Liman Pietersen dan setelah dibicarakan beliau dijatuhi hukuman mati.

e. Perang Jawa 1825

Penentangan terhadap Belanda di Puau Jawa dikenali sebagai Perang Jawa yang
meletus pada tahun 1825-1830. Perang ini dipimpin oleh Pengeran Diponegoro.

Penentangan di Pulau Jawa disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah yang


berkaitan dengan Pengeran Diponegoro sendiri. Penentangan di Jawa berkaitan dengan
kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Diponegoro, pembesar dan penduduk Jawa
akibat pembatalan kontrak sewa tanah dan penindasan ekonomi oleh pedagang-
pedagang Cina.

Penentangan juga disebabkan rasa tidak puas hati Pengeran Diponegoro yang tidak
dilantik sebagai pemerintah Jogjakarta. Diponegoro juga tidak berpuas hati kerana
Belanda tidak mengiktiraf beliau sebagai pemimpin agama Islam. Tindakan Belanda
membina jalan raya melalui kawasan perkuburan moyangnya telah mencetuskan perang
jihad.

Perang ini berterusan selama lima tahun sehingga 1830. Diponegoro tidak dapat
bertahan dan telah ditangkap oleh Belanda. Diponegoro telah dibuang ke utara
Sulawesi dan kamudiannya ke Makasar dan meninggal dunia pada 1885.

Perang ini berakhir apabila pemerintah baru, Pakubuwono VII menandatangani perjanjian
damai dengan pihak Belanda.

Kesimpulan (2/3 markah)

35
Tindak balas penduduk Filipina dan Indonesia terhadap kuasa-kuasa Barat adalah
disebabkan oleh pelbagai faktor penindasan. Tindakan yang diambil oleh penduduk
tempatan gagal mengusir penjajah dari negara mereka, sebaliknya penentangan-
penentangan tersebut dapat dipatahkan oleh kuasa Barat. Hal ini berlaku kerana
penentangan yang berlaku di kedua-dua negara bersifat tempatan dan tidak melibatkan
gerakan massa yang menyeluruh dan serentak di seluruh negara. Namun begitu tindak balas
masyarakat tempatan berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Filipina dan
Indonesia pada abad ke-20.

11. Huraikan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun dan Perjanjian


Bowring 1855 di Siam.

36
Pendahuluan (3/2 markah)

Kedatangan Barat ke Asia adalah untuk meluaskan pengaruh mereka terhadap negara-
negara Asia. Kuasa Barat telah melakukan campur tangan ke atas negara-negara di Asia
melalui perjanjian, peperangan dan pengilhakan. Kedatangan Barat ke Siam dan Jepun
telah mengancam kedaulatan kedua-dua buah negara tersebut. Bagi mengekalkan
kedaulatan dan mengelakkan campur tangan Barat ke atas negara tersebut ,kedua-dua
pemerintahan iaitu Raja Mongkut dan Shogun telah menandatangani perjanjian dengan
kuasa Barat. Raja Mongkut telah menandatangani Perjanjian Bowring pada tahun 1855
dengan British. Jepun pula telah menandatangani Perjanjian Kanagawa pada tahun 1854.
Kedua-dua perjanjian ini sangat penting kerana perjanjian ini merupakan langkah pertama
kepada perubahan dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka Siam dan Jepun bagi
mengelakkan campur tangan kuasa Barat.

ISI

A. Jepun ( 10 markah )

Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854.

1. Kesan Politik

Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka
yang telah diamalkan oleh Shogun Tokugawa. Selepas perjanjian ini pada tahun 1854,
Laksamana Sir James Stirling yang mewakili British telah menandatangani Perjanjian
Nagasaki. Melalui perjanjian ini British mendapat kemudahan perdagangan di Hakodate
dan Shimoda. Pada tahun 1855 Russia melalui Laksamana Putyyatin telah
menandatangani Perjanjian Shimoda dengan Jepun. Antara isi penjanjian ini ialah :

a. Pulau-pulau Kuril termasuk Etorufu diserah kepada Russia.


b. Pelabuhan Nagasaki, Shimoda dan Hokadate dibuka kepada Russia.
c. Pulau Sakhalin tetap menjadi milik bersama antara Russia dengan Jepun.

Pada tahun 1856, Belanda telah menandatangi perjanjian dengan Jepun di Nagasaki.
Belanda juga diberi kebenaran berdagang di pelabuhan-pelabuhan Jepun

Pada tahun 1858, Amerika Syarikat telah berjaya mengadakan perjanjian Jepun.
Townsend Harris telah menjadi wakil kerajaan Amerika Syarikat telah menandatangani
Perjanjian Edo. Melalui perjanjian ini lima buah lagi pelabuhan Jepun dibuka kepada
Amerika Syarikat iaitu Hyogo, Hakodate, Kanagawa, Nagasaki dan Nugata. Hak asasi
bagi kes-kes civil dan jenayah hendaklah diberikan kepada semua orang Amerika. Cukai-
cukai kastam hendaklah ditetapkan mengikut persetujuan bersama.

Kejatuhan Shogun Tokugawa kerana perjanjian-perjanjian yang ditandatangani ini


telah membuktikan kelemahan pemerintahan Shogun. Suku-suku Barat seperti Toza,
Tozama, Chosu dan Ronin menentang pentadbiran Jepun. Shogun Keiki terpaksa
menyerah kuasa kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867. Dengan itu Maharaja Meiji
telah kembali berkuasa ke atas seluruh wilayah Jepun. Apabila Maharaja Meiji berjaya
menguasai Jepun baginda telah melakukan permodenan terhadap Jepun bagi
menggelakkan campur tangan Barat.

37
2. Kesan Ekonomi

Melalui perjanjian ini Jepun menceburi bidang ekonomi komersial akibat berlakunya
perdagangan dengan negara-negara barat selepas pembukaan pelabuhan-pelabuhan
Jepun. Kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan lahirnya syarikat-syarikat besar
dari golongan zaibatsu yang memajukan ekonomi Jepun.

3. Kesan sosial.

Agama kristian telah dibenarkan dibawa masuk dengan bebas oleh para pedagang
dan mubaligh kristian. Agama kristian semakin berkembang di Jepun.

B. Thailand ( 10 markah )

Kesan-kesan Perjanjian Bowring.

1. Kesan Politik.

Hubungan Siam dengan British semakin erat. Raja Mongkut telah mengamalkan
dasar diplomasi dengan menghantar satu perutusan ke Britain. Utusan ini diketuai oleh
Phraya Suriwongse.

Siam dapat mengelakkan negaranya daripada dijajah oleh kuasa Barat lain. Siam
telah mengadakan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan kuasa Barat lain seperti
Perancis ( 1856 ), Amerika Syarikat ( 1856 ), Denmark ( 1858 ), Portugal ( 1859 ),
Holland ( 1860 ), Prusia ( 1862 ), Belgium ( 1868 ), Italy (1868), Norway ( 1868 ), dan
Sweden ( 1868 ).

Raja Mongkut juga telah melakukan permodenan di Siam dengan mengambil pakar-
pakar asing dalam menguruskan pentadbiranya.

Kesan ekonomi.

Perjanjian Bowring telah membuka Siam kepada pedagangan antarabangsa. Bilangan


kapal yang berlabuh di Siam bertambah hampir 10 kali ganda.

Sistem ekonomi sara diri Siam telah diganti dengan sistem ekonomi komersial. Siam
mengeksport kayu jati, beras dan gula. Pada tahun 1850 jumlah eksport beras Siam
hanya 5% daripada jumlah pengeluarannya tetapi pada tahun 1905 jumlah eksport Siam
telah meningkat sehingga 50%.

Britain telah menguasai perdagangan asing di Siam. Pelabuhan-pelabuhan British yang


lain seperti Singapura dan Hong Kong turut menjalankan perdagangan Siam. Siam telah
muncul sebagai satelit ekonomi Britain.

Penguasaan orang Cina dalam perdagangan asing telah tamat. Kerajaan Siam telah
memajakkan monopoli eksais yang baru seperti loteri, candu dan minuman keras.

38
Sistem kewangan Siam telah mengalami perubahan. Siam telah menyusun semula
sistem kewangannya mengikut sistem kewangan Barat. Siam telah mengambil khidmat
penasihat-penasihat ekonomi daripada Barat.

Perjanjian ini juga telah menamatkan monopoli perdagangan golongan bangsawan.


Sebelum ini golongan bangsawan yang memonopoli perdagangan tertentu seperti batu
permata dan kayu jati .

Kesimpulan ( 2/3 markah )

Perjanjian Kanagawa dan Perjanjian Bowring memberi pergertian yang sangat besar
kepada Jepun dan Siam. Melalui perjanjian ini, Jepun dan Siam telah mengubah dasar tutup
pintu kepada dasar buka pintu. Melalui perjanjian ini juga Jepun dan Siam telah melakukan
pemodenan terhadap negara masing-masing. Kedua-dua perjanjian ini telah berjaya
menyelamatkan Jepun dan Siam daripada dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.

12. Bincangkan dasar luar Myanmar dan Vietnam antara tahun 1949 hingga 1963.

39
Pendahuluan (3/2 markah)

Dasar luar merupakan instrumen bagi sebuah negara berinteraksi dengan negara lain.
Dasar ini memperlihatkan sikap sesebuah negara samada ingin memainkan peranan aktif
atau pasif dalam dunia dan kecenderungan pro barat atau pro komunis.Bagi Myanmar yang
mencapai kemerdekaan pada tahun 1948 mempunyai persamaan dengan negara jirannya
India iaitu, mengamalkan dasar berkecuali. Dasar ini dilaksanakan demi menjaga
kepentingan dan kedaulatan negaranya. Manakala Vietnam pula setelah menghadapi
pergelutan antara rakyat Vietnam dan sesama kumpulan rakyat akhirnya merdeka pada 8
Mei 1954 dengan pembahagian Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Pada 1955, Vietnam
Utara dikuasai oleh komunis yang diiktiraf oleh Rusia dan China. Vietnam Selatan bebas
dari komunis. Bermula dari kemerdekaan itu bermulalah kedua-dua negara melaksanakan
dasar luar mereka.

Isi (20 markah)

1. Myanmar (10 markah)

Menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam Perang Korea, Myanmar


turut memainkan peranan dan bekerjasama dengan PBB, iaitu terlibat secara tidak
langsung dalam Perang Korea. Myanmar telah bekerjasama dengan PBB, untuk
mencegah pencerobohan Korea Utara terhadap Korea Selatan.

Dalam menyelesaikan masalah sempadan dengan China, Myanmar telah mendapatkan


bantuan PBB untuk memindahkan tentera-tentera Kerajaan Nasionalis China di
sempadan Myanmar kembali ke China.

Polisi luar negara Myanmar adalah dasar berkecuali terutama dalam menghadapi
pertelingkahan Blok Barat dengan Blok Komunis dan telah menolak penyertaan dalam
pertubuhan SEATO. Myanmar di bawah Perdana Menteri U Nu telah menjalinkan
hubungan erat dengan banyak negara terutamanya negara-negara jiran. Myanmar turut
mengambil beberapa langkah perdamaian:

a. Mengakui kedaulatan / mengiktiraf Republik Rakyat China pada tahun 1949.


b. Membuat perjanjian persahabatan dengan Indonesia, India dan Pakistan.
c. Membuat lawatan muhibbah ke Bangkok pada 1954 dan turut meminta maaf kepada
Thailand atas sikap agresif Myanmar pada masa dahulu.
d. Myanmar turut mengutuk keganasan yang dilakukan oleh Rusia ke atas Hungary
serta serangan sekutu Britain terhadap Mesir pada tahun 1956 selaras dengan
piagam PBB,iaitu memelihara keamanan sejagat.

Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara China, India, Amerika Syarikat


dan negara-negara Asia Tenggara. Merupakan bekas tanah jajahan British dan
dengan itu Myanmar turut menyertai pertubuhan Komanwel.

2. Vietnam ( 10 markah )

40
A. Vietnam Utara ( 5 markah )

Keengganan Perancis menyerahkan kuasa menyebabkan Jepun telah menyerang


sempadan Vietnam dan mengebom pelabuhan HaiPong pada 22 September 1940.
Pada bulam Mac 1945, Jepun hampir kalah dan telah melucutkan senjata pihak
Perancis. Tentera Jepun telah mewujudkan sebuah kerajaan boneka dengan melantik
Maharaja Bao Dai dari Annam sebagai pemerintah.Namun begitu Bao Dai telah
digulingkan oleh golongan revolusioneri Vietnam yang telah masuk dari bahagian
utara China untuk menguasai Hanoi.

Pada 2 September 1945, Liga Kemerdekaaan Vietnam ( Viet Minh) yang dipimpin
oleh Nguyen Ai Quoc ( Ho Chi Minh) telah mengisytiharkan Republik Demokratik
Vietnam di Hanoi. Pada 19 Disember 1946, tentera Viet Minh menyerang tentera
Perancis sehingga membawa kepada peperangan yang berlanjutan sehingga Julai
1954. Pada 8 Mac 1949, Perancis telah meminta bantuan Bao Dai supaya Tongking,
Annam dan Cochin-China dijadikan sebuah negara. Persetujuan telah dicapai untuk
mendefinisikan Vietnam sebagai Merdeka dalam Kesatuan Perancis.Pertempuran
terus berlaku antara Perancis dan Republik Demoktratik Vietnam, namun usaha
Perancis menemui kegagalan. Peperangan dimenangi oleh Vietnam Utara setelah
berjaya menawan Dien Bien Phu pada 1954.

Pada tahun 1960, kerajaan Vietnam Utara telah menyokong secara aktif
pemberontakan Pathet Lao di negara jiran Laos dengan memberi bantuan
ketenteraan dan pakar peperangan. Vietnam Utara juga telah memberi bantuan yang
serupa kepada pemberontakan di Vietnam Selatan.

Pengunduran tentera Perancis dari Haipong pada bulan Mei 1955 membolehkan
Vietnam Utara menguasai negara dengan sepenuhnya. Pada tahun 1959, kerajaan
China menghulurkan pinjaman kepada Vietnam Utara berjumlah 300 juta Yuan dan
geran sebanyak 100 juta Yuan. Pada akhir 1962, Blok Soviet telah mengeluarkan
pinjaman berjumlah 1 bilion kepada kerajaan Vietnam Utara.(Viet Cong)

Tiga perempat daripada perdagangan Vietnam Utara adalah dengan negara-negara


komunis iaitu China, Czechoslovakia dan Russia. Selain itu, Vietnam utara juga
mempunyai hubungan dagang dengan Korea Utara, Jerman Timur, Poland,Hungary,
Romania, Jepun, Mongolia dan Hong Kong.

Vietnam Utara bukan anggota PBB dan Blok Afro-Asia walaupun pernah menghadiri
persidangan di Bandung pada 1955.Pimpinan Vietnam Utara iaitu Ho Chi Minh telah
merapatkan hubungan luar dengan negara-negara Asia lain seperti India dan
Indonesia melalui lawatan rasmi.Kerajaan Vietnam Utara berusaha mengwujudkan
dasar berbaik-baik Vietnam Utara dengan negara-negara baru Afrika. Pada 1961
Suruhanjaya Persahabatan Vietnam Utara telah melawat Guinea, Mali, Morocco dan
Tunisia.

41
B. Vietnam Selatan ( 5 markah )

Vietnam Selatan merupakan anggota Kesatuan antara Parlimen. Persidangan


Solidariti Afro-Asia, Konsul Rancangan Colombo dan Suruhanjaya Beras
Antarabangsa.
Vietnam Selatan turut menerima bantuan ekonomi daripada kuasa-kuasa Barat.
Sokongan terhadap pemimpin Vietnam Selatan iaitu Diem oleh Amerika Syarikat
bermula pada tahun1954. Hubungan antara Diem-Amerika Syarikat sangat menarik
kerana kedua-dua pihak saling memerlukan antara satu sama lain. Bagi Amerika
Syarikat, Diem adalah kunci kepada pembentukan sebuah negara Vietnam yang
bukan komunis di samping untuk mengukuhkan pengaruh Ameriaka di Indo China.
Amerika Syarikat misalnya menperuntukan bantuan ekonomi dan teknikal berjumlah
700 juta dolar kepada Vietnam Selatan di antara tahun 1954 hingga tahun 1962.
Perancis pula memberi bantuan berjumlah 14.5 bilion Frans dan untuk program
pelarian berjumlah 14 juta dolar bagi tempoh 1957 hingga 1961.Vietnam juga
menerima bantuan teknikal dan material daripada negara lain dari agensi-agensi
PBB.
Menurut syarat-syarat Perjanjian Pemulihan pada Mei 1959 dengan Jepun, Vietnam
Selatan akan menerima sejumlah 39 juta barangan dan perkhidmatan selama lima
tahun dan pinjaman sebanyak 16.6 juta dolar.

Kesimpulan ( 2/3 Markah)

Myanmar dan Vietnam telah menggunakan pelbagai pendekatan dalam hubungannya


dengan negara luar untuk kepentingan bersama sama ada di peringkat dunia, serantau dan
antarabangsa bagi menjamin kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Vietnam Utara
mendapat dokongan negara-negara blok komunis manakala Vietnam Selatan dibantu oleh
PBB dan Amerika Syarikat . Dasar yang cenderung kepada ideologi blok ini menjadi trend
bagi negara-negara yang baru mencapai kemerdekaan.

42

You might also like