You are on page 1of 3

CARA YANG BETUL MAKAN NASI MASA PANTANG

UNTUK ELAK ANGIN & SUPAYA PERUT CEPAT KEMPIS

Nasi oh Nasi...

Makanan dalam pantang sangatlah penting, terutama nasi. Jangan sesekali makan nasi
sejuk ketika di dalam pantang.

Makanlah nasi yang baru di masak dan paling bagus nasi yang baru naik. Contoh jika
ingin makan pada jam 12 tengahari, masak nasi jam 11 pagi dan makan nasi yang
pertama naik tadi.

Sebelah petang nya pulak masak nasi yang baru. Jangan sesekali makan nasi tengahari
punya walau pun di biarkan panas di dalam periuk nasi.

Nasi sejuk & lama boleh menyebabkan angin dan bisa jika di makan ketika dalam
pantang

NAK PERUT CEPAT KEMPIS?

Makan nasi yang di bulatkan sebesar biji guli sebanyak 10 biji sahaja setiap hari. Insya-
Allah tak sampai 2 minggu perut akan kempis.

Bak kata orang2 tua makan nasi kena bersukat, baru badan ramping .

JANGAN pandang rendah bab pemakanan walaupun dalam pantang moden.

Jika bab pantang, kena pantang. Usia muda memang boleh cakap besar.

Dah masuk 40-an nanti, muka dah kusam, sakit sana sini, lutut tak kuat masa tu ingatlah
cara kita berpantang.

Ingat balik kata2 kita perlekehkan orang berpantang secara tradisional

Saya amal,saya kongsi #carasaya jaga badan terutama bila dalam pantang/selepas
bersalin walaupon dah nak masuk anak ke 4.
Okey jom start :

Tak ada yang luarbiasa bila cerita bab jaga badan,nak cantik apapon perlu disiplin dan
kene sabar.

1 - Amal herba/jamu
Yes,bende yang hari2 sy share hari2 sy post adalah jamu.Kenapa jamu? sejak beranak 1
lagi sy dah diajar makan jamu oleh mak sy lepas je 20hari dalam pantang sy mula
makan jamu.Sementara tunggu nifas kering,sy ambil makanan sunnah seperti
kurma,kismis..skrg banyak produk berasaskan sunnah.Kalau dulu sy start dengan air
rebusan akar kayu pure tok sy bekalkan.Best minum air akar kayu ni,memula tak
perasan dah seminggu nampak pipi dah pink2.Sebab sihat dalaman,darah
"berjalan".Alhamdulillah anak sulong sy tak kene demam kuning so sy amalkan herba2
dengan cepat.Selain minum herba,mandian herba juga tak ketinggalan.Keluar je hospital
terus mak sy rebus daun-daun serum untuk sy mandi.

2 - Berurut
Part ni memang sy paling suka boleh dikatakan sebulan sekali sy akan panggil makcik
urut dalam berurut sy.Jangan tak tahu berurut bagus bukan setakat buang2 angin tapi
bagus untuk bentukkan balik pinggul,breast kita ke bentuk asal.Betulkan urat2 yang
tersimpul baru lah rasa ringan aje badan.

3 - Kurang pengambilan air masak ketika pantang


Yang ni mungkin ramai rasa agak mengarut tapi ntah lah,sy mmg dah diajar dari dalam
pantang kurangkan minum air masak tapi gantikan dengan air kayu sepang.Air kayu ni
mak sy akan siap2 kan letak tepi katil."Kalau haus,minum ni..." kata mak sy sampai
sekarang walaupon pantang sendiri sy still ingat dan amalkan.Kayu sepang ni boleh beli
dikedai2 ubar cina.Minum air dalam keadaan duduk bukan berdiri.

4 - Bertungku
Ramai yang malas bab ni kan? tapi sy tak!! sy ada 3 jenis tungku dan paling sy suka
tungku jenis besi bulat size kecil.Sy akan tungku 2-3kali sehari biasenya waktu
subuh..selepas mandi bagi badan hangat semula dan malam sekali sebelum
makan.Tungku bukan setakat kat perut,pinggul + betis + celah kangkang.Banyak
kebaikan bertungku salah satu boleh pecahkan angin.Bersalin no 2 sy kene rengat teruk
so dengan bertungku la dapat legakan rengat.

5 - Berbengkung
Yang ni pon part paling sy disiplin,sy pakai bengkung 44hari buka hanya time
mandi/buang air.
Yang ni la kunci paling utama untuk perut kekal xbuncit.Sy akan pakai bengkung selepas
bertungku dan sebelum makan.Kenapa? bila makan dalam berbengkung diperut,sy akan
makan sikit.Bukan diet tapi dalam pantang makan sikit2 tapi kerap,itu pesan orang
lama2 dan sy ambil pakai.Alhamdulillah..mmg berhasil dan sy bersalin normal,sapu
kapur + limau nipis..ampun,seksa.Tapi skrg dah guna krim2 barut + losen panas so
senang.Sy bengkung ikat dari peha sampai atas.Untuk sy kecilkan balik peha2 that y sy
bengkung dari peha.Time ni la jalan terkepit-kepit hihi

6 - Jaga makan
Ada kala terbabas juga lagi2 duk tengok menu pantang sekarang rasa macam
pelik2.Suka sy kongsi yang sy memang tak makan bende2 lauk bergoreng dalam
pantang sebab minyak.Minyak ni la yang buatkan kita lambat nak slim.Apa2 punca pon
sy percaya dari permakanan dan perut kita so sy elakkan bende2 makanan yang
sejuk,santan,berminyak dan bergoreng.Sy tak diet tapi sy amalkan makan cukup
masa,nasi separuh tapi kerap.Faham kan...Ayam daging sy lambatkan makan biasenya
masuk hari ke 20 dalam pantang baru start mkn.Awal2 makan ikan selar aje lerrr.Ikan
kering tak sentuh kadang makan ikan bilis pon xboleh boleh buatkan "tut" gatal and
bebau.
7 - Berstokin
Angin mudah masuk melalui kaki so pakai stokin sangat perlu even xdalam pantang
sekalipon.Sy berstokin dalam pantang part jari ibu kaki la paling takut tersepak takot
tumpah darah pesan orang tua2 so jangan malas pakai stokin

8 - Aircon
Sy cuba elakkan aircon cuma kadang bila bersalin dalam bilik hsptl 2-3 hari yg dah ada
aircon so xdapat nak dielakkan tapi berpantang memang tak duduk dalam aircon.
Sy tak boleh sejuk and tak tahan sejuk.

9 -Pantang bersama suami


100 hari sebolehnya tapi 60hari pon paling awal so cuba la elak.Even dalam pantang
cuba la jangan cuba2 utk berasa berahi kerana urat boleh kembang.

10 -Elak angkat bende berat/ senaman berat


awal2 sy memang tak berani angkat barang berat2 kadang dukung anak 2tahun pon tak
berani takot peranakan turun apatah lagi senaman berat.Silap haribulan boleh buasir or
tombong.Basuh baju/basuh pinggan paling sy pantang sebab terkena air,sy cuba
elakkan dari banyak kene air.Nak berpeluh cara melayu..paling sy suka
BERSALAI,bertangas..yaa ampun best sangat.Peluh keluar tik tikk macam mandi
11 - Last,sy sememangnya akan pantang keluar umah selagi boleh lagi seksa bila
berpantang dengan toki sy nak keluar duk depan umah pon die tak kasi.Takdek
nak melawo-lawo,xdek nak mekap2..pantang time raya pon,just kain batik aje.Time ni
sy "busuk2 aje"..Tapi bila abis je dah "pelepas" pantang,terus start melawo.Haaa time tu
la bagaikan dihidupkan semula.

Lepas bersalin urat kita kembang,bukan kembang kita gemok sebab tu tak guna time ni
kita mekap2,kita kene sihatkan dulu dalaman.Percaya la,tak rugi dan tak menyesal
cuma perlu bersabar.
Suami TOLONG ambil bahagian bila isteri dalam pantang,awk juga nak isteri awak
cantik kan?

You might also like