You are on page 1of 24

GAYA KEPIMPINAN DAN GAYA PENYELESAIAN MASALAH DI KALANGAN

PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUCHING, SARAWAK.

OLEH

AWG JUNAIDI @ AWANG RAZALI BIN AWG KARIM

Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan


Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia.

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2000
PERAKUAN

Diperakukan bahawa tesis ini ialah hasil kerja penyelidik sendiri clan tiada bahagian daripada
tesis ini telah dikemukakan untuk rnenyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan
kelayakan ijazah di universiti ini atau institusi pengajian yang lain.
DEDIKASI

Untuk Isteri Tercinta

Zaliana Bt. Abdulhh

UntukAnak-anak Tersayang

Dayang Norazalina bt. Awang Razali


Dayang A ~ y y a rErmiza
i bt. Awang Razali
Dayang Hetty Ruzaini bt. Awang Razati
Awang Fakrul Firdaus bin Awang Razati
PENGHARGAAN

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Demikian jugalah tentang suatu perjuangan. Akhirnya
saya diberi kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan tesis ini sebagai sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia M.Sc. (HRD).Di sini
saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepa&
orang-perseorangan yang telah banyu membantu saya menyiapkan projek ini sehingga berjaya.

Orang yang paling banyak membantu saya ialah Encik Philip Nuli Anding selaku penyelia saya.
Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak terima
kasih atas bimbingan, bantuan, pandangan dan teguran beliau sehingga saya berjaya
menghasilkan tesis ini. Ucapan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah IAB iaitu Dr.
Abdul Wahab, Dr. Sharifah Marian Dr. Maheswari Kandasamy, Dr. Quek Boon Seong, Dr.
Bakhtiar Mansor, En. Mahendar Singh, clan lain-lain lagi atas tunjuk ajar mereka. Sekalung
penghargaan juga diucapkan kepada semua pensyarah UNIMAS khas nya kepada Profesor
Ibrahim Mamat (Dekan FCSHD), Encik Abg Ekhsan Abg. Othrnan (Penyelaras Kursus), Dr. Hj.
Abang Ahmad Ridzuan, Prof. Madya Dr. Peter Songgan, Pn. Leniw Roman, Cik Zaiton Hasan,
Cik Faezah Shahbodin dan lain-lain lagi atas ilmu yang telah dicurahkan.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri kerana telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini di sekolah-sekolah menengah di Daerah
Kuching, Sarawak. Kepada Pengetua-pengetua sekolah menengah yang terlibat, saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih atas kerja sama yang telah diberikan semasa kajian ini
dijalankan. Kepada rakan-rakan seperjuangan Kohot 5 IAB/UNIMAS sesi 199912000, terima
kasih atas pandangan, buah fikiran dan galakan daripada kalian.

Penghargaan khusus dan istimewa buat keluarga tercinta atas doa dan sokongan yang diberikan
sama ada langsung nlahu pun tidak langsung sehingga saya berjaya menghasilkan tesis ini.

Setulus Ingatan;

AWG JUNAIDI @ AWANG RAZALI BIN AWG KARIM


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian
masalah di kalangan pentadbir sekolah di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuching,
Sarawak. Sebanyak 33 buah sekolah menengah dan seramai 115 pentadbir sekolah menengah di
Daerah Kuching terlibat dalam kajian ini.Pentadbir-pentadbir sekolah menengah diambil
menjadi responden kajian. Mereka terdiri daripada Pengetua (31 orang), Penolong Kanan
Pentadbiran (33 orang), Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid (32 orang), dan Penyelia Petang
(19). Teknik persampelan yang digunakan ialah kaedah persampelan rawak berlapis (stratged
random sampling). Borang sod selidik telah digunakan untuk mendapatkan data kajian. Bagi
menguji gaya kepimpinan, alat ukur "LeadershipBehavior Description Questionnaire" (LBDQ)
telah digunakan. Sementara bagi gaya penyelesaian masalah alat ukur "The Problem Solving
Inventory" yang diterjemahkan daripada inventori Paul Heppner (1988) telah digunakan. Ujian-
ujian statistik yang digunakan ialah Perbandingan Min, Korelasi Pearson Bivariate, Ujian-t, clan
ANOVA Sehala dalam SPSS versi 10.0. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pentadbir-
pentadbir di sekolah menengah khususnya di Daerah Kuching, kerap mengamalkan gaya
k e p i m p h ~berorientasikan tugas dan juga timbang rasa. Bagaimanapun, kajian mendapati para
pentadbir lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan berorientasikan timbang ma.
Daripada segi gaya penyelesaian masalah, kajian ini mendapati bahawa pentadbir yang
mengamalkan keduadua gaya kepimpinan, kerap mengamalkan gaya keyakinan penyelesaian
masalah dan cara pendekatan-penghtndaran &lam menyelesaikan masalah. Secara
keseluruhannya, responden mengamalkan keduadua gaya kepimpinan dan memilih untuk
mengamalkan gaya keyakinan penyelesaian masalah dan cara pendekatan-penghmdaran dalam
proses menyelesaikan masalah kecuali gaya kawalan peribadi. Dalam kajian ini, tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan berorientasikan tugas dengan gaya
kawalan peribadi. Walau bagaimanapun, di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan
timbang rasa dengan gaya kawalan peribadi wujud hubungan yang agak lemah dan boleh
diabaikan. Berdasarkan dapatan kajian ini, dicadangkan agar semua pentadbir sentiasa
mengamalkan keduadua gaya kepimpinan iaitu berorientasikan tugas dan timbang rasa. Begitu
juga dalam memilih gaya penyelesaian masalah hendaklah sentiasa mengamalkan gaya
keyakinan penyelesaian masalah dan berusaha mendekati masalah bukannya menghindari
masalah. Dengan cara demikian, setiap keputusan dan tindakan yang hendak dilaksanakan
mendapat kejayaan serta mendatangkan kesan yang positif dalam konteks pengurusan sekolah.
ABSTRACT

The purpose of this research is to study leadership and problem solving styles among the
schools management personnel in Kuching District, Sarawak. This research involved 33
secondary schools and 115 secondary schools management personnel in Kuching District who
become the respondents of this study. The respondents include the Principals (31), Senior
Assistants (33), Senior Assistants Student Affair (32), and AJernoon Session Supervisors (19).
Stratified random sampling technique was used in this study. Questionnaires are distributed to
collect the data. Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ was used to measure
the leadership styles. On pertaining to problem solving styles, The Problem Solving Inventory
translated from Paul Heppner (1988) was used. Data analysis was done descriptively, so as
statistical tests such as comparing of means, Pearson's Bivariate Correlation, t- test, and One-
way ANOVA using SPSS version 10.0. This finding showed that management personnel at
secondaly schools in Kuching District placed emphasis on both initiating structure and
consideration styles of leadership. However, the finding found out that the management
personnel placed more emphasis on consideration styles of leadership. On problem solving
styles, this Jnding showed that the management personnel who emphasized on both initiating
structure and consideration styles of leadership also emphasized more on problem-solving
confidence and approach-avoidance style in solving problems. Generally, the result showed
that, the respondentsplaced emphasizing on both initiating structure and consideration styles of
leadership and chose problem-solving confidence and approach-avoidance styles except
personal control style in solving problems. This finding showed that there was no significant
correlation between initiating structure styles of leadership with personal control style of
problem solving. However, there was a weak correlation between consideration styles of
leadership and personal control styles ofproblem solving. Based on the findings of this study it
is suggested that all management personnel consistently emphasized on both initiating structure
and consideration styles of leadership. So as in term of problem solving styles, it is suggested
that problem-solving confidence and approach-avoidance styles to be adopted by all
management personnel. IVith aN these, every decision-making and action to take prior
implementation will produce a positive result especially in the context of school management.
JADUAL KANDUNGAN

Muka surat
Perakuan
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Jadual Kandungan vii
Senarai Jadual X
Sen& Rajah xiii

BAB 1

PENDAHUEUAN

Pengenalan
Latar Belakang Kajian
Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Umum
1.4.2 Objektif khas
Hipotesis Nu1 Kajian
Persoalan Kajian
Kepentingan Kajian
Batasan Kajian
Definisi Operasional
Kerangka Konseptual Kajian
Kesimpulan

BAB I1

TINJAUAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14
2.2 Kepimpinan 14
2.3 Penyelidikan Kepimpinan 15
2.4 Teori-Teori dan Pendekatan-Pendekatan Gaya Kepimpinan
2.4.1 Pendekatan Berorientasikan Tugas dan Berorientasikan 16
Pekerja
2.4.2 Pendekatan Grid Pengurusan 17
2.4.3 Teori X dan Teori Y McGregor 19
2.4.4 Pendekatan Empat Faktor 20
2.4.5 Pendekatan Tingkah Laku Pemimpin 21
2.5 Gaya Kepimpinan 24
2.6 Gaya Penyelesaian Masalah 26
2.6.1 Konsep Penyelesaian Masalah 26
2.6.2 Model Gaya Penyelesaian Masalah 28
2.7 Tinjauan Kajian Lenas Gaya Kepimpinan Dan Gaya Penyelesaian
Masalah di kalangan Pentadbir Sekolah Menengah 32

2.8 Kesimpulan 33

METODOLOGI

3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Sampel Kajian
3.4 Prosedur Mengumpul Data
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Kaedah Menganalisis Data
3.8 Kesimpulan

BAB IV

DAPATAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang Responden
4.2.1 Jantina Responden
4.2.2 Jawatan Responden
4.2.3 Pengalaman Bekerja Responden
4.3 Penentuan Kekerapan Dimensi Gaya Kepimpinan
Dan Dimensi Gaya Penyelesaian Masalah Di
Kalangan Pentadbir Sekolah Menengah
4.4 Pengujian Hipotesis Dan Persoalan Kajian
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian Bagi Perbezaan
Dan Hubungan
4.4.2 Perbezaan daripada segi Gaya Kepimpinan
Berdasarkan Jantina
4.4.3 Perbezaan daripada segi Gaya Kepimpinan
Berdasarkan Jawatan
4.4.4 Perbezaan daripada segi Gaya Kepimpinan
Berdasarkan Pengalaman Bekexja
4.4.5 Perbezaan daripada segi Gaya Penyelesaian
Masalah Berdasarkan Jantina
4.4.6 Perbezaan daripada segi Gaya Penyelesaian
Masalah Berdasarkan Jawatan 52
4.4.7 Perbezaan daripada segi Gaya Penyelesaian
Masalah Berdasarkan Pengalaman Bekerja 53

4.5 Pengujian Persoalan Kajian 54


4.5.1 Hubungan di antara gaya kepimpinan dm gaya
Penyelesaian Masalah
4.5.2 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan
Tugas dengan gaya keyakinan Penyelesaian Masalah 55
4.5.3 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan
Tugas dengan cara pendekatan-penghindaran 56
4.5.4 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan
Tugas dengan gaya kawalan peribadi 57
4.5.5 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan
Timbang rasa dengan gaya keyakinan penyelesaian masalah 58
4.5.6 Hubungan di antara yang berorientasikan timbang rasa dengan
Cara pendekatan-penghindaran 59
4.5.7 Hubungan di antara gaya kepimpinan yang berorientasikan
Timbang rasa dengan gaya kawalan peribadi 60

4.6 Penentuan Gaya Penyelesaian Masalah yang paling dominan


Digunakan oleh pentadbir sekolah menengah yang berorientasikan
Tugas 61
4.7 Penentuan Gaya Penyelesaian Masalah yang paling dominan
Digunakan oleh pentadbir sekolah menengah yang berorientasikan
Timbang Rasa 62
4.8 Kesimpulan 64

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan
5.2 Ringkasan Kajian
5.3 Rumusan Hasil Kajian
5.4 Cadangan
5.4.1 Cadangan Kepada Organisasi
5.4.2 Cadangan Untuk Kajian Lanjut
5.5 Penutup

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
SENARAI JADUAL

Muka
surat

Bilangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah yang menjadi


sampel

Taburan item soal selidik gaya kepimpinan berorientasikan


Tugas dan gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa

Taburan item soal selidik'hya penyelesaian masalah yang


berorientasikan gaya keyakinan penyelesaian masalah, cara
pendekatan-penghindaran, dan gaya kawalan peribadi.

Jadual Penentuan Tahap dan Skor Min bagi item Gaya


Kepimpinan

Jadual Penentuan Tahap dan Skor Min bagi item Gaya


Penyelesaian Masalah

Jadual 3.6 Jadual PenentuanTahap clan Skor Min bagi item Keyakinan
Penyelesaian Masalah

Jadual Penentuan Tahap dan Skor Min bagi item Cara


Pendekatan-penghtndaran

Jadual Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi


Pearson-r

Jadual 4.1 Taburan Jantina Responden

Jadua14.2 Taburan Jawatan Responden

Jadua14.3 Taburan Pengalaman Bekerja Responden

Jadua14.4 Skor Min Gaya Kepimpinan Pentadbir-Pentadbir Sekolah


Menengah di Daerah Kuching
Skor Min Gaya Penyelesaian Masalah Pentadbir-Pentadbir
Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Perbezaan Gaya Kepimpinan Pentadbir-Pentadbir Sekolah


Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Jantina

Perbezaan Gaya Kepimpinan Pentadbir-Pentadbir Sekolah


Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Jawatan

Perbezaan Gaya Kepimpinan Pentadbir-Pentadbir Sekolah


Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Pengalaman
Bekerja

Perbezaan Gaya Penyelesaian Masalah Pentadbir-Pentadbir


Sekolah Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Jantina

Perbezaan Gaya Penyelesaian Masalah Pentadbir-Pentadbir


Sekolah Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Jawatan

Perbezaan Gaya Penyelesaian h s a l a h Pentadbir-Pentadbir


Sekolah Menengah di Daerah Kuching berdasarkan Pengalaman
Bekerja

Hubungan Gaya Kepimpinan dan Gaya Penyelesaian Masalah


Di kalangan Pentadbir-Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah
Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Tugas


Dengan Gaya Keyakinan Penyelesaian Masalah Pentadbir-
Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Tugas


Dengan Cara Pendekatan-PenghindaranPentadbir-Pentadbir
Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Tugas


Dengan Gaya Kawalan Peribadi Pentadbir-Pentadbir Sekolah
Menengah di Daerah Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Timbang


Rasa Dengan Gaya Keyakinan Penyelesaian Masalah Pentadbir-
Pentadbir Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Timbang


Rasa Dengan Cara Pendekatan-PenghindaranPentadbir-Pentadbir
Sekolah Menengah di Daerah Kuclung
Jadua14.18 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Berorientasikan Timbang
Rasa Dengan Gaya Kawalan Peribadi Pentadbir-Pentadbir
Sekolah Menengah di Daerah Kuching

Jadua14.19 Jadual Penentuan Gaya Penyelesaian Masalah yang paling


dominan digunakan oleh Pentadbir-Pentadbir Sekolah
Menengah di Daerah Kuching yang berorientasikan Tugas

Jadua14.20 Jadual Penentuan Gaya Penyelesaian Masalah yang paling


Dominan digunakan oleh Pentadbir-Pentadbir Sekolah
Menengah di Daerah Kuching yang berorientasikan Timbang
Rasa

xii
SENARAI RAJAH

Muka surat

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian 12

Rajah 2.1 Grid Pengumsan 18

Rajah 2.2 Dua Dimensi Tingkah Laku Kepimpinan Ohio State 22

Rajah 2.3 Dua Dimensi Gaya Kepimpinan Ohio State yang


Menghasilkan Sukuan Tingkah Laku Pemimpin 23

Rajah 2.4 Tiga Gaya Kepimpinan 25


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, perbincangan secara umumnya tertumpu kepada latar belakang kajian,
pernyataan masalah, persoalan-persoalan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan
kajian serta menyenaraikan batasan-batasan kajian. Selain itu, pengkaji juga mendefinisikan
istilah-istilah yang berkaitan dengan kajian. Ringkasnya bab ini diorganisasikan kepada 9
bahagian kecil yang membincangkan sub topik berikut iaitu 1.1 membincangkan latar belakang
kajian: 1.2 niembincangkan pernyataan masalah: 1.3 membincangkan persoalan kajian yang
ingin dijawab dalam kajian ini: 1.4 membincangkan tentang objektif kajian: sementara hipotesis
kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian dibincangkan dalam bahagian 1.5, 1.6, dan 1.7.
Bahagian 1.8 di dalam bab ini rnembincangkan beberapa istilah operasi yang berkaitan dengan
kajian. Bab ini disirnpulkan dengan memaparkan kerangka konseptual kajian yang merupakan
bahagian terakhir dt dalam bab ini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungiawab
mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan itu. Ini
bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke a;ah pencapaian
sesuatu hasil yang telah dirancangkan ( Ibrahim Mamat, 1993 ). Sewajamya, peranan pemimpin
dalam meletakkan keunggulan atau kecemerlangan sesebuah institusi atau organisasi tidak dapat
dinafikan khususnya di sesebuah sekolah. Sehubungan itu, peranan kepemimpinan barisan
pemimpin sekolah merupakan satu tugas yang telah dipertanggungiawab oleh Kementerian
Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk melaksanakan setiap dasar yang telah
digariskan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha ke
arah mencapai Wawasan 2020. Beberapa dasar kementerian seperti penubuhan sekolah bestari,
sekolah cemerlang, sekolah harapan dan sekolah berwatak amat menuntut perubahan paradigma
gaya kepimpinan serta gaya penyelesaian masalah yang membolehkan pembuatan keputusan
yang baik serta efektif dalam pengurusan sekolah.
Dalam institusi atau organisasi yang bergelar sekolah, kepimpinan pentadbir-pentadbir sekolah
sebagai pemimpin menjadi tonggak kejayaan sesebuah sekolah dalam segala aspek
kepengurusan sekolah. Gaya atau stail kepimpinan setiap individu yang diamanahkan untuk
mengurus khususnya Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal-Ehwal
Murid (HEM), dan Penyelia Petang memainkan peranan penting dalam menentukanl kelicinan
pengurusan sesebuah institusi kependidikan yang bergelar sekolah. Hussein Mahmood (1993)
menyatakan bahawa apa yang membezakan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah ialah
kepimpinan barisan kepimpinannya khususnya pengetua. Kedinarnikan kepimpinan para
pentadbir sekolah merupakan satu pembolehubah yang boleh memberi kejayaan kepada
sesebuah sekolah. , "

Di sekolah-sekolah yang berjaya, para Pengetua atau Guru Besar dan pentadbir-pentadbir yang
lain seperti Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, dan Penyelia
Petang merupakan pemimpin kependidikan yang mempunyai pegangan-pegangan yang kuat
mengenai gaya kepimpinan. Gaya atau stail kepimpinan mereka bersifat antara yang sangat
autokratik kepada yang lebih liberal. Akan tetapi, yang penting ialah para pegawai pentadbir ini
berkebolehan untuk memperjelas perkara-perkara berhubung dengan matlamat-matlamat asas
sekolahnya, dan juga nilai-nilai inti kepimpinan yang dijadikan pegangan.

Semua pentadbir atau pengurus sekolah sentiasa berikhtiar dan mencuba sedaya upaya bagi
mencapai cita-cita profesionalisme yang sedemikian. Pemikiran yang mendalam, perancangan
yang terperinci berhubung dengan !cepengurusan sekolah, logistik pelaksanaan, pengaghan
tugas staf, saluran makluman balas dan penilaian kemajuan semuanya ini menjadi pengisi masa
dan ruang pekerjaan setiap diri pegawai-pegawai pentadbir sekolah.

Kemahiran penyelesaian masalah di kalangan pentadbir di sekolah juga memainkan peranan


penting bagi menentukan maju mundurnya organisasi tersebut sarna ada daripada aspek
akademik yang cemerlang, iklim sekolah yang kondusif serta pengumsan pentadbiran yang
efisyen. Wan Rahimah Wan Abd. Kadir (1995) menyatakan kebolehan menyelesaikan masalah
secara kreatif dan kritis perlu bagi seseorang individu untuk hidup, bekerja dan berfimgsi secara
efektif dalam masyarakat yang sentiasa beruball khususnya dalam era ledakan maklumat ini. Ini
bererti bahawa pentadbir atau pengurus sekolali yang terdiri daripada Pengetua, Penolong
Kanan Pentadbiran (PK l), Penolong Kanan HEM (Hal Eh-wal Murid), dan Penyelia Petang
dilihat sebagai individu yang sentiasa berhadapan dengan keperluan memilih keputusan yang
terbaik yang merupakan sebahagian daripada proses menyelesaikan nasala ah dalam pelaksanaan
program pendidikan.

Menurut O'Connor (1998), dalam teori informasi, dunia dianggap sebagai sumber yang kaya
dengan informasi. Oleh itu manusia akan bersikap pemilih terhadap informasi yang dilihat dan
diyakininya. Dalam memilih informasi inilah manusia mempunyai cara yang tersendiri yang
dipanggil gaya untuk membina sudut pandangannya. Dengan wujudnya kekangan-kekangan
tertentu, akan wujud jugalah had dalam cara manusia bertindak balas dengan informasi yang
ada. Tinjauan kajian mengenai gaya kepimpinan dan gaya menyelesai masalah yang berbeza-
beza sangat penting bagi mengubahsuai gaya atau stail kepimpinan clan gaya penyelesaian
masalah agar lebih relevan dan sesuai untuk dipmktikkan oleh pentadbir-pentadbir sekolah.

Edmonds (1979) menyatakan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak di tangan pentadbir-
pentadbir sekolah khususnya Pengetua mahu pun Guru Besar. Rata-rata kajian membuat
kesimpulan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sekolah dengan sekolah yang lain
ialah kepimpinan barisan pentadbirnya. Pentadbir-pentadbir sekolah yang tidak kompeten atau
bersikap kurang positif lebih cenderung untuk bersikap reaktif daripada proaktif terhadap
sesuatu perkara atau matlamat (Hussein Mahmood, 1993).

Sekolah bukanlah senang untuk diurus atau ditadbir, kerana sekolah sebenarnya ialah sebuah
masyarakat mini (Ibrahim Mamat, 1993). Di dalamnya terdapat berbagai-bagai jenis rnanusia
dengan berbagai-bagai ragam iaitu guru dengan ragam guru, murid dengan ragam mereka, dan
pekerja dengan ragam yang tersendiri pula. Keadaan ini sama seperti yang terdapat dalam
masyarakat. Yang berbeza ialah manusia di dalam sekolah ini dikumpul, disusun dan dikawal
untuk membentuk sebuah organisasi. Kekuatan kepemimpinan dan kebolehan mengatur-susun
amat diperlukan untuk menjadikan sebuah sekolah suatu enterprise yang harmonis dan
bermatlamat.

Gaya atau stail kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah barisan pentadbir sekolah khususnya
pengetua secara tidak langsung akan mempengaruhi persekitaran sekolah dan pencapaian
matlamat organisasi yang telah dan akan dilaksanakan. Gray dan Starke (1984) berpendapat
bahawa gaya kepimpinan autokratik pemimpin akan menyebabkan staf atau subordinat untuk
mengelakkan tanggungjawab, inisiatif, produktiviti, dan inovatif. Manakala gaya kepimpinan
yang bercorak laissez-faire akan menghasilkan kualiti kerja yang rendah (Keith & Girling,
1990). Dengan erti kata lain, sekiranya pentadbir-pentadbir sekolah mengamalkan gaya
kepimpinan ini, kebarangkalian boleh mempengmhi gaya penyelesaian masalah dan secara
tidak langsung mempen- prestasi sekolah serta sistem pengurusan dan pentadbiran
sekolah.

Pengurusan sesebuah institusi sekolah yang berkesan banyak dikaitkan dengan kepimpinan
pemimpin-pemimpin sekolah (Yoong Suan, 1989). Blank (1987) pula menjelaskan bahawa
peranan barisan pentadbir sekolah sebagai pemimpin sangat penting dalam membentuk
persekitaran sekolah yang secara tidak langsung akan mempengaruhi pencapaian akademik
yang tinggi. Gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah yang diamalkan boleh
menentukan kejayaan pelaksanaan program-program sekolah di bawah pentadbiran mereka.
Walau bagaimanapun, kajian-kajian kepimpinan sehingga kini belum dapat menemui gaya
kepimpinan yang paling sesuai dan berkesan untuk diamalkan (Fiedler, 1967).

Persoalan yang ingin dikaji ialah hubungan antara gaya kepimpinan pentadbir-pentadbir di
sekolah menengah yang berorientasikan struktur tugas dan berorientasikan timbang rasa dengan
gaya penyelesaian masalah. Dalam persoalan ini, sama ada wujud perhubungan antara gaya
kepimpinan yang berorientasikan tugas dan timbang rasa dengan gaya penyelesaian masalah
yang berorientasikan keyakinan penyelesaian masalah, cara pendekatan-penghindaran, dan
kawalan peribadi. Persoalan lain ialah gaya penyelesaian manakah yang lebih dominan
digunakan oleh kedua-dua dimensi gaya kepimpinan pentadbir-pentadbir di sekolah menengah
untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya meletakkan sesebuah sekolah itu sama ada maju
atau mundur.

Ketidaksesuaian gaya atau stail kepemimpinan di kalangan pentadbir di sesebuah sekolah tidak
dapat membina inahu pun memperoleh kejayaan seperti yang dihasratkan dalam visi dan rnisi
sekolah tersebut atau pun oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikm Bahagian
atau Daerah mahu pun masyarakat sekolah itu sendiri. Dengan erti kata lain, ketidaksesuaian
gaya kepimpinan di kalangan pentadbir sekolah tersebut lebih banyak bersifat destructive
daripada constructive ( Ibrahim Mamat, 1993 ).
Masalah juga sering timbul apabila gaya atau stail kepimpinan pentadbir-pentadbir sekolah yang
kurang digemari orang-orang bawahan. Kepimpinan yang terlalu autokratik menyebabkan
kurangnya kerja sama di kalangan pentadbir-pentadbir dan staff. Dalam hal ini matlamat
organisasi sukar dicapai. Hal ini berlaku kerana ada kaitannya dengan kebolehan
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Oleh itu, gaya penyelesaian masalah yang
tidak sesuai h m t menjadi punca kegagalan untuk mencapai matlamat sekolah. Keadaan menjadi
lebih kritikal jika setiap orang daripada pentadbir-pentadbir sekolah tidak sehaluan dan
sependapat dalam membuat keputusan. Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk menjalankan
kajian terhadap gaya penyelesaian masalah yang berorientasikan keyakinanan penyelesaian
masalah, cara pendekatan-penghindaran, dan kawalan peribadi di kalangan pentadbir-pentadbir
sekolah menengah. Kajian ini ingin melihat Gaya Penyelesaian Masalah yang manakah lebih
kerap clan dorninan digunakan oleh pentadbir-pentadbir di sekolah menengah apabila
berhadapan dengan sesuatu masalah untuk mengurus dan mentadbir sekolah.

Berdasarkan kepada pemyataan masalah di atas maka persoalan-persoalan kajian yang ingin
dijawab dalam kajian ini adalah berkaitan dengan beberapa perkara terutamanya kajian ini ingin
menentukan sarna ada wujudnya hubungan di antara gaya kepimpinan dengan gaya
penyelesaian masalah di kalangan pentadbir sekolah menengah.

Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sama ada wujudnya hubungan yang signifikan di antara
gaya kepimpinan dengan gaya penyelesaian masalah mengikut jantinajawatan, dan pengalaman
bekerja. Akhir sekali ialah apakah gaya penyelesaian masalah yang paling dominan digunakan
oleh pentadbir-pentadbir di sekolah menengah.

1.4.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti gaya kepimpinan dan gaya
penyelesaian masalah di kalangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah di sekolah-
sekolah menengah di Daerah Kuching , Sarawak. Selain itu, kajian ini juga cuba mengenal
pasti jenis-jenis gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah yang kerap atau paling
dominan digunakan oleh pentadk'r-pentadbir sekolah menengah.

1.4.2 Objektif Khas

Secara spesifiknya kajian ini bertujuan;

(i) Mengenal pasti gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah di kalangan
pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching berdasarkan faktor
demografi;
(ii) Menjelaskan sama ada wujud perbezaan clan perhubungan yang signifikan di
antara gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah di kalangan pentadbir-
pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching;
(iii) Mengenal pasti gaya penyelesaian masalah yang paling dominan digunakan oleh
pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching yang berorientasikan
tugas; dan
(iv) Mengenal pasti gaya penyelesaian masalah yang paling dominan digunakan oleh
pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching yang berorientasikan
timbang rasa.

Berdasarkan kepada objektif kajian yang dikemukakan di atas, penyelidik menggunakan enam
hipotesis nu1 dan tujuh persoalan kajian seperti berikut sebagai garis panduan kajian.

1.5 HIPOTESIS NUL KAJIAN

Hipotesis nu1 berikut adalah berhubung dengan objektif kajian yang hendak menjelaskan sama
ada wujud perbezaan yang signifikan di antara gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah
di kalangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching, Sarawak.
Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya kepimpinan berdasarkan
jantina;
Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya kepimpinan berdasarkan
jawatan;
Ho 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya kepimpinan berdasarkan
pengalaman bekerja;
Ho 4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya penyelesaian masalah
berdasarkan jantina;
Ho 5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya penyelesaian masalah
berdasarkan jawatan; clan
Ho 6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya penyelesaian masalah
berdasarkan pengalaman bekerja.

1.6 PERSOLAN KAJIAN

Persoalan kajian berikut adalah berhubung dengan objektif kajian yang hendak menjelaskan
sama ada wujud perhubungan di antara gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah di
kalangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching, Sarawak.

1.6.1 Adakah terdapat hubungan yang signiftkan di antara gaya kepimpinan dengan gaya
penyelesaian masalah di kalangan pentadbir sekolah menengah di Daerah Kuching;
1.6.2 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang
berorientasikan tugas dengan gaya keyakinan penyelesaian masalah;
1.6.3 Adakah terdapat hubungan yang signifkm di antara gaya kepimpinan yang
berorientasikan tugas dengan cara pendekatan-penghindaran;
1.6.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang
berorientasikan tugas dengan gaya kawalan peribadi;
1.6.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang
berorientasikan timbang rasa dengan gaya keyakinan penyelesaian masalah;
1.6.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan yang
berorientasikan timbang rasa dengan cara pendekatan-penghindaran; dan
1.6.7 Adakah terdapat hubungan yang s i g n i f i i di antara gaya kepimpinan yang
berorientasikan timbang rasa dengan gaya kawalan peribadi.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk panduan semua individu yang bergelar pemimpin atau pegawai-
pegawai pentadbir di peringkat jabatan mahu pun institusi sekolah sama ada peringkat
menengah atau rendah. Kajian ini juga penting sebagai panduan pentadbir-pentadbir sekolah
agar berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah serta dapat membuat keputusan yang baik
berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Selain itu, kajian ini:

(i) dapat membantu pentadbir-pentadbir sekolah mengenal pasti gaya kepimpinan d m


gaya penyelesaian masalah yang sesuai yang boleh digunakan di sekolah;

(ii) membolehkan para pemimpin di sekolah mempraktikkan gaya kepimpinan dan gaya
penyelesaian masalah yang sesuai dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran;

(iii) dapat dijadikan bahan rujukan untuk kajian-kajian yang sama pa& masa mendatang
atau kepada pernimpin-pemmpin sekolah mahu pun jabatan sebagai panduan untuk
memimpin organisasi atau sekolah;

(iv) dapat mengetahui gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah yang sesuai yang
dapat membantu para pentadbir sekolah mempertingkat keberkesanan pentadbiran
selaras dengan misi dan visi sekolah; dan

(v) dapat memberi implikasi positif dalam pengurusan sekolah pada dewasa ini iaitu
dalam pelaksanaan program pengetua cemerlang, sekolah cemerlang, sekolah
berkesan, sekolah harapan, sekolah berwatak, dan sekolah bestari.

1.8 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuching sahaja dan tidak
semestinya menggambarkan keseluruhan sekolah-sekolah menengah di Sarawak. Mungkin
keputusan kajian lebih tepat jika kesemua sekolah menengah yang terdapat di Bahagian
Kuching dan Samarahan dijadikan lokasi kajian.

Gaya penyelesaian masalah yang digunakan untuk mengkaji gaya kepimpinan pentadbir-
pentadbir sekolah menengah mungkin sebahagian daripada faktor-faktor lain yang membantu
keberkesanan sekolah seperti kepuasan kerja, iklim sekolah, perhubungan staf dan sebagainya.
Kajian ini menggunakan dua soal selidik Leader Behaviour Description Questionaires (LBDQ)
dan The Problem Solving Inventory telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kejituan hasil
kajian ini bergantung kepada kefahaman responden semasa menjawab item-item yang
terkandung &lam borang soal selidik kajian yang diarah untuk dilengkapkan. Kesibukan para
pentadbir sekolah yang terlibat sebagai responden juga menyumbang kepada pennasalahan
pengutipan balik borang soal selidik. Kekangan waktu clan masa serta jarak di antara sekolah
yang terdapat di Bahagian KuchingtSamarahan juga merupakan satu daripada faktor yang
membataskan kajian ini dilakukan hanya di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuching
sahaja.

1.9 DEFINISI OPERASIONAL

Definisi-definisi yang diberi dalam bahagian ini adalah untuk penjelasan kerana istilah-istilah
yang didefinisikan hanya membatasi maksud kajian ini sahaja.

a) Kepimpinan
Berdasarkan pengertian oleh Henlphil dan Coons (1957)dan Bass (1990), kepimpinan dalam
kajian ini merujuk kepada tingkah laku Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran (PKI),
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid (HEM),dan Penyelia Petang dalam menjalankan aktiviti-
aktiviti kelompok di sekolah menengah ke arah mencapai hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia. Proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti
sesebuah kumpulan yang tersusun dalam usaha ke arah pengekalan kumpulan yang efisyen dan
lebih penting lagi ialah pencapaian matlamat (Yoong Suaq1989).
b) Pentadbir-pentadbir sekolah
Guru kanan yang dilantik secara rasmi oleh Kenlenterian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan
Negeri untuk mengetuai dan mentadbir sesebuah sekolah menengah dan dipertanggungiawab
untuk mengurus dan memimpin segala sumber yang ada. Mereka mempunyai kuasa atau
autoriti untuk mengurus. Bagi kajian ini, pentadbir-pentadbir sekolah ialah Pengetua, Penolong
Kanan Pentadbiran (PK l), Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid (HEM), dan Penyelia Petang.

C) Gaya Penyelesaian Masalah


Tingkah laku pemimpin yang mengamalkan tata cara pelbagai dimensi dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Gaya penyelesaian masalah ialah kecenderungan untuk
bertindak balas melalui cara tertentu ketika menghadapi masalah clan bukannya langkah-langkah
yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut (Wu, Rodney, & Dyrenfurth, 1996).
Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah mengadaptasikan gaya penyelesaian masalah (Heppner,
1988) d e n p menggunakan gaya keyakinan penyelesaian masalah, cara pendekatan-
penghmdaran, dan kawalan peribadi sebagai instrumen kajian.

d) Keyakinan Penyelesaian Masalah


Keyakinan kendiri atau self assurance seseorang individu ketika menumpukan perhatian dalam
aktiviti penyelesaian masalah (Heppner, 1988).

e) Cara Pendekatan Penghindamn


Kecenderungan m u m seseorang individu mendekati atau menghmdari nlasalah ketika dalam
aktiviti penyelesaian masalah (Heppner, 1988).

f) Kawalan Peribadi
Menggambarkan sejauh mana seseorang individu tersebut percaya bahawa mereka dapat
mengawal emosi dan tingkah laku mereka dalam menyelesaikan masalah (Heppner, 1988).

g) Gaya Kepimpinan
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh pemimpin semasa menyelia orang-orang bawahannya
(Gray & Starke, 1984) atau yang mengamalkan secara tinggi atau rendah sama a& satu atau
kedua-dua dimensi struktw tugas dan dimensi timbang rasa (Fleishman, 1973). Struktur tugas
melihat sejauh mana pemimpin boleh menyusun dan menjelaskan perhubungannya dengan ahli-
ahli yang dipimpin. Timbang rasa pula melihat bagaimana bertimbangrasanya seorang
pemimpin kepada pengkut-pengikutnya semasa menjalankan aktiviti kepimpinan (Schriesheim
& Stogdill, 1975).

h) Gaya kepimpinan berorientasikan tugas


Gaya kepimpinan berorientasikan struktur tugas, bermaksud sejauh mana pemimpin
mendefmisikan peranannya dalam menentukan struktur tugasnya (Fleishman, 1973). Pemimpin
jenis ini selalunya mengarahkan aktiviti-aktiviti kumpulan, melihat penjadualan tugas
kakitangan dan mencuba idea-idea baru.

i) Gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa


Gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa, menurut Fleishman (1973) membawa maksud
gaya yang menunjukkan persahabatan, saling mempercayai, hormat, kemesraan dan hubungan
baik antara pemimpin dengan kelompoknya.

1.10 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Disebabkan persoalan yang hendak dijawab adalah untuk mengetahui gaya kepimpinan dan
gaya penyelesaian masalah di kalangan pentadbir-pentadbir sekolah menengah, rnaka
pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah faktor pengalaman bekerja, jantina, dan gred
sekolah. Sementara pembolehubah bersandar ialah gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian
masalah yang digunakan. Oleh itu, konseptual kajian yang dijalankan oleh penyelidik
digambarkan seperti Rajah 1.1.

Selain itu, persoalan yang berkaitan dengan perhubungan atau korelasi antara angkubah gaya
kepimpinan dengan angkubah gaya penyelesaian masalah di kalangan pentadbir sekolah
menengah secara keseluruhannya menjadi fokus kajian ini. Di samping itu, wujudkah perbezaan
antara gaya kepimpinan dan gaya penyelesaian masalah mengikut jantina di kalangan pentadbir
sekolah menengah. Persoalan sama ada pengalaman bekerja dan jawatan pentadbir-pentadbir
sekolah menengah mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya penyelesaian masalah
juga akan dilihat. Akhir sekali penyelidik ingin mengetahui gaya penyelesaian masalah yang
kerap digunakan juga diharap dapat dijawab pada akhir kajian.

You might also like