You are on page 1of 8

Ukhuwah Islamiyah: Tarif, Pemeliharaan Dan Adab-Adabnya

dakwahdantarbiah.com/ukhuwah-islamiyah-tarif-pemeliharaan-dan-adab-adabnya/

12/17/2015

Tarif ukhuwah

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah menarifkan ukhuwah:

Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah.

Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam bermakna keterikatan hati atau jiwa di kalangan orang Islam. Ia diikat
oleh Tauhidullah dan bukan dengan ikatan yang lain. Tauhid kepada Allah Subhanahuwataala merupakan ikatan
yang paling kukuh. Dengan ukhuwah seseorang itu akan merasai bahagia bersama-sama dengan
saudaranya. Perpecahan pula adalah dianggap seperti saudara kepada kekufuran.

Darjat ukhuwah

Ukhuwah lahir daripada kekuatan kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah salamatus sadr
(berlapang dada). Dengan salamatus sadr, tidak ada di dalam hati seseorang sebarang halangan terhadap
saudaranya. Ini kerana telah wujud saling percaya mempercayai antara mereka.

Manakala darjat kasih sayang yang paling tinggi ialah al-itsar, iaitu mengutamakan saudara lebih daripada diri

1/8
sendiri.

Dalil ukhuwah

Firman Allah Subhanahuwataala:

Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai, serta ingatlah
nikmat Allah suatu ketika dahulu (ketika Jahiliyah) kamu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-
hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah tersebut orang yang bersaudara. Dan ketika kamu berada di tepi
jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya agar
kamu mendapat petunjuk.

Dan hendaklah terdapat di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada
maruf dan mencegah daripada munkar. Merekalah orang yang beruntung.

Ali Imran: 103-104.

Asy-Syahid Sayid Qutb di dalam mentafsirkan Surah Ali Imran, ayat 103-104 di atas menyatakan bahawa tunggak
bagi sebuah Ummah Islamiyah ialah:

1. Al-Itisam Bi Hablillahi berpegang teguh dengan tali (din) Allah Subhanahuwataala


2. La Tafarraqu Jangan berpecah belah

Sebab penurunan ayat di atas adalah berkaitan dengan kisah golongan Yahudi Madinah yang cemburu terhadap
ukhuwah di kalangan umat Islam ketika itu. Persaudaraan umat Islam yang lahir di antara Bani Aus dan Bani
Khazraj serta persaudaraan yang lahir di antara Golongan Muhajirin dan Golongan Ansar adalah amat unik. Lalu
orang Yahudi menghasut umat Islam (bangsa Arab) agar mereka kembali berpecah seperti ketika dalam jahiliyah
dahulu. Mereka mengungkit kisah Peperangan Buath, peperangan antara Bani Aus dan Bani Khazraj yang berlaku
sebelum mereka menerima Islam. Akibat daripada hasutan itu mereka hampir-hampir berperang semula atas dasar
perkauman. Dengan peristiwa tersebut maka Allah Subhanahuwataala menurunkan ayat di atas. Maka, mereka
kembali sedar dan kembali berpegang dengan din Islam.

Ukhuwah adalah anugerah Allah Subhanahuwataala

Ukhuwah adalah anugerah Allah Subhanahuwataala kepada orang beriman. Allah Subhanahuwataala menanam
ikatan ukhuwah dalam hati-hati mereka. Ia bukanlah ciptaan manusia. Ia bukan juga hasil daripada mana-mana
ideologi atau kelompok duniawi. Ia adalah kurniaan Allah Subhanahuwataala ke atas hati-hati yang memiliki iman.

Realiti ukhuwah masa kini

Umat Islam ramai, tetapi kebanyakan mereka tidak terdapat ikatan aqidah yang hakiki. Banyak yang bersifat
individualistik atau mementingkan diri sendiri. Ukhuwah Islamiyah nipis kerana jiwa diselaputi karat-karat jahiliyah.
Di kalangan umat Islam sering berlaku pertelagahan kerana lunturnya ukhuwah Islamiyah.

Mewujudkan rangsangan ukhuwah

Ukhuwah tidak memadai untuk diperkatakan sahaja di dalam pelbagai program. Ukhuwah perlulah lahir atau
dilahirkan dalam realiti kehidupan seharian. Taaruf adalah proses yang boleh menyuburkan ukhuwah. Pelbagai
suasana perlu diwujudkan untuk mempertingkatkan taaruf.
2/8
Nasihat menasihati pula merupakan tuntutan ukhuwah atau persaudaraan. Seorang mumin itu adalah cermin
kepada saudaranya. Nasihat yang diberikan dalam suasana ukhuwah merupakan bukti percintaan antara mumin.

Panduan memelihara ukhuwah berdasar ayat-ayat Allah Subhanahuwataala

1. Surah Al-Hujurat, ayat 6. Firman Allah Subhanahuwataala:

Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah
dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

At-Tabayyun dalam ayat di atas bererti mencari penjelasan. Asy-Syahid Sayid Qutb menjelaskan bahawa
seseorang mumin itu hendaklah mencari penjelasan atau kebenaran terhadap maklumat yang dibawa oleh
orang fasiqk.

2. Surah Al-Hujurat, ayat 1. Firman Allah Subhanahuwataala:

Hai orang yang beriman, janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi
mereka (yang diperolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan) dan janganlah
pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita-wanita yang lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang
diperolok-olokkan) lebih baik daripada wanita (yang memperolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela diri
kamu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk
panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka
itulah orang yang zalim.

La Yaskhar dalam ayat di atas bererti janganlah memperolok-olokkan. Memperolok-olokkan saudara


mumin yang lain merupakan perbuatan yang boleh mengeruhkan perhubungan antara mumin.

La Talmizu Anfusakum dalam ayat di atas bererti janganlah mencela diri sendiri. Ini bermaksud tidak boleh
mencela saudara tanpa sebab. Mencela saudara tanpa sebab bererti mencela diri sendiri.

La Tanabazu Bil Alqab pula bererti janganlah memanggil dengan gelaran buruk. Tinggalkanlah gelaran-
gelaran yang buruk. Tinggalkanlah perkataan cela, keji dan sebagainya, yang tidak disukai oleh saudara
yang lain.

3/8
3. Surah Al-Hujurat, ayat 12. Firman Allah Subhanahuwataala:

Hai orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu
adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat
sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah
mati? Maka sudah tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Ijtanibu Kathiran Minaz Zann dalam ayat di atas bererti hendaklah menjauhi kebanyakan daripada
prasangka. Sebahagian daripada prasangka itu membawa kepada dosa. Perlunya berhati-hati terhadap
prasangka kerana adalah sukar untuk membezakan antara prasangka yang betul dengan yang salah,
kecualilah terdapat bukti yang jelas.

La Tajassasu bererti janganlah mencari-cari kesalahan. Yakni, mencari kesalahan orang lain dengan cara
mengintip dan membongkarkan kesalahannya. Sebaliknya tutuplah ia, bukan membiar atau
mendedahkannya. Allah Subhanahuwataala kasih kepada hambanya yang menutup kesalahan saudaranya.
Berilah peluang untuk saudaranya untuk bertaubat. Janganlah hanya dengan satu kesalahan akan
menghapuskan seribu kebaikan yang dia lakukan. Badiuz Zaman Said An-Nursi mengatakan bahawa
janganlah kamu membakar rumah yang terdapat di dalamnya sepuluh orang hanya kerana salah seorang
daripada mereka berkelakuan jahat, sedangkan sembilan yang lain adalah baik.

La Yaghtab Badhukum Badha bererti janganlah mengumpat sebahagian terhadap sebahagian yang lain.
Dengan mengumpat terdapat dua kemungkinan. Kemungkinannya umpatan itu benar atau tidak benar. Jika
benar ia dinamakan Ghibah atau jika tidak benar ia namakan Fitnah.

ADAB-ADAB PERSAHABATAN

1. Mencintai sahabat kerana Allah Subhanahuwataala:

Satu daripada sifat-sifat muslim yang benar ialah cinta kepada saudara atau sahabatnya dengan cinta ikhlas
yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Firman Allah Subhanahuwataala:

Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara.

(Al Hujurat: 10)

Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam yang bermaksud:

Tiga perkara siapa yang ada padanya, dia menikmati kemanisan iman. Adalah Allah dan Rasul-Nya lebih
dicintainya daripada yang selain keduanya. Dan dia mencintai seseorang atau tidaklah dia mencintainya melainkan
kerana Allah semata-mata. Dan dia benci untuk kembali kufur setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana dia
benci dilemparkan ke dalam neraka.

(Muttafaq alaih)

2. Mengucapkan salam apabila bertemu

Asy-Syaikhani meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Ash bahawa seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah Salallahualaihiwasallam tentang Islam, manakah yang baik?, Baginda menjawab, yang bermaksud:
4/8
Engkau memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang lain samada yang sudah engkau kenal mahupun
belum engkau kenal.

Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam lagi, bermaksud:

Kamu tidak akan masuk syurga sebelum kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sebelum kamu saling cinta-
mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu kerjakan, nescaya kamu akan
saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di kalangan kamu.

(Riwayat Muslim)

3. Menjenguk sahabat ketika sakit

Al Bukhari meriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asyari bahawa Rasulullah Salallahualaihiwasallam bersabda, yang
bermaksud:

Jenguklah orang yang sakit, beri makanlah orang yang lapar dan lepaskanlah orang yang dipenjara.

4. Mendoakan sahabat ketika dia bersin

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahawa Rasulullah Salallahualaihiwasallam
bersabda, yang bermaksud:

Apabila salah seorang di antara kamu bersin, hendaklah dia mengucapkan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah),
dan saudaranya atau temannya hendaklah mengucapkan untuknya, Yarhamukallah (semoga Allah mengasihimu).
Apabila dia mengatakan Yarhamukallah (semoga Allah mengasihimu) kepadanya, maka hendaklah ia
mengucapkan (kembali) Yahdikumullah wa yushilihu balakum (semoga Allah memberikan petunjuk kepadamu dan
memperbaiki keadaanmu)

5. Menziarahi sahabat di jalan Allah

Rasulullah Salallahualaihiwasallam telah bersabda, yang bermaksud:

Barang siapa menjenguk orang sakit atau berziarah kepada seseorang saudara di jalan Allah, maka dia akan
diseru oleh seorang penyeru, Hendaklah engkau berbuat baik dan baiklah perjalananmu, engkau akan menempati
suatu tempat di syurga.

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi)

Muslim juga meriwayatkan daripada Nabi Salallahualaihiwasallam, yang bermaksud:

Bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di jalan Allah di desa lain. Kemudian di tengah perjalanan, Allah
mempertemukannya dengan seorang raja. Ketika dia sampai kepadanya, dia ditanya, Mahu ke mana engkau?.
Dia menjawab, Aku mahu pergi menziarahi seorang saudaraku di desa ini. Raja berkata, Apakah engkau
mempunyai suatu hikmah (harta) yang diurus olehnya? Dia berkata, Tidak, hanya saja aku ini mencintainya di
jalan Allah Taala. Raja berkata, Sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah yang diutus kepadamu untuk
menerangkan bahawa Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintainya di jalanNya.

6. Menolong sahabat ketika kesempitan

Muslim yang benar bersifat pemurah. Tangannya sentiasa terbuka untuk sahabat-sahabatnya. Sifat mulia ini telah
berakar umbi dalam jiwa para sahabat Rasulullah Salallahualaihiwasallam. Ia menjadi amal soleh yang dicintai
mereka. Asy-Syaikhani meriwayatkan daripada Ibnu Umar Radhiallahu anh bahawa Rasulullah
Salallahualaihiwasallam bersabda, bermaksud:

5/8
Seorang muslim itu adalah saudara bagi seorang muslim yang lain. Ia tidak boleh berbuat zalim kepadanya dan
tidak boleh menyia-nyiakannya (membiarkan atau tidak menolongnya). Barang siapa menolong keperluan
saudaranya, maka Allah akan menolong keperluannya. Barang siapa menyingkirkan suatu kesusahan daripada
seorang muslim, nescaya Allah akan menyingkirkannya daripada suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan
pada hari kiamat. Dan barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupinya pada hari
kiamat.

7. Memenuhi jemputan sahabat

Asy-Syaikhani meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, bermaksud :

Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain ada lima: Menjawab salam, menjenguk orang sakit,
mengiringi jenazah, memenuhi jemputan (atau undangan) dan mendoakan orang yang bersin.

8. Memberikan ucapan selamat dalam beberapa kesempatan

Ad-Dailani meriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu anh, bermaksud:

Barangsiapa bertemu dengan saudaranya ketika bubar daripada solat jumah, maka hendaklah dia mengucapkan
Semoga Allah memperkenankan doa kita dan doamu.

Rasulullah Salallahualaihiwasallam bersabda yang bermaksud:

Tahukah kamu apakah hak tetangga (termasuk sahabat)? Iaitu apabila dia meminta pertolongan daripadamu,
maka kamu menolongnya, apabila dia meminta pinjaman daripadamu, maka kamu memberikan pinjaman, apabila
dia mendapat kebaikan, maka kamu mengucapkan selamat kepadanya dan apabila dia mendapat suatu musibah,
maka kamu hiburkannya.

9. Saling memberi hadiah dalam beberapa kesempatan

Ath-Thabrani meriwayatkan dalam Al-Ausath daripada Rasulullah Salallahualaihiwasallam bahawa baginda


bersabda yang bermaksud:

Saling memberilah hadiah di kalangan kamu, nescaya kamu akan saling mencintai.

Dan Imam Malik dalam Al-Muwata meriwayatkan yang bermaksud:

Saling bermaaf-maaflah di kalangan kamu, nescaya kedengkian akan hilang. Dan saling memberilah hadiah di
kalangan kamu, nescaya kamu akan saling mencintai dan akan hilang permusuhan.

Seorang sahabat berhak mendapat kasih sayang, perhatian, penghormatan, pertolongan dan kemuliaan akhlak
daripada orang yang dekat dengannya. Rasulullah Salallahualaihiwasallam telah memberikan contoh yang baik
kepada umatnya dalam berlemah lembut kepada para sahabat.

10. Tidak memutuskan hubungan dengan sahabat-sahabat dan tidak membelakangi mereka

Muslim yang benar dan menyedari ajaran din akan menyeru manusia lain kepada perhubungan dan kasih sayang.
Bahkan dia mengharamkan pergaduhan, pemutusan hubungan dan sebarang pemulauan. Abu Hurairah telah
mendengar Rasulullah Salallahualaihiwasallam bersabda, yang bermaksud:

Tidak halal bagi lelaki memulau seorang mukmin lebih dari tiga hari. Maka sekiranya telah berlalu tiga hari, maka
hendaklah dia menemuinya dan mengucapkan salam kepadanya (memulakan perdamaian). Jika saudaranya itu
membalas salamnya, maka keduanya berkongsi mendapat pahala. Dan jika dia tidak mahu membalas salamnya,
maka muslim tadi telah terlepas daripada dosa pemulauan itu.

6/8
Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam lagi, yang bermaksud:

Jagalah diri kamu daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah paling dusta dan janganlah
kamu mencari-cari kesalahan. Janganlah kamu intip-mengintip, janganlah berlumba-lumba mengatasi saudaramu
dan janganlah berdengki-dengkian, benci-membenci dan janganlah kamu pulau-memulau. Dan jadilah kamu
hamba-hamba Allah yang bersaudara.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Bertolak ansur dan memaafkan sahabat

Muslim yang benar dapat menahan kemarahannya. Bahkan dia sangat bersedia untuk memaafkannya. Dia akan
memejamkan mata terhadap kesilapan sahabatnya dan tidak merasa hina atau malu untuk memaafkan
saudaranya. Firman Allah Subhanahuwataala:

Dan orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat
kebajikan.

(Ali Imran : 134)

Amalan atau sikap ini dilakukannya dengan tujuan mencapai keredhaan Allah Subhanahuwataala serta
mengharapkan kemuliaan dan ketinggian yang telah dibayangkan oleh Rasulullah Salallahualaihiwasallam di
dalam sabda baginda yang bermaksud:

Allah tidak menambah sifat maaf kepada seseorang hamba melainkan kemuliaan, dan tidaklah merendah diri
seseorang kerana Allah melainkan Allah mengangkatnya.

Ketinggian dan kemuliaan daripada Allah Subhanahuwataala dikurniakan adalah kepada Muslim yang pemaaf dan
bertoleransi. Dia digolongkan di kalangan orang yang berbuat baik dan budiman, yang mana disebut oleh Al Quran
sebagai al-muhsinin. Kelak dia akan dimasukkan di kalangan orang yang paling mulia dan dicintai Allah
Subhanahuwataala.

12. Menemui sahabat-sahabat dengan muka berseri-seri

Seorang Muslim mestilah murni batinnya dan suci jiwanya. Senyuman mestilah sentiasa menghiasi wajahnya,
ramah mesra kata-katanya dan riang gembira tergambar di wajahnya. Dia tidak akan sanggup menemui sahabat-
sahabatnya kecuali dengan gembira dan sentiasa tersenyum sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah
Salallahualaihiwasallam dengan sabda baginda yang bermaksud:

Janganlah engkau meremeh-temehkan sesuatu kebaikan sekalipun hanya engkau menemui saudaramu dengan
wajah yang berseri-seri.

(Riwayat Muslim)

Senyum adalah satu akhlak mulia yang digalakkan oleh Islam dan satu daripada amalan salih. Ia juga merupakan
satu amalan baik yang membawa pahala dan ganjaran kepada pelakunya. Sesungguhnya wajah yang berseri-seri
dan jernih adalah cermin hati yang bersih. Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam yang bermaksud:

Senyum di hadapan saudaramu adalah sedekah.

(Riwayat At-Tarmizi)

13. Menasihati sahabat


7/8
Muslim yang benar bertindak sebagai penasihat yang jujur kepada saudaranya. Dia tidak menipu dan mengkhianati
mereka. Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam yang bermaksud:

Din itu nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Baginda menjawab: Bagi Allah, kitabNya, RasulNya, pemimpin-
pemimpin muslimin dan ummah muslimin.

(Riwayat Muslim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud:

Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri

(Muttafaq alaih)

8/8

You might also like