You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SMK TOK SERA


KALI KE 19 TAHUN 2017

TARIKH : 25 FEBRUARI 2017


MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SMK TOK SERA
DIRASMIKAN OLEH : DATO JAMAL AB. NASIR B ISMAIL
KEHADIRAN :

AGENDA MESYUARAT
Agenda 1 : Ucapan Pengetua
1.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke
mesyuarat.
1.2 Beliau mengharapkan agar misi dan visi sekolah dapat dicapai dengan
kerjasama dari semua pihak. Untuk makluman pada tahun 2017, bilangan
guru terlatih seramai 48 orang, 2 orang guru pelatih, 12 staf sokongan dan
318 orang pelajar.
1.3 Beliau memaklumkan bahawa penglibatan ibu bapa akan dimasukkan ke
dalam sistem Sarana Ibu Bapa dengan mensasarkan sebanyak 65%
kehadiran penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah.
1.4 Beliau berharap agar semangat dan kerjama daripada semua pihak akan
diteruskan lagi pada tahun 2017.
Tindakan : Makluman kepada semua ahli

Agenda 2 : Ucapan YDP PIBG, Dato Jamal Ab. Nasir b Ismail


2.1 Mengalu-alukan kehadiran pengetua, AJK PIBG dan para ibu bapa ke
mesyuarat.
2.2 Beliau berharap agar ibu bapa memberi perhatian yang khusus kepada
perkembangan dan pencapaian pelajar di sekolah dengan menghadirkan diri
ke Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan.
2.3 Beliau mewakili PIBG menyokong segala usaha yang dilakukan oleh
sekolah dan PPD dalam meningkatkan prestasi pelajar.
2.4 Beliau memohon agar pihak sekolah dapat memberi cadangan kepada pihak
PPD untuk mengujudkan Tingkatan 6 sebagai suatu kesinambungan untuk
pelajar T5 sekolah ini.
2.5 Beliau melahirkan rase kecewa kerana masih ramai ibu bapa yang tidak
menjelaskan bayaran yuran PIBG 2016 yang berjumlah RM50 bagi sebuah
keluarga.
2.6 Beliau memaklumkan bahawa bilangan pelajar semakin berkurangan.
Justeru beliau berharap agar pihak PPD memantau pergerakkan
perpindahan pelajar dengan sebab yang munasabah.
2.7 Beliau berharap agar semua ibu bapa agar bersama-sama memberikan
kerjasama dan sokongan kepada pihak sekolah untuk kecemerlangan
bersama.

Agenda 3 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG


3.1 Setiausaha PIBG, Pn. Noor Idayu bt Ahmad membentang Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 18 (rujuk halaman 5-9). Minit diterima tanpa pindaan.
3.2 Dicadang : En. Othman bin Mat Jidin
3.3 Disokong : En. Zainal bin Ahmad

Agenda 4 : Membentang dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG 2016/2017


4.1 Pn Noor Idayu bt Ahmad selaku Setiausaha membentang laporan aktiviti
sepanjang tahun 2016/2017 pada muka surat 10-11
4.2 Laporan aktiviti tahunan PIBG diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Agenda 5 : Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir 31


Disember 2016
5.1 Puan Sarah Rohaiza bt Abdul Jamal selaku Bendahari membentang penyata
kewangan yang berakhir 31/12/2016 pada muka surat 15. Baki perbelanjaan
PIBG RM 6593.04 , Dana PT3 RM4782.77, dan Dana SPM ialah
RM7320.53.
5.2 Bendahari juga membentang butiran perbelanjaan yang lebih terperinci
pada muka surat 16 -19 iaitu jumlah perbelanjaan PIBG sebanyak RM
35,731.50, Dana PT3 RM 10,834.35, Dana SPM 14,685.81, Dana 124 RM
99.00.
5.3 Anggaran perbelanjaan tertangguh (rujuk muka surat 20-21)bagi Dana PT3
adalah RM3,826.00. Manakala bagi Dana SPM adalah sebanyak RM
5700.00.
5.4 Pengerusi menegaskan perbelanjaan telah dilakukan secara berhemah
mengikut keperluan pelajar.
5.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa kutipan sumbangan PIBG akan
dikekalkan seperti tahun lalu iaitu:
i. Sumbangan PIBG : RM 50.00
ii. Sumbangan Kecemerlangan Tingkatan 1,2&4 : RM20.00
iii. Sumbangan kecemerlangan Tingkatan 3 : RM 100.00
iv. Sumbangan kecemerlangan Tingkatan 5 : RM 130.00
5.6 Penyata kewangan yang berakhir 31/12/2016 diterima sebulat suara oleh
ahli mesyuarat.

Agenda 6 : Membahas dan menerima usul-usul


6.1 Usul 1 : Sumbangan bayaran kelas tambahan PT3 dan SPM (rujuk muka surat
16, perbelanjaan no. 23)
Pembawa usul: En. Mohd Darsuki bin Arifin
6.1.1 En. Mohd Darsuki mencadangkan agar sumbangan bayaran kelas
tambahan PT3 dan SPM diambil dari Dana PT3 dan Dana SPM dan bukan
dari sumbangan PIBG
6.1.2 Pengerusi memaklumkan sumbangan yang dimaksudkan adalah
sumbangan kepada guru-guru untuk kelas tambahan. Sumbangan tersebut
tidak boleh dicampur-adukkan dengan dana kutipan PT3 atau dana SPM. Ia
merupakan token kepada guru-guru kerana meluangkan masa untuk
menjalankan kelas tambahan bagi PT3 dan SPM.
6.1.3 Pengetua memaklumkan bahawa kelas tambahan adalah melibatkan
semua guru. Sumbangan tersebut merupakan insentif kepada guru-guru.
Dana pula digunakan sepenuhnya untuk bahanbahan bagi pelajar PT3 dan
SPM. Bagi Dana 124, ianya akan digunakan untuk program motivasi bag
anak-anak di Tingkatan 1, 2 dan 4.
6.1.4 Pn. Noraishah Zakaria mengesahkan usul yang di bawa oleh En.
Darsuki bin Ariffin.

6.2 Usul 2 : Kelas Malam bagi PT3 dan SPM


Pembawa Usul : Mohd Adni bin Fauzi
6.2.1 : En. Mohd Adni bin Fauzi mencadangkan diadakan kelas tambahan
sebelah malam bagi pelajar-pelajar PT3 dan SPM
6.2.2 : Pengerusi memaklumkan kelas tambahan telah pun berlangsung
tetapi hanya disebelah petang. Tidak perlu dilanjutkan sehingga ke sebelah
malam bagi member ruang kepada guru-guru untuk beristirehat bersama
keluarga.

6.3 Usul 3: Lalulintas masuk ke SMKTS


Pembawa Usul : En. Rosli bin Manap
6.3.1 : En Rosli bin Manap mencadangkan supaya diwujudkan penghadang
bagi laluan masuk ke sekolah Menengah Tok Sera memandangkan laluan
sentiasa sibuk
6.3.2. Pengerusi memaklumkan PIBG akan membuat surat kepada pemaju
perumahan memohon supaya membuat hadangan seperti yang telah
dicadangkan oleh En. Rosli.

Agenda 7 : Hal-hal Lain


7.1 Pn Rozita Bt Muhammad mencadangkan supaya membenarkan pelajar
membawa masuk motosikal dalam kawasan sekolah.
7.1.1 Pengetua memaklumkan bahawa permohonan tersebut tidak
dibenarkan. Orang luar juga tidak dibenarkan berbuat demikian. Sebarang
kenderaan bermotor hanya dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di
kawasan luar sekolah. Pihak sekolah tidak menggalakkan pelajar hadir
menaiki motosikal bersendirian sebaliknya menggalakkan pelajar-pelajar
dihantar oleh ibu bapa mereka. Ini kerana dengan menaiki motosikal, para
pelajar terdedah kepada risiko bahaya.

7.2 En. Mohamad Nazmi b.Ibrahim membangkitkan tentang harga makanan di


kantin sekolah yang agak mahal.
7.2.1 Pengetua memaklumkan bahawa harga RM 3 untuk sepinggan
lengkap adalah berpatutan memandangkan kos bahan mentah semasa yang
meningkat saban hari. Pihak sekolah menggalakkan pelajar membawa bekal
dari rumah menggunakan bekas tertutup dan bukannya membeli dari luar
bagi mmudahkan pihak sekolah untuk mengesan punca sekiranya berlaku
keracunan makanan. Pengetua juga menegaskan bahawa kebersihan kantin
sentiasa dipantau dari semasa ke semasa dan memaklumkan gred
kebersihan kantin SMK Tok Sera adalah Gred A.
7.3 En. Rosdi mencadangkan diadakan cabutan bertuah untuk menarik minat
ibu bapa ke mesyuarat PIBG.
7.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan tersebut pernah
dijalankan tetapi sambutan ibu bapa tetap hambar. Keikhlasan ibu bapa
untuk hadir adalah lebih penting . Walau bagaimanapun, cadangan tersebut
akan cuba direalisasikan semula pada tahun hadapan.
7.4 En. Rosdi bertanyakan mengenai pekeliling warna kasut sekolah.
7.4.1 Pengetua memaklumkan bahawa pemakaian kasut sekolah SMK Tok
Sera adalah berwarna hitam. Keputusan ini dibuat atas pertimbangan
pengetua sendiri. Pengetua berharap tiada lagi isu berkaitan warna kasut
dibangkitkan.
7.5 En. Rosdi menasihatkan pelajar sekolah menengah yang membawa motosikal
agar tidak memandu laju apabila memalui kawasan sekolah rendah.
7.5.1 Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa memantau hal
tersebut memandangkan tempat letak motosikal adalah diluar sekolah.
Seterusnya pihak sekolah akan sentiasa memberi pesanan kepada pelajar-
pelajar berkaitan agar keselamatan semua terjamin.
7.6 Pn Suria mencadangkan supaya diwujudkan sumbangan Lot Surau (saham)
7.6.1 Pengetua memaklumkan bahawa cadangan tersebut telah
dibangkitkan pada mesyuarat yang lalu. Hasil kutipan masih dan sedang
berlangsung. Walau bagaimanapun dana tersebut masih belum mencukupi
untuk pembinaan surau. Kutipan sumbangan akan terus digerakkan dengan
lebih mantap supaya pembinaan surau akan dapat direalisasikan secepat
mungkin. Saluran kutipan surau juga telah diwujudkan melalui Bank
Rakyat.

Agenda 8 : Ucapan Penangguhan


8.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi
hadir. Kerjasama dan keperihatinan ibu bapa penting dalam membantu pihak
sekolah bersama-sama berganding bahu untuk kecemerlangan akademik
mahupun sahsiah anak-anak.
8.2 Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 pagi.

Disediakan Oleh : Disemak oleh :


.. ..
NOOR IDAYU BT AHMAD DATO JAMAL AB. NASIR B. ISMAL
Setiausaha YDP PIBG
SMK Tok Sera, Kuantan SMK Tok Sera, Kuantan

You might also like