You are on page 1of 12

PERLEMBAGAAN

GIGIH ILTIZAM PENUH BERAZAM


PERLEMBAGAAN
KELAB SUKAN, SOSIAL, KEBAJIKAN KAKITANGAN SEKOLAH (KS3)
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU, WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN

A) PENDAHULUAN

Kelab Sukan, Kebajikan, Sosial, Kakitangan Sekolah (selepas ini dikenali dengan
KS3) secara amnya ditubuhkan untuk kepentingan warga pendidik dan kakitangan
bukan mengajar (KTBM) Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS). Semua staf SK Pekan
Satu secara automatik adalah ahli KS3.

B) OBJEKTIF PENUBUHAN
Penubuhan KS3 mempunyai empat objektif yang utama iaitu :-
1) Menghubungkan tali persaudaraan di antara semua staf Sekolah
Kebangsaan Pekan Satu.
2) Membantu staf yang memerlukan bantuan di atas konsep At-
Taawun (tolong menolong)
3) Mendekatkan perhubungan kekitaan sesama ahli KS3 tanpa mengira
Agama, bangsa dan keturunan melalui program-program yang
dianjurkan oleh KS3 serta menjauhkan sifat anani (keakuan-
mementingkan diri sendiri).
4) Mengadakan kerjasama/ persefakatan yang boleh menghubungkan ahli
KS3 dengan staf sekolah lain dengan aktivtiti-aktiviti yang bersesuaian.

C) MOTTO KELAB
KS3 memilih motto, GIGIH ILTIZAM PENUH BERAZAM

GIGIH membawa maksud kesemua ahli KS3 akan melakukan aktiviti KS3 dengan
penuh ketekunan serta ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan atau ganjaran
serta mempunyai misi dan visi yang berlandaskan pepatah melayu, Bulat Air kerana
pembentung, bulat kata kerana muafakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

2
ILTIZAM memberi takrif kesungguhan ahli-ahli KS3 di dalam memastikan kelab sukarela
ini dapat melaksanakan aktiviti KS3 dengan jayanya serta menjadikan KS3 sebagai
platform untuk kebaikan dan kebajikan ahli.

PENUH BERAZAM mendefinisikan bahawa setiap ahli KS3 memberi pertolongan seikhlas
mungkin agar segala tentatif program KS3 berjalan dengan lancar tanpa menyelitkan
unsur-unsur mazmunah seperti tidak bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, dan
tidak memberikan kerjasama.

D) PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA INDUK KS3


1) Pemilihan AJK induk KS3 mestilah dibuat pada Mesyuarat Agong KS3.

2) Pemilihan AJK induk KS3 adalah meliputi perkara berikut :-


a) Penasihat (seorang dari kalangan pentadir sekolah)
b) Pengerusi (seorang)
c) Timbalan pengerusi ( seorang)
d) Setiausaha(seorang)
e) Timbalan Setiausaha(seorang)
f) Bendahari(seorang)
g) Timbalan Bendahari(seorang)
h) Ahli Jawatankuasa Kecil ( empat orang)

3) Semua AJK Induk KS3 kecuali Penasihat adalah dipilih oleh ahli-ahli KS3 sendiri
di dalam mesyuarat agong KS3 dan keputusan pemilihan ahli adalah
muktamad.

4) Perlantikan AJK Induk (kecuali Penasihat) adalah untuk tempoh setahun, tetapi
ahli boleh melantik AJK untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

5) Ahli-ahli KS3 boleh melantik mana-mana daripada AJK induk untuk kali ketiga
dengan syarat beliau mestilah direhatkan setahun sebelum dilantik dan ianya
dikira sebagai perlantikan yang baru.

3
6) Semua pemilihan adalah berdasarkan sistem Syura (angkat tangan) yang
dibuat oleh ahli-ahli KS3.

7) Ahli-ahli KS3 hanya boleh melantik mereka yang hadir sahaja di dalam
mesyuarat agong KS3 untuk jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha
dan Bendahari manakala untuk Timbalan Setiausaha, Timbalan Bendahari dan
Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dibuat tanpa kehadiran mereka yang dilantik.

8) Penambahan Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dibuat sekiranya AJK Induk KS3
pada tahun yang dipilih berpendapat perlunya dibuat penambahan tetapi
tidak melebihi sepuluh orang.

9) Perlantikan AJK Induk KS3 hanya berkuatkuasa selama tempoh setahun iaitu
bermula bulan Februari tahun AJK Induk dilantik sehingga bulan Februari tahun
berikutnya dan mesyuarat agong mestilah diadakan selewat-lewatnya sebelum
31 Januari setiap tahun AJK Induk itu tamat tempoh setahun berkhidmat di
dalam Jawatankuasa Induk KS3.

10) Sekiranya ada di antara AJK Induk KS3 yang ingin meletakkan jawatan, maka
beliau mestilah menulis surat perletakkan jawatannya beserta alasan yang
munasabah kepada :
a) Guru Besar
b) Pengerusi KS3
Walau bagaimanapun, AJK Induk KS3 berhak menolak perletakkan jawatan
tersebut melalui satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Tuan Guru Besar,
Pengerusi KS3 dan semua AJK Induk KS3 sekiranya alas an yang diberikan tidak
konkrit.

11) Sekiranya ada di antara AJK Induk KS3 telah meletakkan jawatan, maka AJK
Induk yang berhak memilih mana-mana ahli KS3 untuk mengisi jawatan yang
dikosongkan tanpa perlu menunggu Mesyuarat Agong.

4
12) Sebarang keputusan terhadap sesuatu perkara boleh diajukan kepada Tuan
Guru Besar atau Penasihat KS3 untuk meminta pandangan, walau
bagaimanapun keputusan AJK Induk KS3 adalah berlandaskan keputusan 2/3
undi dan dikira muktamad.

E) TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK KS3

1) PENGERUSI
a) Bertindak mengetahui AJK Induk dan ahli KS3 yang lain pada tahun
beliau dilantik sehingga tamat tempoh perkhidmatannya.
b) Menjadi jurucakap @ wakil di antara ahli-ahli KS3 dengan pihak
pentadbir sekolah.
c) Menjadi Pengerusi bagi setiap aktiviti KS3.
d) Memastikan mesyuarat AJK Induk diadakan sekurang-kurangnya 3 kali di
sepanjang tempoh perkhidmatannya.
e) mempengerusikan mesyuarat/ perjumpaan dengan AJK Induk dan ahli-
ahli.
f) Pengerusi tidak berhak hendak membuat keputusan tanpa persetujuan
semua AJK Induk ataupun sekurang-kurang 2/3 daripada AJK Induk yang
hadir.
g) Menandatangani pengeluaran wang melalui cek KS3.

2) TIMBALAN PENGERUSI
a) Memangku jawatan Pengerusi pada (a) hingga (f) di sepanjang
ketiadaan Pengerusi.
b) Bertindak sebagai PRO(Pegawai Perhubungan Awam) KS3.
c) Memastikan kehadiran AJK Induk semasa mesyuarat/perjumpaan
diadakan.

5
3) SETIAUSAHA
a) Memastikan catatan/ Minit Mesyuarat dibuat setiap kali perjumpaan
/ mesyuarat diadakan.
b) Mengedarkan salinan laporan/ minit kepada AJK Induk, Pentadbir dan
KTBM serta menampalkan di bilik guru setiap kali perjumpaan/ mesyuarat
diadakan.
c) Bertindak sebagai Setiausaha bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh
KS3.
d) Bertanggungjawab terhadap semua urusan surat-menyurat mesyuarat
KS3.

4. TIMBALAN SETIAUSAHA
a) Bertindak membantu Setiausaha pada (a) hingga (d).
b) Menjadi Pemangku Setiausaha di sepanjang ketiadaan Setiausaha KS3.

5. BENDAHARI
a) Menjaga akaun kewangan KS3.
b) Memastikan proses keselamatan keluar- masuk kewangan KS3 berjalan
dengan lancar dan selamat.
c) Menyimpan buku cek di tempat yang selamat.
d) Mengemaskinikan akaun kewangan setiap 2 bulan sekali.
e) Bendahari hanya dibenarkan menyimpan wang tunai KS3 ditangan tidak
melebihi RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS SAHAJA) pada satu-
satu masa. Kebenaran menyimpan wang tunai ini tidak dibenarkan
kepada Timbalan Bendahari.
f) Menandatangai pengeluaran wang melalui cek KS3.
g) Memastikan semua ahli KS3 membayar yuran setiap bulan.

6
6. TIMBALAN BENDAHARI
a) Membuat penyata kewangan KS3 setiap tiga bulan sekali dan diedarkan
kepada semua AJK Induk, Pentadbir dan KTBM serta ditampilkan di bilik
guru.
b) Mendapatkan maklumat terkini mengenai jumlah kewangan KS3 dari
masa ke semasa.
c) Membantu Bendahari membuat catatan buku kemasukan dan
pengeluaran wang beserta nombor cek dan tujuan dikeluarkan.
d) Membantu Bendahari memastikan bahawa kemasukan dan
pengeluaran hanya berkaitan dengan KS3 sahaja.
e) Memastikan semua ahli membayar yuran setiap bulan.

7. AHLI JAWATANKUASA KECIL

a) Empat orang ahli KS3 dipilih menggangotai AJK Kecil bagi :


1) Biro Sosial dan Kebajikan (dua orang)
2) Biro Riadah dan Sukan (dua orang)

b) Tugas-tugas Biro ialah :-


1) Biro Sosial dan Kebajikan
- Diberi amanah untuk melaksanakan tugas-tugas kebajikan ahli-
ahli KS3 yang meliputi perkara berikut :
* sakit/ kemalangan, berkahwin, bertukar, jamuan dan
kemaslilahatan umum

2) Biro Riadah Dan Sukan


- Diberi tanggungjawab terhadap sebarang kegitan riadah dan
sukan meliputi perkara berikut :-
* pertandingan/perlawanan persahabatan, keceriaan,
lawatan dan perkelahan/perkhemahan.

7
8. KEWANGAN KS3
1. Kewangan di dalam akaun KS3 adalah berdasarkan kutipan yuran
daripada semua ahli KS3 sebanyak RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima
Sahaja) setiap seorang bulan. Walau bagaimanapun KS3 juga menerima
sebarang kemasukan kewangan bagi kemashlahatan ahli-ahli KS3 dari
mana-mana pihak yang ingin membuat sumbangan.

2. Pengeluaran dan kemasukan kewangan beserta tujuan kedua-duanya


akan dimaklumkan kepada semua ahli KS3 setiap tiga bulan sekali.

3. Sebarang kemasukan kewangan ke dalam akaun mestilah dimaklumkan


terlebih dahulu kepada Bendahari atau Timbalan Bendahari.

4. Sebarang pengeluaran kewangan mesti melalui cek akaun KS3 dan


ditandatangani terlebih dahulu oleh Pengerusi dan Bendahari.

5. Permohonan untuk mengeluarkan wang mestilah mendapat persetujuan


semua AJK Induk KS3 atau sekurang-kurangnya 2/3 ahli yang hadir di
dalam mesyuarat khas. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan
mengenai pengeluaran wang, maka Pengerusi akan menerima
keputusan undi terbanyak sebagai natijah yang utama.

6. Semua wang yang disimpan di dalam akaun simpanan KS3 adalah hak
KS3.

7. Semua urusan kewangan KS3 hanyalah dibuat di Bank Islam Malaysia


Berhad(BIMB) Cawangan Wilayah Persekutaun Labuan.

8. Setiap pengeluaran wang adalah meliputi perkara berikut :-


8.1 Pinjaman Wang Ahli
8.2 Perkahwinan Ahli
8.3 Pertukaran Ahli
8.4 Penderitaan Ahli (sakit dan sebagainya)
8.5 Aktiviti anjuran KS3
8.6 Kemashlahatan Umum

8
9. Setiap pengeluaran wang bagi 8.1 hingga 8.6 akan ditentukan
jumlahnya melalui satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh sekurang-
kurangnya 2/3 AJK Induk KS3. Bagi ahli KS3 yang ingin membuat pinjaman
wang KS3, permohonan mestilah dibuat dua minggu lebih awal daripada
tarikh permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan yang
boleh didapati daripada Bendahari @ Timbalan Bendahari.

G) AKTIVITI KS3
a) AJK Induk KS3 mestilah melaksanakan sekurang-kurangnya tiga aktiviti
@ program yang utama sepanjang tempoh berkhidmat selama setahun.

b) Setiap aktiviti mestilah melibatkan majoriti ahli atau sekurang-kurangnya


2/3 daripada jumlah ahli.

c) Setiap ahli KS3 adalah dimestilah mengikuti aktivit-aktiviti yang dianjurkan


oleh AJK Induk kecuali di dalam situasi tertentu yang munasabah.

d) Setiap boleh mencadangkan sebarang aktiviti @ program yang boleh


mendatangkan faedah kepada semua ahli pada masa mensyuarat
Agong sahaja. Walau bagaimanapun AJK Induk KS3 berhak memilih
mana-mana cadangan yang difikirkan paling sesuai.

e) AJK Induk boleh memilih mana-mana ahli KS3 bagi membantu


menjayakan sesuatu aktiviti@ program yang memerlukan kepakaran dan
pengalaman.

f) AJK Induk perlu memaklumkan kepada semua ahli KS3 sekurang-


kurangnya dua minggu sebelum sesuatu program @ aktiviti dijalankan.

g) AJK Induk KS3 adalah digalakkan merancangkan sekurang-kurangnya


satu aktiviti @ program yang boleh menambah tabungan kewangan KS3.

h) Mana-mana ahli KS3 yang Berjaya mendapat sponsor / penajaan bagi


sesuatu aktiviti @ program anjuran KS3 berhak mendapat satu hadiah
yang akan ditentukan oleh AJK Induk KS3.

9
H) PENUTUP
Akhirul Kalam adalah diharapkan dengan adanya Perlembagaan KS3 ini
akan dapat memberi kefahaman yang sebenarnya mengenai penubuhan
kelab ini sebagai usaha murni Kakitangan Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,
Wilayah Persekutuan Labuan ke arah memantap serta menerapkan sifat-sifat
Mahmudah di dalam amalan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Negara untuk memberi keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta menjadikan kakitangan yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berahklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Di samping itu, penubuhan KS3 ini juga diharapkan agar dapat


melahirkan kakitangan yang bersikap terbuka, pro-aktif,kreatif dan inovatif,
berbudaya cemerlang dan berdaya saing selaras dengan motto dan
penanda aras sekolah- Sekolah Kebangsaan Pekan Satu C.U.N- Cemerlang
Untuk Negara.

PERLEMBAGAAN KS3 INI TERMAKTUB DAN BERKUATKUASA MULAI 01 MAC 2010.


SEBARANG PENGUBAHSUAIAN TERHADAP PERLEMBAGAAN INI HANYALAH BOLEH
DIBUAT PADA MESYUARAT AGONG KS3 SAHAJA.

Disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Induk KS3 Sesi 2002/2003

10
I) PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB SOSIAL KEBAJIKAN SUKAN KAKITANGAN
SEKOLAH (KS3) SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU, W.P. LABUAN (2013-2014):

1. Sumbangan sebanyak rm50.00 untuk majlis perkahwinan baharu ahli


dimansuhkan.

2. Sumbangan untuk kematian dan ahli yang berpindah sekolah diteruskan


sebanyak rm50.00 sahaja.

3. Yuran ahli kekal sebanyak rm100.00 dan pembayaran seibenarkan dibuat


sebanyak 2 kali setahun.

4. Semua guru dan aks adalah dianggap ahli dan mesti membayar yuran.
5. Semua aktiviti/ program yang dirancang, ahli perlulah memberi komitmen
yang cemerlang.

6. Penasihat mempunyai hak untuk meminta tunjuk sebab sekiranya ahli tidak
mahu membayar yuran tahunan.

BERKUATKUASA SETELAH DIPERSETUJUI DALAM MESYUARAT AHLI KELAB.

TARIKH MESYUARAT: 18 APRIL 2013.

(sumber: Buletin Kelab KS3, April 2013. KS3/SKPS/01 BIL.1)

11
J) PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB SOSIAL KEBAJIKAN SUKAN KAKITANGAN
SEKOLAH (KS3) SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU, W.P. LABUAN (2015-2016):

(a) PENAMBAHAN AHLI JAWATANKUASA:


1. BIRO SUKAN / REKREASI
2. BIRO SOSIAL / SAMBUTAN
3. BIRO KEBAJIKAN / DANA
4. BIRO KEROHANIAN / DOKUMENTASI
5. BIRO PENDIDIKAN / JAMUAN

(b) KEWANGAN KELAB:


1. YURAN AHLI GURU SEBANYAK RM120.00 SETAHUN
2. YURAN AHLI AKS SEBANYAK RM80.00 SETAHUN

(c) SUMBANGAN KEPADA AHLI:


1. GURU/AKS BERPINDAH HADIAH BERNILAI RM50.00 - RM80.00
2. PENTADBIR BERPINDAH HADIAH BERNILAI RM80.00 - RM100.00
3. KHAIRAT KEMATIAN SUMBANGAN BERNILAI RM100.00
4. SUMBANGAN MUSIBAH AHLI SUMBANGAN BERNILAI RM50.00 RM100.00

BERKUATKUASA SETELAH DIPERSETUJUI DALAM MESYUARAT AHLI KELAB.

TARIKH MESYUARAT:

12

You might also like