You are on page 1of 13

HAFIZ DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGINGATI KOD WARNA

PERINTANG DALAM PEPERIKSAAN BAGI MATA PELAJARAN


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU-TEKNIKAL

OLEH

OSWALD BABIE LUNUS


GURU KHB (DG41)

SM LA SALLE, TANJUNG ARU


KOTA KINABALU
SABAH

Catatan: Kajian Tindakan ini telah dibentangkan dalam seminar Kolokium SM La


Salle dan mewakili sekolah dalam pembentangan kajian tindakan
peringkat Zon , Kota Kinabalu.

0
HAFIZ DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGINGATI KOD WARNA
PERINTANG DALAM PEPERIKSAAN BAGI MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU-TEKNIKAL

OSWALD BABIE LUNUS


GURU KHB (DG41)

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan dikalangan pelajar tingkatan dua Agena dan tingkatan dua
Vega untuk kelas matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Teknikal di SM La
Salle, Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang menghendaki
pelajar memberi respon kepada 16 pernyataan yang berkemungkinan merupakan punca-
punca kegagalan mereka dalam peperiksaan tersebut. Kajian ini dianalisis dengan
menggunakan deskriptif min bagi memperlihat tahap persetujuan pelajar kepada setiap
pernyataan dalam borang soal selidik. Dapatan soal selidik menunjukkan terdapat 9
pernyataan yang memerlukan tindakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam
peperiksaan. Setelah tindakan susulan diambil oleh guru dan pelajar, didapati keputusan
peperiksaan kebanyakan pelajar yang dikaji menunjukkan peningkatan dalam Ujian
penilaian yang diberi dan berjaya lulus sekurang-kurangnya dengan gred D. Peningkatan
markah yang diperolehi oleh pelajar ialah antara 15 hingga 50 berbanding keputusan pra-
ujian. Ini menunjukkan program yang dijalankan berjaya meningkatkan pencapaian
pelajar dalam topik yang berkaitan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu-
Pilihan Teknikal.

REFLEKSI PENGALAMAN LEPAS

Pada tahun 2010, saya mengajar 3 kelas tingkatan dua untuk matapelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Teknikal. Kelas-kelas tersebut ialah tingkatan 2
vega, tingkatan 2 Rigel dan tingkatan dua Agena. Seramai 75 orang pelajar terlibat. Pada
tahun ini 2011, saya di berikan dua kelas tingkatan dua iaitu tingkatan 2 Vega dan
tingkatan 2 Agena. Saya dapati masalah yang sama berlaku semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran saya iaitu pelajar sukar untuk mengingat komponen elektronik dan kod
komponen tersebut sedangkan topik ini merupakan topik yang popular dalam peperiksaan
PMR bagi matapelajaran ini.

Kegagalan pelajar ini tidak menyenangkan hati saya selaku guru yang mengajar
matapelajaran tersebut. Oleh yang demikian saya bercadang untuk membuat kajian ke
atas pelajar berkenaan bagi mengenal pasti mengapa mereka sukar untuk mengingat
komponen dan kod komponen tersebut. Adakah ianya berpunca daripada kelemahan

1
pelajar sendiri atau kelemahan saya selaku guru yang melaksanakan P&P ataupun kedua-
duanya?

Jadual 1 menunjukkan keputusan pra-ujian yang dilakukan ke atas 12 orang


pelajar

Ujian
sebelum
Bil. Nama Pelajar perlaksanaan
program
M G
1. A1 42 D
2. A2 12 E
3. A3 28 E
4. A4 10 E
5. A5 28 E
6. A6 37 E
7. A7 40 D
8. A8 40 D
9. A9 15 E
10. A10 30 E
11. A11 32 E
12. A12 38 E

Jadual 1

OBJEKTIF KAJIAN

i) Objektif umum

a) Meningkatkan penguasaan pelajar kepada pelajaran.


b) Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

ii) Objektif khusus

a) Mengetahui punca kegagalan pelajar dalam mengingat simbol-simbol


dan kod-kod komponen elektronik.
b) Mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi meningkatkan daya
pencapaian pelajar dalam mengingat simbol-simbol dan kod-kod
komponen elektronik.
KEPENTINGAN KAJIAN

2
Kepentingan kajian ini ialah;

a) Kajian ini berguna kepada saya selaku guru Kemahiran Hidup Bersepadu-
Teknikal untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada pelajar agar
mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

b) Kajian ini juga berguna kepada semua guru untuk bersama-sama


menggembeling tenaga membantu para pelajar masing-masing agar
mereka beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

METODOLOGI KAJIAN

Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk pemerhatian dan tinjauan yang menggunakan borang soal.
selidik yang mengandungi 16 aspek yang perlu pelajar memberikan respon.

Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di SM La Salle, Kota Kinabalu, Sabah.

Subjek Kajian

Kajian ini telah dijalankan ke atas 12 orang pelajar tingkatan 2 agena dan 2 vega
yang mengikuti kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu-Pilihan Teknikal.

Tarikh Kajian

Kajian ini telah dijalankan pada 29 April 2011.

Alat Kajian

Satu set borang soal selidik digunakan bagi memperoleh maklumat dalam kajian
ini. Borang soal selidik ini mengandungi 16 pernyataan yang memungkinkan pelajar
gagal dalam peperiksaan. Pelajar dikehendaki membulatkan salah satu nombor (1 hingga
5) berdasarkan pernyataan yang diberi. Borang soal selidik yang telah digunakan adalah
seperti berikut.

Bil Pernyataan Skala

3
1. Saya sangat berminat mempelajari Kemahiran 1 2 3 4 5
Hidup Bersepadu
2. Saya sentiasa memberi tumpuan semasa guru 1 2 3 4 5
mengajar
3. Saya suka mengulangkaji di saat-saat akhir 1 2 3 4 5
menjelang peperiksaan
4. Saya selalu meminta bantuan rakan-rakan 1 2 3 4 5
sebaya dalam mempelajari Kemahiran Hidup
Bersepadu
5. Saya selalu membuat latihan menjawab soalan 1 2 3 4 5
berbentuk peperiksaan
6. Saya sukar memahami pelajaran yang 1 2 3 4 5
disampaikan oleh guru
7. Saya akan mengulangkaji pelajaran selepas 1 2 3 4 5
sahaja guru mengajar sesuatu tajuk
8. Saya selalu bertanya guru jika tidak memahami 1 2 3 4 5
pelajaran yang disampaikan
9. Saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk 1 2 3 4 5
mengulangkaji dan membuat latihan
Kemahiran Hidup Bersepadu
10. Guru sentiasa bersedia untuk mengajar 1 2 3 4 5
11. Guru kurang memberi pujian atau penghargaan 1 2 3 4 5
kepada pelajar
12. Guru sentiasa memberi bimbingan semasa 1 2 3 4 5
mengajar
13. Guru terlalu banyak memberi kerja 1 2 3 4 5
rumah/tugasan
14. Guru sentiasa bersemangat ketika mengajar 1 2 3 4 5

15. Guru tidak memanfaatkan sepenuhnya masa 1 2 3 4 5


mengajar
16. Saya sukar mengingat fakta yang diajar oleh 1 2 3 4 5
guru.

Petunjuk:

Skala Tahap Persetujuan


1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju

4
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Penganalisisan Data

Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan kepada objektif kajian dengan


menggunakan deskriptif iaitu min.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang telah dijalankan adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 2.

Dapatan kajian mengapa saya gagal Kemahiran Hidup Bersepadu-Pilihan Teknikal


dalam Peperiksaan.

Bil Pernyataan Min Rumusan


1. Saya sangat berminat mempelajari 3.7 Setuju
Kemahiran Hidup Bersepadu-
Teknikal
2. Saya sentiasa memberi tumpuan 3.0 Kurang Setuju
semasa guru mengajar
3. Saya suka mengulangkaji di saat-saat 3.8 Setuju
akhir menjelang peperiksaan
4. Saya selalu meminta bantuan rakan- 3.0 Kurang setuju
rakan sebaya dalam mempelajari
Kemahiran Hidup Bersepadu-
Teknikal
5. Saya selalu membuat latihan 2.7 Kurang setuju
menjawab soalan berbentuk
peperiksaan

Bil Pernyataan Min Rumusan


6. Saya sukar memahami pelajaran 3.5 Setuju
yang disampaikan oleh guru
7. Saya akan mengulangkaji pelajaran 3.0 Kurang setuju
selepas sahaja guru mengajar sesuatu
tajuk
8. Saya selalu bertanya guru jika tidak 3.3 Kurang setuju

5
memahami pelajaran yang
disampaikan
9. Saya tidak mempunyai masa yang 3.8 Setuju
cukup untuk mengulangkaji dan
membuat latihan Kemahiran Hidup
Bersepadu-Teknikal
10. Guru sentiasa bersedia untuk 4.0 Setuju
mengajar
11. Guru kurang memberi pujian atau 2.3 Tidak setuju
penghargaan kepada pelajar
12. Guru sentiasa memberi bimbingan 4.2 Setuju
semasa mengajar
13. Guru terlalu banyak memberi kerja 2.5 Kurang setuju
rumah/tugasan
14. Guru sentiasa bersemangat ketika 4.5 Sangat setuju
mengajar
15. Guru tidak memanfaatkan 2.3 Tidak setuju
sepenuhnya masa mengajar
16. Saya sukar mengingat fakta yang 4.0 Setuju
diajar oleh guru.

Jadual 2

PELAKSANAAN TINDAKAN SUSULAN

Terdapat 9 pernyataan yang perlu diambil tindakan oleh guru bagi meningkatkan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu-
Teknikal. Tindakan ini telah dijalankan mulai bulan May dan berakhir bulan November
menjelang tarikh para pelajar menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2011.

Jadual 3 menunjukkan tindakan susulan yang telah diambil oleh guru dan pelajar.

Bil Pernyataan Min Rumusan Tindakan Susulan


1. Saya sentiasa memberi 3.0 Kurang Guru mestilah mengingatkan pelajar
tumpuan semasa guru Setuju agar mereka memberi tumpuan kepada
mengajar isi pelajaran yang diajarkan dan sentiasa
menegur pelajar yang tidak memberi
perhatian semasa guru mengajar.

6
Pelajar mestilah memberi sepenuh
tumpuan semasa guru mengajar.

2. Saya suka mengulangkaji 3.8 Setuju Guru hendaklah selalu mengingatkan


di saat-saat akhir pelajar agar mereka sentiasa
menjelang peperiksaan mengulangkaji pelajaran.

Guru perlu mengadakan kelas ulangkaji


agar mereka sentiasa bersedia untuk
menghadapi peperiksaan

Pelajar mestilah mengulangkaji


pelajaran dari semasa ke semasa
bukannya menunggu disaat-saat
akhir menjelang peperiksaan.

3. Saya selalu meminta 3.0 Kurang Guru perlu memberitahu pelajar bahawa
bantuan rakan-rakan setuju salah satu kaedah belajar ialah selalu
sebaya dalam bertanya rakan sebaya jika tidak
mempelajari Kemahiran memahami sesuatu perkara.
Hidup Bersepadu-
Teknikal Guru perlu selalu mengadakan aktiviti
perbincangan kumpulan agar pelajar
yang lemah boleh dibantu oleh pelajar
yang lebih pandai.

Pelajar perlulah mengubah sikap


malu bertanya kepada sikap suka
bertanya jika mempunyai
permasalahan dalam pelajaran.

Bil Pernyataan Min Rumusan Tindakan Susulan


4. Saya selalu membuat 2.7 Kurang Guru perlu memberikan lebih banyak
latihan menjawab soalan setuju soalan latihan berbentuk peperiksaan
berbentuk peperiksaan sebenar samada semasa P&P ataupun
sebagai kerja rumah.

Guru perlu mengadakan kelas khas


menjawab soalan agar pelajar dapat
membiasakan diri dengan soalan-soalan

7
berbentuk peperiksaan.

Pelajar hendaklah membuat


latihan yang diberikan dan
mempunyai inisiatif sendiri untuk
mendapatkan contoh-contoh soalan
berbentuk peperiksaan.

5. Saya sukar memahami 3.5 Setuju Guru perlu mempermudahkan


pelajaran yang penyampaian isi pelajaran dengan
disampaikan oleh guru teknik-teknik yang bersesuaian seperti
penggunaan kemudahan peralatan ICT dan
penggunaan bahan bantu mengajar yang
lain.

Guru juga perlu mengadakan sesi


perbincangan bersama pelajar bagi tajuk-
tajuk yang sukar difahami oleh pelajar

6. Saya akan mengulangkaji 3.0 Kurang Guru perlu mengingatkan pelajar agar
pelajaran selepas sahaja setuju mereka sentiasa mengulangkaji
guru mengajar sesuatu pelajaran selepas sahaja guru mengajar
tajuk sesuatu tajuk supaya isi pelajaran yang
disampaikan dapat difahami dan diingati.

Pelajar mestilah mengulangkaji


pelajaran selepas sahaja guru
mengajar sesuatu tajuk.

Bil Pernyataan Min Rumusan Tindakan Susulan


7. Saya selalu bertanya guru 3.3 Kurang Guru mestilah memberi ruang kepada
jika tidak memahami setuju pelajar agar mereka dapat
pelajaran yang mengemukakan soalan semasa P&P
disampaikan ataupun di luar P&P.

Pelajar mestilah selalu bertanya


guru jika tidak memahami
pelajaran yang disampaikan.

8
8. Saya tidak mempunyai 3.8 Setuju Guru perlu memberikan panduan kepada
masa yang cukup untuk pelajar bagaimana untuk mengurus
mengulangkaji dan masa seharian agar masa untuk
membuat latihan mengulangkaji diberi keutamaan.
Kemahiran Hidup
Bersepadu-Teknikal Pelajar mestilah membuat jadual
persendirian dan mematuhi jadual
berkenaan.
9. Saya sukar mengingat 4.0 Setuju Guru perlu memberikan panduan kepada
fakta yang diajar oleh pelajar bagaimana untuk mengingat
guru. symbol dan kod dengan melaksanakan
teknik HAFIZ semasa PNP.
Pelajar mestilah membuat
ulangkaji selalu.

Jadual 3

PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada Jadual 4, didapati pencapaian kebanyakan pelajar dalam


Ujian dan latihan yang dilaksanakan oleh guru mendapati keputusan pelajar meningkat
berbanding keputusan pra-ujian sebelum perlaksanaan program dalam bab elektronik.

Ujian Selepas 3 bulan Beza (Antara


sebelum Seminggu selepas sebelum
Bil. Nama Pelajar perlaksanaan perlaksanaan perlaksanaan perlaksanaan
program program program program dan
M G M G M G selepas)
1. M1 42 D 65 C 70 B +28
2. M2 12 E 45 D 53 C +41
3. M3 28 E 43 D 60 C +32
4. M4 10 E 38 E 60 C +50
5. M5 28 E 33 E 62 C +34
6. M6 37 E 32 E 58 C +21
7. M7 40 D 60 B 82 A +40

9
8. M8 40 D 58 C 75 B +35
9. M9 15 E 43 D 40 D +25
10. M10 30 E 55 C 58 C +28
11. M11 32 E 55 C 55 C +23
12. M12 38 E 48 D 53 C +15
Jadual 4

Keputusan ujian yang dilaksanakan oleh guru untuk topik elektronik bagi
matapelajaran kemahiran hidup bersepadu-Teknikal yang telah diadakan pada bulan Ogos
2011 menunjukkan semua pelajar yang dikaji telah lulus dengan seorang pelajar
mendapat gred D, lapan orang mendapat gred C, dua orang mendapat gred B dan seorang
mendapat gred A. Semua pelajar menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan
peningkatan markah antara 15 hingga 50 berbanding markah pra-ujian. Keputusan ini
menunjukkan tindakan susulan yang dilaksanakan oleh guru dan pelajar melalui program
HAFIZ ini berjaya mencapai objektif yang dirancang.

CADANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar yang gagal berupaya lulus
dan cemerlang dalam pelajaran jika guru memberikan perhatian dan mengambil berat
tentang perkembangan pelajaran anak didik masing-masing. Guru haruslah berkorban
masa dan tenaga bagi menjamin kecemerlangan para pelajarnya. Para pelajar pula
mestilah mengubah sikap dan mengamalkan teknik-teknik belajar yang berkesan agar
mereka dapat menguasai pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, diharapkan para guru sentiasa mencari
punca-punca yang menyebabkan para pelajar mereka gagal dalam peperiksaan dan
seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjamin kecemerlangan pelajar
dalam pelajaran.

RUJUKAN

1. Analisa keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010, Ujian Setara 2 (Julai


2010) dan Peperiksaan Akhir Tahun 2010.
2. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2004. Manual Kajian
Tindakan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.

10
4. Sabli @ Abd Jalil Bin Ngah. 2010. Cakna Dapat Meningkatkan Pencapaian
Pelajar Dalam Peperiksaan Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
Pilihan Pertanian.

LAMPIRAN 1:

CONTOH SOALAN

1. Rajah 14 menunjukkan perintang tetap dan kod warna.


KOD WARNA

Hitam 0
Perang 1
Merah 2
Jingga 3
Kuning 4
Hijau 5
Biru 6
Unggu 7
11 Kelabu 8
Putih 9
RAJAH 14
Berapakah nilai perintang tersebut?
A 21 k
B 210 k
C 2100 k
D 21000 k

12

You might also like