You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK MANSOR

72100 Bahau
Negeri Sembilan Darul Khusus
E-mel : smkdm@smkdmbahau.edu.my Tel : 06-4541121
Laman Web: www.smkdmbahau.edu.my Faks : 06-4540637

Ruj. Kami : BIL ( ) dalam LP/SMKDM/BH/04/04/002(i)


Tarikh : 15 SEPTEMBER 2017

Kepada,

Semua ibubapa/penjaga Pengawas SMK Datuk Mansor

Salam Sejahtera,

Tuan / Puan,

MAJLIS JASAMU DIKENANG LEMBAGA PENGAWAS 2017

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Lembaga Pengawas akan menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang


Lembaga Pengawas tahun 2017 mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 27 September 2017 (Rabu)


Masa : 8.00 am - 10.00 am
Tempat : Restoran Enak Melayu, Garden View Hotel, Bahau

3. Maka, dengan itu pihak sekolah memohon kerjasama tuan/puan untuk menghantar dan
mengambil semula anak jagaan tuan/puan di tempat yang dinyatakan di atas pada waktu
berikut agar program ini dapat berjalan dengan lancar.

Mula : 8.00 am
Tamat : 10.00 am

4. Surat kebenaran untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan.

5. Kerjasama yang tinggi dan sokongan yang padu daripada pihak tuan/puan terhadap
program ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sebarang
pertanyaan, sila hubungi Pn. Wong Nyuk Sui melalui talian 019 - 653 9121.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..
(MAZLINA BINTI MOHAMAD)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Datuk Mansor.
Pulangkan keratan ini

_____________________
_____________________
_____________________
_______________________________________________________

Pengetua
SMK Datuk Mansor
72100 Bahau Tarikh :

Tuan,

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya __________________________________________, ibu bapa / penjaga


kepada pelajar __________________________________________________
Tingkatan _____________ (membenarkan / tidak membenarkan ) anak / jagaan
saya menghadiri Majlis Jasamu Dikenang Lembaga Pengawas 2017 pada 27 September
2017.

3. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan
akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang program
tersebut diadakan.

4. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan
apa-apa pertolongan cemas ke atas anak / jagaan saya jika didapati perlu.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan ibu bapa / penjaga,

....
( )

No. K.P:
No Tel : ..

You might also like