You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMATANG BONGLAI

PIDA 3 TUNJANG,
06000 JITRA,
KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN


KEWARGANEGARAAN KALI KEEMPAT TAHUN 2015

TARIKH : 09 November 2015 (Selasa)


MASA : 2.30 Petang
TEMPAT: Anjung Minda

KEHADIRAN :

1. Cik Siti Safiah binti Zulkifli Ketua Panitia( Pengerusi )


2. Puan Sarimah binti Abd Karim GK Kemanusiaan (Wakil Pentadbir)
3. Pn Razaini binti Abu Bakar Ahli Panitia
4. Pn Hafidzah binti Yahaya Ahli Panitia
5. Pn Zaraida binti Zainon Ahli Panitia
6. Pn Saidina binti Khosim Ahli Panitia
7. Pn Sharifah binti Saad Ahli Panitia

TIDAK HADIR ;

1. Pn Noor Azahariah Binti Zainon Ahli Panitia

I PERUTUSAN PENGERUSI

1. Tuan Pengerusi bersyukur kerana semua warga SMKPB dapat


menghadirkan diri dalam mesyuarat kurikulum yang terakhir pada tahun ini.
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua warga SMKPB dan
mengucapkan ribuan terima kasih atas kesungguhan , ketekunan dan
kesabaran warga SMKPB dalam menjalankan tugas yang diamanahkan pada
tahun ini.
Makluman

II MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2. Minit mesyuarat panitia bil. 3 /2015 dibentangkan oleh En. Shariff bin Satiman
3. Dicadangkan untuk pengesahan oleh Pn Zaraida binti Zainon dan disokong
oleh Pn Saidina Binti Khosim.
Makluman

III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4. Tiada perkara-perkara berbangkit yang diutarakan berdasarkan senarai


semak tindakan mesyuarat panitia kali ketiga 2015

Makluman

1
IV LAPORAN IMPAK PROGRAM KURIKULUM TAHUN 2015

5. Pengerusi membincangkan laporan aktiviti panitia yang telah dilaksanakan


sepanjang tahun 2015. Semua aktiviti berjaya dilaksanakan walaupun
terdapat kekangan dari segi masa.

Tindakan : SEMUA AHLI PANITIA

V PERANCANGAN PROGRAM KURIKULUM PANITIA 2016

6. Pengerusi meminta kerjasama daripada semua ahli panitia untuk memberi


cadangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2016. Aktiviti yang
dibincangkan dan dipersetujui akan dimasukkan dalam Perancangan Program
Kurikulum Panitia Tahun 2016. Hal ini akan memudahkan perancangan kurikulum
pada tahun depan agar berjalan lancar.

Tindakan : SEMUA AHLI PANITIA

VI MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKUKUHKAN BAHASA


INGGERIS (MBMMBI)

7. Program Talk Your Heart yang telah dilaksanakan bersama Universiti


Utara Malaysia (UUM) di SMK Permatang Bonglai pada 25 Oktober 2015
(Sabtu) jam 9.00 pagi .Antara aktiviti yang telah dilaksanakan seperti
Public Speaking, gotong royong dan senamrobik. Program ini tamat pada
pukul 1.00 tengahari.

Makluman

VII PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

8. Guru-guru yang mengajar tingkatan 1, 2 dan 3 perlu menyiapkan modul


perekodan murid bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Manakala guru-guru yang mengajar tingkatan 3 masih
ada masa untuk memperbaiki pencapaian band murid-murid. Semua guru
yang terlibat perlu meletakkan satu salinan hard copy modul perekodan
murid dalam fail PBS yang telah disediakan oleh PK Pentadbiran dan soft
copy perlu disimpan di dalam folder PBS komputer di bilik guru.

Tindakan : SEMUA AHLI PANITIA

VIII LAPORAN KEWANGAN

9. Pengerusi membentangkan baki terkini peruntukan kewangan tahun 2015


sehingga tarikh 4 November 2015 ialah Rm 1634.00

Makluman

2
IX HAL-HAL LAIN

10. Pengerusi memaklumkan tarikh akhir masuk markah Peperiksaan Akhir


Tahun dalam SAPS untuk Tingkatan 1, 2 dan 4 ialah pada 18 November
2015 untuk peringkat JPN manakala tarikh akhir peringkat sekolah pada 17
November 2015. Guru-guru yang terlibat diharap dapat memberi
kerjasama untuk memudahkan pengesahan dibuat dan dijana oleh
setiausaha peperiksaan sekolah. Guru-guru boleh menambah 10% markah
kepada peperiksaan akhir tahun berdasarkan kepada latihan dan
komitmen murid-murid pada subjek yang diajar.

Tindakan : SEMUA AHLI PANITIA

11. Pengerusi juga memaklumkan semua guru perlu mengemaskini buku


rekod mengajar dan perlu dihantar kepada pentadbiran sekolah untuk
keperluan LNPT pada 19 November 2015.

Tindakan : SEMUA AHLI PANITIA

12. Pengerusi memaklumkan cadangan mata pelajaran dan kelas mengajar


2016 iaitu
Tingkatan 1 4 kelas
Tingkatan 2 3 kelas
Tingkatan 3 4 kelas
Tingkatan 4 4 kelas
Tingkatan 5 4 kelas
Makluman

13. Pengerusi meminta kerjasama semua ahli panitia membincangkan agihan


guru mengikut kelas yang akan diajar pada tahun 2016 untuk diserahkan
kepada PK Pentabiran sebelum19 November 2015.

Tindakan : SEMUA AHLI PANITIA

14. Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mengenai cadangan Pakej


Mata pelajaran 2016 iaitu senarai Pakej KHB 2016 dan senarai Pakej
Elektif Tingkatan 4 dan 5 2016.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 04.30 petang .

Disediakan oleh ; Disemak oleh;

.... .
( En. Shariff bin Satiman) ( Cik Siti Safiah binti Zulkifli)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia P. Sivik dan Kewarganegaraan P. Sivik dan Kewarganegaraan

3
4

You might also like