You are on page 1of 10

PENULISAN ( 012) Masa : Satu jam lima belas minit

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian :Bahagian A, Bahagian B dan


Bahagian C.
2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga tiga bahagian.
3. Bagi BahagianC anda boleh memilih samaada menjawab Soalan 1 atau Soalan 2.

BAHAGIAN A

[ 10markah ]

[ Masa yang dicadangkan : 15 minit ]

Gambar di bawah ini menunjukkan cara - cara menceriakan sekolah.

Tulis lima ayat lengkap tentang cara cara menceriakan sekolah berdasarkan gambar.

1
BAHAGIAN A

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

__________

10

2
BAHAGIAN B

[ 15markah ]

[ Masa yang dicadangkan : 25 minit ]

Petikan di bawah menerangkan tentang kebaikan menjaga alam sekitar.

Tulis ulasan tentang kebaikan menjaga alam sekitar tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Alam semulajadi adalah satu daripada kurniaan Tuhan kepada kita yang tiada
tandingannya. Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk memelihara alam semulajadi ini
agar kekal dan terhindar daripada kemusnahan.

Antara kebaikan menjaga alam sekitar ialah alam sekitar akan menjadi bersih. Semua
lapisan masyarakat mestilah mengamalkan nilai-nilai murni supaya kebersihan alam
sekitar dapat terus terjaga. Alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati
keindahan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih juga akan memberikan ketenangan
kepada kita.

Selain itu, alam sekitar yang dijaga dengan baik juga dapat mengelakkan daripada
berlakunya pencemaran alam sekitar. Terdapat beberapa pencemaran yang sering
berlaku seperti pencemaran sungai dan pencemaran udara. Pencemaran alam sekitar
yang berlaku akan mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri, orang awam
dan pihak kerajaan. Oleh itu, jika ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, aduan
hendaklah dibuat segera kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar.

Jika kita menjaga alam sekitar dengan baik, pasti kita dapat hidup dalam keadaan yang
sihat dan gembira. Alam sekitar yang kotor boleh mendatangkan penyakit kepada kita
kerana banyak haiwan perosak suka tinggal di kawasan yang kotor. Antara haiwan yang
suka tinggal di tempat yang kotor ialah tikus, lipas dan nyamuk. Jika kita hidup dalam
keadaan yang sihat, pasti kehidupan kita akan lebih bahagia dan gembira.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih dapat memajukan sektor pelancongan
negara. Sektor pelancongan negara amat penting kepada negara kerana sekiranya
sector pelancongan maju maka secara tidak langsung ekonomi negara juga akan turut
maju. Sebagai contoh, apabila alam sekitar bersih dan cantik, pasti ramai pelancong
akan datang ke negara kita. Kehadiran pelancong ini akan menambahkan pendapatan
negara seterusnya dapat memajukan negara.

3
Alam sekitar yang bersih juga akan dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam
membersihkan alam sekitar yang kotor. Projek membersihkan alam sekitar yang kotor
memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jika alam sekitar bersih, maka kerajaan boleh
menggunakan wang tersebut untuk membina sekolah, dewan orang ramai dan
kemudahan awam yang lain. Selain itu, kerajaan juga boleh menumpukan sepenuh
usaha dan tenaga kearah pembangunan negara.

Kesimpulannya, terdapat beberapa kebaikan menjaga alam sekitar kita agar sentiasa
bersih dan ceria. Alam sekitar yang kotor akan mendatangkan kesan negative kepada
negara. Semua pihak mesti memainkan peranan dalam menjaga kebersihan alam
sekitar. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih dan ceria akan menjadikan Malaysia
bertambah makmur dan maju.

BAHAGIAN B

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

________________

4
15

5
BAHAGIAN C

[ 25markah ]

[ Masa yang dicadangkan : 35 minit ]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan mengadakan lawatan sambal belajar ke
pameran buku. Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah kamu untuk meminta
kebenaran.

Tulis surat kamu selengkapnya

ATAU

Soalan 2

Kebersihan Sekolah

Suatu ketika aku berjalan


Dari lorongan ke lorong anjalan
Kiri kanan sampah berhamburan
Menanti jangkauan hulur antangan
Dalamhati ini terasa ada sentuhan
Dalam telinga terasa ada bisikan
Mata ini memancarkan keharuman
Aedes tidak lagi dating bertamu
Sampah - sampah tidak lagi bertaburan
Bunga-bunga mewangi berkembangan
Guru-guru dan komuniti berganding tangan
Sekolah kembali ceria
Orang-orang bijak sering mengatakan
Kebersihan punca kesihatan

Berdasarkan puisi di atas, tuliskan sebuah karangan tentang kelebihan bergotong royong
membersihkan kawasan sekolah.

Tuliskan karangan kamu selengkapnya.

6
Bahagian C

25

7
8
CADANGAN JAWAPAN

BAHAGIAN A

Idea cadangan :

Tema : Cara-cara Menceriakan Sekolah

1. Mengecap dinding/ sekolah


2. Menanam pokok bunga
3. Membersihkan longkang/ kekotoran
4. Menyapu sampah kawasan kantin
5. Menyusun meja/kerusi dalam bilik darjah
6. Mengangkat / membuang barang-barang yang tidak diperlukan
7. Melukis / mengecap mural

BAHAGIAN B

Idea cadangan :

Tema :Kebaikan Menjaga Alam Sekitar

1. Alam sekitar menjadi bersih


2. Manusia dapat menikmati keindahan alam sekitar
3. Memberikan ketenangan kepada manusia
4. Mengelak daripada berlaku pencemaran
5. Manusia hidup dalam keadaan sihat, bahagia dan gembira
6. Memajukan sektor pelancongan
7. Menambah pendapatan Negara
8. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan mengurus

Penutup

Semua pihak memainkan peranan membantu menjaga alam sekitar.

9
BAHAGIAN C
Idea Cadangan Soalan 1

Format Surat Kiriman Rasmi

1. Tujuan menulis surat


2. Tujuan mengadakan lawatan
3. Tarikh lawatan, tempat lawatan, bilangan ahli rombongan, bilangan
guru pengiring
4. Harapan
5. Berjanji menjaga disiplin

Idea Cadangan Soalan 2

1. Mengeratkan silaturrahim
2. Elak pembiakan nyamuk aedes
3. Bersih kawasan sekitar
4. Jimat tenaga, masa dan wang
5. Kerja boleh disiapkan dalam masa yang singkat
6. Membudayakan semangat kerjasama
7. Mengenali komuniti sekolah lebih rapat

10

You might also like