You are on page 1of 5

SPPR 2862 02 : PENGURUSAN KO-KURIKULUM

ISU SEMASA : PENYAKIT


KENCING TIKUS
PENYAKIT KENCING TIKUS

Kokurikulum ialah suatu aktiviti yang dijalankan diluar bilik darjah dan
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Menurut Abd. Alim (1995), aktiviti kokurikulum merupakan kesinambungan dan
pengukuhan kepada program atau aktiviti pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum.
Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan di dalam bilik darjah kerana
peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran telah mewajibkan semua
sekolah untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum dan setiap pelajar perlu terlibat
dalam setiap aktiviti yang telah dirangkakan. Kegiatan kokurikulum di sekolah
merangkumi aktiviti beruniform, kelab dan persatuan serta sukan yang merupakan
aktiviti diluar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum bercorak pendidikan dan menyediakan
perlbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat,
jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika. Maka dengan itu, pada tahun
2011, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menguatkuasakan dasar 1 Murid 1
Sukan.

Aktiviti air boleh didefinasikan sebagai aktiviti yang menggunakan peralatan


atau tidak meggunakan peralatan pada sumber yang berasaskan air. Antara contoh
sumber-sumber aktiviti air ialah laut, sungai, kolam renang dan taman tema. Aktiviti
air terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya ialah berenang, berkayak, memancing,
berakit arus deras dan sebagainya. Aktiviti air adalah salah satu aktiviti popular yang
dipilih oleh guru-guru disekolah. Melalui pengalaman sendiri, pelajar yang mengikuti
perkhemahan badan beruniform akan turut terlibat dengan aktiviti air seperti
menangkap ikan untuk sesi ikhtiar hidup. Pada Ogos tahun ini, aktiviti air ditangguhkan
kerana susulan kematian seorang guru disebabkan wabak kencing tikus di Kuala
Nerang, Kedah.
Kencing tikus adalah penyakit berjangkit yang disebabkan patogen genus
Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada
haiwan kepada manusia. Penyakit ini telah dikesan di Malaysia kali pertama pada
tahun 1925. Kemudian, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes telah dicatatkan dan
pada tahun 2007 berlaku peningkatan kes. Penyakit ini telah meragut nyawa seorang
guru yang telah mengikuti aktiviti Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah
1Malaysia peringkat negeri pada 15 hingga 20 Julai lalu di Pusat Kokurikulum Daerah
Baling (Kem Jerai).
Seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia disyaki akibat jangkitan kencing tikus selepas
mandi di pusat rekreasi dekat Bukit Wang, Jitra Kedah. Ibu mangsa, Sharimah Che Pa memaklumkan
anak bongsunya, Muhamad Ilyas Mahazir, 14 tahun sebelum itu hanya mengalami demam biasa
dan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara.

Sumber : Astro Awani

Penyakit kencing tikus ini bukan sahaja meragut nyawa seorang guru pada
tahun ini, malah telah meragut nyawa seorang pelajar berumur 14 tahun. Penyakit ini
merupakan silent killer kerana pertama, dua mangsa diatas dipercayai mendapat
penyakit ini selepas menjalani aktiviti air dimana pembawakan penyakit ini datangnya
dari kawasan sungai mahupun tasik. Keduanya, symptom-simptom penyakit ini
adalah symptom yang biasa terjadi kepada orang yang demam panas. Oleh itu, jika
tidak mendapatkan rawatan awal, ia mampu membunuh.

Penyakit ini berleluasa berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang


tidak bertamadun membuang sampah di sekitar kawasan pusat rekreasi dan telah
mengundang kehadiran tikus liar di kawasan tersebut. Hari demi hari, sampah sarap
makin bertambah lantas pembiakan tikus juga bertambah.

Kesedaran tentang kebersihan perlu dipupuk pada peringkat muda lagi. Ibu
bapa perlu mengamalkan kebersihan dirumah agar anak-anak akan mengikut tabiat
itu sehingga ke luar kawasan rumah. Di peringkat persekolahan juga, guru-guru perlu
menitik beratkan soal kebersihan. Budaya membersihkan sisa makanan sendiri perlu
didik sejak kecil lagi supaya anak-anak akan terbiasa dengan budaya tersebut.
Dengan cara ini, negara kita akan memperoleh negara yang bersih, harmoni dan
aman setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Selain itu, pengurusan sampah juga amat penting bagi mengurangkan masalah
kencing tikus ini. Sebagai contoh, negara terbit matahari iaitu Jepun, mereka telah
menetapkan hari tertentu untuk memungut sampah pepejal dan bukan pepejal.
Dengan cara ini, mereka dapat mengurangkan masalah pembiakan tikus dan sekali
gus mengurangkan masalah kebersihan di negara mereka. Jika budaya ini dapat
diamalkan di negara kita, tentu sekali masalah penyakit kencing tikus ini dapat
dihindarkan.
Diharap, masyarakat dan pihak berkuasa lebih peka dengan masalah
kebersihan di negara kita ini agar, penyakit kencing tikus dapat dikurangkan atau sifar
penyakit kencing tikus.

RUJUKAN

Kini, K. (5 Ogos, 2010). Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus). Retrieved


from Laman Berita Pengguna Konsumer Kini:
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/376-bahaya-
penyakit-leptospirosis-kencing-tikus

Jindeh, N. (6 Jun, 2016). 2234 kes jangkitan kencing tikus 5 bulan pertama tahun ini.
Retrieved from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/2-234-kes-
jangkitan-kencing-tikus-5-bulan-pertama-tahun-ini-1.339300

Ghazali, A. (12 Ogos, 2016). Leptospirosis : Semua aktiviti luar sekolah berkaitan air
ditangguh. Retrieved from BH Online: http://www.bharian.com.my/node/182415

Azman, N. A. (n.d.). Retrieved from


http://eprints.utm.my/6591/4/NorAzahAzmanMFPCHAP1.pdf

You might also like