You are on page 1of 6

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN

BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA


(1957-1970)

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ merupakan Perdana


Menteri Malaysia yang pertama. Allahyarham dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan
Tanah Melayu (31 Ogos 1957) dan Bapa Kemerdekaan Malaysia (16 September 1963).

Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj diputerakan pada 8 Februari 1903
di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ayahanda Allahyarham ialah Almarhum Sultan
Abdul Halim Syah dan bondanya bernama Cik Manjalara.

AllahyarhamTunku Abdul Rahman dibantu oleh rakan-rakan dalam UMNO seperti Tun
Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail untuk menggembleng tenaga orang Melayu dan kaum-
kaum lain di negara ini dalam usaha menuntut kemerdekaan. Pada 8 Februari 1956,
perjanjian ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat bagi merangka
Perlembagaan Malaya dan seterusnya pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh
Allayarham Tunku pada 31 Ogos 1957. Kepulangan Allahyarham bersama Rombongan
Merdeka yang lain dari London telah disambut meriah dalam satu peristiwa bersejarah di
Bandar Hilir Melaka.

Allahyarham Tunku Abdul Rahman muncul sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
pertama (1957-1970). Falsafah hidup Allahyarham Tunku ialah, " Jika ada masalah
jangan dibawa ke tempat tidur". Allahyarham meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSIN:
BAPA PEMBANGUNAN
(1970-1976)

ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK yang lebih dikenali sebagai Bapa


Pembangunan Malaysia meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Negarawan yang cukup
berjasa ini dilahirkan di Paya Keladi, Pekan, Pahang pada 11 Mac 1922. Allahyarham Tun
Razak semasa kecilnya menjalani kehidupan yang susah. Tun Razak mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar. Setiap hari, Allahyarham
berjalan kaki sejauh enam batu ulang alik ke sekolah tanpa bersepatu.

Allahyarham menggantikan bapanya sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar yang baru
dalam usia 27 tahun. Pada tahun yang sama, iaitu 1950 Allahyarham menjadi Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO. Pada tahun itu jugalah bermula khidmatnya dalam Malay
Civil Service (MCS).

Allahyarham begitu terkenal sebagao Bapa Pembangunan. Daripada fikiran


Allahyarham lahirlah Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan Buku Merah (1960)
yang mengandungi rancangan kerajaan bagi berbagai-bagai projek pembangunan di
setiap daerah dan negeri.

Allahyarham Tun Razaklah yang mempelopori pentadbiran secara Bilik Gerakan,


pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1970), Dasar Pelajaran Razak (1956), Buku Hijau (1974)
dan berbagai-bagai dasar lagi untuk membangunkan kehidupan rakyat negara ini.
ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN BIN ONN:
BAPA PERPADUAN
(1976-1981)

ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN, putera sulung Datuk Onn Jaafar adalah bekas
Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Perdana Menteri Malaysia ketiga ini dilahirkan di
Johor Bahru pada 12 Februari 1922. Allahyarham mendapat pendidikan sehingga Senior
Cambridge di English College, Johor Bahru.

Allahyarham Tun Hussein mengasaskan penubuhan Pemuda UMNO sebagai sayap


kepada UMNO. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama dalam usia 28
tahun.

Berikutan dengan kematian Allahyarham Tun Dr. Ismail, Allahyarham Hussein Onn yang
ketika itu bergelar Datuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973
dan juga memegang jawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Dibawah pimpinan Allahyarham Tun Hussein, Malaysia terus maju baik dari segi ekonomi
mahupun sosial. Dua peristiwa penting pada zamannya ialah pelancaran Rancangan
Malaysia Keenpat pada bulan April, 1981 dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada
20 April 1981.

Allahyarham pernah kata, " Saya tidak penting, apa yang penting ialah apa yang saya
lakukan." Ini benar-benar dilaksanakan dengan pengunduran Allahyarham sebagai
Perdana Menteri Malaysia Ketiga (1976-1981) atas sebab-sebab kesihatan. Allahyarham
Tun Hussein Onn pulang ke rahmatullah pada 29 Mei 1990.
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
BAPA PEMODENAN
(1981-2003)

TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD dilantik menjadi Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981. Beliau
dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Star,Kedah. Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal dan
menengah di bandar kelahirannya itu. Pada tahun 1974, beliau melanjutkan pengajian di Kolej Perubatan
King Edward VII, Singapura. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menyertai perkhidmatan awam
Malaysia sebagai Pegawai Perubatan.

Pada tahun 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan awam untuk membuka klinik persendirian di Alor
Star.Tun Dr.Mahathir mula aktif dalam arena politik pada tahun 1945. Beliau menjadi ahli Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1964. Selepas memenangi pilihanraya
umum pada tahun 1964, Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Ajli Parlimen.

Pada tahun 1974, Tun Dr. Mahathir bertanding dalam pilihanraya umum dan beliau memenanginya.
Seterusnya beliau telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Dua tahun kemudian, beliau telah dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri selain terus menjalankan peranan dan tugasnya sebagai Menteri
Pelajaran.

Tun Dr. Mahathir berkahwin dengan seorang doktor,iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Mereka dikurniai
dengan tujuh cahaya mata, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Antara jasa Tun Dr.Mahathir semasa memegang tampuk pemerintahan ialah memperkenalkan Dasar
Pndang Timur, iaitu mencontohi etika kerja negara sebelah timur, terutamanya Jepun dalam tahun 1981.
Beliau juga menyeragamkan waktu anatara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Di
bawah kepimpinna beliau juga banyak projek berprestij telah dijalankan seperti projek kereta nasional,
Proton Saga, pembangunan Menara Berkembar Petronas, pembinan Pusat Pentadbiran Putrajaya dan
lain-lain.

Tun Dr. Mahathir bersara pada 31 Oktober 2003 setelah berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama 22
tahun.
TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI
BAPA PEMBANGUNAN INSAN
(2003-2009)

TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI, dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang kelima pada 31 Oktober 2003.
Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis,
Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi
Bukit Mertajam dan Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau
kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1974.

Setelah tamat pengajian,Tun Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai


Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Tun Abdullah menyertai UMNO
pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi
Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi
parlimen tersebut sehingga kini.

Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa


kementerian. Beliau dilantiksebagai Setiusaha Parlimen di Kementerian Wilayah
Persekutuan(1978-1980), Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan
(1980-1981), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-1984), Menteri Pelajaran (1984-1986)
dan Menteri Pertahanan (1986-1987). Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri
Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik jadi
Perdana Menteri . Selain itu,TUn Abdullah juga ialah Menteri Keewangan dan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri.

Tun Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood
pada tahun 1965 dan dikurnia dua orang cahayamata serta empat cucu. Pada tahun
2007, beliau telah berkahwin dengan Jeanne Abdullah.
DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABD RAZAK
(2009 hingga sekarang)

DATO' SRI NAJIB TUN HJ ABD RAZAK, mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri Malaysia Ke-6 dihadapan Yang di-Pertua Agong pada 3 April 2009.

Beliau merupakan anak sulung Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd.
Razak yang dilahirkan pada23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat
pendidikan di St. John's Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy's College,
Worcestershire, England dan menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang
Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University.

Selepas tamat penagajian pada tahun 1974, beliau menyertai PETRONAS sebagai
eksekutif. Namun, kematian bapanya ketika beliau berusia 22 tahun
menyebabkan beliau beralih arah ke bidang politik. Pada tahun 1976, beliau terpilih
untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan beliau ahli parlimen yang
paling muda dalam sejarah Malaysia.

Bermula dengan jawatan Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada tahun
1978-1980, Dato' Sri Mohd Najib kemudiannya menjawat pelbagai jawatan di pelbagai
kementerian.
Beliau merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada tahun 1980-1981 dan Timbalan
Menteri Kewangan pada tahun 1981-1982. Pada tahun 1982, iaitu ketika berusia 29 tahun,
beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang sehinggalah 1986.

Pada tahun 1986-1987, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan sebanyak dua kali, iaitu pada tahun
1990-1995 dan sekali lagi pada tahun 1999-2008. Pada tahun 1995-1999,Dato' Sri Mohd
Najib dilantik sebagai Menteri Pelajaran.Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri pada tahun 2004. Dato' Sri Mohd Najib. Beliau telah berkahwin dengan Datin Sri
Rosmah Mansor dan mempunyai lima orang anak.

You might also like