You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

MODUL PENDIDIKAN UMUM


PENGAJIAN MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN

KURSUS/ COURSE MODUL PENDIDIKAN UMUM PENGAJIAN MALAYSIA

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK MODUL/ 01 - SEJARAH DAN POLITIK


MODULE NO. AND TITLE 1.2 KEMERDEKAAN

Mengetahui bagaimana negara mendapat kemerdekaan melalui


KEBOLEHAN / ABILITIES usaha-usaha yang dijalankan oleh pemimpin-pemimpin dan
penduduk-penduduk tempatan.

PELAJAR AKAN MENDAPAT:


1.2.1 Menyenaraikan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946.
1.2.2 Menyatakan sebab-sebab penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union 1946.
1.2.3 Menceritakan tindakan penentangan orang Melayu terhadap
OBJEKTIF MODUL / Malayan Union 1946.
MODULE OBJECTIVE 1.2.4 Menyenaraikan faktor-faktor pembentukan Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
1.2.5 Menyatakan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948.
1.2.6 Menjelaskan usaha-usaha ke arah kemerdekaan negara.
1.2.7 Menjelaskan kepentingan semangat setia kepada Negara.

NO. KOD/ CODE NO WPA 5012 Page : 1 of : 5

TAJUK : MALAYAN UNION.


PENGENALAN
Kerajaan Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di Kings House (Carcosa
Seri Negara), Kuala Lumpur.
Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.
Pengisytiharan ini secara rasmi menggantikan Pentadbiran Tentera British yang
dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September 1945.
Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu.

1.2.1 CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION.


CODE NO WPA 5012 Page : 2 of : 5

Semua Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta 2 Negeri Selat
disatukan.
Seorang gabenor British yang dilantik Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan
Union.
Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan
Union.
Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya membincangkan soal
agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

1.2.2 FAKTOR-FAKTOR PENDUDUK TANAH MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION.

Sir Harold Mac Michael mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan
tahta jika enggan menerima Malayan Union.
Kebanyakan sultan tidak diberikan masa cukup untuk berunding dgn Majlis Mesyuarat
Negeri.
Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan
kepada British.
Raja-raja Melayu akan hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
Raja Melayu kehilangan tahta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
Walaupun Raja Melayu masih membincangkan soal agama Islam tetapi zakat fitrah
dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union, maka, orang Melayu bimbang agama
Islam tercabar.
Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang dilihat akan mengancam status
quo orang Melayu sebagai peribumi.
Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan
Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.

1.2.3 TINDAKAN-TINDAKAN ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION.

Akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara menyuarakan
bantahan secara berterusan.
Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara damai semasa Sir Harold
MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu.
Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union.
Persatuan Melayu menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di
London.
Pada 23 Januari 1946, Dato Onn Jafar menyeru orang Melayu berkongres dan
menubuhkan U.M.O sebagai benteng menentang Malayan Union.
Kongres Melayu telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baru dan dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Kongres Melayu bersetuju menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union.
Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946 membantah pengisytiharan
Malayan Union.
CODE NO WPA 5012 Page : 3 of : 5

Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan
bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British.
Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada April 1946 untuk menyatakan bantahan
mereka kepada ahli-ahli parlimen British.

1.2.4 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah pimpinan Dato Onn bin
Jaafar.
Perpaduan orang Melayu yang terdiri daripada semua golongan raja dan rakyat, mengatasi
pihak lain yang menyokong Malayan Union.
Sikap politik Melayu yang sederhana seperti hanya menulis dalam akhbar, berdemonstrasi,
berkongres dan memujuk Raja-Raja Melayu menentang Malayan Union mendorong British
menerima kehendak mereka. Mereka tidak mengangkat senjata seperti PKM.
British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu kerana UMNO tidak menuntut kemerdekaan
sebaliknya mereka hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union.
Gesaan Piagam Atlantik 1945 yang tidak menggalakkan penjajahan baru, sebaliknya
meminta negara-negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk
tempatan.
Sokongan bekas pegawai-pegawai Inggeris seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O
Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi yang menolak dasar menakluk Tanah
Melayu.
Sokongan pegawai-pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent
dan L.D Gammans..

1.2.5 CIRI-CIRI PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.

Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.


Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan.
Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir
negeri.
Syarat kerakyatan diperketatkan. Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja
Melayu bagi Negeri-negeri Melayu dan Rakyat British bagi Negeri-negeri Selat.
Ketuanan Melayu diiktiraf semula / Kedudukan istimewa orang Melayu.
Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam
pentadbiran.
Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagan bertulis dengan British
yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri yang digunakan sehingga hari ini.
Status quo Negeri-negeri Melayu dilindungi
Agama Islam dan adat Istiadat Melayu sebagai teras ketuanan bangsa Melayu.
CODE NO WPA 5012 Page : 4 of : 5

1.2.6 USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN NEGARA.

A. Perikatan dan Kemerdekaan 1957.

Setelah memenangi 51 daripada 52 kerusi dlm Pilihan Raya MPP 1955, Tunku Abdul
Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet.
Beliau telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada Februari
1956.
Beliau disertai oleh Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Hussein dan Kolonel
H.S.Lee.
4 wakil Sultan pula ialah Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmed Kamil, Encik
Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd Seth.
Perundingan itu dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan
Britsh.
Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.
Dlm rundingan itu, sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan telah
dibentuk.
Pihak British setuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tunku telah membuat pengisytIharan tarikh kemerdekaan itu di Bandar Hilir, Melaka.

B. Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.


Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan
dan Senarai Negeri.
Institusi raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara.
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan
dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara.
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan
Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan
Negeri dan EXCO.

C. Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dgn konsep Raja Berpelembagaan dibentuk.


Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah.
Memberikan hak mutlak kepada penduduk tempatan utk mentadbir sebuah negara yang
berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri.
Setiap kaum melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.
CODE NO WPA 5012 Page : 5 of : 5

D. Peranan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan.

(a) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj


Merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri.
Melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum, kemerdekaan
dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

(b) Tunku Abdul Razak


Merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
Menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956.
Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem
pendidikan kebangsaan negara yang dikenali sebagai Penyata Razak 1957.
Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

(c) Tun H.S. Lee.


Merupakan tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama antara kaum sehingga
mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.
Parti ini bekerjasama dgn UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada
tahun 1957.

(c) Tun V.T. Sambathan.


Merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan
kemerdekaan negara.
Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
yang kukuh.
Menyeru kaum India supaya berikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara
ini.

1.2.7 KEPENTINGAN SEMANGAT SETIA KEPADA NEGARA.


Kepentingan negara dapat dijaga.
Maruah negara akan terpelihara.
Sanggup berkorban untuk negara.
Tidak membocorkan maklumat rahsia negara.
Sama-sama menjaga negara tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan bangsa.

RUJUKAN / REFERENCE(S):

1. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin, PENGAJIAN MALAYSIA, Edisi kelima, Oxford
Fajar.

You might also like