You are on page 1of 21

Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

SULIT

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017


SAINS (PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 5)
Kertas 1 018/1
Mei 2017
1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan.


3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Serahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 21 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
SULIT

1
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

Bahagian A
[30 markah]

1. Rajah 1 di bawah menunjukkan dua jenis haiwan P dan Q

P Q
Rajah 1
Apakah ciri khas haiwan P dan Q melindungi diri daripada musuh?
A. Mempunyai duri yang tajam.
B. Mempunyai cangkerang yang keras.
C. Mempunyai sisik yang keras.
D. Boleh menggulungkan diri.

2. Maklumat berikut menunjukkan dua jenis haiwan.

Kerbau
Badak sumbu

Apakah yang akan dilakukan oleh haiwan di atas untuk melindungi diri
daripada cuaca panas melampau?
A. Bermigrasi
B. Berhibernasi
C. Berlindung dalam gua
D. Berendam dalam lumpur.
2
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

3. Rajah 2 berikut menunjukkan seekor haiwan.

Rajah 2

Antara yang berikut, yang manakah boleh membantu haiwan ini untuk
memastikan kemandirian spesiesnya?

K Telur diselaputi lendir


L Menimbus telurnya di dalam tanah
M Bertelur banyak
N Menyembunyikan telurnya di celah batu

A. K dan L
B. K dan M
C. L dan M
D. M dan N

4. Mengapakah tumbuhan yang hidup dikawasan yang sangat kering


seperti gurun mempunyai akar yang panjang?
A. Untuk menyimpan air di dalam akar
B. Untuk menyerap lebih banyak air
C. Untuk mengurangkan kehilangan air
D. Untuk membantu menyerap air jauh ke dalam tanah

3
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

5. Manusia dan hidupan lain perlu memastikan kemandirian spesiesnya.


Berikan alasan anda?
A. Untuk menjadi sebahagian daripada rantai makanan
B. Untuk meningkatkan populasinya
C. Untuk menghasilkan lebih banyak sumber makanan
D. Untuk mengelakkan kepupusan spesiesnya

6. Rajah 3 di bawah menunjukkan satu siratan makanan di dalam satu


habitat.

Rajah 3
Berapakah bilangan haiwan karnivor di dalam siratan makanan tersebut?

A. 1 B. 2 C. 3 D. 4

4
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

7. Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan benih dan cara


pencaran yang betul?

Benih Cara Pencaran


A. Lalang Air
B. Teratai Haiwan
C. Betik Angin
D. Keembung Mekanisme letupan

8. Rajah 4 di bawah menunjukkan satu rantai makanan di kebun sayur.

Rajah 4
Apakah yang akan berlaku jika racun perosak disemburkan pada sayur-
sayuran itu?

I. Hasil sayur-sayuran meningkat.


II. Burung akan makan sayur-sayuran.
III. Bilangan burung akan berkurang.
IV. Bilangan ulat beluncas akan meningkat.

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV


5
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

9. Apakah yang dimaksudkan dengan rantai makanan?


A. Hubungan makanan antara hidupan di dalam sesuatu habitat
B. Hubungan makanan antara haiwan di dalam sesuatu habitat
C. Hubungan makanan antara tumbuhan di dalam sesuatu habitat
D. Untuk menyiasat hubungan diantara haiwan dan tumbuhan

10. Antara sumber tenaga yang berikut, manakah yang tidak dapat
digantikan apabila habis digunakan?
A. Angin C. Matahari
B. Biojisim D.Tenaga nuklear

11. Manakah antara yang berikut merupakan sumber tenaga elektrik bagi
lori dan kereta?
A. Dinamo C. Sel kering
B. Sel solar D. Akumulator

12. Rajah 5 di bawah menunjukkan dua peralatan elektrik.

Rajah 5

Antara yang berikut, manakah merupakan sumber tenaga elektrik bagi


X dan Y?

6
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

X Y
A. Akumulator Sel Kering
B. Bateri yang boleh dicas semula Sel kering
C. Sel solar Bateri yang boleh dicaj semula
D. Dinamo Sel solar

13. Rajah 6 di bawah menunjukkan suatu penyiasatan.

Rajah 6
Apakah maklumat yang dapat dikumpulkan daripada penyiasatan ini?
I. Cahaya dapat dipantulkan
II. Cahaya bergerak lurus.
III. Cahaya tidak dapat menembusi objek legap
IV. Cahaya dipantulkan dengan lebih baik oleh permukaan berkilat
A. I dan II C. I dan IV
B. II dan III D. III dan IV

14. Antara objek yang berikut, manakah merupakan pemantul cahaya yang
paling baik?
A. Beg kertas
B. Bongkah kayu
C. Kerajang aluminium
D. Pinggan kaca
7
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

15. Rajah 7 di bawah menunjukkan seekor beruang kutub.

Rajah 7

Antara yang berikut, yang manakah membantu melindungi beruang itu


daripada cuaca melampau di kutub utara?

I. Bonggol
II. Bulu tebal
III. Kulit berkedut
IV. Lapisan lemak tebal

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

8
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

16. Rajah 8 menunjukkan dua jenis tumbuhan X dan Y

X Y
Rajah 8

Antara berikut, yang manakah betul berdasarkan cara perlindungan


diri daripada musuh ?
X Y
A Berduri Beracun
B Bergetah Berbulu halus
C Berbulu halus Mengeluarkan bau
D Mengeluarkan bau Bergetah

17. Rajah 9 menunjukkan biji benih bagi sejenis tumbuhan yang


dipencarkan oleh angin.

Rajah 9

9
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

Penyataan manakah yang berkaitan dengan biji benih tersebut ?

A. Berbulu halus dan berat


B. Mempunyai sabut berongga
C. Mempunyai struktur bersayap
D. Mempunyai bau dan warna yang menarik

18. Rajah 10 di bawah menunjukkan pengelasan tumbuhan berdasarkan


cara biji benih
dipencarkan

Tumbuhan

Pokok Kelapa Pokok Angsana Betik


X Lalang Y
Rajah 10

Antara berikut, yang manakah mewakili X dan Y?

X Y
A Pokok pinang Pokok meranti
B Kelapa sawit Kacang bendi
C Pandan Kapas
D Teratai Kemuncup

19. Maklumat di bawah menunjukkan ciri khas tumbuhan untuk


menyesuaikan diri dengan iklim dan perubahan musim.

P Batang yang boleh menyimpan air

Q Menggulung daun pada hari panas

R Menggugurkan daun semasa musim kemarau

10
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

Antara tumbuhan berikut, yang manakah mewakili P, Q dan R ?

P Q S
A Kaktus Pokok pisang Pokok getah
B Pokok pisang Pokok kunyit Pokok kelapa
C Aloe vera Kaktus Pokok tomato
D Pokok getah Pokok jagung Pokok pisang

20. Antara berikut, yang manakah menunjukkan amalan penggunaan


sumber tenaga secara berhemah ?

A. Berkongsi kenderaan ke tempat kerja


B. Membasuh dua helai baju dengan menggunakan mesin basuh
C. Membiarkan lampu di koridor sekolah menyala pada waktu siang
D. Menggunakan alat penghawa dingin dengan keadaan tingkap
yang terbuka

21. Penyataan berikut adalah tentang empat aktiviti, J, K, L dan M.

J Menggunakan pembakar roti


K Menyalakan lilin
L Menghidupkan api dapur gas
M Mengisar lada dengan mesin
lada

Aktiviti manakah yang menunjukkan perubahan tenaga berikut :

Tenaga kimia Tenaga Cahaya + Tenaga Haba

A. J dan K C. K dan L
B. J dan M D. L dan M

11
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

22. Rajah 11 menunjukkan pengelasan sumber tenaga.

Sumber tenaga

Sumber tenaga Sumber tenaga


yang oleh yang tidak boleh
dibaharui dibaharui

Matahari Arang batu


Angin Petroleum
Ombak Gas Asli
P Q

Rajah 11
Apakah P dan Q?
P Q
A Biojisim Bahan Nuklear
B Makanan Biojisim
C Bateri Makanan
D Bahan nuklear Bateri

12
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

23. Rajah 12 menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh Atiqah

Rajah 12

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan itu ?


A. Cahaya bergerak lurus
B. Cahaya boleh dibiaskan
C. Cahaya boleh dipantulkan
D. Cahaya menembusi objek yang legap

24. Kemalangan sering berlaku di selekoh tajam di kawasan berbukit di


kawasan X. Pemandu sering menghadapi masalah melihat kenderaan
lain dari arah bertentangan kerana dihalang oleh tebing berbatu yang
tinggi. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini?
A. Memasang cermin dikawasan selekoh itu
B. Menggunakan periskop
C. Mendengar bunyi kenderaan sebelum melalui selekoh tersebut
D. Membuat isyarat lampu

13
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

25. Apakah cara terbaik yang perlu dilakukan untuk mengurangkan


bilangan tikus di kawasan sawah padi?
A. Menggunakan racun makhluk perosak.
B. Memelihara burung hantu di kawasan tersebut.
C. Memelihara ular di kawasan tersebut.
D. Menanam padi dengan lebih rapat.

26. Rajah 13 dibawah menunjukkan lilin yang menyala.

Rajah 13
Lilin yang menyala menghasilkan
I. Tenaga haba
II. Tenaga bunyi
III. Tenaga Cahaya
IV. Tenaga elektrik

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
14
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

27. Maklumat di bawah menunjukkan beberapa cadangan bagi


menjimatkan tenaga.

Menggunakan pengangkutan awam


Menggunakan basikal
Menumpang kereta

Apakah tujuan cadangan di atas?


A. Untuk mengurangkan bahan buangan
B. Untuk mengurangkan kesesakan jalan raya
C. Untuk mengurangkan penggunaan air
D. Untuk mengurangkan penggunaan petrol

28. Antara objek-objek berikut yang manakah berfungsi berdasarkan


prinsip pantulan cahaya?
A. Cermin mata
B. Cermin pergigian
C. Cermin hadapan kereta
D. Kanta pembesar

15
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

29. Rajah 14 menunjukkan bagaimana periskop digunakan untuk melihat


suatu objek.

Rajah 14

Antara sifat cahaya yang berikut, manakah yang membolehkan


periskop berfungsi?
I. Cahaya boleh dipantulkan
II. Cahaya bergerak lurus
III. Cahaya boleh menembusi objek lut cahaya

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. I, II dan III

16
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

30. Rajah 15 menunjukkan sejenis tumbuhan

Rajah 15
Apakah ciri-ciri yang terdapat pada tumbuhan ini yang membantunya
hidup di kawasan berangin kencang?
I. Daun berpecah-pecah
II. Akar tunjang yang kuat
III. Batang yang mudah melentur
IV. Dapat tumbuh tinggi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

31. Ali ingin membina taman sains di sekolahnya. Kawasan yang dipilih
adalah terdedah kepada cahaya Matahari. berbatu dan tanahnya tidak
subur. Apakah pokok yang perlu dipilih oleh Ali untuk ditanam di kawasan
ini?
A. Kaktus B. Buah-buahan C. Sayur-sayuran D. Pokok herba

17
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

32. Rajah 16 menunjukkan keadaan pokok-pokok getah semasa musim


kemarau.

Rajah 16

Apakah inferens yang dapat dibuat daripada pemerhatian dalam


rajah?
A. Pokok-pokok getah mati semasa musim kemarau
B. Pokok-pokok getah tidak mendapat cahaya matahari yang
mencukupi
C. Pokok-pokok getah tidak mendapat air yang mencukupi
D. Pokok-pokok getah menggugurkan daun-daunnya bagi
mengelakkan kehilangan banyak air

33. Antara tumbuhan berikut, manakah yang memencarkan biji benihnya


melalui mekanisme letupan?
A. Betik
B. Keembung
C. Buah Sena
D. Pong Pong

18
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

34. Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri suatu biji benih.

Sangat kecil dan keras


Buahnya berwarna terang
Buahnya boleh dimakan

Biji benih di atas dipencarkan oleh

A. Angin
B. Air
C. Haiwan
D. Mekanisme letupan

35. Mengapakah penting bagi tumbuhan untuk memencarkan biji


benihnya?
A. Untuk membiak
B. Untuk mendapat cahaya matahari
C. Untuk membekalkan makanan kepada haiwan
D. Untuk memastikan kemandirian spesisnya

36. Apakah maksud tenaga yang boleh diperbaharui?


A. Tenaga yang mudah dicari
B. Tenaga yang boleh dihasilkan
C. Tenaga yang terdapat di dalam bumi
D. Tenaga yang dapat diganti apabila kehabisan

37. Antara yang berikut, manakah sumber tenaga untuk tumbuhan


membuat makanan?
A. Matahari
B. Bahan Api
C. Angin
D. Air
19
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

38. Maklumat di bawah menerangkan tentang satu sumber elektrik


Menyerap cahaya Matahari
Menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik
Digunakan pada satelit

Berdasarkan maklumat di atas. Apakah sumber tenaga itu?

A. Sel kering B. Sel suria C.Akumulator D. Dinamo

39. Apakah kelebihan tenaga yang boleh diperbaharui berbanding tenaga


yang tidak boleh diperbaharui?
A. Melibatkan kos yang mahal
B. Tidak mencemarkan alam sekitar
C. Akan habis apabila digunakan
D. Tidak boleh dijana dari sumber semulajadi

40. Rajah berikut menunjukkan suatu penyiasatan yang dijalankan oleh


sekumpulan murid

Apakah yang berlaku sekiranya pasu digerakkan mendekati lampu


suluh?

A Saiz bayang-bayang menjadi semakin besar


B Saiz bayang-bayang menjadi semakin kecil
C Saiz baying-bayang tidak berubah
D Bentuk baying-bayang akan berubah.
20
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 5 2017

21

You might also like