Professional Documents
Culture Documents
Sinopsis
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat
rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan
Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan
ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor
Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum
pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat,
latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.
Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi
makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian
Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui
oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu
juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke
peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan
dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan
meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.
Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi
halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga
terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan
mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.
Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan
mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah
dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai
pertandingan tersebut.
1
Tema
Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan
Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih
bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali
Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya
menjuarai pertandingan tersebut.
Persoalan
5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video
Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yang
penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.
2
Watak Utama
Anas
Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian
Berumur 17 tahun
Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
Penyayang amat menyayangi adiknya, Aina
Berani sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada
memenangi pertandingan
Bijak bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh
Watak Sampingan
Aina
Adik kepada Anas
Bertubuh kecil
Berumur 12 tahun
Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
Pintar - digelar rakan sedarjah si cili padi
Rajin beribadat berpuasa sunat bulan Rejab
Gigih berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II
Keras hati tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya
Zuriani
Gadis kacukan Melayu- Inggeris
Sahabat karib Aina
Berumur 12 tahun
Peserta simpanan Pasukan Zamrud II
Rendah diri kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan
tempat Aina di peringkat akhir pertandingan
Amanah tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar
avatari setelah dipesan oleh PakCik Tan
Kumar
Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas
Panas baran lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games
Star
3
Angkuh tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan
komputer Avatari Pak Cik Ho
Menginsafi kesilapan diri berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan
Pasukan Zamrud II
Adeen
Anak Profesor Zakri
Berumur 18 tahun
Pengendali komputer Avatari
Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia
Sangat pintar mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap
Sabar tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar
Pauline
Anak tunggal Pak Cik Ho
Berumur 17 tahun
Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
Menaruh hati terhadap Anas
Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho
Berani sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar
Anjali
Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap
Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya
meninggalkan mereka
Kasar dipengaruhi oleh didikan abangnya
Pembelot sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat
demikian oleh abangnya
Pandai bermain permainan video mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War
Binaan Plot
Tidak mengikut kronologi Bab pertama (Poster Misteri) didahului dengan puncak (klimaks)
cerita.
Permulaan
Aina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan
4
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat
rakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani.
Perkembangan
Pasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihan
dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan
pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II
dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.
Puncak
Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan,
Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandingan
Avatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani.
Peleraian
Pasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dan
memenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih
dirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitri
dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.
Teknik Plot
1. Dialog
Contoh: Kenapa Abang Adeen lambat? tanya Aina lagi.
Maaf, terlepas komuter tadi, jawab Adeen.
2. Suspens
Contoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang
yang mencuri cip pemecut mesin Avatari.
3. Kejutan
Contoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan.
4. Imbas kembali
5
Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara
pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud
sepuluh tahun lalu.
5. Monolog
Contoh: Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi, kata Anas
sendirian.
Gaya Bahasa
Diksi
Istilah Komputer
Contoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar
Slanga
Contoh: amoi cantik, hei tambi
Peribahasa
Contoh: nasi sudah menjadi bubur;
kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Pembinaan Ayat
Bahasa mudah dan menarik
Ada ayat pendek
Contoh: Samy semakin nekad
Ada ayat panjang
Contoh: Pengalamannya sebagai banduan cukup mengajarnya supaya
menghargai kebebasan
Personifikasi
Contoh: Petang semakin tua
Simile
Contoh: seperti semut merah menghurung lipas mati
seperti halilintar membelah bumi
Hiperbola
Contoh: mata yang tajam
...berjalan di atas kepulan awan
Latar
6
Latar Masa
Zaman sekarang golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakan
Internet
Zaman Mesir kuno pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari
mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek harta
karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang
diselesaikan oleh peserta.
Latar Tempat
Kompleks Beli-belah Anggun tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
dilangsungkan
Rumah Profesor Fitri tempat tinggal Anas dan Aina
Pusat Permainan Game Star Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War
Pangsapuri Pak Cik Ho Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk
berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II.
Kawasan bukit di Batu Layar tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan
kembara
Latar Masyarakat
Masyarakat bandar yang celik komputer
Contoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan
Avatari
7
Masyarakat remaja yang meminati permainan komputer
Contoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yang
terdiri daripada golongan remaja.
Masyarakat elit
Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana
ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.
Nilai
1. Nilai bertanggungjawab
Contoh: Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di
rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.
3. Nilai keberanian
Contoh: Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan
Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.
4. Nilai kesabaran
Contoh: Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.
5. Nilai keinsafan
Contoh: Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.
6. Nilai kegigihan
8
Contoh: Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
Pengajaran
2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam
pasukan
Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu
terhadap Anjali.
9
Latihan
Jawapan
1. Tema yang terdapat di dalam novel Wira Persona Avatati ialah kesungguhan dan
semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang
terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-
sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali
Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka
berjaya menjuarai pertandingan tersebut.
10