You are on page 1of 20

Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-1

Kuliah 7
Rekabentuk skru, pengikat
dan sambungan

Dalam bab ini kita akan mempelajari secara ringkas aspek rekabentuk dan pemilihan saiz dan jenis pengikat
seperti bolt dan skrew. Bahagian yang kita akan bincangkan adalah seperti berikut:

Piawaian - terminologi, gred dan saiz piawai benang ukuran metrik


Beberapa jenis dan penggunaan bolt dan skrew
Analisis beban dan tegasan
Kaedah pemilihan

Dalam bab ini kita tidak akan menyentuh bahagian berikut:

Pemilihan dan rekabentuk gasket dan sesendal


Kesan mampatan keatas bahagian berbolt
Keperluan dayakilas (torque requirement)
Tegasan pada benang
Analisis lesu

7-1 PIAWAIAN

Terminologi penting benang skrew ditunjukkan dalam rajah 7-1 dan 7-2:
jarak pic merupakan jarak di antara dua puncak benang.
garispusat utama d merupakan garispusat terbesar benang skrew.
garispusat minor dr atau d1 merupakan garispusat diukur berasaskan lurah benang.
jarak mendulu (lead) l merupakan jarak pergerakan menegak (selari dengan paksi skrew) apabila skrew
diputar satu putaran. Bagi benang tunggal, jarak l sama dengan jarak pic. Skrew yang mempunyai jarak l
dua kaliganda jarak pic dinamakan skrew berbenang kembar (double-threaded screw) dan skrew yang
mempunyai jarak l tiga kali ganda jarak pic dinamakan skrew berbenang ganda tiga (triple-threaded)

Secara keseluruhan benang dibuat mengikut hukum tangan kanan. Skrew bersaiz metrik terdiri daripada susuk
M dan MJ seperti ditunjukkan dalam rajah 7-2. Susuk MJ mempunyai kambi bulat pada bahagian lurah dan
bergarispusat minor yang lebih besar daripada susuk M. Susuk seperti ini sesuai untuk kekuatan lesu tinggi.

Saiz pengikat berukuran metrik dikenali melalui piawai berikut:

M AA x YY iaitu AA adalah saiz garispusat utama d [mm]


YY adalah jarak pic [mm]

M12 x 1.75 merujuk kepada pengikat atau bolt bergarispusat utama d = 12 mm dan jarak pic = 1.75 mm. Jadual
7-1 memberikan saiz dan ciri-ciri benang metrik. Benang kasar (coarse-pitch) mempunyai jarak pic yang lebih
besar daripada benang halus (fine -pitch).

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-2

Rajah 7-1 Terminologi benang skrew. Bentuk v tajam yang ditunjukkan adalah untuk tujuan
penerangan; puncak dan lurah sebenarnya diratakan atau dibulatkan ketika proses pembentukan..

Rajah 7-2 Susuk asas benang ukuran metrik M and MJ. D(d) = garispusat utama asas untuk benang dalam
(luar) ; D1(d1)= garispusat minor asas untuk benang dalam (luar); D2(d2)= garispusat pic asas untuk benang
dalam (luar) ; p = pic; H = 0.5(3)1/2p

Benang jenis segiempat sama (square thread) dan Acme digunakan (seperti dalam rajah 7-3) untuk kegunaan
pemindahan kuasa seperti di dalam skrew kuasa (power screw). Benang jenis ini mampu menahan tegasan pada
benang yang lebih besar dibandingkan dengan benang metrik biasa.

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-3

Jadual 7-1 Garispusat dan luas benang kasar dan halus untuk benang berukuran metrik

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-4

Rajah 7-3 (a) benang segiempat sama; (b) benang Acme

7-2 BEBERAPA JENIS DAN PENGGUNAAN BOLT DAN SKREW

Beberapa penggunaan bolt dan skrew yang biasa kita lihat ditunjukkan di bawah

Roda kenderaan Pengganding

Papan iklan gergasi Penyambung paip

Rajah 7-4 Beberapa penggunaan penyambung

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-5

Jambatan besi Pendakap penyokong

Rajah 7-4 Beberapa penggunaan penyambung (sambungan)

7-3 TENTUAN KEKUATAN

Jadual 7-2 menyenaraikan kelas atau gred serta tentuan piawai benang ukuran metrik. Secara umumnya, kelas
4.6 dan 4.8 digunakan untuk kegunaan sambungan kurang penting atau sambungan yang tidak dikenakan beban.
Ini disebabkan kandungan karbon yang rendah dan terlalu mulur untuk bebanan tinggi. Biasanya pengikat
ukuran metrik mempunyai nombor kelas pada bahagian kepalanya.

Nilai had kekuatan untuk pengikat adalah kekuatan bukti (proof strength) seperti yang ditunjukkan dalam rajah
7-5. Nilai kekuatan bukti adalah lebih rendah daripada nilai kekuatan alah. Kekuatan bukti ditunjukkan di
dalam Jadual 7-2. Bagi bahan lain yang tidak disenaraikan dalam Jadual 7-2, nilai anggaran bagi kekuatan bukti
adalah Sp = 0.85 Sy.

Jadual 7-2 SIFAT-SIFAT MEKANIKAL BAGI BOLT, SKREW DAN STAD KELULI UKURAN
METRIK

Kekuatan Kekuatan Kekuatan


Kelas Julat saiz bukti alah tegangan
[MPa] [MPa] [MPa] Bahan
4.6 M5 hingga M36 225 250 400 Keluli karbon rendah atau sederhana
4.8 M1.6 hingga M16 310 340 420 Keluli karbon rendah atau sederhana
5.8 M5 hingga M24 380 395 520 Keluli karbon rendah atau sederhana
8.8 M16 hingga M36 600 635 830 Keluli karbon sederhana, LK&B**
9.8 M1.6 hingga M16 650 710 900 Keluli karbon sederhana, LK&B
10.9 M5 hingga M36 830 895 1040 Keluli martensit karbon rendah, LK&B
12.9 M1.6 hingga M36 970 1100 1220 Keluli aloi, LK&B

** LK&B adalah terlindap-kejut dan terbaja (quenched and tempered)

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-6

Rajah 7-5 Gambarajah tegasan-terikan yang tipikal untuk bahan bolt yang menunjukkan kekuatan bukti Sp,
kekuatan alah Sy dan kekuatan muktamad Sut

7-4 ANALISIS DAYA, TEGASAN DAN KAEDAH PEMILIHAN SAIZ BOLT

GBB dan ragam kegagalan

Kita perlu meramalkan kegagalan yang mungkin terjadi akibat tindakan sesuatu beban. Sebelum itu kita perlu
mengetahui kaedah melukis GBB. Setelah itu baru kita boleh melihat jenis-jenis tegasan yang bertindak dan
kegagalan yang mungkin berlaku pada bahagian yang genting. Dalam bahagian ini kita akan lihat beberapa
jenis sambungan yang biasa terdapat dan ragam kegagalan (modes of failure) yang biasa terjadi kepada bolt
atau pengikat.

Jenis beban ke atas sambungan Ragam kegagalan

1. Tegangan

(a) braket (b) sambungan paip bolt mengalami tegangan dan mungkin akan terputus
2. Ricih

(a) beban ricih pada dua plat (b) pengganding bolt boleh putus akibat daya ricih

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-7

3. Gabungan ricih dan lenturan

(a) pendakap (b) tapak papan iklan bolt dilentur dan diricih pada masa yang sama

Rajah 7-6 Ragam kegagalan untuk beberapa sistem sambungan

Kita juga perlu juga mengambilkira kemungkinan kegagalan berlaku pada objek yang kita sambung.
Kadangkala kita terlupa bahawa pengikat seperti bolt adalah lebih kukuh daripada objek yang disambung.
Dalam hal menentukan nilai tegasan maksimum dibenarkan (maximum allowable stress) kita perlu
mengambilkira kekuatan maksimum yang mampu ditahan oleh pengikat dan juga objek yang diikat atau
disambung. Sebagai contoh, kita lihat dua plat yang di sambung dan dikenakan daya ricih seperti yang
ditunjukkan di bawah.

(a) dua plat disambung dan dikenakan beban F

Kemungkinan atau ragam kegagalan adalah :

(b) pengikat putus (c) plat putus (tensile failure)

Rajah 7-7 Ragam kegagalan pada plat dan bolt untuk dua plat yang dikenakan daya ricih

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-8

(d) kegagalan galas pada plat atau pengikat (e) plat koyak

Rajah 7-7 Ragam kegagalan pada plat dan bolt untuk dua plat yang dikenakan daya ricih (sambungan)

Analisis daya dan tegasan

Dalam bahagian ini, kita akan menganalisis beberapa kes untuk menerangkan beberapa jenis bebanan dan
tegasan utama yang sering kita temui di dalam sistem sambungan dan pengikat :

a. Tegangan P
Tegasan tegangan per bolt =
At ( bilangan bolt )

At = luas tegasan tegangan (Jadual 7-1)

sambungan paip dikenakan daya P akibat tekanan


dalam paip.

b. Ricih

(i) Beban ricih terus

dua plat yang diboltkan dan dikenakan daya ricih F

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-9

(i) Beban ricih terus (sambungan)

GBB

F F
Tegasan ricih per bolt = =
At ( bilangan bolt ) 4. At

(ii) Gabungan ricih terus dan beban ricih kilasan

dua plat yang diboltkan dan dikenakan daya ricih F

GBB

Perhatikan bahawa daya F bertindakbalas pada sentroid keempat-empat bolt. Daripada GBB kita dapat melihat
gabungan tindakan momen lentur M yang tegasan ricih kilasan pada bolt (juga mengakibatkan tegasan lentur
pada rasuk - tetapi kita tumpukan perhatian kita pada analisis bolt dahulu) , dan daya ricih utama F yang
menyebabkan tegasan ricih pada bolt. Kesan ini perlu di analisis satu persatu seperti berikut:

Daya F di dalam GBB merupakan daya ricih terus dan dikenali sebagai daya ricih utama F iaitu :

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-10

F
F =
bilangan bolt
manakala

momen M mengenakan kilasan pada bolt. Kesan tindakan kilasan ini ditunjukkan dalam bentuk daya ricih
sekunder F iaitu :

Mrn
Fn" = rA, rB dan rC merupakan jarak dari kedudukan sentroid ke
r A2 + rB2 + rc2 + .....
kedudukan bolt A, B dan C

Dengan menggunakan kaedah vektor, gabungan daya ricih tertinggi dapat ditentukan. Oleh itu tegasan ricih
gabungan maksimum adalah:

F" + F'
mak =
At tertinggi

Dalam kes di atas, bolt C dan D mengalami tegasan ricih gabungan tertinggi.

c. Gabungan beban lenturan dan ricih

braket menyokong berat paip F

GBB

Lenturan pada
= + setiap bolt

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-11

Daripada GBB kita dapat melihat gabungan tindakan momen lentur M yang mengakibatkan tegasan lentur pada
bolt, dan daya ricih utama F yang menyebabkan tegasan ricih pada bolt. Kesan ini perlu dianalisis satu persatu
sebelum tegasan setara menggunakan samada teori tenaga herotan (TTH) atau teori tegasan ricih maksimum
(TTRM) dapat ditentukan.

tegasan lenturan pada setiap bolt dapat ditentukan seperti berikut:

Wl
u= where
n1 l12 + n 2 l 22 + ......

u = ketegangan bolt dikira daripada jarak paksi putaran


[N/mm]
W = beban kenaan [N]
l = panjang lengan momen ke paksi putaran [mm]
n = bilangan bolt sebaris selari dengan paksi putaran
ln = jarak barisan bolt daripada paksi putaran [mm]

Bolt yang mengalami kesan lenturan maksimum merupakan bolt yang paling jauh daripada paksi putaran dan
kesan lenturan ini diberikan dalam bentuk tegangan pada bolt. Daya tegangan ini adalah

Fmax = u. l max

dan tegasan tegangan tertinggi pada bolt akibat lenturan adalah

Fmax
= ; At = luas tegasan tegangan
At

kesan daya ricih seperti yang ditunjukkan dalam GBB disebabkan oleh F atau disebabkan oleh tindakan
daya ricih utama iaitu

F
F' =
bilangan bolt

dan tegasan ricih adalah

F'
=
At

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-12

Faktor keselamatan bolt boleh ditentukan menggunakan TTH atau TTRM

TTH

' = 2 + 3 2
Sp
n= '

TTRM


2
max = + 2
2

Sp
n=
2 max

Contoh 7-1

Rajah di bawah menunjukkan gandingan bebibir yang menggunakan 6 batang bolt daripada gred 10.9 bersaiz
M20 x 2.5. Tentukan dayakilas maksimum yang mampu ditampung oleh bolt.

Penyelesaian

GBB

Daripada Jadual 7-1 dan 7-2


Sp = 830 Mpa
At = 245 mm2

Daripada GBB, kita dapat lihat tindakan daya kilas T ditentang oleh daya ricih sekunder F. Daya ricih
sekunder ini adalah :

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-13

Mr n
F n" =
r A
2
+ r + r C2 + .....
B
2

oleh itu ;
T .r T
F " = 2
=
6r 6r
T T
F " = =
6 (100 ) 600

Tegasan ricih disebabkan oleh daya ricih sekunder adalah :

F" T
= = MPa
At (600)(245)

x y
2
T
mak = + xy 2 =
MPa
2 ( 600 )( 245)

Nilai dayakilas T yang mampu ditampung oleh bolt:

Menggunakan TTRM:

Sp
n= ; n = 1.0
2 max
Sp T
max =
2 (600)(245)
(830)(600)(245)
T= = 61 10 6 N .mm
2
T = 61 kN.m

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-14

Contoh 7-2

Sebatang rasuk mempunyai tiga bilah bolt bersaiz M12 x 1.75 daripada gred 9.8 dikenakan satu beban F.
Dapatkan nilai daya maksimum F yang boleh ditampung oleh bolts tersebut jika faktor keselamatan nstatik = 2.8.

Penyelesaian Daripada Jadual 7-1 & 7-2


Sp = 650 MPa dan At = 84.3 mm2
GBB
F F
Daya ricih utama , F' = =
bilangan bolts 3
Mrn
Daya ricih sekunder , Fn" =
r A2 + rB2 +....
Mr 200 F
Oleh itu F A" = FB" = 2
= = 2F
2r 2( 50 )

Beban tertinggi berlaku di B ;


Ftotal = FB" + FB' = 2.33F

Ftotal 2.33F
= =
At 84.3

Daya F maksimum yang mampu ditampung :

TTH ' = 2x + 3 2xy = ( 3) 284.33.3F


Sp 650( 84.3 )
n= 2.8 =
' ( 3 )( 2.33F )
Fmak = 4849 N

Perhatian:

Sekiranya kekuatan rasuk diambilkira, apakah daya Fmak yang mampu ditampung oleh rasuk: Gunakan Sy = 600
MPa

Tegasan Lenturan tertinggi berlaku pada seksyen B (secara logik rasuk mudah patah pada bahagian B).

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-15

M = ( F )( 150 )
Mc ( F )( 150 )( 25 )
= =
I 123272
' = ;
Sy 600( 123272 )
n = 2.8 = =
' ( 150 )( F )( 25 )
F = 7044 N

bh 3 bh 3
I =
12 keseluruhan 12 lub ang

= 123272mm 4

Contoh 7-3

Sebuah papan iklan seperti di bawah menerima tiupan angin pada kadar 6000 N/m2. Tentukan saiz yang sesuai
dari gred 8.8. Gunakan ns = 2.0

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-16

Penyelesaian

GBB Daripada Jadual 7-2 Sp = 600 MPa.


Daya bertindak pada sentroid papan:
F = 6000 N/m2 x 2 m2

Kesan momen:
F. L ( 12000 )( 7500 )
u= =
2 2
n1l1 n2 l 2 2 [ 100 2 + 400 2 ]

u = 265 N / mm

Fmax = ul 2 = 106kN / bolt

106 10 3
=
At

Kesan daya ricih

Daya bertindak pada setiap bolt:

12000
F= N / bolt = 3kN / bolt
4
3000
=
At

Pemilihan saiz bolt

menggunakan TTH :

106 10 3
' = 2 + 3 2 =
At

Sp
n=
'
600. At
2.0 =
106 10 3

luas tegasan tegangan adalah:

At = 353 mm2

Daripada Jadual 7-1, saiz minimum yang dikehendaki adalah


M24 x 3 (benang kasar) atau M24 x 2 (benang halus).

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-17

Contoh dibawah merupakan satu kes yang melibatkan gabungan tindakan daya ricih terus, daya ricih kilasan dan
lenturan pada bolt.

Contoh 7-4

Gambarajah menunjukkan satu pendakap yang dikenakan daya F = 6000N. Empat batang bolt bersaiz M10 x
1.5 daripada gred 5.8 digunakan untuk mengikat pendakap tersebut. Adakah saiz jenis bolt ini mampu
menampung bebanan yang dikenakan?

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-18

Penyelesaian Daripada Jadual 7-1 dan 7-2


Sp = 380 MPa dan At = 58 mm2

Kesan momen lentur

M1 (6000)(200)
u= =
2l + 2l 2 2(25 2 + 125 2 )
1
2 2

u = 37 N / mm

Fmax = ul 2 = 4625 N

tegasan lentur pada setiap bolt:

Fmax 4625
= = = 80 MPa
At 58

Kesan daya ricih

daya ricih utama :


6000
F1' = F2' = F3' = F4' = = 1500 N
4

daya ricih sekunder:


Mr ( 6000 )( 70 )
F1" = F2" = F3" = F4" = =
4r 2 4( 90 )

F" = 1167 N

gabungan daya ricih terbesar adalah pada bolt 3 dan 4:

FR = 15002 + 1167 2 2( 1500 )( 1167 )cos

FR = 2554 N

FR 2554
= = = 44 MPa
At 58

Faktor keselamatan menggunakan TTH:

' = 2 + 3 2 = 80 2 + 3( 44 )2 = 110 MPa

Sp 380
n= = = 3.45
' 110
Oleh itu saiz bolt di atas adalah sesuai dan selamat.

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-19

Tambahan

Sentroid kumpulan bolts atau rivet yang berselerak ditentukan melalui kaedah berikut:

n
Ai x i
A1 x1 + A2 x 2 + A3 x 3 + A4 x 4 + A5 x 5
x= = 1
A1 + A2 + A3 + A4 + A5 n
Ai
1
n
Ai y i
A1 y1 + A2 y 2 + A3 y 3 + A4 y 4 + A5 y 5
y= = 1
A1 + A2 + A3 + A4 + A5 n
Ai
1

mkaj 2002
Rekabentuk skru, pengikat & sambungan 7-20

RUJUKAN

7-1 Codes and Standards; Fasteners, in ASME Publication Catalog, American Society of Mechanical
Engineers, New York, 1985.

7-2 J E Shigley & C R Mischke, Standard Handbook of Machine Design, McGraw Hill, New York,
1986

mkaj 2002

You might also like