You are on page 1of 12

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA,

31250 TANJONG RAMBUTAN,


PERAK DARUL RIDZUAN.

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 2 SEMESTER 2

TUGASAN INDIVIDU
KAJIAN KES

KESIHATAN KOMUNITI
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK

TAJUK:
PREGNANCY INDUCED HYPERTENSION (PIH)

NAMA: MOHAMAED AZIZI BIN SHAHROM


NO.K/P: 900208-10-5797
NO MATRIK: BPP 2009-7824
SITUASI PERMASALAHAN

Seorang ibu mengandung pra-natal mendaftar diri di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
Changkat Lada dengan bacaan tekanan darah pertama kali 120/90 mmHg .Bacaan Hb mencatat
10.8 gm/dL di bawah paras normal dan albumin pula pada bacaan 2+. Bacaan tekanan darah
diambil sekali lagi setelah 30 minit beliau merehatkan diri.Namun ukuran ulangan pula mencatat
bacaan setinggi 140/80 mmHg.Beliau juga mengalami masalah yang sama di kehamilan
sebelumnya

PREGNANCY INDUCED HYPERTENSION

PENGENALAN

Merupakan keadaan dimana bacaan tekanan darah ibu tinggi semasa mengandung tanpa
protinuria.Dapat dikesan apabila bacaan diastolik BP melebihi90 mmhg.Kebiasaannya terjadi
selepas 20 minggu mengandung semasa hendak melahirkan anak atau 48 jam selepas melahirkan
anak.Ibu mengandung yang mengalami PIH menghadapi pengecutan salur darah.Hipertensi
kronik terjadi sebelum 20 minggu mengandung.Pre-eklampsia dan eklampsia boleh menjurus
kepada kematian janin dan ibu yang mengandung.
MANIFESTASI KLINIKAL

Berikut merupakan tanda dan gejala seseorang ibu itu mengalami PIH iaitu;

a) Tekanan darah melebihi paras normal iaitu 140/90 mmHg

b) Protein dijumpai dalam urin(apabila penapis ginjal rosak)

c) Edema(terutamanya di muka dan leher)

d) Pertambahan berat badan mendadak

e) Penglihatan kabur dan double vision

f) Sakit abdomen

g) Pening kepala dan loya

h) Buang air kecil(urin) dalam kuantiti yang sedikit

i) Nampak bintik-bintik dalam penglihatan

Oleh itu,ibu mengandung yang mengalami tanda dan gejala seperti di atas hendaklah berjumpa
dengan pegawai perubatan di klinik dan hospital.

Komplikasi yang lebih teruk boleh terhasil daripada PIH iaitu Impending Eclampsia.Antara
tanda dan gejala yang dapat dikesan adalah;

TANDA-TANDA

I. Bengkak bahagian kaki

II. Pertambahan berat badan yang berlebihan

III. Tekanan darah yang meningkat

IV. Air kencing kotor


GEJALA-GEJALA

I. Sakit kepala/pening

II. Pedih ulu hati

III. Loya dan muntah

IV. Mata berpinar-pinar

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

Antara faktor risiko yang boleh dikaitkan dengan terjadinya Pregnancy-Induced Hypertension ini
adalah:

1. Mengandung anak yang pertama dalam lingkungan umur 20 sehingga 35 tahun.

2. Ada sejarah penyakit Diabetes Mellitus

3. Ada sejarah mengalami tekanan darah tinggi sebelum mengandung

4. Mengandung anak kembar.

5. Ibu mengandung terlalu kurus dan rendah

6. Mempunyai Preeklampsia pada kandungan sebelumnya.


CADANGAN DAN PENYELESAIAN

INVESTIGASI

1. Ambil bacaan tekanan darah dan ulang selepas 30 minit untuk bacaan kedua.

2. Ujian urin untuk mengesan kehadiran albumin(proteinuria)

3. FBP/BFMP/Stool ova & cyst

4. MGTT pada minggu ke 28 dan 32 kandungan

Penemuan masalah:

Nama pesakit: Suzila Bt Amir

No. IC:710424-08-5922

No. Pendaftaran: 5922

Alamat: 420, Jalan Tanjung 2 ,Felcra Changkat Lada,Kg Gajah,Perak

Gr 05 P03+02

1. Tekanan darah;

a. Bacaan pertama: 120/90 mmHg

b. Bacaan kedua(selepas 30 minit):140/80 mmHg

2. Keputusan ujian makmal (urin dan darah)

a. Albumin:2+

b. Glukosa:blue

c. Haemoglobin:10.8 gm/dL

d. Beserta Anemia

3. Essential HPT
4. Maternal age > 35 tahun

5. Sejarah obstetric lepas;

a. Mengalami PIH dalam kesemua kandungan yang lepas

b. Lower Segment Caeserean Section(LSCS) akibat fetal distress

RAWATAN UBATAN

1. Tablet Nifedipine 10 mg STAT

-kalsium antagonist yang digunakan untuk meredakan tekanan darah tinggi

-kesan sampingan termasuklah pening,loya dan

2. Tablet Methyldopa 500 mg

-bertindak ke atas reseptor otak untuk mengurangkan tekanan darah tinggi

3. Tablet Ca. Lactate

4. Tablet Aspirin 75 mg

-diambil untuk mengurangkan kesakitan di abdomen ibu mengandung(distress)

5. Pil Hematinik (Folic Acid,Ferous Fumerate,Vit. C dan Vit. Bco) untuk Anemia
PENJAGAAN KEJURURAWATAN

1. Membuat penilaian PIH

1.1. Pengambilan Tekanan Darah 2 kali bacaan pada pertama kali di kesan.

1.2. Tagging yang betul menerusi kod warna,faktor risiko dan senarai semak.

2. Pengesanan luar biasa dicatat dengan dakwat merah:

2.1 Berat badan.

2.2 Ujian makmal (Full Blood Count dan Urine)

3 Ujian dan keputusan pemeriksaan darah ada direkodkan.

4 Carta Gerakan Janin diberi dan diterangkan dengan jelas kepada ibu mengandung

5 Pengesanan oedema dicatat.

6 Membuat pengambilan bacaan tekanan darah tinggi 2 kali seminggu 2/52 di klinik
kesihatan atau hospital yang berdekatan.

7 Ikut jadual pemeriksaan tekanan darah dengan betul bagi menilai perkembangan ibu dan
janin mengikut temujanji yang ditetapkan.
PENDIDIKAN KESIHATAN

PREGNANCY-INDUCED HYPERTENSION

1. Penerangan dan penjelasan mengenai tanda dan gejala Impending Eclampsia beserta
kesannya kepada ibu mengandung.

2. Rehat yang cukup bagi mengelakkan varicose vein dan edema.

3. Pengambilan ubatan mengikut jadual yang telah ditetapkan

4. Lawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan bagi memantau perkembangan
janin dan ibu mengandung.

5. Menerangkan risiko bersalin dirumah dan perlunya bersalin di hospital bagi mengelakkan
komplikasi yang lebih teruk.

Bagi PIH yang beserta Anemia:

Langkah pertama

TAMBAH DARAH DENGAN MAKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN ZAT BESI

Terdapat bayak makanan yang kaya dengan zat besi dating dari sumber haiwan seperti
daging.hati,ayam,limpa,kerang,ikan,sotong dan ikan bilis.Sayur-sayuran hijau seperti
pegaga,pucuk paku,kangkung,bayam dan kalian juga banyak mengandungi zat besi.

Untuk mengatasi masalah anemia,sekurang-kurangnya satu jenis makanan perlu diambil dari
haiwan yang kaya dengan sumber zat besi setiap hari.

Pilihan makanan mangandungi zat besi adalah seperti berikut;


1. Daging: 2 keping kotak mancis

2. Ayam: 1 ketul dada ayam

3. Hati ayam: 1 ketul(2 lobus)

4. Kerang: 20 biji

5. Hati lembu:1 ketul saiz kotak mancis

6. Ikan:1 ekor ikan sederhana

7. Ikan bilis: 5 sudu makan(tanpa kepala)

Sekiranya pesakit seorang vegetarian,mereka perlulah mengambil makanan daripada kombinasi


beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau,kacang soya,kacang dhal bersama makanan atau
minuman yang tinggi kandungan vitamin C.Disamping meningkatkan lagi pengambilan sayur-
sayuran hijau,pesakit juga perlu makan pil hematinik mengikut arahan doktor.
LANGKAH KEDUA

PIL HEMATINIK(bagi mereka yang beserta anemia)

Terdiri daripada empat jenis pil iaitu;

i. Pil ferrous fumarate

ii. Pil asid folik

iii. Pil vitamin C

iv. Pil vitamin BCo (B Complex)

Pengambilan pil hematinic ini adalah sangat penting kerana;

I. Kandungan zat besi,asid folik dan B kompleks diperlukan untuk pembentukan sel darah
merah.

II. Pil vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi.

III. Membantu pesakit pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat.

Pil hematinik hendaklah di makan bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan
yang optimum.Namun,ibu mengandung yang mengambil pil ini dinasihatkan untuk tidak makan
pil bersama air kopi,minuman berkola,air teh minuman bercoklat dan susu kerana boleh
menghalang penyerapan zat besi.
RUMUSAN

Pregnancy-Induced Hypertension merupakan satu keadaan dimana bacaan tekanan darah ibu
mengandung didapati melebihi paras normal walaupun bacaan sebelum mengandung adalah
normal.Oleh itu,pengawalan dan pendidikan yang sempurna haruslah dijalankan bagi mengawal
tekanan darah tinggi yang dialami ibu mengandung.Ini bagi menjamin keadaan pesakit dan
kandungan supaya tidak terjadinya komplikasi yang tidak diingini berlaku.Perawatan dan jadual
pemantauan ke atas ibu dan kandungan dapat mengurangkan risiko kematian bagi keadaan ini.
RUJUKAN

1. Buku Panduan Pemakanan Ibu Hamil Anemia

2. MEDICAL DISORDER DURING PREGNANCY N Engl J Med 333:1737, 2002

3. Medical dictionary definition of hypertension from KMLE Medical Dictionary retrieved


on 07-04-17

4. TABERs Cyclopedia Medical Dictionary by Donald Venes,M.D, M S J.

5. www.nutrition.moh.gov.my

You might also like