You are on page 1of 21

Literasi Digital Microsoft

Internet, Perkhidmatan
Perkomputeran Awan dan
Jaringan Sejagat

Internet,
Perkhidmatan
Perkomputeran
Awan dan
Jaringan
Sejagat

2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
1 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kandungan
Pengenalan ...................................................................................................................................................... 3
Penerangan ................................................................................................................................................. 3
Manfaat ........................................................................................................................................................ 3
Internet dan perkhidmatan awan (cloud services) ............................................................................. 4
Penerangan tentang Internet dan perkhidmatan awan (cloud services) .............................. 5
Kegunaan Internet.................................................................................................................................... 6
Kuiz ................................................................................................................................................................ 7
Kenal pasti keperluan untuk sambungan Internet ....................................................................... 8
Video tentang mengenal pasti keperluan untuk sambungan Internet ................................. 9
Kuiz .............................................................................................................................................................. 11
Kenal pasti ciri bagi dua jenis sambungan Internet ................................................................... 12
Video tentang sambungan khusus (dedicated) ........................................................................... 13
Video tentang sambungan dail (dial-up) ....................................................................................... 14
Kuiz .............................................................................................................................................................. 15
Jalur lebar dan sambungan Internet................................................................................................ 16
Simulasi jalur lebar dan sambungan Internet .............................................................................. 17
Kuiz .............................................................................................................................................................. 20
Tahniah ....................................................................................................................................................... 21

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
2 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Pengenalan

Penerangan
Internet boleh menghubungkan anda kepada orang ramai, maklumat dan sumber di
seluruh dunia. Kursus ini menunjukkan cara untuk membuat sambungan ke Internet,
melayari laman web, menggunakan enjin carian (search engines) serta berkomunikasi
dengan menggunakan e-mel, pemesejan segera (instant messaging), blog dan media
lain.

Manfaat
Internet telah mengubah cara orang berkomunikasi antara satu sama lain. Anda boleh
mengakses dan menggunakan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan untuk mencari
maklumat, berkomunikasi dan menjalankan perniagaan di Internet.

Internet,
Perkhidmatan
Perkomputeran
Awan dan
Jaringan
Sejagat

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
3 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Internet dan perkhidmatan awan (cloud services)


Internet ialah rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan anda melayari laman web
untuk tujuan tertentu, seperti:

E-mel
Maklumat
Pendidikan
Hiburan
Komunikasi
Dan banyak lagi

Pelajaran ini akan membantu anda mengenal pasti pelbagai kegunaan Internet, seperti
mencari maklumat, menghantar surat dan kad, bermain permainan, membaca berita
terkini atau membeli dan menjual produk. Anda juga akan belajar tentang komponen
yang diperlukan untuk membuat sambungan ke Internet dan jenis sambungan Internet
yang berlainan. Selain itu, anda akan belajar tentang istilah jalur lebar dan jalur lebar
yang dibekalkan oleh jenis sambungan Internet yang berbeza.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
4 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Penerangan tentang Internet dan perkhidmatan awan (cloud


services)
Bayangkan senario apabila anda mahu
bertukar-tukar maklumat antara
komputer pada rangkaian anda dengan
komputer pada rangkaian lain. Bagi
pertukaran ini, anda boleh
menggunakan Internet untuk
menyambungkan kedua-dua rangkaian.
Internet ialah sekumpulan rangkaian
yang disambungkan bersama untuk
bertukar-tukar maklumat. Pada hari ini,
Internet digunakan di seluruh dunia.

Satu trend baharu di Internet ialah


perkhidmatan awan, yang membolehkan
pengguna menyimpan data atau
mengawal atau mengakses komputer
dari mana-mana komputer (remote
access atau capaian jauh). Perkhidmatan
awan (cloud service) ialah replika kepada
beberapa pusat pengedaran di seluruh
dunia. Replikasi ini membolehkan mesin
lain meneruskan aktiviti perkhidmatan
awan jika pusat aktif mengalami
gangguan dalam perkhidmatan atau
kehilangan sambungan.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
5 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kegunaan Internet
Anda boleh menggunakan komputer
untuk aktiviti yang berikut:

Melaksanakan transaksi perbankan


Berkomunikasi dengan orang di
seluruh dunia
Mendapatkan berita terkini dunia
Mencari maklumat tentang apa-apa
topik
Mengkaji apa-apa kursus pilihan
anda dan juga mengambil
peperiksaan
Mengakses hiburan termasuk
muzik, permainan, TV, filem dan
gambar
Membeli dan menjual produk

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
6 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Anda boleh menggunakan Internet untuk melakukan aktiviti:

o Memindahkan wang untuk membayar bil


o Membuat Sembang Video (Video Chat) dengan kawan di negara yang berbeza
o Mendengar album muzik baharu
o Semua di atas

Anda boleh mendengar muzik atau menonton video yang disimpan pada komputer
anda tetapi tidak dari Internet.

o Betul
o Salah

Jawapan

#1 Anda boleh melakukan semua perkara yang disenaraikan di atas dan banyak lagi
dengan sambungan internet.

#2 Salah. Anda boleh mendengar fail muzik atau menonton video yang disimpan pada
komputer anda dan membuat strim fail muzik dan video terus daripada Internet.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
7 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kenal pasti keperluan untuk sambungan Internet

Penyambungan ke Internet memerlukan


perkakasan dan perkhidmatan tertentu.
Anda perlu mempunyai sebuah komputer
dan peranti sambungan seperti modem.
Perkhidmatan ini disediakan oleh
pembekal perkhidmatan Internet (Internet
Service Provider, ISP). Mari kita lihat
perkara yang diperlukan untuk membuat
sambungan ke Internet.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
8 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Video tentang mengenal pasti keperluan untuk sambungan


Internet

Untuk menyambung ke Internet,


anda memerlukan peranti
komputer, peranti sambungan dan
Pembekal Perkhidmatan Internet
(ISP).

Peranti pengkomputeran mungkin


terdiri daripada komputer peribadi,
komputer mudah alih, komputer
tablet atau peranti mudah alih,
seperti telefon bimbit, telefon
pintar atau peranti tangan.

Untuk menyambungkan komputer


anda ke Internet, anda
memerlukan peranti sambungan
seperti modem.

Modem menukarkan maklumat


digital kepada maklumat analog
dan menghantarnya melalui talian
telefon.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
9 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Anda boleh menggunakan kabel


untuk menyambung ke Internet.

Sambungan sedemikian dipanggil


sambungan fizikal.

Satu lagi alat yang anda perlukan


untuk sambungan tanpa wayar
ialah titik capaian (access point,
AP).

Ia digunakan untuk
menyambungkan peranti
pengkomputeran tanpa wayar ke
rangkaian berwayar.

Rangkaian berwayar mungkin


dimiliki oleh ISP.

Anda boleh menyambung ke


Internet melalui ISP itu.

Peranti tanpa wayar seperti


modem USB menyediakan akses
kepada Internet melalui 4G, 3G,
perkhidmatan paket radio umum
(general packet radio service, GPRS)
atau data ditukar litar (circuit
switched data, CSD).

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
10 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Anda mesti mempunyai Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) untuk menyambung ke


Internet.

o Betul
o Salah

Sambungan WiFi hanya membenarkan satu sambungan pada satu-satu masa.

o Betul
o Salah

Jawapan

#1 Betul. Anda memerlukan ISP untuk menyambung ke Internet.

#2 Salah. Wi-Fi boleh menyokong banyak sambungan pada masa yang sama. Anda
juga boleh mempunyai peranti yang berbeza seperti komputer, telefon, TV dan tablet
untuk disambungkan pada masa yang sama.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
11 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kenal pasti ciri bagi dua jenis sambungan Internet

Terdapat dua cara biasa untuk


menyambung ke Internet; Sambungan dail
(dial-up) dan khusus (dedicated).
Sambungan dail adalah lebih murah tetapi
kadang kala sangat perlahan. Sambungan
khusus adalah sangat cepat tetapi
memerlukan infrastruktur tertentu yang
mungkin tidak wujud di kawasan luar
bandar. Sila teruskan untuk melihat
demonstrasi video bagi kedua-dua jenis
sambungan Internet.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
12 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Video tentang sambungan khusus (dedicated)

Sambungan Internet yang


khusus memastikan komputer
disambungkan ke Internet
sepanjang masa.

Dalam sambungan internet


yang khusus, anda tidak perlu
meminta ISP untuk mendapat
sambungan setiap kali anda
mahu menyambung ke
Internet.

Banyak organisasi besar dan


juga universiti menggunakan
sambungan Internet yang
khusus kerana ia perlu
menggunakan Internet secara
meluas.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
13 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Video tentang sambungan dail (dial-up)

Pekerja ini hanya mahu


disambungkan ke Internet
untuk tempoh yang singkat,
oleh itu dia menggunakan
sambungan internet dail.

Dalam sambungan dail, anda


perlu menyambungkan ISP
setiap kali anda mahu
menyambung ke Internet.

Anda boleh memutuskan


sambungan dari Internet
setelah menyelesaikan kerja
anda.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
14 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Jika anda tinggal di kawasan yang jauh, apakah jenis sambungan yang boleh digunakan
untuk menyambung ke Internet?

o Dail
o Khusus

Apakah jenis sambungan Internet yang digunakan dalam perniagaan untuk


disambungkan ke Internet pada setiap masa?

o Dail
o Khusus

Jawapan

#1 Sambungan dail. Sambungan khusus mungkin tiada kerana memerlukan


infrastruktur tertentu.

#2 Sambungan khusus. Sambungan khusus memastikan komputer anda disambung


dengan Internet sepanjang masa.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
15 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Jalur lebar dan sambungan Internet

Jalur lebar ialah jumlah data yang boleh


dihantar melalui rangkaian dalam tempoh
masa yang tertentu dan diukur dalam
Mbit/s (megabit sesaat), kbit/s (kilobit
sesaat) atau bit/s (bit sesaat). Jika lebar
jalur rangkaian ialah 1 Mbit/s, maka 1
megabit data boleh dihantar melalui
rangkaian tersebut dalam 1 saat. Walau
bagaimanapun, kadar sebenar
pemindahan data adalah berbeza
bergantung pada beberapa faktor seperti
peralatan ISP, jenis sambungan Internet
dan bilangan orang yang menggunakan
sambungan yang sama pada satu tempoh
masa.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
16 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Simulasi jalur lebar dan sambungan Internet

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
17 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Internet dail dihubungkan kepada ISP


melalui talian telefon menggunakan
Rangkaian Telefon Bersuis Awam (Public
Switched Telephone Network, PSTN).

Pada hari ini, sambungan dail boleh


menghantar data sehingga 56.6 Kbit/s.

Internet tanpa wayar menggunakan


gelombang radio untuk
menyambungkan komputer anda ke
sambungan berwayar seperti modem
kabel. Sambungan jenis ini adalah
mudah, tetapi mungkin tidak
memberikan kelajuan pemindahan
penuh seperti sambungan berwayar.

Sambungan internet tanpa wayar boleh


memindahkan data pada kelajuan
sehingga 600 Mbit/s.

Talian T1 menyediakan sambungan


telefon khas ke Internet dan merupakan
pilihan yang popular untuk perniagaan
pada masa ini.

Sambungan T1 boleh menyokong kadar


pemindahan data sehingga 1,544 Mbit/s.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
18 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

DSL menyediakan penghantaran data


melalui wayar rangkaian telefon
tempatan. Talian Pelanggan Digital
Asimetri (Asymmetric Digital Subscriber
Line, ADSL) ialah bentuk DSL yang paling
biasa. Sambungan ADSL memerlukan
modem tertentu.

DSL memindahkan data antara 384


kbit/s dan 8 Mbit/s.

Modem kabel memberikan akses


internet jalur lebar dalam bentuk kabel
Internet melalui pembekal kabel TV
anda. Modem kabel menghubungkan
anda ke Internet pada setiap masa.

Purata kelajuan pemindahan data


modem kabel ialah 25 Mbit/s, tetapi ia
mungkin mempunyai sambungan yang
lebih cepat.

Sambungan Internet selular


membolehkan anda menyambung ke
Internet dari mana-mana sahaja, pada
bila-bila masa. Kadar pemindahan untuk
sambungan selular bergantung pada
teknologi yang digunakan.

LTE (4G) boleh menyediakan kadar


pemindahan data sehingga 100 Mbit/s
untuk memuat turun dan 50 Mbit/s
untuk memuat naik.

Sambungan Internet selular yang lebih


lama, EDGE, menyediakan kadar
pemindahan data sehingga 236,8 Kbit/s.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
19 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Megabit ialah ukuran biasa bagi kelajuan Internet.

o Betul
o Salah

Modem kabel memerlukan pengguna mendail masuk untuk mendapatkan sambungan


Internet.

o Betul
o Salah

Jawapan

#1- Betul. Megabit ialah ukuran yang biasa digunakan untuk kelajuan Internet.

#2- Betul. Pengguna perlu mendail masuk untuk mendapatkan sambungan Internet jika
menggunakan modem kabel.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
20 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Tahniah

Tahniah kerana berjaya menamatkan


pelajaran ini!

Kini, anda sepatutnya


dapat:
Menerangkan konsep asas yang
berkaitan Internet.
Menerangkan dua cara biasa
untuk menyambung ke Internet.
Menjelaskan jenis sambungan
Internet yang khusus.
Mengenal pasti keperluan untuk
menyambung ke Internet.

Literasi Digital Microsoft: Internet, Perkhidmatan Perkomputeran Awan dan Jaringan Sejagat
21 | Halaman

You might also like