You are on page 1of 4

Adakah Madu Anda Asli..???

Setiap pembeli/pengguna madu pastinya akan bertanya kepada penjual adakah madu yang
dijual itu asli,. Tahukah anda bagaimana ciri-ciri madu asli itu dapat dikenal pasti...Secara
saintifik madu asli dapat dikenal pasti melalui penggunaan alat khas.. Namun, sebagaiman
penguna anda tidak mungkin memebeli peralatan khas hanya semata untuk menguji madu asli
atau tidak...Disini saya ingin kongsikan cara terbaik untuk mengenalpasti madu samada asli
ataupun tidak.

1. Ambil satu gelas jernih. Isikannya dengan air sejuk.


2. Kemudian tuangkan madu untuk lihat ketulenannya.

Manakah yang tulen dan tidak? Boleh bezakan?

A-
B-

C-
D-
Credit to izhamwong.blogspot.com

A) Madu asli dituangkan tidak terus larut malah mendap elok pergi ke dasar gelas.

B & C) Madu yang dicampur dengan manisan. Apabila ada campuran 70% sucrose, tuangan
cecair menyebabkan larutan tidak turun dengan elok. Keselerakan berlaku serta-merta. Sirap
madu turun ke dasar secara berselerak.

D) 70% sirap gula (sucrose). Kadar selerakan adalah lebih banyak berbanding B & C

Mengenai petua-petua orang tua-tua pula seperti:

1. Semut takkan makan atau hurung madu

Tidak Benar
Semut akan menghurungi semua jenis benda yang manis.

2. Madu berbuih adalah madu tiruan

Tidak Benar.
Madu yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan berlaku proses penapaian
dalam madu tersebut. Ini maksudnya madu itu sudah rosak.

3. Gunakan batang mancis


Tidak Benar
Madu ada mempunyai sedikit kandungan lilin. Maka kemungkinan untuk batang
mancis terbakar atau tak terbakar adalah tidak pasti.

4. Masukkan madu dalam peti ais atau tempat sejuk

Tidak Benar
Madu akan rosak. Akan berlaku pengkristalan dalam madu apabila suhu tempat
adalah di bawah 21C. Ini juga tanda-tanda madu tersebut telah berkurangan
kualitinya. Jadi jangan letak madu dalam peti ais.

5. Campurkan madu dengan telur putih.

Mungkin betul.
Telur putih (yolk) mempunyai albumin. Albumin pula mengandungi air. Madu
bersifat higroskopik (hygroscopic) iaitu menyerap air. Jadi apabila albumin
bercampur dengan madu, airnya diserap oleh madu.

You might also like