You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN SUKAN

UNTUK KECEMERLANGAN TAHUN 2016 SK MANTIN

Tarikh : 13 JANUARI 2016

Masa : 2.30 Petang Hingga 4.00 Petang

Tempat : Bilik Gerakan SK Mantin

Hadir : 1. Guru Besar Sk Mantin

2. Penolong Kanan Kokurikulum

3. Penolong Kanan kurikulum

4. Penolong Kanan Hem

5. Setiausaha Sukan

6. Semua Guru

Tidak Hadir : -
1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI (Setiausaha sukan)

1.1 Pengerusi meminta semua guru untuk memulakan mesyuarat ini dengan
bacaan doa

1.2 Pengerusi memaklumkan ini adalah pertama kali bagi sekolah kita
mengadakan mesyuarat pengurusan sukan untuk kecemerlangan.

Tindakan:Makluman semua

1.3 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat adalah memberi lebih


perhatian dan lebih fokus dalam aspek sukan di sekolah seiring dengan
peningkatan pencapaian sukan di dalam daerah seremban 1.

2. PERBINCANGAN ISU SEMASA

2.1 Pengerusi menjelaskan tidak semua sukan dan permainan yang terdapat di
dalam takwim akan disertai sekolah. Hanya sukan dan permainan tertentu
yang menunjukkan potensi akan dihantar wakil.

Tindakan:Makluman Semua

2.2 Pengerusi menyatakan bahawa keputusan melibatkan kewangan masih


lagi di tangan guru besar.

Tindakan:Makluman Semua
2.3 Pengerusi menyatakan senarai permainan yang akan disertai oleh sekolah
SK MANTIN

Bil Sukan / Permainan Guru Pembimbing Catatan


1. Balapan dan padang En. Mohd Azwan
2. Bola sepak En. Abdul Shukur
3. Sepak takraw En. Shahrul romzi
4 Bola Baling En. Mohd Ezwan
5. Bola Jaring Pn. Nurul Haiza
6. Rugbi En. Mohd Imran

Tindakan:Ketua-Ketua Permainan, Setiausaha Sukan

2.4 Pengerusi menekankan setiap guru pembimbing perlu membuat pemilihan


sebaiknya dan melaksanakan latihan bagi atlet sekurangnya 10 sesi. Satu
salinan jadual latihan perlu diserahkan kepada pengawal keselamatan bagi
mengelakkan murid memasuki kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Tindakan:Guru Pembimbing

2.5 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap guru pembimbing perlu


menggunakan perisian yang akan diberikan pihak sekolah. Nama setiap
atlet perlu dimasukkan ke dalam perisian dan surat kebenaran perlulah
diserahkan kepada mereka yang berkenaan. Perisian tersebut akan
diserahkan kepada setiap guru pembimbing.

Tindakan:Setiausaha Sukan
2.6 Pengerusi memohon setiap guru pembimbing menyatakan apa yang
mereka perlukan bagi melatih atlet sekolah.

Tindakan:Guru Pembimbing

2.7 Pengerusi mengingatkan perancangan mengenai pertandingan perlu


dihantar pada minggu hadapan.

Tindakan:Guru Pembimbing

PENUTUP
a) Pengerusi menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sukan
Untuk Kecemerlangan.

b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,

........................................................
( RAMIZI BIN MARZUKI )

Penolong Setiausaha Sukan


SK MANTIN

You might also like