You are on page 1of 3

SJK (C) KWONG MAN, BATU KURAU, PERAK.

MINIT MESYUARAT BAHASA INGGERIS KALI KEEMPAT


TAHUN 2016

TARIKH: 20/11/2016 (Ahad)

MASA: 2.00 3.00 petang

TEMPAT: Bilik Guru SJKC Kwong Man

KEHADIRAN:

1. Penasihat Pn. Yeap Lay Pin

2. Pengerusi En Ahmad Kamil bin Adnan

3. Turut hadir Pn. Lin Chin Mei

4. Cik Teoh Pau Khim

Cik Lim Pei Yin

AGENDA:

1. Ucapan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

3. Laporan Panitia Bahasa Inggeris

4. Program Panitia Bahasa Inggeris

5. CEFR ( Familirisation)

6. Pencapaian UPSR

7. Hal hal lain


1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Cik Lim Pei Yin.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn Lin Chin Mei.

3. Laporan Panitia Bahasa Inggeris


3.1 PPPM/DSKP dan Fail Panitia.
3.1.1 PPPM dan DSKP yang terkini (Tahun 1 hingga Tahun 6) digunakan
untuk murid KSSR.
3.1.2 Fail Panitia telah dikemaskini mengikut format yang terbaru.
TINDAKAN: SEMUA GURU
3.2 Mesyuarat Panitia akan diadakan 4 kali setahun.
TINDAKAN: MAKLUMAN

4. Program Panitia
4.1 In House Training mengenai The Familiarisation of CEFR
4.1.1 Panita Bahasa Inggeris mengadakan in house training mengenai
Familiarisation of CEFR
4.1.2 Aktiviti program dan tarikh pelaksanaan boleh dirujuk dalam Takwim
Panitia dan Takwim Sekolah.
TINDAKAN: MAKLUMAN
4.2 UPSR
4.2.1 Keputusan UPSR telah diumumkan untuk tahun 2016 maka guru mata
pelajaran Bahasa Inggeris perlu menyediakan post mortem dan berikut
adalah bilangan pelajar Tahun 6yang lulus Bahasa Inggeris. Diharap
kita dapat meningkatkan lagi pencapaian UPSR pada tahun hadapan.
Kertas 1 (GPMP 4.13) Kertas 2 (GPMP 4.25)
7 orang mendapat gred D, 1
4 orang mendapat gred D dan 1 orang
orang mendapat gred E
mendapat C daripada 8 orang.
daripada 8 orang.

TINDAKAN: SEMUA GURU BAHASA INGGERIS

4.4 Perancangan Strategik


4.4.1 Perancangan Strategik untuk setiap tahun akan diperbaharui dan
perancangan taktikal serta operasi pula akan dijalankan mengikut
tempoh masa yang ditetapkan.

4.4.2 Program Drop Everything and Read akan dijalankan 15 minit sebelum
7:45am sebanyak sekali seminggu.
TINDAKAN: SEMUA GURU BAHASA INGGERIS

4.4.3 Semua guru juga diingatkan supaya mengisi data perkembangan murid ke
dalam modul offline perkembangan murid dari semasa ke semasa. Rekod
perkembangan murid perlu diisi dan disimpan rekod sekurang-kurangnya dua
kali (bulan Jun dan Oktober) setahun dan dicetak pada hujung tahun 2016.
TINDAKAN: SEMUA GURU KSSR

5. Hal-Hal Lain
5.1 Guru Besar mengingatkan semua guru agar dapat melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas dengan penuh berkesan agar dapat
meningkatkan prestasi murid pada tahun ini.
TINDAKAN: SEMUA GURU

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang


.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

....................
(AHMAD KAMIL BIN ADNAN) (YEAP LAY PIN)
Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar
SJK (C) Kwong Man, SJK (C) Kwong Man,
Batu Kurau. Batu Kurau.

You might also like