You are on page 1of 1

selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua Ahli Jawatan Kuasa dan

terima kasih kepada Pengerusi. Saya Jay Barathi Kalaiarasan, AJK persembahan bagi
sukan tahunan kali ini. Persembahan pertama kita adalah senamrobik. Bagi senamrobik
tersebut, kita telah menjemput orang dari luar, iaitu Cik Nadia dari Kolej Vokasional dan
rakan-rakannya seramai 3 orang. Kita memerlukan sebanyak 30 minit bagi menyiapkan
aktiviti senamrobil tersebut. Semua warga IPG kita akan mengambil bahagian dalam aktiviti
senamrobik tersebut. Seterusnya, mereka tidak minta sebarang pembayaran kerana mereka
ingin mengambil bahagian dalam acara kita dan ingin tolong kita. Persembahan seterusnya
adalah persembahan tarian bagi penutupan acara. Tarian itu akan mengambil masa
sebanyak 10-15 minit. Semua pelajar PISMP Sem 2 akan mengambil bahagian dalam tarian
ini. Setakat itu sahaja pembentangan saya. Jika ada sebarang soalan boleh anda
kemukakan dan sudi saya menjawab kesemua soalan yang anda bangkitkan.
Sekian sahaja daripada Saya . Terima kasih.

You might also like