You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL


MODUL PENDIDIKAN UMUM
PENGAJIAN MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN

KURSUS/ COURSE MODUL PENDIDIKAN UMUM PENGAJIAN MALAYSIA

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK MODUL/ 01 - SEJARAH DAN POLITIK


MODULE NO. AND TITLE 1.3 - PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

KEBOLEHAN / ABILITIES Mengetahui sejarah dan peristiwa pembentukan Malaysia serta


kesan-kesan pembentukannya terhadap penduduk negara ini.

PELAJAR AKAN MENDAPAT:


1.3.1 Menyenaraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia
1.3.2 Menyatakan reaksi-reaksi terhadap Pembentukan
OBJEKTIF MODUL / Malaysia
MODULE OBJECTIVE 1.3.3 Menyatakan langkah-langkah Pembentukan Malaysia
1.3.4 Menyatakan isi-isi kandungan Perjanjian Malaysia
1.3.5 Menjelaskan kesan-kesan pembentukan Malaysia
1.3.6 Menjelaskan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia

NO. KOD/ CODE NO WPA 5012 Page : 1 of : 5

1.3.1 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA.

Faktor politik.

Lee Kuan Yew bimbang dengan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya
di Singapura.
Ancaman komunis merupakan satu factor mendorong Singapura bergabung dengan
Tanah Melayu.
Tanah Melayu mempunyai pengalaman dalam membanteras pengaruh komunis (PKM)
sepanjang 1948-1960.
Di Sarawak, ancaman komunis diperjuangkan oleh CCO yang bermatlamat menjadikan
Sarawak sebagai negara komunis.
Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura
dan Brunei.
Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi terhadap negeri-negeri yang membangun
agar kepentingan British terus terkawal di Asia tenggara.

Faktor Ekonomi.
CODE NO WPA 5012 Page : 2 of : 5

Penubuhan Malaysia akan mewujudkan pasaran yang luas bagi menggalakkan pelaburan
dan perkembangan industri pertanian.
Kerjasama serantau dalam ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan kekayaan
bahan mentah yang sedia ada.
Penubuhan Malaysia dapat memajukan negeri yang mundur seperti Sabah dan Sarawak.

Faktor Sosial.

Penubuhan Malaysia akan dapat mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum
di kalangan negeri anggota.

1.3.2 REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA

Tanah Melayu.

Melihat Persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin
negeri-negeri anggota.
Pengalaman Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka mjd aset yang boleh
digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.
Kebanyakan parti politik di sini menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat
tentang pelaksanaannya.
Contohnya, PAS dan Barisan Sosialis meminta supaya dirundingkan dulu di kalangan
penduduk Tanah Melayu manakala UMNO setuju penggabungan dengan Sarawak,
Sabah dan Brunei tanpa Singapura.

Singapura.

Lee Kuan Yew dan partinya, PAP sokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh
berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan kedudukannya.
Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan
ini.
Parti pembangkang Singapura yang terbesar iaitu Barisan Sosialis menentang idea ini
dan mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru.
Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum
Singapura menyertai gabungan ini.
Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat
Bersatu pimpinan Ong Eng Guan.
Satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan
pada 1 September 1962.
Dalam referendum itu, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan
mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan Persekutuan
Tanah Melayu pada November 1961.

Sarawak dan Sabah.

Pada awalnya, Sarawak dan Sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia.


Ini adalah kerana mereka telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah
selama 60 tahun dan Sarawak melebihi satu abad.
Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum yakin untuk
membentuk pemerintahan sendiri.
Hal ini kerana sebelum ini, peluang mereka dalam politik adalah terhad.
Menjelang akhir tahun 1961, ramai pemimpin dan rakyat Sarawak dan Sabah mula
menyokong pembentukan Malaysia.
Ini kerana usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu yang menjelaskan
gagasan Malaysia dgn mempertimbangkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak.
CODE NO WPA 5012 Page : 3 of : 5

Semagat perpaduan dan sikap tolenrasi yang diperlihatkan oleh pemimpin Tanah Melayu
seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V.T, Sambathan dan Tun Tan Siew
Sin membantu kepada perubahan sikap ini.
Usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin Sarawak dan Sabah seperti Datu
Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald Stephen, Ong Kee Hui dan Stephen
Kalong Ningkan.

Brunei.

Pada awalnya Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.
Beliau membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei.
Namun, Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan
Malaysia kerana matlamat parti ini untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu kerajaan
Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
Anggota PRB anggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.
A.M. Azahari telah lancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional
Kalimantan Utara yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah dan
Brunei.
Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan
Sultan Brunei tangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
A.M. Azahari dan penyokongnya dapat bantuan dan sokongan srp Indonesia dan Filipina.
Pemberontakan Brunei yg berlaku pada 7 Disember 1962 dpt dipatahkan oleh tentera
British, tetapi A.M. Azahari yang berada di Manila tidak dpt ditangkap.
Beliau kemudiannya dapat perlindungan politik di Indonesia.

Indonesia.

Indonesia telah menbantah pembentukan Malaysia.


Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme yang
akan mengancam Indonesia.
Pandangan ini disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia yang mempengaruhi Presiden
Soekarno untuk isytiharkan Dasar Konfrantasi.
Dasar Konfrantasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyang
Malaysia diumumkan pada 20 Januari 1963.
Pada peringkat permulaan, berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu
dan juga pencerobohan udara.
Apabila tentera Indonesia mula lancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor,
Sarawak dan Sabah, Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel
termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain.
Tiunku Abdul Rahman menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-
Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah.
Namun, ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak
berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.
Apabila Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan
negara Dunia Ketiga, Malaysia menghantar perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul
Razak untuk adakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika bagi menjelaskan
hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia.
Hubungan tegang ini berpanjangan hingga bulan September 1965 apabila berlaku
pemberontakan bersenjata di Indonesia.
Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno.
Presiden Soeharto kemudiannya menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi
memelihara hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia.
Menjelang Ogos 1966, berakhirlah konfronrasi Indonesia terhadap Malaysia.
CODE NO WPA 5012 Page : 4 of : 5

Filipina.

Kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal buat pengumuman rasmi tuntut
hak terhadap Sabah pada bulan Jun 1962.
Kerajaan Filipina dengan tegas mendakwa Sabah masih sebahagian daripada milik
Kesultanan Sulu.
Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara
Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.
Baron Von Averbeck kemudian telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah
menubuhkan syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada
Brtish.
Pada 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB) dan
memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
Pada 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.
Namun, pajakan ini diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir iaitu Sultan
Esmail Kiram pada 22 Januari 1958.
Menjelang Jun 1966, Filipina telah iktiraf penubuhan Malaysia.
Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki hubungan anatara kedua-dua
negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia)

1.3.3 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA.

Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan Malaysia di Singapura pada 1961.


Beliau adakan lawatan ke Sarawak, Sabah dan Brunei menerangkan konsep, tujuan dan
matlamat penubuhan Malaysia.
Rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Tanah Melayu dengan
pegawai-pegawai British di Sabah, Sarawak dan Singapura.
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura pada
Julai 1961 untuk menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia,
mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan
Malaysia.
JPPK menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk British
untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia
dan mengemukakan cadangan kepada pihak British.
Suruhanjaya ini disertai oleh 3 orang pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abell
dan Sir David Watherston. Rakyat tempatan disertai oleh Dato Wong Pow Nee dan Tan
Sri Ghazali Shafie.
Hasilnya, satu pertiga penduduk sokong gagasan Malaysia tanpa syarat, satu pertiga
sokong dengan syarat kepentingan mereka dilindugi dan satu pertiga inginkan
kemerdekaan sebelum sertai Malaysia.
Suruhanjaya ini kemukakan beberapa cadangan iaitu perlembagaan Malaysia yang baru
harus berasaskan Perlembagaan 1957, Sabah dan Sarawak ada kuasa tentukan dasar
imigresennya sendiri, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, jaminan terhadap
hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak dan pemberian nama Malaysia
kepada negara baru yang dibentuk serta penentuan tarikh pembentukan Malaysia.
Cadangan suruhanjaya ini telah diperincikan kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan
(JAK) yang ditubuhkan pada Ogos 1962.
JAK bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke
dalam Persekutuan Malaysia serta membincangkan hak dan kepentingan penduduk
Sarawak dan Sabah.
Menjelang Disember 1962, Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bersetuju
Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963.
Namun, tarikh pembentukan ini terpaksa ditunda pada 16 September 1963 kerana
laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan dan kerana tentangan daripada Indonesia
dan Filipina.
CODE NO WPA 5012 Page : 5 of : 5

1.3.4 INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963.

Semua hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.


Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama
lain bebas diamalkan.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh
digunakan.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas
Hari Malaysia.
Sabah dan Sarawak diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
awam.
Rakyat bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu
di Persekutuan Tanah Melayu.

RUJUKAN / REFERENCE(S):

1. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin, PENGAJIAN MALAYSIA, Edisi kelima, Oxford
Fajar.

You might also like