You are on page 1of 3

Latihan Mengosongkan Bangunan

Tujuan

1.Memastikan warga sekolah dapat berhimpun di kawasan selamat dalam jangka masa singkat.

2.Meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang keperluan melakukan tindakan

sewajarnya dengan tenang dan berdisiplin tetapi segera semasa kecemasan.

3.Mengelakkan gangguan atau situasi kelam-kabut semasa operasi menyelamat atau memadamkan
kebakaran yang sebenar dijalankan.

Tatacara

1.Loceng akan dibunyikan berpanjangan sebanyak tiga kali sebagai tanda kebakaran berlaku.

2.Tindakan Guru yang Sedang Mengajar

2.1 Mengawal pelajar keluar daripada kelas dan menghala ke tempat yang sepatutnya.

2.2 Sentiasa berada bersama-sama dengan pelajar.

2.3 Memastikan perkara-perkara yang berikut dilaksanakan sebelum mengikut pelajar ke


tempat berhimpun:

i. Alatan mengajar yang digunakan selamat semasa ditinggalkan.

ii. Suis alatan elektrik dimatikan.

iii. Semua pelajar telah keluar daripada kelas.

3. Tindakan Pelajar

3.1 Pelajar di dalam kelas jangan panik dan takut.

3.2 Jangan berebut-rebut semasa keluar dari kelas.

3.3 Beratur berdua-dua dan turun/ keluar mengikut tangga/ laluan yang paling dekat.

3.4 Jangan bising.

3.5 Semua pelajar berjalan pantas ke tempat perhimpunan yang ditetapkan (rujuk pelan
latihan).
3.6 Kelas pertama yang sampai di kawasan perhimpunan hendaklah membuat satu barisan
(lelaki di hadapan) di bahagian paling kanan tempat tersebut. Tindakan ini diikuti oleh kelas yang
kedua sampai di kawasan perhimpunan dan seterusnya(berbaris menghadap ke arah bangunan
sekolah).

4. Tindakan Guru Kelas

4.1 Mendapatkan Jadual Kedatangan Pelajar daripada staf pejabat.

4.2 Memastikan bilangan pelajar yang berada di tempat yang ditetapkan sama dengan bilangan
pelajar yang hadir pada hari itu. Semak Jadual Kedatangan Pelajar.

4.3 Mendapatkan maklumat pelajar yang ada di kawasan perhimpunan dan nama pelajar yang
tiada di kawasan perhimpunan tetapi hadir ke sekolah pada hari tersebut daripada ketua kelas.

4.4 Memaklumkan nama pelajar yang tidak berada di kawasan perhimpunan kepada guru yang
berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

5. Tindakan Guru Penasihat dan Ahli Badan Beruniform

5.1 Bersedia membantu kes-kes kecemasan.

5.2 Melaksanakan kerja menyelamat jika perlu.

6. Tindakan Pengawas

6.1 Membantu guru-guru mengawal pelajar.

7. Tindakan Staf Pejabat

7.1 Menelefon pihak bomba.

7.2 Membawa semua Jadual Kedatangan Pelajar untuk diedarkan kepada guru-guru kelas di
tempat perhimpunan yang ditetapkan.

7.3 Berada bersama-sama dengan guru dan pelajar di tempat yang telah ditetapkan.

Catatan/ peringatan

1. Semua warga sekolah mesti berada di tempat perhimpunan selewat-lewatnya dalam masa
LIMA MINIT. Kelas yang sampai selepas had masa ini dianggap gagal menyelamatkan diri.

2. Latihan akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang sesi persekolahan.


3. Semua guru dan pelajar terlibat dalam latihan ini. Sila beri kerjasama sepenuhnya.

You might also like