You are on page 1of 1

Perokok Wanita Lebih Berisiko

Oleh : Shahrul Azmel Lamin

Rokok pembunuh masa kini. Hampir saban hari kita didedahkan dengan isu ini.
Apakah tiada kesudahannya? Media massa sama ada cetak ataupun elektronik,
banyak membangkitkan isu ini. Dahulu kebanyakan mengamalkan tabiat merokok
terdiri daripada golongan lelaki, tetapi pada hari ini berlainan pula. Sejak akhir-akhir
ini, banyak wanita melibatkan diri dalam aktiviti merokok.

Perokok wanita lebih berisiko berbanding perokok lelaki. Risiko mengalami


pendarahan otak atau strok adalah lebih tinggi. Menurut laporan yang disiarkan di
laman web berita kesihatan, HealthDay News, serangan strok yang dikategorikan
dengan pendarahan di dalam selaput otak adalah satu perkara biasa dalam kalangan
perokok khususnya wanita.

Sebatang rokok terkandung pelbagai bahan kimia. Terdapat 4000 bahan kimia yang
berbahaya, terutama nikotin dan karbon monoksida. Bahan kimia ini menjejaskan
kesihatan dan terdedah kepada risiko penyakit kronik. Bukan itu sahaja, seorang
perokok yang mengambil lebih daripada 20 batang rokok dalam sehari akan
menghadapi 10 hingga 15 kali ganda risiko maut akibat serangan jantung.
Penggemar rokok dikenalpasti mudah juga menghadapi penyakit kanser. Statistik di
Malaysia menunjukkan bahawa penyakit kanser paru-paru kerap berlaku. Gejala
merokok yang menyebabkan jumlah kematian meningkat bukan hanya penyakit
kanser semata-mata.

Ketika mengandung, berat bayi bagi wanita yang merokok kemungkinan tiga kali lebih
ringan daripada bayi normal. Sekalipun bayi selamat dilahirkan, tetapi risiko
mendapat penyakit atau kematian tinggi pada tahun pertama kelahirannya. Kualiti
susu badan yang dihasilkan juga berkurangan jika bakal ibu ini mula merokok semasa
bayi dalam kandungan. Rokok mampu membunuh manusia. Oleh itu, golongan
wanita haruslah memandang serius terhadap isu ini. Janganlah membinasakan diri
sendiri kerana itu merugikan.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Februari 2002

You might also like