You are on page 1of 5

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SEK. KEB. JLN RAJA SYED ALWI, 01000 KANGAR, PERLIS

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

TARIKH : 9 HB JANUARI 2012

MASA : 1.00 TGH

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SKJRSA

PENGERUSI : EN.ZURIMI BIN HASHIM (KETUA PANITIA)

KEHADIRAN : 10 ORANG (SEPERTI LAMPIRAN)

NAMA YANG T/HADIR : TIADA

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah al-Fatihah.

2. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

2.1 Ketua panitia berbincang dengan semua guru pendidikan islam dan jqaf. Antara
jawatankuasa ialah :

2.1.1 Pengurusan Tasmik : Pn Namira Idris

2.1.2 Pengurusan Pafa : Pn. Zita Zumira Ahmad

2.1.3 Tasmik : Pn. Nur Farihan MOhd Najib

2.1.4 Papan Kenyataan : Pn. Khairul Niza kasa

2.1.5 Bahasa Arab : Pn. Wan Hannan Wan Halim

2.1.6 Kem Bestari Solat : Pn. Nathirah Muhani

2.1.7 Penyelaras j-QAF : Pn. Aatiyah Kamaraddin

1
2.1.8 Surau : Pn. Norizah Abu Bakar

2.1.9 Kalimah Usbuiyyah : En. Mahadi Mohamad

2.2.0 Bendahari : Pn. Khairul Niza Kasa

Ketua panitia mengesahkan semua perlantikan.

Tindakan : guru-guru PAI dan j-QAF

3. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA

3.1 Ketua panitia memberi sedikit penerangan mengenai tugas setiap ahli PAI. Setiausaha
hendaklah menyediakan jadual Tasmik dan Kafa untuk tahun 2012 .

3.2 Ketua panitia berbincang bersama guru-guru PAI mengenai aktiviti dan tarikh bulan
bulan Islam.

Maulud nabi: 5 febuari 2012

Isra dan mikraj: 17 Jun 2012

Ihya ramdhan: 23 Julai ( awal ramadhan) sehingga 18 ogos 2012.

Nuzul al-Quran: 6 Ogos 2012

3.3 Ketua Panitia memaklumkan bahawa mesyuarat panitia PAI akan diadakan sebanyak
empat kali dalam setahun.

3.4 Guru yang bertugas akan menerbitkan buletin ramadhan setiap minggu. Setiap guru
akan bertugas mengikut minggu.

3.4 Tadarus Al-Quran.

Tindakan : semua guru pendidikan islam dan j-QAF

2
4. PORGRAM SEMPENA TAHUN 2012

4.1 Pengerusi memberitahu tarikh-tarikh penting bulan Islam sepangang 2012 .

Aktiviti terdekat ialah program Maulidur Rasul pada 11 hb Februari 2012. (sabtu) pada
hari ganti persekolahan.

4.2 Seorang penceramah akan dijemput khas untuk program tersebut.

4.3 Aktiviti sepanjang program Maulidur Rasul adalah seperti yang dirancang. Iaitu,

4.3.1 Perarakan guru dan murid-murid sambil melaungkan selawat Rasulullah s.a.w.

4.3.2 Ceramah sempena Maulidur Rasul.

4.3.3 Pertandingan hafazan,tilawah,bercerita dan nasyid (tahap 2)

4.3.4 Pertandingan mewarna untuk murid (tahap 1).

4.3.5 Upacara memberi hadiah.

PROGRAM PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

BIL PERKARA AKTIVITI TARIKH


1 Khidmat Sosial Membawa murid-murid pergi ke masjid 14 April 2012
yang terdekat untuk membersihkan
masjid. Atau ke rumah orang tua.
2 Program Bahasa Arab dan Kalimah Jawi. Guru-guru Setiap pagi
mingguan yang bertugas akan bergilir-gilir menulis jumaat.
kalimah-kalimah di papan kenyataan.
Murid yang terpilih akan bertugas pada
pagi jumaat untuk membacakan kalimah
tersebut. Semua murid akan mengikut
kalimah yang dibaca. Murid-murid juga
mesti menulis kalimah berkenaan di dalam
buku AG2 (JAWI). Setiap minggu guru
Pendidikan Islam akan memeriksa buku
tersebut.
3 Bacaan Yasin Kepada murid tahun 6 yang akan Setiap pagi
menduduki peperiksaan UPSR. Mereka jumaat
akan memulakan sesi bacaan Yasin pada
pagi Jumaat jam 715 pagi. Guru

3
Pendidikan Islam dan semua guru akan
terlibat.
4 Hari Pendidikan PKP Kangar / Padang Besar 31 Mac 2012
Islam
5 Majlis Tadarus Al- SK Kuala Perlis 21 April 2012
Quran (MTQ)
Negeri
6 Festival Nasyid Negeri 10 Mei 2012
7 Tadarus Al-Quran Kebangsaan 21-24 Mei 2012
Sek.
8 Festival Nasyid Kebangsaan 25-28 Jun 2012
9 Khemah Ibadat Peringkat negeri 28-30 Sept 2012
Sekolah Rendah
10 Kursus Tahsin 5 Okt 2012
11 Majlis Khatam al- 6 Okt 2012
Quran Mahrajan
j-QAF
12 Kem Ibadat Sekolah Rendah 30 Okt 2012
13 Kursus tahsin al- Sekolah rendah Guru Pendidikan Islam 2-4 Nov 2012
Quran

Tindakan : semua guru pendidikan islam dan j-Qaf

5. Hal-hal lain

5.1 Pengerusi memaklumkan jika ada terdapat kesilapan dalam jadual waktu mengajar.
Semua guru akan diberi jadual waktu yang baru.

5.2 Bilik-bilik khas seperti surau dan bilik j-QAF hendaklah diselia dan dikemas dengan baik.

5.3 Semua murid tahun 6 mestilah wajib lulus dalam ujian PAFA .

Tindakan : Setiausaha panitia serta guru-guru pendidikan Islam.

4
7. UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapakan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa panitia atas segala
usaha yang telah dijalankan dan berharap agar kejayaan akan dipertingkatkan lagi dari semasa
ke semasa.

Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam
14.15 p.m.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. .

(PN. NUR FARIHAN BT MOHD NAJIB) ( EN. ZURIMI B HASHIM )

Setiausaha Panitia PAI Ketua Panitia PAI


SK. Jln Raja Syed Alwi SK. Jln Raja Syed Alwi

You might also like