You are on page 1of 22

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


SEJARAH
TINGKATAN 1
STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1

DSP Sejarah Tingkatan 1


15 Mac 2012
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Sejarah Tingkatan 1 2


15 Mac 2012
PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan
untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai
perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Sejarah Tingkatan 1 3


15 Mac 2012
TAFSIRAN

o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan
individu.

o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan
gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan
menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang
dapat ditaksir dan dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSP Sejarah Tingkatan 1 4


15 Mac 2012
KERANGKA STANDARD PRESTASI

BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DSP Sejarah Tingkatan 1 5


15 Mac 2012
TAFSIRAN BAND

BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
1 TAHU
memberikan respons kepada perkara yang asas.

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


2 TAHU DAN FAHAM
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
3
BUAT kemahiran dalam satu-satu situasi.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
4
BUAT DENGAN BERADAB mengikut prosedur atau secara sistematik.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan
5 BUAT DENGAN BERADAB mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
TERPUJI positif.

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai


TAHU, FAHAM DAN BOLEH keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
6 BUAT DENGAN BERADAB cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
MITHALI mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

DSP Sejarah Tingkatan 1 6


15 Mac 2012
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara
Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan,
para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan
mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan
ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH


Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:
OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan
sepanjang hayat serta mampu berdikari.
OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan
negara dan mempertahankan maruah bangsa.
OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.
OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat
antarabangsa.
OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.
OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni.
OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.

DSP Sejarah Tingkatan 1 7


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.

3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur
patriotisme .

4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa
mengamalkan unsur patriotisme.

5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan
serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.

6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai
warganegara Malaysia dan warga dunia.

DSP Sejarah Tingkatan 1 8


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

1 B1
B1D1 B1D1E1
TAHU Mengetahui fakta sejarah, Mengetahui kemahiran sejarah Menyatakan pengertian sejarah
kemahiran pemikiran sejarah dan dan kepentingan sejarah dalam
unsur patriotisme kehidupan kita B1D1E2
Menyatakan istilah / konsep masa dalam sejarah
(KPS)

B1D1E3
Menyenaraikan tujuan belajar sejarah (UP)

B1D2 B1D2E1
Mengetahui Zaman Prasejarah Menyatakan tahap Zaman Prasejarah secara
kerajaan awal di Asia Tenggara kronologi (KPS)
dan keagungan Kesultanan
Melayu Melaka B1D2E2
Menyatakan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara

B1D2E3
Menyatakan asal-usul nama Melaka

B1D2E4
Menyenaraikan tokoh pada Zaman Kesultanan
Melayu Melaka (UP)

B1D2E5
Menyatakan kuasa Barat yang menguasai Melaka
DSP Sejarah Tingkatan 1 9
15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B1D3 B1D3E1
Mengetahui Kesultanan Melayu Menyatakan pengasasan kerajaan Johor
Melaka menjadi asas kerajaan
masa kini dan latar belakang B1D3E2
Sarawak dan Sabah Menyenaraikan tokoh dalam kerajaan Johor (UP)

B1D3E3
Menyatakan kegemilangan kerajaan Johor

B1D3E4
Menamakan kerajaan Melayu yang tua dan
kerajaan Melayu yang baru

B1D3E5
Melabel lokasi kerajaan Melayu yang tua dan
kerajaan Melayu yang baru dalam peta
Semenanjung Malaysia. (KPS)

B1D3E6
Menyatakan kesenian rakyat masyarakat Melayu
tradisional (UP)

B1D3E7
Menyenaraikan kumpulan etnik di Sarawak

B1D3E8
Menyenaraikan kumpulan etnik di Sabah

DSP Sejarah Tingkatan 1 10


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

2 B2 B2D1 B2D1E1
Memahami fakta sejarah, Memahami kemahiran sejarah Menjelaskan ciri-ciri sejarah
TAHU DAN kemahiran pemikiran sejarah dan dan kepentingan sejarah dalam
FAHAM unsur patriotisme kehidupan kita B2D1E2
Menjelaskan sumber-sumber sejarah (KPS)

B2D1E3
Menjelaskan kaedah pengkajian sejarah

B2D1E4
Menjelaskan istilah / konsep masa dalam sejarah
(KPS)

B2D2 B2D2E1
Memahami Zaman Prasejarah, Menjelaskan ciri-ciri masyarakat Zaman Prasejarah
kerajaan awal di Asia Tenggara (KPS)
dan keagungan Kesultanan
Melayu Melaka B2D2E2
Menjelaskan kegiatan ekonomi kerajaan agraria dan
maritim di Asia Tenggara

B2D2E3
Menjelaskan asal-usul nama Melaka

B2D2E4
Menjelaskan peranan Parameswara dan Tun Perak
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (UP)

B2D2E5
Menjelaskan struktur pentadbiran Sistem Pembesar
Empat Lipatan
DSP Sejarah Tingkatan 1 11
15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2D2E6
Menjelaskan faktor kemajuan perdagangan di
Melaka

B2D2E7
Menjelaskan bentuk hubungan luar Melaka

B2D2E8
Menjelaskan cara kedatangan Islam ke Melaka

B2D2E9
Menjelaskan peranan istana sebagai pusat
intelektual

B2D2E10
Menjelaskan cara perluasan kuasa Kesultanan
Melayu Melaka

B2D2E11
Menjelaskan faktor kemerosotan dan kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka

B2D3 B2D3E1
Memahami Kesultanan Melayu Menjelaskan pengasasan kerajaan Johor
Melaka menjadi asas kerajaan
masa kini dan latar belakang B2D3E2
Sarawak dan Sabah Menjelaskan faktor kegemilangan kerajaan Johor
(UP)

B2D3E3
Menjelaskan tokoh dalam kesultanan Johor (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1 12


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B2D3E4
Menjelaskan latar belakang kerajaan Melayu yang
tua dan kerajaan Melayu yang baru

B2D3E5
Menjelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran
di Negeri-negeri Melayu

B2D3E6
Menjelaskan sistem perundangan tidak bertulis
kerajaan Melayu

B2D3E7
Menjelaskan kegiatan ekonomi sara diri di Negeri-
negeri Melayu

B2D3E8
Menjelaskan sistem pendidikan masyarakat Melayu
tradisional

B2D3E9
Menjelaskan latar belakang sejarah Sarawak

B2D3E10
Menjelaskan latar belakang sejarah Sabah

B2D3E11
Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik
di Sarawak (UP)

B2D3E12
Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik
di Sabah (UP)
DSP Sejarah Tingkatan 1 13
15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

DSP Sejarah Tingkatan 1 14


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

3 B3 B3D1 B3D1E1
Menerangkan fakta sejarah serta Mengaplikasi kemahiran sejarah Memberi contoh peristiwa penting dalam sejarah negara
TAHU, FAHAM mengaplikasi kemahiran pemikiran dalam mengkaji sejarah negara (KPS, UP)
DAN BOLEH sejarah dan mengamalkan unsur
BUAT patriotisme B3D1E2
Menggunakan sumber sejarah dalam mengkaji sejarah
(KPS)

B3D1E3
Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dalam
mengkaji sejarah (KPS)

B3D1E4
Mengaplikasikan istilah / konsep masa dalam sejarah
(KPS)

B3D1E5
Memberi contoh kejayaan negara yang menjadi
kebanggaan kita (UP)

B3D1E6
Mengamalkan unsur patriotisme (UP)

B3D2 B3D2E1
Menerangkan Zaman Menerangkan ciri masyarakat Zaman Prasejarah
Prasejarah, kerajaan awal di Asia
Tenggara dan keagungan B3D2E2
Kesultanan Melayu Melaka Menerangkan pentadbiran kerajaan awal di Asia
Tenggara
DSP Sejarah Tingkatan 1 15
15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B3D2E3
Menerangkan peranan pembesar dalam pentadbiran
Sistem Pembesar Empat Lipatan

B3D2E4
Menerangkan faktor kemajuan perdagangan di Melaka

B3D2E5
Menerangkan kepentingan hubungan luar Melaka

B3D2E6
Menerangkan kesan perkembangan Islam di Melaka

B3D2E7
Menerangkan peranan istana sebagai pusat intelektual

B3D2E8
Melakar dan melorek kawasan jajahan empayar Melaka
(KPS)

B3D2E9
Menerangkan ciri kepimpinan yang membawa kepada
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (UP)

B3D2E10
Menerangkan faktor kemerosotan dan kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka

B3D3 B3D3E1
Menerangkan Kesultanan Melayu Menerangkan faktor kegemilangan kerajaan Johor
Melaka menjadi asas kerajaan
masa kini dan latar belakang

DSP Sejarah Tingkatan 1 16


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
Sarawak dan Sabah

B3D3E2
Menerangkan keistimewaan kerajaan Melayu yang tua
dan kerajaan Melayu yang baru (UP)

B3D3E3
Menerangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di
Negeri-negeri Melayu

B3D3E4
Menerangkan sistem perundangan kerajaan Melayu

B3D3E5
Menerangkan kegiatan ekonomi tradisional di negeri-
negeri Melayu

B3D3E6
Menerangkan sosiobudaya masyarakat Melayu
tradisional (UP)

B3D3E7
Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi
kumpulan etnik di Sarawak (UP)

B3D3E8
Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi
kumpulan etnik di Sabah (UP)

DSP Sejarah Tingkatan 1 17


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

4 B4 B4D1 B4D1E1
Menghuraikan fakta sejarah dan Mahir mengaplikasi kemahiran Mengelas sumber sejarah dalam mengkaji sejarah
TAHU, FAHAM mahir mengaplikasi kemahiran sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS)
DAN BOLEH pemikiran sejarah serta negara
BUAT mengamalkan unsur patriotisme B4D1E2
DENGAN secara berterusan. Menggunakan sumber sejarah dengan tepat dalam
BERADAB mengkaji sejarah (KPS)

B4D1E3
Mengelaskan kaedah pengkajian sejarah dengan
tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)

B4D1E4
Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dengan
tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)

B4D1E5
Mengaplikasikan istilah / konsep masa dalam
sejarah dengan mahir (KPS)

B4D1E6
Selalu mengamalkan unsur patriotisme (UP)

B4D2 B4D2E1
Menghuraikan perkembangan Membandingkan ciri masyarakat Zaman Prasejarah
Zaman Prasejarah, kerajaan awal (KPS)
di Asia Tenggara dan keagungan
Kesultanan Melayu Melaka B4D2E2
Membandingkan ciri kerajaan Maritim dengan
Agraria (KPS)

DSP Sejarah Tingkatan 1 18


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D2E3
Membandingkan peranan pembesar berempat
dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
(KPS)

B4D2E4
Menganalisis sumbangan sultan yang memerintah
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KPS, UP)

B4D2E5
Menghurai peranan Melaka dalam penyebaran
Islam di Asia Tenggara

B4D2E6
Menganalisis kesan perluasan kuasa Kesultanan
Melayu Melaka (KPS)

B4D2E7
Menganalisis ciri kepimpinan yang membawa
kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
(KPS, UP)

B4D2E8
Menganalisis sebab kejatuhan Melaka pada kurun
ke-16 (KPS)

B4D3 B4D3E1
Menganalisis Kesultanan Melayu Menganalisis kegemilangan kerajaan Johor dalam
Melaka menjadi asas kerajaan menegakkan kewibawaan Kesultanan Melayu
masa kini dan latar belakang Melaka (KPS)
Sarawak dan Sabah

DSP Sejarah Tingkatan 1 19


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

B4D3E2
Menganalisis persaingan Johor, Acheh dan Portugis
(KPS)

B4D3E3
Menganalisis faktor kemerosotan kerajaan Johor
(KPS)

B4D3E4
Membandingkan keistimewaan kerajaan Melayu
yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (KPS,UP)

B4D3E5
Membandingkan sistem pentadbiran Negeri
Sembilan dengan negeri Melayu yang lain (KPS)

B4D3E6
Membandingkan sistem perundangan bertulis dan
tidak bertulis (KPS)

B4D3E7
Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan
sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sarawak
(KPS, UP)

B4D3E8
Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan
sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sabah
(KPS)

DSP Sejarah Tingkatan 1 20


15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

5 B5 B5D1 B5D1E1
Menghubungkait sejarah negara Boleh menghubungkait Menilai kegemilangan perdagangan antarabangsa
TAHU, FAHAM dengan sejarah dunia serta perkembangan sejarah negara Kesultanan Melayu Melaka (KPS)
DAN BOLEH mengambil iktibar daripada dengan dunia serta mengambil
BUAT peristiwa sejarah iktibar B5D1E2
DENGAN Menilai hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka (KPS)
BERADAB
TERPUJI B5D1E3
Menghubungkait perkembangan intelektual Kesultanan
Melayu Melaka dengan negara luar (KPS)

B5D1E4
Menilai pembentukan empayar Kesultanan Melayu
Melaka sebagai kerajaan terulung di Kepulauan Melayu
(KPS,UP)

B5D1E5
Menilai ketokohan pemimpin Kesultanan Melayu Melaka
yang mendapat pengiktirafan negara luar (KPS,UP)

B5D1E6
Menilai tindakan pemimpin Johor dalam menghadapi
cabaran kuasa luar (KPS, UP)

B5D1E7
Menilai hubungan luar kerajaan Melayu yang tua dan
kerajaan Melayu yang baru (KPS)

B5D1E8
Sentiasa mengamalkan unsur patriotisme

B5D1E9
Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah (UP)
DSP Sejarah Tingkatan 1 21
15 Mac 2012
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

6 B6 B6D1 B6D1E1
Menjana idea secara rasional dan Menjana idea untuk Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan
TAHU, FAHAM menjadi warganegara yang cinta kesejahteraan negara dan kemakmuran negara serta dunia (KPS, UP)
DAN BOLEH akan negara serta berbangga menjadi warganegara yang
BUAT sebagai warganegara Malaysia patriotik serta warga dunia yang
DENGAN dan warga dunia. bertanggungjawab B6D1E2
BERADAB Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme
MITHALI (UP):
Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Bersemangat setia negara
Bersemangat kekitaan
Berdisiplin
Berusaha dan produktif

Nota :

KPS - Kemahiran Pemikiran Sejarah

UP - Unsur Patriotisme

DSP Sejarah Tingkatan 1 22


15 Mac 2012

You might also like