You are on page 1of 10

MODUL 5 MINIT

BENCI ZINA

SK GOMBANG, LENGA

TAHUN 2010
TAJUK : PENGENALAN

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah

tentanpentingnya menjauhi gejala seks bebas atau zina (menurut Islam) yang

memberi kesan yang amat buruk baik dari aspek agama mahupun

saintifik.

SASARAN : Semua murid

MASA : 5 minit

HURAIAN : Definisi pengenalan

AKTIVITI : 1. Penerangan mengenai defines Perlakuan seks bebas ataupun zina

(menurut Islam). Zina menurut istilah bahasa bermaksud hubungan seks yang

dilakukan oleh lelaki dan perempuan tanpa melalui proses perkahwinan yang sah di

sisi undang-undang. Zina merupakan gejala seks bebas yang dipandang keji di sisi

masyarakat yang memberikan kesan yang amat merbahaya kepada perkembangan

remaja masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan tingkahlaku negative

seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak, tontonan video lucah yang

berleluasa, minum arak, lari dari rumah dan penagihan dadah.

2. Bahan sokongan akhbar dan isu semasa

KEBURUKAN ZINA:

SAINTIFIK: Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis, gonorea, Hepatitis B dan HIV

yang mengakibatkan komplikasi. Bagi lelaki, boleh merebak ke bahagian testis,

vesikel semen dan kelenjar prostat lalu menyebabkan kesakitan dan kemandulan.
Manakala bagi wanita, ia boleh mengakibatkan kemandulan, mengandung luar

rahim atau jangkitan pelvis. Bagi bayi, jangkitan herpes boleh menyebabkan buta

atau terencat akal. 'Congenital syphilis' di kalangan bayi menyebabkan kecacatan

semasa kelahiran.

ISLAM: Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang

memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut dan badannya.

TAJUK : STATISTIK

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah tentang

pentingnya menjauhi gejala seks bebas atau zina (menurut Islam) yang memberi

kesan yang amat buruk baik dari aspek agama mahupun saintifik.

SASARAN : Semua murid

MASA : 5 minit

HURAIAN : Statistik kes

AKTIVITI : 1. Penerangan mengenai statistik yang dikumpulkan Statistik Anak Luar

Nikah atau Tidak Sah Taraf daripada Jabatan Pendaftaran Negara mengikut kaum dari

tahun 2005 2009

(Sumber Berita Harian , 15 Julai 2010)

Lain-lain 91922 kes

Melayu 74723 kes India 23696 kes Cina 23692 kes

Tahun 2007 16100 kes Tahun 2008 16541 kes

Tahun 2009 17303 kes

Statistik Kementerian Pelajaran Malaysia


Tahun 2006 2010 seramai 21 kes murid mengandung, 20 kes

melibatkan suka sama suka dan 1 kes melibatkan kes rogol. Semua kejadian

berlaku di tempat kediaman masing-masing atau tempat yang diketahui.

( sumber Harian Metro, 28 Julai 2010)

2. Bahan sokongan akhbar dan isu semasa

KEBURUKAN ZINA

SAINTIFIK:Teenage pregnancy (Mengandung usia remaja) mendedahkan remaja

perempuan kepada komplikasi semasa mengandung seperti keguguran,

pendarahan, isiko tinggi kematian semasa melahirkan.

ISLAM: Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam

kehidupan ini adalah disebalik daripada apa yang diinginkannya. Ini kerana orang

yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Tuhan, maka Tuhan

akan memberikan sebaliknya daripada apa yang dia inginkan dan Tuhan tidak

menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

TAJUK : FAHAMI DOSA BESAR ZINA

ZINA ialah salah satu perbuatan dosa yang tergolong di dalam dosa-dosa besar. Zina

boleh ditakrifkan sebagai persetubuhan haram yang dilakukan oleh seorang lelaki

dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah di sisi agama. Allah SWT telah

menjelaskan pengharaman ini di dalam ayat 32, surah Al Israk yang bermaksud:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, kerana sesungguhnya zina itu

adalah perbuatan keji dan suatu jalan yang jahat.

Ayat di atas bukan sahaja melarang seseorang muslim itu melakukan perbuatan

zina, tetapi menghampirinya pun dilarang. Ini menunjukkan betapa Allah SWT mahu

hamba-Nya memikirkan dengan serius sebelum terjebak dengan perbuatan keji

tersebut. Kebelakangan ini negara kita telah dikejutkan dengan kes-kes pembuangan

bayi yang semakin kerap didedahkan dan ini tidak lain bersangkut paut dengan

perbuatan zina yang dilakukan oleh golongan remaja yang masih bersekolah. Hal ini

telah mendapat perhatian luas dan banyak pihak mula mencari mangsa untuk

disalahkan.

Perbuatan zina ini berlaku disebabkan oleh banyak faktor dan antaranya ialah kerana

lemahnya iman dan rapuhnya pegangan agama anak-anak remaja kita untuk

menolak ajakan syaitan ini. Ini ditambah pula dengan penyalahgunaan internet

untuk melayari laman-laman web lucah dan pornografi serta pilihan berkawan

dengan rakanrakan yang jelek akhlaknya dan jauh daripada praktikal keislamannya.

Oleh itu, rakan yang menghayati ajaran agamanya dan baik akhlaknya perlu

menggalas tanggungjawab untuk menjadikan dirinya role model kepada rakan-

rakan di sekelilinginya untuk diteladani. Selain itu ia tidak boleh berdiam diri melihat

rakanrakannya yang menyimpang dari jalan yang sebenar berterusan bergelumang

dengan noda dan dosa. Dengan menghayati sunnah Rasulullah yang sabar, gigih

dan istiqamah berdakwah kepada kaum kafir, begitulah juga rakan yang

dipancarkan hidayah ke dalam hatinya hendaklah menguatkan semangatnya

membimbing rakan-rakan dengan penuh hikmah supaya mereka membenci untuk


menghampiri zina apatah lagi melakukannya. Ia juga perlu sentiasa mendampingi

mereka dengan memberi informasi tentang

keburukan, balasan dan ancaman azab yang berat bagi mereka-mereka yang

terjebak dengan nafsu kotor ini. Ini mungkin kerana mereka ketandusan ilmu

pengetahuan sebenar tentang kejelekan perbuatan zina dan akibat daripada

perbuatan tersebut. Justeru, rakan baik mampu memikul tugas ini seiring dengan

peranan masyarakat lain kerana mereka adalah golongan yang paling hampir

dengan rakan selepas institusi keluarga. Tiada gunanya kita sahaja yang baik

penghayatan agama sedangkan kita tidak boleh member kebaikan itu kepada orang

lain. Wallahualam.

TAJUK : PUNCA-PUNCA ZINA (DIRI SENDIRI)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih

mendalam berkaitan punca dan bahaya zina

SASARAN : Semua murid

MASA : 5 minit

HURAIAN : Punca-punca Zina

AKTIVITI : Penerangan punca-punca zina

A) Diri sendiri

1. Lemah pegangan agama . Tidak mempunyai pengetahuan asas dalam agama

yang dianuti. Ia mungkin berpunca daripada diri sendiri yang tidak dapat mengikuti

ajaran agama yang diajar secara formal atau pun tidak.


2. Berfikiran dan berkelakuan negatif (perbuatan, kata-kata, tingkah laku). Sering

berfikiran negatif kepada perkara-perkara yang dilalui dalam kehidupan.3. Mudah

terpedaya dengan ajakan orang sama ada baru kenal atau tidak dikenali.

4. Mudah percaya dengan ajakan/pujuk rayu/permintaan negatif daripada teman

lelaki atau kawan-kawan yang rapat dengannya.

5. Tidak menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan (pergaulan bebas)

terutamanya yang bukan muhrim.

6. Tidak menjaga aurat terutama perempuan (berpakaian ketat dan menjolok mata).

Berpakaian menutup aurat hanya kerana mematuhi peraturan sekolah bukannya

datang dari hati yang ikhlas.

7. Tidak mudah/tidak mahu berkongsi masalah dengan orang lain(memendam

masalah). Tidak mempercayai individu lain terutamanya ahli keluarganya sendiri,

sebaliknya mempercayai rakan sebaya.

KEBURUKAN ZINA

SAINTIFIK:Sehingga Disember 2004 sebanyak 64 439 kes HIV dilaporkan di Malaysia

dan lebih 40% daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun.

ISLAM: Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturahim, derhaka

kepada ibu bapa, pekerjaan haram, zalim dan menyia-nyiakan keluarga dan

keturunan.

TAJUK : PUNCA-PUNCA ZINA (KELUARGA)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih

mendalam berkaitan punca dan bahaya zina

SASARAN : Semua murid

MASA : 5 minit
HURAIAN : Punca-punca Zina

AKTIVITI : Penerangan punca-punca zina

B) Keluarga

1. Keruntuhan rumahtangga . Perceraian ibu bapa menyebabkan anak-anak menjadi

mangsa. Mereka kurang diberi perhatian kerana ibu bapa sibuk menyelesaikan

urusan perceraian ( di mahkamah ) dan perebutan hak jagaan anak. Mungkin juga

salah seorang daripada ibu atau ayah meninggal dunia terutamanya dalam keadaan

yang tragis.

2. Peranan ibu, bapa dan anak-anak tidak jelas .Ibu bapa yang pentingkan kerjaya &

pekerjaan sering mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

3. Pergaulan bersama ahli keluarga tidak teraputik. Tidak wujud kemesraan antara

ahli keluarga.

4. Tiada peraturan yang jelas dalam keluarga menyebabkan ahli-ahlinya tidak

mempunyai panduan untuk diikuti.

5. Tahap sosio- ekonomi keluarga yang rendah menyebabkan keperluan asas dalam

kehidupan tidak dapat dipenuhi. Ia akan mendorong anak-anak menagih kasih

sayang daripada orang lain kerana mereka akan rasa diberi penghargaan.

KEBURUKAN ZINA

SAINTIFIK: Trauma alat kelamin disebabkan system reproduksi belum matang dan

belum bersedia untuk hubungan seksual menyebabkan luka yang dialami

mengambil masa yang panjang untuk sembuh.

ISLAM: Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya

disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya

malah kepada seluruh keluarganya.


TAJUK : PUNCA-PUNCA ZINA (MASYARAKAT/PERSEKITARAN)

OBJEKTIF : Meningkatkan kesedaran dan perubahan tingkahlaku dengan lebih

mendalam berkaitan punca dan bahaya zina

SASARAN : Semua murid

MASA : 5 minit

HURAIAN : Punca-punca Zina

AKTIVITI : Penerangan punca-punca zina

C) Masyarakat / persekitaran

1. Pengaruh media massa. Rangkaian media elektronik yang semakin meluas

mendedahkan murid kepada input yang negatif. Kemudahan jalur lebar yang telah

diperluaskan ke luar bandar memungkinkan murid-murid gagal menapis maklumat

negatif yang diterima.

2. Kawan-kawan merupakan individu paling berpengaruh dalam kehidupan remaja.

3. Jiran tetangga kurang memainkan peranan sebagai ibu bapa kedua yang sering

mengambil berat dan menegur segala kesilapan murid.

4. Kemudahan-kemudahan yang disediakan disalahgunakan seperti alat berteknologi

moden, pusat hiburan, taman rekreasi dan lain-lain.

5. Perniagaan-perniagaan yang menarik pelanggan seperti kafe siber yang banyak

menawarkan perisian yang berunsur negatif dan ganas.

6. Pesta, karnival atau perayaan yang diadakan secara percuma dan besar-besaran

menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

KEBURUKAN ZINA

SAINTIFIK: Kanser pangkal rahim disebabkan melakukan hubungan seks awal dan

sering bertukar pasangan.

ISLAM: Aib yang dicontengkan kepada penzina lebih meninggalkan kesan dan

mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk
Islam selesailah persoalannya. Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan

kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya dia bertaubat dan membersihkan

diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

You might also like