You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN . 2

2.0 PENULISAN ESEI ..10

3.0 SALINAN HARD COPY BBM BERASASKAN TEKNOLOGI ..15

4.0 RUJUKAN 21

5.0 LAMPIRAN .. 22

25
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN LIMA

Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknologi


Kelas : 5 Bestari
Bilangan Murid : 30 orang
Tarikh : 24 Julai 2017
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Bidang : Sains Rumah Tangga
Standard Kandungan : 6.3 Menghias dan membungkus makanan
Standard Pembelajaran : 6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai,
jem dan kelapa parut kering.
6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti kertas
pembungkus dan bekas plastik.
6.3.3 Mengenal pasti maklumat pada label pembungkus
makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan, tanda
harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :


1. Menyenaraikan jenis-jenis bahan hiasan dan
pembungkus makanan dengan betul.
2. Menerangkan kegunaan bahan-bahan hiasan dan
pembungkus makanan dengan betul.
3. Menyenaraikan maklumat-maklumat yang terdapat
pada pembungkus makanan dengan tepat.
4. Menjelaskan kepentingan maklumat-maklumat yang
terdapat pada pembungkus makanan dengan betul.

Elemen Merentas Kurikulum : 1. Keusahawanan.


2. Kreativiti dan Inovasi
3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahan Bantu Mengajar : Pelbagai biskut dengan bahan hiasan dan pembungkus yang
berbeza, makanan yang siap dibungkus (dibawa oleh

25
pelajar), pen marker, kertas mahjung, tape, kertas warna.

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah melihat makanan yang dihiasi dengan
bahan hiasan makanan dan makanan yang siap dibungkus.
2. Murid pernah melihat melihat maklumat-maklumat di
pembungkus makanan.

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Masa (minit)
Mengenal Guru Murid BBM: Biskut yang
Set Induksi
bahan hiasan - Guru - Murid diharapkan dihiasi dengan
( 5 minit ) makanan dan menunjukkan untuk menjawab bahan hiasan dan
bahan beberapa paket biskut tersebut dibungkus dalam
pembungkus biskut yang siap dihiasi dengan pembungkus
makanan dihias dan bahan hiasan plastik.

dibungkus yang cantik


dengan Pendekatan :

pembungkus - Murid juga Konseptual

lutsinar. diharap
menjawab biskut Strategi:

tersebut Berpusatkan guru

dibungkus
pembungkus Teknik: Sumbang

plastik yang saran

cantik.
Nilai :
- Guru bertanya
kepada murid Toleransi
apa yang
menarik 4C :
Komunikasi
perhatian murid Kritis
berkenaan biskut
tersebut?

Soalan:

25
- Guru bertanya
kepada murid
apa yang
menarik
perhatian murid
berkenaan biskut
tersebut?

- Guru akan
mencatatkan
idea-idea dan
pendapat murid
di papan putih

- Guru mengaitkan
respon murid
dengan tajuk
pembelajaran
hari ini.

Penyampaian Mengenal - Guru akan - Murid akan BBM:


jenis-jenis menayangkan melihat dan akan Video dan
Langkah 1
bahan hiasan video mengenai mendengar pelbagai biskut
(15 minit)
dan jenis-jenis bahan secara aktif video yang dihias
pembungkus hiasan dan dan penerangan dengan bahan
makanan pembungkus guru mengenai hiasan yang
beserta makanan beserta jenis-jenis bahan dibungkus dengan
fungsinya fungsinya. hiasan dan plastik, kertas
pembungkus pembungkus, dan
- Semasa video makanan beserta yang diletakkan di
ditayangkan, fungsinya. dalam bekas
guru akan sekali plastik, kertas
sekala - Murid diharapkan mahjung, pen
memberhentikan akan bertanya marker, tape
video bagi kepada guru
menerangkan sekiranya
kepada murid terdapat perkara

25
mengenai jenis- yang tidak Strategi :
jenis dan fungsi difahami Berpusatkan
bahan hiasan mengenai video murid dan bahan
dan pembungkus tersebut.
makanan. Kaedah : Gallery
- Murid akan Walk
- Guru akan berbincang
menjawab secara aktif Teknik :
sekiranya dalam kumpulan Perbincangan
terdapat soalan bagi
daripada murid mengenalpasti KBAT :
mengenai video jenis-jenis bahan- Menganalisis
yang bahan hiasan
ditayangkan. dan pembungkus EMK :
makanan yang Kreativiti dan
- Selepas video membungkus Inovasi
ditayangkan, biskut yang
guru akan diberikan oleh Teknologi
membahagikan guru. Maklumat dan
murid-murid Komunikasi
- Murid dalam
kepada
kumpulan
kumpulan-
masing-masing
kumpulan kecil Nilai :
akan menampal
dan akan Kerjasama
dan bergilir-gilir
memberikan Bertanggungjawab
membentangkan
beberapa keping
dapatan kepada
biskut yang 4C:
seluruh kelas
dihias dengan Kritis
semasa proses
bahan hiasan Komunikasi
Gallery Walk.
yang dibungkus Kreatif
Kerjasama
- Dalam kumpulan,
guru akan
menyuruh murid-
murid
mengenalpasti

25
jenis-jenis bahan-
bahan hiasan
dan pembungkus
makanan yang
membungkus
biskut tersebut

- Seterusnya guru
akan menyuruh
murid-murid
menampal
dapatan di
dinding bagi
menjalankan
proses Gallery
Walk
Langkah 2 Kenalpasti - Guru akan - Dalam kumpulan, BBM:
(15 minit)
maklumat- meneruskan murid akan Makanan yang
maklumat yang penayangan melihat dan berada dalam
terdapat pada video namun kali mendengar bungkusan yang
pembungkus ini video tersebut secara aktif video dibawa dari rumah
makanan berkisarkan yang ditayangkan oleh murid, kertas
maklumat- oleh guru. mahjung, pen
maklumat yang marker
terdapat pada - Dalam kumpulan,
bungkusan murid akan Pendekatan :
makanan menganalisis Konstruktivisme
maklumat-
- Seterusnya, guru maklumat yang Strategi :
menyuruh wakil terdapat pada Berpusatkan guru,
murid dalam bungkusan murid dan bahan
kumpulan makanan dan
mengeluarkan bersama-sama Kaedah :
sejenis makanan mengelas dan Pembentangan
atau minuman memindahkannya
yang dibungkus

25
yang dibawa kepada peta i- Teknik :
daripada rumah Think Perbincangan,

- Maklumat yang
- Dalam kumpulan, KBAT :
siap dipidahkan
guru meminta Menganalisis
akan
murid membuat Menilai
dibentangkan
peta i-Think (Tree
kepada
Map) bagi EMK :
keseluruhan
mengelaskan Kreativiti dan
kelas
maklumat- inovasi
maklumat yang
- Murid
terdapat pada Teknologi
melontarkan idea
bungkusan maklumat dan
dan pendapat
makanan yang komunikasi
mereka untuk
dibawa
menjawab
Nilai : Kerjasama
maklum balas
- Hasil dapatan Kreatif
yang diberikan
murid kemudian Rasional
akan
dibentangkan 4C :
kepada Kritis
keseluruhan Komunikasi
kelas Kreatif
Kerjasama
- Rakan-rakan lain
diminta untuk
memberikan
maklum balas
dengan cara
yang berhemah

Langkah 3 Kepentingan - Dalam kumpulan, - Dalam kumpulan, BBM: kertas


(10 minit)
maklumat- guru menyuruh murid-murid akan warna, pen marker
maklumat yang setiap murid bergilir-gilir
terdapat pada menulis idea dan menulis pendapat
pendapat masing mereka

25
pembungkus melalui kaedah mengenai Strategi :
makanan round table akan kepentingan Berpusatkan
kepentingan maklumat- murid
maklumat- maklumat yang
maklumat yang terdapat pada EMK :
terdapat pada pembungkus Keushawanan
pembungkus makanan.
makanan. Kaedah :
- Wakil murid akan Round Table
- Dapatan akan membacakan
dibacakan oleh dapatan Teknik : Sumbang
wakil murid dan kumpulan kepada saran
guru meminta keseluruhan
rakan-rakan yang kelas. KBAT :
lain mencatatkan Mengaplikasi
maklumat yang
dibacakan. Nilai : Toleransi

4C :
Kritis
Komunikasi
Kreatif
Kerjasama

Penilaian Latihan - Guru - Murid melakukan BBM:


tentang mengagihkan latihan Lembaran kerja
penguasaan lembaran kerja pengukuhan
murid bagi kepada murid melalui lembaran Nilai : Integriti
pengenalan kerja yang
kepada bahan - Guru meminta diberikan oleh
hiasan dan murid guru.
bahan melakukannya
pembungkusan secara individu. - Murid
makanan. melakukannya
secara individu

25
Penutup Membuat - Guru menyoal - Murid
(5 minit)
rumusan murid mengenai menyenaraikan
mengenai apa yang semula dengan
pembelajaran dipelajari hari ini menyebut bahan
hari ini hiasan makanan
- Guru menasihati dan jenis-jenis
murid agar pembungkus
melihat dahulu makanan beserta
maklumat- fungsi
maklumat yang
terdapat pada - Murid menyebut
bungkusan semula maklumat
makanan jika utama yang
ingin membeli terdapat pada
makanan label
terutamanya pembungkus
tanda halal dan makanan.
tarikh luput
makanan.

25
2.0 Penulisan Esei

2.1 Pengenalan

Bagi melengkapkan tugasan dua bagi Kursus Pedagogi Reka Bentuk dan Teknologi
Sekolah Rendah (RBTS 3093), saya telah membina suatu rancangan pengajaran harian
(RPH) yang lengkap dan bahan bantu mengajar (BBM) yang lengkap untuk dibincangkan
keberkesanannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Bagi RPH yang
dibina, saya telah memilih standard kandungan 6.3 iaitu menghias dan membungkus
makanan. Dalam masa satu jam, saya telah memilih tiga standard pembelajaran daripada
standard kandungan yang dipilih. Bagi membantu proses p&p yang akan dijalankan, saya
telah menghasilkan sebuah video mengenai ketiga-tiga yang kandungannya meliputi ketiga-
tiga standard pembelajaran yang akan diajar. Disebabkan standard standard
pembelajarannya lebih pemberatannya kepada kepada aspek kognitif, justeru standard
prestasi bagi sesi p&p ini hanyalah merangkumi tahap 1 dan 2 yang membawa tafsiran
menyatakan dua bahan hiasan pada makanan, menyatakan satu jenis pembungkus makanan
dan menerangkan dua maklumat pada label pembungkus makanan.

Gambar 2.0 (a) : Standard kandungan dan pembelajaran yang akan diajar.

25
2.2 Penulisan Esei

RPH yang dibina merangkumi fasa penyediaan (set induksi), fasa penyampaian, fasa
penilaian dan fasa penutup. Dalam fasa penyediaan (set induksi), bagi memberi gambaran awal dan
meransang murid mengenai tajuk pelajaran pada hari tersebut, guru akan menunjukkan kepada murid
beberapa paket biskut yang siap dihias dan dibungkus dengan pembungkus lutsinar. Saya memilih biskut
ini sebagai BBM pada fasa ini kerana BBM seperti ini berkait dengan pengetahuan atau pengalaman sedia
ada murid yang pernah melihat, memegang dan memakan biskut yang dibungkus. BBM ini dapat
membantu murid mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada bagi membentuk pengetahuan
baru dengan lebih mudah. Seterusnya, guru akan bertanya kepada murid mengenai perkara perhatian
murid pada biskut berkenaan. Kaedah penyoalan seperti ini sebenarnya akan membawa murid berfikir
sambil menganalisis BBM yang dibawa oleh guru. Dalam proses ini, bagi mendapatkan jawapan, murid
bukan sahaja menggerakkan aspek kognitifnya, malah deria mereka turut bekerja bagi meneliti butiran-
butiran yang terdapat pada biskut berkenaan untuk menjawab soalan guru. Kaedah penyoalan ini juga
akan memberikan suatu indikator kepada guru bagi menilai tahap pengetahuan sedia ada murid bagi
proses p&p yang akan dijalankan. Sekiranya respon bagi soalan yang dikemukakan baik, pastinya
kebarangkalian pencapaian objektif pembelajaran tinggi. Namun, jika sebaliknya, guru pastinya harus
memanipulasi sedikit sebanyak fasa pembelajaran seterusnya supaya input yang disampaikan dapat
diterima dan diserap oleh para pelajar. Penilaian kendiri seperti ini oleh guru amat penting bagi melatih
guru menggunakan sepenuhnya keupayaan diri dan bertanggungjawab terhadap perancangan serta
pelaksanaan pengajaran di dalam kelas (Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib, 1995)

Dalam fasa perkembangan, guru akan menunjukkan video sebagai BBM yang berasaskan teknologi
bagi menerangkan jenis-jenis bahan hiasan dan pembungkus makanan beserta fungsinya. Strategi
pembelajaran yang digunakan di sini ialah strategi berpusatkan bahan dan murid. Penayangan video
sebagai BBM ini yang menggabungkan unsur-unsur audio, video serta grafik dapat membantu guru untuk
mengekalkan perhatian murid dalam pembelajaran dengan lebih baik berbanding sekiranya guru
menggunakan buku teks. Hal ini kerana video yang dibina lengkap dengan elemen-elemen multimedia
seperti pergerakan animasi, visual dan gabungan audio membolehkan murid lebih mudah membuat
perkaitan mengenai isi pembelajaran yang diajar dengan konsep yang bakal dibina dalm minda mereka.
Jika dilihat, melalui video yang dibina juga, guru akan memberhentikan video sekali sekala bagi memberi
peluang kepada murid untuk bertanyakan soalan mengenai isi pembelajaran yang tidak difahami. Proses
ini sememangnya penting dalam sesi p&p kerana ianya berguna untuk menilai pengetahuan pelajar atau
kebolehan mereka untuk menganalisa input pembelajaran (Kassim Abbas 2006). Sesungguhnya,
kebolehan murid untuk menganalisa sesuatu amat penting dalam pembelajaran abad ke 21 kerana ianya
merupakan salah satu elemen kemahiran berfikir yang perlu dilalui murid terlebih dahulu sebelum
mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi.

25
Video yang dibina ini juga secara keseluruhannya menepati aspek practicality sesuatu BBM
yang dibangunkan. Hal ini kerana dari kos, video tersebut dibina dari atas talian (online) di laman web
yang tidak memerlukan bayaran untuk mendaftar. Bagi video yang dibina, saya telah menggunakan
aplikasi Powtoon yang secara umumnya menaiktaraf persembahan powerpoint kepada suatu tahap yang
lebih tinggi dengan diberi kemudahan untuk memasukkan unsur-unsur animasi, audio dan grafik yang
lebih menarik daripada persembahan powerpoint. Dari aspek masa pula, masa yang diambil pula tidaklah
begitu lama jika seseorang itu benar-benar mahir untuk mengedit video. Namun, dari aspek ini, capaian
kepada internet juga turut diambilkira kerana video ini dibina secara online, sekiranya capaian internet
terputus, ianya akan memakan sedikit masa bagi menyiapkannya. Kelebihan bagi penggunaan BBM yang
berunsurkan video adalah ianya dapat digunakan secara berulang-ulang bagi pengajaran standard
pembelajaran berkenaan setiap tahun. Ianya akan menjadi sumber sokongan bagi pengajaran guru selain
buku teks. Ianya juga boleh disimpan secara online mahupun disimpan di dalam folder di dalam
komputer mahupun telefon pintar guru. Kaedah penyimpanan seperti ini lebih praktikal kerana ianya dapat
diakses secara mudah dan memerlukan pencarian yang spesifik seperti BBM berunsurkan penulisan.
Kaedah penyimpanannya terutamanya secara online juga membolehkan ketahanannya terjamin dan
dapat digunakan semula pada masa-masa akan datang.

Selepas video ditayangkan, murid akan dibahagikan kepada kumpulan kecil. Bagi membolehkan
murid mengenal bahan-bahan hiasan yang ditunjukkan dalam video, guru akan memberikan beberapa
biskut yang dihias dengan bahan hiasan yang dibungkus. Dalam kumpulan, guru akan meminta
mengenalpasti jenis-jenis bahan hiasan yang diletakkan pada biskut-biskut tersebut dan pembungkus
makanan yang membungkus biskut tersebut berbekalkan penelitian mereka terhadap video yang dilihat.
Dalam situasi ini, dapat dilihat penggunaan bahan maujud dapat diaplikasikan dalam sesi p&p ini.
Penggunaan bahan maujud ini membolehkan murid melihat sendiri pengaplikasian input pembelajaran
dalam situasi sebenar dalam kehidupan mereka. Pernyataan ini disokong oleh Sufean Hussin, Shahril @
Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abd Razak, Habib Md Som dan Alina Ramli (2005), yang menyatakan
bahawa kewujudan bahan maujud dapat membantu para murid untuk membuat persepsi berdasarkan apa
yang telah dilihat secara realiti dan bukan suatu persepsi atas dasar andaian sahaja. Situasi ini pastinya
akan lebih memberikan kefahaman kepada mereka dalam proses p&p tambahan pula mereka bukan
sahaja dapat melihat dan menyentuh biskut dan pembungkusnya, malah berkemungkinan mereka juga
dapat merasa biskut tersebut.

Melalui langkah dua pula, penayangan video akan diteruskan namun kali ini ia berkisarkan
maklumat-maklumat yang terdapat pada bungkusan makanan. Seterusnya guru akan meminta
mengeluarkan bahan makanan yang berbungkus yang dibawa dari rumah sebelum meminta mereka
membuat peta i-Think (Tree Map) bagi mengelaskan maklumat-maklumat yang terdapat pada bungkusan
makanan yang dibawa. Penggunaan peta pemikiran dalam fasa ini dapat membantu murid untuk
menjuruskan pemikiran dapat mengorganisasikan maklumat-maklumat pada pembungkus makanan yang

25
diminta oleh guru mengikut kategori-kategorinya dengan betul. Hal ini kerana peta pemikiran dicipta
secara selari dengan cara otak manusia memproses dan menyusun maklumat. Penggunaannya
sememangnya membantu murid dalam proses pembelajaran mereka kerana kebanyakan murid
menghadapi kesukaran untuk menyusun idea-idea dan pendapat mereka dalam bentuk penulisan
mahupun jawapan pendek kerana mereka hanya akan menyatakan perkara-perkara penting sahaja tanpa
menyertakan hujah-hujah yang menyokong pernyataan mereka. Namun, menurut Long dan Carlson
(2011), dengan menggunakan peta pemikiran, murid lebih berupaya untuk menyertakan detail-detail yang
relevan yang dikehendaki oleh soalan.

Proses p&p diteruskan dengan isi pembelajaran yang berkisarkan kepentingan maklumat-maklumat
yang terdapat pada pembungkus makanan. Dalam kumpulan juga, guru akan meminta murid-murid
secara bergilir-gilir mencatatkan idea-idea dan pendapat mereka di atas kertas warna yang dibekalkan.
Kaedah yang digunakan pada langkah ini ialah kaedah round table. Kaedah ini memerlukan setiap ahli
kumpulan untuk mengeluarkan idea masing secara individu secara bergilir-gilir. Kaedah ini memberi
peluang setiap murid mencatatkan idea-idea masing-masing mengenai tajuk yang dibincangkan oleh guru.
Daripada respon yang diberikan, guru dapat mengukur tahap kefahaman murid secara individu terhadap
penyampaian input pembelajaran yang diajar pada fasa dan langkah-langkah sebelum ini. Daripada
penilaian ini, guru dapat mengenalpasti mana-mana pelajar yang masih belum memahami input
pengajaran yang disampaikan dan pelajar yang sudah menguasai dan boleh mencapai standard prestatsi
yang ditetapkan. Daripada penilaian ini, guru boleh mengambil tindakan susulan samada ke atas murid
tersebut mahupun menambahbaik aspek penyampaiannya bagi membolehkan penyerapan input
pembelajaran secara maksimum oleh para pelajar.

Jika diteliti, setiap langkah dalam fasa pengembangan akan diakhiri dengan persembahan hasil
dapatan kepada keseluruhan kelas. Kaedah-kaedah pembelajaran seperti Gallery Walk, pembentangan
dan round table yang digunakan bertepatan dengan kaedah pembelajaran abad ke 21. Kaedah-kaedah
ini bukan sahaja akan meransang dan mengasah kemahiran sosial murid, malah kemahiran-kemahiran
ini juga akan membantu para murid untuk lebih memahami isi pembelajaran mereka. Kepelbagaian
strategi, teknik dan kaedah pembelajaran seperti ini turut berupaya membolehkan murid-murid dengan
pelbagai gaya pembelajaran menerima input pembelajaran secara maksimum jika dibandingkan dengan
kaedah pembelajaran konvensional; chalk and talk. Persembahan dapatan analisis murid kepada
keseluruhan kelas pula membolehkan murid bertukar-tukar pendapat dan idea masing-masing sesama
mereka. Idea-idea dan pendapat yang baru membolehkan murid menambah pengetahuan sedia ada dan
mempelajari sesuatu yang baru. Perkara ini menjadi nilai tambah bagi kaedah pembelajaran seperti ini
kerana pengetahuan-pengetahuan yang diperoleh daripada situasi pembentangan seperti inilah yang
lebih diingati murid berbanding maklumat yang dibacanya dalam bentuk penulisan dan kesannya, minda
murid akan lebih terbuka dalam menerima input-input pembelajaran yang disampaikan.

25
Dalam fasa penilaian, murid-murid akan diberikan lembaran kerja mengenai tajuk yang telah
diajar pada hari tersebut. Guru meminta murid membuat lembaran kerja tersebut secara individu
sebagai aktiviti pengukuhan kepada proses pembelajaran pada hari itu. Fasa penilaian dalam RPH
ini penting kerana lembaran kerja yang diberikan seterusnya akan dikutip oleh guru bagi
membolehkan guru melaksanakan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan bagi meninjau
tahap penerimaan murid terhadap input yang disampaikan. Murid yang berjaya menguasai input
yang disampaikan akan diberikan latihan penggayaan manakala murid yang gagal akan diberikan
latihan pemulihan (Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, 2011). Selepas fasa penilaian dilakukan,
RPH yang dibina akan diakhiri dengan fasa penutup. Pada fasa ini, guru akan menyoal semula murid
mengenai apa yang dipelajari pada hari tersebut. Guru akan memilih secara rawak beberapa orang
pelajar untuk mengulang semula isi pembelajaran pada hari itu. Pemilihan ini biasanya dipilih
berdasarkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Sekiranya murid tersebut kurang
mengambil bahagian dalam proses p&p, kebarangkalian untuk disoal pada akhir sesi p&p adalah
tinggi bagi menilai bagi tahap kefahaman murid tersebut. Fasa penutup amat penting untuk
dilakukan pada setiap akhir sesi p&p bagi membolehkan murid mengingati semula apa telah
dipelajari pada hari tersebut.

25
4.0 RUJUKAN
Kassim Abbas. (2006). Media Dalam Pendidikan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Long, D. & Carlson, D. (2011). Mind the Map: How Thinking Maps Affect Student
Achievement. Dicapai pada 10 September 2017 daripada journals.library.wisc.
edu/index.ph p/networks/article/download/262/496
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-
kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran dalam Bilik Darjah; Kaedah
dan Strategi. Selangor: Masa Entreprise.
Sufean Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abd Razak, Habib Md Som & Alina

Ramli. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. (Fakulti Pendidikan,

Universiti Malaya. Ed.). Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

25
5.0 Lampiran

5.1 Buku-buku rujukan

25
25
25

You might also like