You are on page 1of 1

1.

Secara berpasangan, murid mengenal pasti dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 bentuk


geometri yang ada dalam bilik darjah yang sisinya sama panjang.
AfL : Setiap pasangan diminta berkongsi hasil tugasan dengan menampal di papan putih.

2. Secara berkumpulan, guru mengedarkan 1 set kad bentuk sekata dalam sampul surat yang terdiri
pelbagai bilangan sisi.
Pelajar diberikan peranan dan diminta untuk menyelesaikan tugasan dalam masa 3 minit. Soalan
tugasan adalah seperti berikut :
a) Pelajar A - Tuliskan nama bentuk
b) Pelajar B - Tuliskan bilangan sisi
c) Pelajar C - Tuliskan bilangan paksi simetri
d) Pelajar D - Saiz sudut
AfL : Pelajar menulis hasil tugasan di dalam jadual yang diedarkan. Hasil tugasan diminta menampal
hasil tugasan di papan kenyataan.

3. Secara individu, tugasan yang diberikan mengikut kandungan dalam topik poligon.
Pelajar menjawab soalan dalam masa 15 minit.
Setelah selesai pelajar diminta menukar kertas jawapan dengan rakan sebelah.
AfL : Guru menampal skema jawapan di kawasan tertentu dalam bilik darjah. Pelajar diminta
menyemakjawapan dan memberi kata-kata positif dan pujian kepada rakan.
Tugasan dikembalikan kepada rakan.

4. Berdasarkan aktiviti 3, guru telah melabelkan lembaran kerja dengan A, B dan C .


Pelajar diminta membentuk kumpulan baru yang terdiri 3 orang ahli bagi melakukan tugasan. Setiap
kumpulan terdiri dari pelajar yang membawa lembaran kerja berlainan label.
Tugasan diedarkan. Secara berkumpulan, pelajar diminta menyelesaikan tugasan dengan
sumbangan idea dari semua ahli kumpulan yang telah berpengalaman melakukan tugasan no 3.
AfL : Setelah tugasan diselesaikan, hasil tugasan ditampal di papan kenyataan.
Ketua setiap kumpulan diminta menyemak jawapan kumpulan lain dan memberi pujian. Pergerakan
mengikut arah jam.
Guru sebagai fasilitator untuk mengukuhkan penyemakan pelajar dan menulis pujian.

5. Pelajar secara rawak untuk menyatakan apa yang telah dipelajari dalam bab ini.

You might also like