You are on page 1of 4

Bahagian A

(75 markah)

Jawab mana-mana tiga soalan sahaja.

1 (a) Jelaskan empat perbezaan antara keperluan dan kehendak. (8 markah)

(b) Gambar yang berikut berkaitan dengan proses penciptaan nilai faedah.

Jelaskan tiga jenis nilai faedah yang tercipta. (9 markah)

(c) Teliti setiap pernyataan yang berikut berkaitan dengan pengkhususan dalam pengeluaran.

I- Kilang kasut Aila Sendirian Berhad menggunakan pelbagai peralatan dan mesin yang terkini
untuk melaksanakan pelbagai tugas dalam pengeluaran kasut bermutu.

II - Encik Daud seorang pegawai bank manakala isterinya, Puan Idah seorang guru di sebuah
sekolah.

Bagi setiap situasi di atas, terangkan jenis pengkhususan yang terlibat. (4 markah)

(d) Terangkan dua bantuan perniagaan yang diperlukan oleh seorang pengeluar pakaian untuk
menjalankan aktiviti perniagaannya dengan lancar. (4 markah)

2 (a) Gambar di bawah ini berkaitan dengan sejenis pernagaan runcit kecil-kecilan.
i. Apakah jenis perniagaan tersebut? (1 markah)

ii. Jelaskan lima ciri jenis perniagaan di 2(a)I. (5 markah)

(b) Maklumat yang berikut berkaitan dengan invois yang dikeluarkan oleh seorang peniaga.

Nombor Invois Keterangan

IN 2760 Jumlah harga terlebih catat sebanyak RM80

IN 5210 Harga sebenar RM1 200 telah di catat sebagai RM1 020

i. Terangkan dokumen yang akan digunakan untuk membetulkan kesilapan pada invois
bernombor:

IN 2760 (2 markah)

IN 5210 (2 markah)

Ii. Jelaskan tiga sebab lain dokumen pembetulan IN 5210 dihantar kepada pelanggan.

(3 markah)

(c) Jelaskan tiga perbezaan antara pemborong dan peruncit. (6 markah)

(d) Maklumat berikut mengenai sejenis kaedah jualan.

Barang dihantar oleh pembekal kepada peniaga untuk dijual

Peniaga menyediakan ruang khas

Barang tidak laris dipulangkan semual kepad apembekal

i. Apakah kaedah jualan berkenaan? (1 markah)

Ii. Naytakan lima ciri kaedah jualan yang anda nyatakan di 2(d)i. (5 markah)
3. (a) Jelaskan pemahaman anda mengenai pelaburan. [3 markah]

(b) Nyatakan dan jelaskan dua jenis pelaburan. [6 markah]

(c) Meena memiliki gerai nombor 8 dan Meeni memiliki gerai nombor 9 di arked perniagaan yang

sama. Mereka bersaing hebat kerana menjual produk yang agak sama. Pada suatu hari Meena

menjemput Meeni menyertainya dan mereka menubuhkan Perniagaan Meenani.

(i) Apakah jenis perniagaan ini? [1 markah]

(ii) Jelaskan kelebihan perniagaan di soalan 3(c)(i) di atas. [6 markah]

(d) Negara Vietnam dan Jepun melakukan banyak perniagaan sesama mereka.

(i) Mengapakah perniagaan jenis ini dijalankan? [3 markah]

(ii) Apakah masalah yang mungkin timbul daripada perniagaan di atas? [6 markah]

You might also like