You are on page 1of 13

JAWAB SEMUA SOALAN. BULATKAN JAWAPAN YANG BETUL.

1. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

Air di dalam _______________ itu masih panas kerana dijerang


sebentar tadi.
A. periuk
B. sudu
C. cerek
D. baldi

2. Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

Tukang kayu itu membelah kayu dengan sebilah _____________


yang tajam.

A. kapak
B. pisau
C. parang
D. gergaji
1
3. Motosikal abang yang rosak itu dibaiki oleh seorang __________.
A. mekanik
B. jururawat
C. doktor
D. kerani

4. ________________ merupakan simbol tarian dalam perayaan


Tahun Baru Cina.
A. Sang Kuda
B. Sang Naga
C. Sang Katak
D. Sang Harimau

5. _________________ itu merampas kacang adik di taman


rekreasi.
A. Si Monyet
B. Pak Belang
C. Sang Kambing
D. Sang Rangkak

6. Mereka bertolak pulang ___________ kampung seawal pukul 7.00


pagi.
A. di
B. ke
C. oleh
D. daripada

2
7. Haji Hussin membawa buah tangan ____________ kampung untuk
anak-anaknya.
A. di
B. ke
C. dari
D. pada

8. Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Mak Cik Aminah sedang menghiris bawang. ____________hendak


menggoreng sayur
A. Engkau
B. Awak
C. Saya
D. Beliau

3
9. _________________, ini barang yang puan minta, kata
pekerja itu kepada ibu saya.
A. Tuan
B. Puan
C. Cik
D. Encik

10. Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

_______________ berdua ditugaskan untuk menyapu lantai

bilik darjah pada hari Isnin, kata Lilian.

A. Mereka
B. Kamu
C. Kami
D. Saya

11. Pokok mangga itu ____________ akibat ditiup angin kencang.


A. reput
B. roboh
C. runtuh
D. tumbang

4
12. Pelancong-pelancong asing suka _______________ di bawah
sinaran matahari di pantai peranginan.
A. bersidai
B. berenang
C. berjemur
D. berbaring

13. Ibu _____________ timun untuk dimakan dengan nasi lemak.


A. menghiris
B. membelah
C. mengoyak
D. mencubit

14. Kita perlu ______________ ibu bapa dan guru setiap masa.
A. mematuhi
B. mengasari
C. mengawasi
D. menghormati

15. Air tasik itu sungguh _______________.


A. tenang
B. deras
C. damai
D. ceria

5
16. ______________ , berani kamu mencabar saya !
A. Wahai
B. Cis
C. Eh
D. Amboi

17. ___________, begitu rupanya cerita yang sebenar!


A. Oh
B. Wah
C. Aduh
D. Wahai

18. Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

___________, sakitnya perutku. Sudah beberapa hari aku tidak


makan! keluh si monyet.
A. Aduhai
B. Amboi
C. Aduh
D. Cis

6
19. Pak Cik Latif ingin membantu keluarga itu __________ dia tidak
berdaya.
A. lalu
B. serta
C. tetapi
D. kecuali

20. Mariam menyanyi ___________ menari.


A. malahan
B. sambil
C. tetapi
D. lalu

21. Mastura suka mengumpul setem __________________ adiknya


suka menanam pokok bunga.
A. dan
B. atau
C. sambil
D. manakala

22. Ibu membeli se ______________ kain batik di Terengganu.


A. helai
B. buah
C. lembar
D. kuntum

7
23. Saya membeli tiga ______________ nasi lemak di gerai Mak
Minah
A. biji
B. buah
C. potong
D. bungkus

24. Encik Hamdan membeli lima _______________ durian di pasar


malam.
A. biji
B. helai
C. buah
D. pasang

25. Zafran bekerja sebagai ______________ jurujual di Pasar Raya


Sakan.
A. penbantu
B. pengbantu
C. pebantu
D. pembantu

26. Pak Cik Alwi mudah didekati oleh kanak-kanak kerana sikapnya
yang suka _________________.
A. berguru
B. berlagak
C. berangan
D. bergurau

8
27. Kita perlu menjadi _______________ yang bijak dengan memilih
barangan yang berkualiti.
A. pembeli
B. terbeli
C. membeli
D. penbeli

28. Ayah bercadang untuk membawa kami pergi _______________.


A. melancong
B. berlancong
C. menlancong
D. belancong

29. Pokok-pokok bunga yang ditanam dalam pasu itu


______________.
A. segar-segar
B. manis-manis
C. sihat-sihat
D. comel-comel

30. __________________ tersusun rapi di rak perpustakaan.


A. Buku-buku
B. Bola-bola
C. Kasut-kasut
D. Baju-baju

9
Soalan 31 hingga 35 berpandukan petikan di bawah.

Setiap pagi, Amir akan menunggang basikal ke sekolah.


Sekolahnya terletak kira-kira 2 kilometer dari rumahnya. Dia
menunggang basikal dengan berhemah dan sentiasa mematuhi
peraturan jalan raya. Amir sering tiba awal ke sekolah.

Kebiasaannya, Amir akan membaca buku cerita atau membuat


ulang kaji sendiri sementara menunggu loceng dibunyikan. Amir bulat
hati untuk menjadi pelajar cemerlang.

Sebaik sahaja loceng dibunyikan, Amir dan rakan-rakan


sekelasnya akan beratur menuju ke tapak perhimpunan. Mereka akan
berbaris tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku. Tamat sahaja
perhimpunan, Amir dan rakan-rakannya menuju ke kelas untuk
memulakan pembelajaran.

31. Bagaimanakah Amir pergi ke sekolah?


A. Berjalan kaki
B. Menunggang basikal
C. Menaiki bas
D. Menaiki kereta

32. Berapa jauhkah jarak sekolah Amir dari rumahnya?


A. 2 kilometer
B. 3 kilometer
C. 4 kilometer
D. 5 kilometer

10
33. Apakah aktiviti Amir apabila tiba awal di sekolah?
A. Berbual-bual kosong
B. Membersihkan kelas
C. Membaca buku cerita
D. Duduk sahaja

34. Apakah yang dilakukan oleh Amir dan rakan-rakannya semasa


perhimpunan?
A. Membuat bising
B. Mengulangkaji pelajaran
C. Berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku
D. Memberikan ucapan kepada guru

35. Apakah maksud bulat hati dalam petikan?


A. Gelisah
B. Bersungguh-sungguh
C. Cekal
D. Sabar

11
Soalan 36 hingga 40 berpandukan petikan di bawah.

LAWATAN KE HUTAN LIPUR GUA NIAH

Kelab Kembara Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau akan mengadakan


lawatan ke Hutan Lipur Gua Niah. Maklumat tentang aktiviti tersebut adalah
seperti yang berikut :

Tarikh : 17 Oktober 2015


Hari : Sabtu
Masa bertolak : 8.00 pagi
Tempat berkumpul :Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau
Aktiviti :Membersihkan kawasan sekitar serta mengenal pasti
tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya.

Ahli-ahli yang berminat, sila daftarkan nama kepada Encik Mohd Hamizan bin
Harsidi berserta dengan bayaran tambang sebanyak RM 30.00 sebelum 13
Oktober 2015.

36. Siapakah yang menganjurkan lawatan ini?


A. Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Nanga Entalau
B. Warga Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau
C. Kelab Kembara Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau
D. Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Nanga
Entalau

37. Bilakah lawatan itu akan diadakan?


A. 16 Oktober 2015
B. 15 Oktober 2015
C. 17 Oktober 2015
D. 18 Oktober 2015

12
38. Pukul berapakah rombongan itu akan bertolak?
A. 7.00 pagi
B. 8.00 pagi
C. 7.30 pagi
D. 8.15 pagi

39. Berapakah tambang bagi menyertai lawatan itu?


A. RM 25.00
B. RM 30.00
C. RM 20.00
D. RM 15.00

40. Tarikh akhir pembayaran untuk menyertai lawatan itu ialah


A. 13 Oktober 2015
B. 17 Oktober 2015
C. 10 Oktober 2015
D. 15 Oktober 2015

~ SOALAN TAMAT ~

13

You might also like