Professional Documents
Culture Documents
dengan jenis ternakan yang hendak dibuat. Tapak mestilah berdekatan dengan sungai air tawar dan
bebas daripada pencemaran. Udang Galah lebih sesuai diternak dalam kolam tanah dan penternak perlu
memastikan bekalan air juga mencukupi untuk sepanjang tempoh ternakan. Bentuk kolam yang
disyorkan adalah kolam empat segi tepat bersaiz 0.2ha ( 0.5 ekar) dengan kedalaman 1.2m. Adalah
dianggarkan kos pembinaan kolam tanah bersaiz 0.1ha lengkap dengan inlet dan outlet adalah lebih
kurang RM2000 - RM2500. Kadar tebaran yang disyorkan adalah diantara 10-20 ekor/m2 dan
penggunaan alat pengudaraan seperti paddle wheel adalah perlu. Ternakan Udang Galah secara
komersial adalah bergantung kepada makanan rumusan yang mengandungi kandungan protein diantara
28-35%. Jangkamasa ternakan ialah diantara 5-6 bulan (saiz hasil 25gm-30gm seekor). Tuan juga boleh
menghubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia yang menawarkan kursus Ternakan Udang
Galah di PPA Perlok, Pahang. Tuan boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah di tempat
tuan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengusaha hatceri dan pembekal peralatan. Nombor
telefon dan alamat boleh diperolehi daripada laman web Jabatan di http://www.dof.gov.my > Hubungi
Kami > Pejabat Perikanan Daerah
Sumber air yang baik bermakna ia tidak tercemar, banyak dan bekalannya berterusan (walaupun di
musim kemarau). Ini bermakna nilai pH sekitar 6.5 - 8.5, kandungan oksigen > 3.0 mg/l. Paras
pencemaran biasanya ditentukan dari segi nilai keperluan biokimia (BOD) dan bacaan <>
Tumbesaran udang galah dalam tangki simen dan sangkar tidaklah secepat dalam kolam tanah.
Dijangkakan makanan semulajadi seperti cacing, siput, lumut dan tumbuhan mereput menjadi penyebab
perkara ini.