You are on page 1of 2

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat


yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan
wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India,
Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas
menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma
dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi
yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia,seperti kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi


penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik
kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan
perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia
akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan
perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara
implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar
seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong,
perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil
menyelam minum air.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat


memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat
Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing
dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya,
persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat
mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, nescaya rakyat
juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan


kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui,
tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan
bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara
yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah
perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.
Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan
pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita
bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum
menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

MAKSUD PERPADUAN DI MALAYSIA

Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota
masyarakat seluruh Malaysia.
Integrasi Nasional adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara
kelompok-kelompok yg berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh
norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan
akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum.

You might also like