You are on page 1of 2

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA"

bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan
dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah
pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran
mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk
membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian


daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang
mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang
panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang
dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang
disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang
untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan
lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia
bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh.
Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang
normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai
banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih
menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau
mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas.
Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan
bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang
kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[
Ciri-ciri disklesia

1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.


2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b'
dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga
habis.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri
tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup
bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang
pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Punca-punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan
yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara
otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin
disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun
daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat
mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada
turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.

Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah
pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak
boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk
meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

You might also like