You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT

PANITIA SEJARAH
KALI PERTAMA 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA
71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN.

SENARAI KEHADIRAN :

TARIKH : 7 Januari 2016 (Khamis)


MASA : 1.30 pm 2.30 pm
TEMPAT : Bilik Guru SK Sega

Hadir :

BIL. NAMA

Tidak hadir :

BIL. NAMA SEBAB

Disediakan oleh :

...................................................
(ROZASIMA BINTI RAZALI)
Ketua Panitia Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Sega,
71200 Rantau,
NEGERI SEMBILAN

1
SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA
71200 RANTAU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
NBA 4027 Tel : 06-6943411
Fax : 06- 6946588
__________________________________________________________________________________

Kepada,

..
Sekolah Kebangsaan Sega.

MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA 2016

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 7 Januari 2016 (Khamis)


MASA : 1.30 pm 2.30 pm
TEMPAT : Bilik Guru SK Sega

2. Agenda mesyuarat :

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi


2. Ucapan Guru Penolong Kanan Akademik
3. Pengagihan Tugas Panitia 2016
4. Kedudukan guru, Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian
5. Program Sepanjang Tahun 2016
6. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia
6.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
6.2 Melindungi Masa Instruksional (MMI)
6.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
6.4 Pengajaran dan Pembelajaran
6.5 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2015
6.6 Pengurusan Panitia
6.7 FROG VLE
6.8 Belanjawan Persekolahan
6.9 Pencerapan
6.10 I-THINK
6.11 KBAT
7. Hal-hal Lain
8. Penutup

3. Semua guru diwajibkan hadir. Kerjasama semua guru sangat dihargai.

Sekian, Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,

..
(ROZASIMA BINTI RAZALI)
Ketua Panitia Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Sega,
71200 Rantau,
NEGERI SEMBILAN

2
MINIT MESYUARAT
PANITIA SEJARAH
KALI PERTAMA 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN SEGA
71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN.

TARIKH : 7 Januari 2016 (Khamis)


MASA : 1.30 pm 2.30 pm
TEMPAT : Bilik Guru SK Sega

KEHADIRAN :

BIL. NAMA
1. Pn Rozasima Binti Razali
2. Pn Ramlah Binti Ismail
3. Pn. Hjh Fadilah Binti Hj Haroon

AGENDA :

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi


2. Ucapan Guru Penolong Kanan Akademik
3. Pengagihan Tugas Panitia 2016
4. Kedudukan guru, Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian
5. Program Sepanjang Tahun 2016
6. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia
6.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
6.2 Melindungi Masa Instruksional (MMI)
6.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
6.4 Pengajaran dan Pembelajaran
6.5 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2015
6.6 Pengurusan Panitia
6.7 FROG VLE
6.8 Belanjawan Persekolahan
6.9 Pencerapan
6.10 I-THINK
6.11 KBAT
7. Hal-hal Lain
8. Penutup

3
Bil Agenda Tindakan

1. Ucapan alu-aluan Ketua Panitia Sejarah

1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke
mesyuarat kali pertama bagi tahun 2016. Beliau juga mengucapkan
terima kasih kepada Guru Penolong Kanan Akademik, Pn Ramlah Binti
Ismail kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri mensyuarat ini.

1.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang dan merancang
program panitia sepanjang 2016, format penulisan rancangan pengajaran
harian, rancangan pengajaran tahunan, dasar KPM iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), Melindungi Masa Instruksional
(MMI) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pengajaran dan
Pembelajaran, Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2015, Pengurusan
Panitia, FROG VLE, Belanjawan Persekolahan, Pencerapan, I-THINK,
KBAT disamping pengisian TOV dan ETR mengenalpasti murid yang
gagal dan mencari punca masalah serta cara mengatasinya.

1.3 Ketua Panitia mengharapkan kerjasama yang padu daripada semua ahli
agar semua aktiviti yang dirancang untuk tahun 2016 dapat berjalan
dengan lancar.

2. Ucapan Guru Penolong Kanan Akademik (Pn. Ramlah Binti Ismail)

2.1 Pn. Ramlah mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk


menghadiri Mesyuarat Panitia Sejarah kali pertama ini.
2.2 Beliau berharap semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan jayanya dan sempurna.
2.3 Beliau juga berharap masalah murid yang tidak menguasai matapelajaran
Sejarah pada tahun 2016 akan dapat diatasi dengan membincangkan
strategi penyelesaian masalah bersama ahli panitia bagi membantu murid
lemah.
2.4 Pada tahun ini tiada lagi matapelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan kerana Sejarah akan diajar dari tahun 4, 5
dan 6.

3. Pengagihan Tugas Panitia Sejarah 2016

3.1 Pengerusi memaklumkan agihan tugas Panitia Sejarah untuk tahun 2016
adalah seperti berikut :-

Ketua Panitia : Pn. Rozasima Binti Razali


Setiausaha : Pn. Ramlah Binti Ismail
Program Panitia : Pn. Rozasima Binti Razali
Analisis Data /Bank Soalan : Pn. Ramlah Binti Ismail
Bahan Bantu Mengajar : Pn. Hjh Fadilah Binti Ismail

4
3.2 Beliau berharap dengan pengagihan ini akan dapat membantu
melancarkan lagi pengurusan panitia Sejarah bagi sesi 2016.

4. Kedudukan guru, Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Semua Guru


Panitia Sejarah
4.1 Kedudukan guru-guru Sejarah 2016

Tahun 4 Pn. Rozasima Binti Razali


Tahun 5 Pn. Ramlah Binti Ismail
Tahun 6 Pn. Hjh Fadilah Binti Hj Haroon

4.2 Format Penulisan Rancangan Pengajaran Harian diselaraskan untuk


semua guru yang mengajar setiap tahun.
4.3 Perbincangan mengenai penggunaan RPH. Ketua Panitia meminta semua
guru panitia menggunakan format yang sama bagi RPH Sejarah. Guru
yang akan mengikuti Kursus DSKP Sejarah perlu menyampaikan
maklumat terkini tentang mata pelajaran Sejarah.

5. Program Sepanjang Tahun 2016


Semua Guru
5.1 Aktiviti yang dirancang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam satu Panitia Sejarah
program kemerderkaan.
- Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan
- Kuiz Bulan Kemerdekaan
- Pertandingan mewarna bendera Malaysia dan Sarawak
- Pertandingan Lagu Patriotik
- Pertandingan mendeklamasikan sajak
- Pertandingan menghias kelas.
5.2 Program Lawatan Sambil Belajar.

6. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia


Semua Guru
6.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Panitia Sejarah
6.1.1 KSSR merangkumi 6 tunjang utama iaitu komunikasi,
kemanusiaan, ketrampiran diri, perkembangan fizikal dan estika,
sains dan teknologi serta kerohanian sikap dan nilai. Pengerusi
mengingatkan guru-guru agar jelas dengan tunjang utama KSSR.
6.1.2 KPI sekolah bagi semua subjek mesti mencapai sekurang-
kurangnya Band 4.

6.2 Melindungi Masa Instruksional (MMI)


6.2.1 Laluan Iqra bermula 7.00-7.15 am. 7.15-7.30 am pesanan/
housekeeping, 7.30am murid-murid berjalan masuk ke kelas.
7.35am murid-murid membaca sifir di luar kelas. 7.38 am murid
masuk ke kelas. 7.40am pdp bermula.

5
6.2.2 Pengerusi berharap agar guru-guru menyampaikan ilmu
dengan tekun, sabar. Masa 30 minit atau 60 minit mesti digunakan
sepenuhnya untuk mengajar.
6.2.3 Penggunaan telefon bimbit di dalam kelas hanya untuk
tujuan pdp. Sebarang penggunaan untuk peribadi di dalam kelas
adalah dilarang.

6.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


6.3.1 Sebagai pengawai professional, guru dikehendaki
menunjukkan setiap sikap dan peribadi yang tinggi , ilmu yang
sentiasa berkembang, kepakaran teknik yang efektif, memberi
kefahaman yang maksima melalui pelbagai cara dan pedaggogi dan
bersedia untuk transformasi.
6.3.2 Menjalankan peer teaching sekurang-kurangnya sebulan
sekali (PLC). Melalui cara ini guru-guru dapat melihat kekuatan
dan kelemahan rakan sejawat dan bersama-sama membincangkan
penambahbaikan.
6.3.3 Sentiasa berbincang dengan rakan sejawat, pentadbir
tentang masalah pdp, cari punca kelemahan pelajar dan cara
penyelesaian. Mencatatkan setiap pertemuan professional dalam
buku persediaan mengajar.
6.3.4 Mematuhi dan melaksanakan arahan dan tugasan yang
diberi oleh pihak pengurusan sekolah, PPD, JPNS dan KPM.

6.4 Pengajaran dan Pembelajaran


6.6.1 Guru diminta berada dalam kelas masing-masing secepat
mungkin termasuk guru ganti. Guru tidak dibenarkan sama sekali
meningkalkan kelas sewaktu pdp dijalankan kecuali mendapat
kebenaran Guru Besar.
6.6.2 Rancangan mata pelajaran (RPH) ditaip menggunakan
komputer.
6.6.3 Memberi latihan bertulis murid dengan secukupnya.
Pastikan semua murid menyiapkan kerja kelas dan kerja rumah
dengan bertanggungjawab.
Tahap 1 : 10 -15 soalan setiap hari
Tahap 2 : 15 30 soalan setiap hari
6.6.4 Guru memeriksa semua kerja murid dengan teliti sehingga
objektif yang dirancang tercapai. Catat impak, tindakan guru untuk
murid yang hadir tetapi tidak menguasai kemahiran yang diajar.
6.6.5 Setiap pelajaran hendaklah dirancang untuk mencapai
objektifnya. Nazir, Pengarah. Guru Besar, GPK berhak mencerap
dan menyelia pada bila-bila masa.
6.6.6 Menerima teguran yang konstruktif dengan rela hati dan
terbuka ,guna laman social secara berhemah dan berintegriti.
6.6.7 KPI -Pencapaian akademik Matematik bagi PBS tahun 1-6
-GPMP semua mata pelajaran UPSR di bawah 2.00
-20% cemerlang 6A dalam semua tahun

6
-Penguasaan minimum semua tahun 90%

6.6.8 Guru perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan murid,


bersikap penyayang dan adil. Sebarang perlanggaran disiplin yang
serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau GPK HEM
dengan segera.
6.6.9 Guru mesti menggunakan buku teks semasa mengajar.
Kebanyakkan soalan UPSR diambil daripada buku teks. Buku
rujukan adalah sebagai tambahan.
6.6.10 Guru mesti mengemukakan soalan KBAT dalam proses
pdp supaya murid-murid diberi pendedahan dan biasa dengan
soalan KBAT. Pastikan telah mengajar tajuk tersebut sebelum
menguji murid. Guru diminta buat analisisi item setelah tamat
ujian.

6.5 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2015


6.5.1 Berikut ialah keputusan peperiksaan akhir tahun 2015:-
Tahun 4 ( 11 calon )
10 Menguasai sekurang-kurangnya E
1 Tidak menguasai - F

Tahun 5 ( 21 calon )
12 Menguasai sekurang-kurangnya E
9 Tidak menguasai F

Tahun 6 ( 21 calon ) masih belajar Kajian Tempatan


21 Lulus sekurang-kurangnya C

6.5.2 Dalam perbincangan yang telah dijalankan, didapati


bahawa kaedah yang dapat digunakan untuk meningkatkan
lagi prestasi murid-murid yang lemah dalam pelajaran
ialah :-
Perbanyakkan latihan untuk memantapkan lagi
pengetahuan dan kefahaman murid.
Teknik menghafal juga perlu digunakan terutama
pada fakta-fakta sejarah.
Guru perlu menggunakan lebih banyak latih tubi
dan bincangkan bersama-sama di dalam kelas. Jika
ada kesilapan perlulah segera buat pembetulan.
6.5.3 Pengerusi berharap agar peratus murid mendapat
keputusan gred A akan meningkat dan peratus murid
mendapat F akan berkurangan dari semasa ke semasa.

6.6 Pengurusan Panitia


6.6.1 Ketua Panitia telah membahagikan guru mata pelajaran
yang terlibat untuk menyediakan kertas ujian dan perkara
ini mendapat persetujuan semua guru.
6.6.2 KP meminta semua guru untuk memberikan salinan hard

7
copy dan soft copy kertas ujian peperiksaan yang telah siap
untuk disimpan dalam bank soalan fail panitia.

6.7 FROG VLE


6.7.1 KPI bagi semua murid-murid tahun1-6 ialah mengekses
FROG VLE minimum sekali dalam seminggu. Guru Besar
dalam usaha mendapatkan kemudahan akses untuk
sekolah.
6.7.2 80% guru log in setiap bulan.
6.7.3 Setiap murid menghasilkan 10 laman pembelajaran setahun.
6.7.4 Guru-guru juga diminta membina soalan dan download
soalan untuk dijadikan latihan, latih tubi dan kuiz untuk
murid-murid.

6.8 Pencerapan
6.10.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru akan dicerap
sekurang-kurangnya setahun 4 kali iaitu pada bulan
Feruari, Mei, Ogos dan Oktober.
6.10.2 Beliau mengingatkan guru menghantar buku latihan murid
untuk disemak mengikut jadual yang telah ditetapkan,
Februari, Ogos dan Oktober.
6.10.3 Guru diingatkan menyemak latihan murid tiap-tiap hari.
Elakkan melukis tanda soal dan komen yang kurang
membina dalam buku latihan murid. Gunakan simbol atau
kata-kata yang membina dalam memberi komen.

6.9 I-THINK
6.11.1 Guru perlu menggunakan kaedah abad ke-21 dalam pdp.
Guru perlu menggunakan peta i-think sekurang-kurangnya
seminggu sekali dalam pdp Matematik. Catatkan
penggunaan i-think dalam buku rekod.
6.11.2 Guru perlu menerapkan i-think dalam teknik penyoalan
dan latihan.

6.10 KBAT
6.12.1 Guru diminta terapkan elemen kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam pdp, dalam teknik penyoalan,
latihan. soalan ujian dan soalan peperiksaan.

7. Hal-hal Lain
7.1 Ketua Panitia berharap sekiranya terdapat sebarang keperluan alatan Semua Guru
Panitia Sejarah
bahan atau carta, boleh beritahu segera dan akan membuat pesanan
menggunakan peruntukkan panitia.
7.2 Ketua panitia juga berharap semua guru dapat bekerjasama
menjalankan segala program yang telah dirancang.

8
8. Penangguhan Mesyuarat Pn. Rozasima
- Binti Razali
8.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada 2.30 petang dan KP mengucapkan
terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Perkara berbangkit : Tiada

Disediakan oleh ; Disahkan oleh ;

.................................................. ......................................................
( RAMLAH BINTI ISMAIL ) ( ROZASIMA BINTI RAZALI)
Setiausaha Panitia Sejarah, Ketua Panitia Sejarah
SK Sega, SK Sega,
Rantau Negeri Sembilan Rantau Negeri Sembilan.
Tarikh :10 Januari 2016 Tarikh :10 Januari 2016

9
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PANITIA

SEJARAH

2016

PENGERUSI : PN. ROZASIMA BINTI RAZALI (KETUA PANITIA)

NAIB PENGERUSI : PN.HJH FADILAH BINTI HJ HAROON

SETIAUSAHA : PN. RAMLAH BINTI ISMAIL

AHLI : SEMUA GURU MATA PELAJARAN SEJARAH DAN AHLI

YANG DILANTIK

Ahli Panitia Sejarah melibatkan semua guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah dan
guru yang dilantik sebagai ahli panitia.
Bagi tahun 2016, guru mata pelajaran Sejarah telah melibatkan semua guru dari Tahun 4, 5
dan 6 (KSSR).

10

You might also like