You are on page 1of 3

Obesiti merupakan satu keadaan kegemukan yang disebabkan oleh pengumpulan lemak secara

berlebihan di dalam badan yang bukan hanya memberi kesan terhadap penampilan, namun turut
membawa kepada penyakit ( Malorye Allison, ). Seseorang itu boleh dikategorikan sebagai
obesiti apabila mempunyai Body Mass Index (BMI) melebihi nilai 30. BMI boleh dikira dengan
menggunakan formula berat (kg) bahagi tinggi (m) kuasa dua. Di Malaysia, peningkatan jumlah
penghidap obesiti telah meningkat ke satu tahap yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan
keadaan pada 20 tahun yang lalu.

Punca utama yang membawa kepada penigkatan jumlah penghidap obesiti di Malaysia adalah pola
makan secara berlebihan. Peningkatan kadar sara hidup di Malaysia tidak banyak menjejaskan kadar
pengambilan makanan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sebaliknya, peningkatan jumlah kedai-
kedai yang berkonsepkan shell out, steam boat, buffet dan lain-lain menyebabkan rakyat di
negara ini sering mengamalkan pemakanan secara berlebihan. Di samping itu, kedai-kedai makanan
segera seperti Kentucky Fried Chicken, Texas Chicken, Mc Donald dan banyak lagi yang semakin
banyak turut menjadi punca kepada pemakanan yang berelbihand alam kalangan rakyat Malaysia
yang membawa kepada peningkatan jumlah penghidap obesity di negara ini.

Seterusnya, tabiat kurang bersukan juga menjadi punca kepada peningkatan jumlah penghidap
obesiti di negara ini. Majoriti rakyat Malaysia semakin kurang bersukan apabila usia menjangkau 20-
an dan telah mempunyai kerjaya tetap. Hal ini kerana, purata masa bekerja rakyat Malaysia adalah
selama 8 jam sehari iaitu dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang sekali gus menyebabkan mereka tidak
mempunyai masa untuk bersukan. Masa yang terluang biasanya digunakan untuk berehat setelah
penat bekerja.

Tambahan pula, pengaruh emosi juga memainkan peranan yang penting terhadap peningkatan
jumlah penghidap obesiti di Malaysia. Aspek pengaruh emosi ini boleh terbahagi kepada dua
kategori iaitu kategori emosi sedih dan kategori emosi gembira. Terdapat sebilangan rakyat Malaysia
yang memilih untuk makan secara berlebihan apabila berasa sedih atau kesunyian. Tabiat tersebut
sememangnya menajdi salah satu punca kepada peningkatan kadar penghidap obesity di negara ini.
Selain itu, bagi kategori yang kedua pula, terdapat juag rakyat Malaysia yang akan mengamalkan
makan secara berlebihan apabila berasa gembira. Sebagai contoh, apabila menyabutkan hari
kelahiran atau apa-apa sambutan yang mengembirakan, sudah pasti kita makan secara berlebihan
yang mana akan mendorong obesity.

Apabila kadar obesity semakin meningkat di negara ini, sudah pasti perkara tersebut akan
meninggalkan kesan buruk kepada individu penghidap obesity itu tersebut dan juga komuniti di
sekelilingnya. Antara kesan obesity yang paling berbahaya adalah peningkatan potensi untuk
mendapat penyakit kronik. Apabila seseorang telah menagalami obesity, penyakit-penyakit kronik
seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung mudah menyerang tubuh mereka.

Selain itu, seseorang itu juga akan menjadi terhad terhadap aktiviti-aktiviti harian setelah mengalami
obesiti. Segala aktiviti harian seperti berjalan, berlari, memakai pakaian akan menjadi perlahan dan
tidak selancar sebelumnya setelah mengalami obesity. Keadaan tersebut sudah pasti akan turut
memberi kesan kepada orang sekeliling mereka apabila mereka ditunggu atau dibantu dalam
melakukan sesuatu aktiviti harian. Keadaan tersebut boelh menjadi lebih teruk apabila kesemua
aktiviti harian sudah tidak dapat dilakukan secara individu dan terpaksa memerlukan bantuan orang
lain dalam setiap aktiviti yang ingin dilakukan.

Seterusnya, peningkatan dari segi perbelanjaan juga merupakan salah satu kesan apabila seseorang
menagalami obesiti.

Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi dan mengelak
daripada mengalami obesiti. Antara langkah utama yang boleh dialkukan adalah dengan pengamalan
makanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh dilakukan degan merujuk kepada
pyramid makanan yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan seperti jabatan kesihatan. Piramid
makanan adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada umur, pekerjaan dan beberapa
aspek yang lain. Sebagai contoh, seorang buruh kasar memerlukan makanan berkarbohidrat yang
tinggi seperti nasi untuk membekalkan tenaga yang banyak kepada mereka. Namun, bagi seseorang
yang bekerja di pejabat, jumlah kadbohidrat yang diperlukan tidaklah sebanyak jumlah yang
diperlukan oleh seorang buruh kasar.

Selain itu, senaman yang efektif juga boleh dilakukan untuk emnagwal dan mengelakkan diri
daripada mengalami obesity. Antara senaman yang boelh dilakukan adalah berjogging sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu selama 15 minit bagis etiap sesi. ( ). Namun sekiranya tidak
mempunyai masa yang mencukupi untuk bersenam di luar rumah, senaman di dalam rumah juga
boleh dilakukan. Antara senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah adalah bermain skipping.
http://www.academia.edu/4122301/Obesiti-Faktor_Kesan_dan_Rawatan

http://eprints.uthm.edu.my/5351/1/NOORSYARZIELAH_BINTI_SALEH.pdf

http://web2.fp.utm.my/smartlife/slsms/v1/upload/dokumen/Pencegahan%20Obesiti.pdf

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/lain_lain/pdf/22_flipchart_kospen.pdf

http://www.jknselangor.moh.gov.my/documents/pdf/sharingDoc/HealthConference/ORAL3/KEBER
KESANAN_INTERVENSI.pdf

http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/88/1/Obesiti%20dan%20gaya%20hidup%20murid%20perempu
an%20sekolah%20rendah%20di%20negeri%20Kedah.pdf

You might also like