You are on page 1of 1

KONSEP PENGASINGAN KUASA

Di Malaysia, dalam Perlembagaan Persekutuan mengasingkan 3 badan iaitu:

a) Badan Eksekutif
b) Badan Perundangan
c) Badan Kehakiman

Tugas pemerintah ialah melaksanakan kuasa mengikut saluran dan peruntukan yang telah
ditetapkan oleh undang-undang.

Ketiga-tiga badan ini bergerak dan berperanan dalam usaha mewujudkan satu ruang yang kita
kenali sebagai wujudnya check and balance.

check and balance bertujuan agar tidak ada mana-mana badan yang boleh bertindak dan
membuat keputusan mengikut kepentingan masing-masing tetapi perlu berlandaskan kepada
hak dan kuasa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang.

PERANAN BADAN EKSEKUTIF

TUGAS AHLI EKSEKUTIF:


a) Mentadbir negara
b) Menjalankan kuasa pemerintahan
c) Perhubungan diplomatic
d) Badan pengampunan

PERANAN BADAN LEGISLATIF

a) Membuat dan menggubal undang-undang


b) Kawalan terhadap kewangan
c) Meminda perlembagaan
d) Peranan kehakiman
e) Menyiasat dan memberitahu maklumat
f) Mengesahkan pegawai yang dicalonkan oleh eksekutif
g) Mengesahkan perjanjian antarabangsa

PERANAN BADAN KEHAKIMAN

a) Mentafsir perlembagaan
b) Mentafsir undang-undang
c) Kesahan sesuatu undang-undang bertulis sama ada di peringkat Pusat mahupun Negeri
d) Pengisytiharan kesahan di sisi undang-undang tentang sesuatu tindakan

turut berperanan dalam

i) Mengawal badan eksekutif dan perundangan


ii) Menjalankan undang-undang

You might also like