You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAEH,

D/A PPD SUBIS, 98150 BEKENU,


MIRI, SARAWAK.

KERTAS KERJA
PROGRAM MERIAH MERDEKA

TARIKH:
1 SEPTEMBER 2013 15 SEPTEMBER 2013

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SAEH.
1.0 PENGENALAN

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun

bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak tahun 1511. Hari kebangsaan

merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan

warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan

di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos 2013, Malaysia telah menyambut

ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-56.

2.0 OBJEKTIF

Program Meriah Merdeka ini mempunyai beberapa objektif tersurat dan tersirat

dalam menjayakannya:

2.1 Meningkatkan pemahaman murid tentang erti kemerdekaan.

2.2 Menggalakkan murid untuk menghayati dan memahami erti kemerdekaan.

2.3 Memupuk semangat guru dan murid untuk menyambut hari kemerdekaan

dengan meriah.

2.4 Meningkatkan keceriaan kelas khususnya dan sekolah amnya dalam

menyambut hari kemerdekaan.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama mengendalikan program Meriah Merdeka ini ialah :-

3.1 Memupuk semangat kemerdekaan dalam diri semua guru.

3.2 Meningkatkan kefahaman guru tentang kepentingan menghayati dan

memahami erti kemerdekaan.


3.3 Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan sekolah sepanjang masa.

3.4 Memupuk semangat menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

3.5 Menjana bilik darjah yang kondusif kepada murid untuk belajar.

4.0 BUTIRAN PERTANDINGAN

4.1 TAJUK

Program Meriah Merdeka ini memerlukan kerjasama semua guru kelas

untuk menghias dan memastikan kebersihan kelas mereka masing-masing.

Program ini adalah berasakan keceriaan kelas khususnya dan sekolah amnya.

Program ini akan berlangsung selama dua minggu.

4.2 TARIKH

1 September 2013 hingga 15 September 2013

4.3 TEMPAT

Bilik Darjah Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh.


6.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH TENTATIF PROGRAM

2 September 2013 ( Isnin ) Pelancaran program Meriah Merdeka

Pemberian markah kebersihan bagi setiap


6 September 2013 ( Jumaat )
kelas.

Pemberian markah kebersihan bagi setiap


9 September 2013 ( Isnin )
kelas.

Pemberian markah keseluruhan bagi


13 September 2013 ( Jumaat )
setiap kelas.

Pengumuman pemenang & penyampaian


17 September 2013 ( Selasa )
hadiah.

7.0 BILANGAN PESERTA

Para peserta program ini adalah melibatkan semua guru dan murid

Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh. Jumlah murid yang terlibat dalam program ini

adalah 19 orang.
8.0 JAWATAN KUASA KERJA

Penaung : En Ahmad Bin Haji Taip

Penasihat : En Benny a/k David Enggang

Setiausaha : Muhammad Azman Ariff Bin Jaafar

AJK Pemarkahan : Cik Nur Shakirah

AJK Hadiah dan cenderamata : Cik Francesca

9.0 PERATURAN PROGRAM MERIAH MERDEKA

9.1 Program ini memerlukan semua guru kelas dan murid masing-masing

bekerjasama untuk menghias dan menceriakan kelas.

9.2 Markah akan dinilai berdasarkan aspek-aspek kebersihan kelas, susun atur

kelas dan keceriaan kelas.

9.3 Markah-markah ini akan dinilai oleh AJK Pemarkahan.

9.4 Markah akan diberikan pada setiap hari Jumaat dan berlangsung selama dua

minggu.

9.5 Markah akan dikumpulkan dalam masa dua minggu berturut-turut.

9.6 Pemenang akan dinilai berdasarkan markah terkumpul yang tertinggi.

9.7 Pemenang akan diberikan hadiah sebuah piala pusingan.


10.0 SENARAI PERALATAN

- Semua peralatan yang digunakan dalam program ini adalah bergantung

kepada keperluan setiap kelas itu sendiri.

- Semua kos peralatan dalam program ini adalah tanggungan kelas masing-

masing.

12.0 KOS PERBELANJAAN

Bil Jenis Bahan Kuantiti/ harga seunit Jumlah

1 Hadiah 1

2 Kertas A4 1/ Rm12

12.0 PENUTUP

Akhir sekali, semoga penganjuran program ini dapat dilaksanakan dengan

jayanya hasil daripada kerjasama dan komitmen yang baik oleh semua pihak. Di

harapkan program Meriah Merdeka ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan

mencapai objektif yang digariskan. Diharap semua cadangan yang disertakan di dalam

kertas konsep ini mendapat maklum balas yang positif dari pihak tuan. Kerjasama dan

sokongan daripada pihak tuan amatlah dihargai.


Disediakan oleh.


(EN.MUHAMMAD AZMAN ARIFF BIN JAAFAR)
Setiausaha,
Jawatankuasa Program Meriah Merdeka,
Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh.

Disemak oleh,

(EN BENNY A/K DAVID ENGGANG)


Penolong Kanan Ko-kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh.

Disahkan oleh,

(EN AHMAD BIN HAJI TAIP)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Saeh.

You might also like