You are on page 1of 5

https://ms.wikipedia.

org/wiki/Kemerdekaan

kemerdekaan pemerintahan sendiri oleh duduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya
menuntut kedaulatan.
Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk
mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang
mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan
yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan
kuasa atau imperialisme.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kemerdekaan_Malaysia_ke-50
Sambutan Malaysia Merdeka 50 Tahun disambut pada 31 Ogos 2007 setelah mendapat
kemerdekaan dan penjajah British pada 31 Ogos 1957. Sambutan ini bukan hanya diadakan pada
hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Tahun 2007 juga merupakan Tahun Melawat Malaysia.
Semenanjung Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Sementara negara Sarawak merdeka
pada 22 Julai 1963 dan disusuli oleh kemerdekaan negara Sabah pada 31 Ogos 1963 sebelum
membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Namun 31 Ogos 1957 dikira sebagai tarikh rasmi
negara Malaysia merdeka.
Sambutan Malaysia Merdeka ke-50 tahun ini diadakan dengan beberapa tujuan:

Mengenang kembali jasa-jasa tokoh-tokoh berbilang kaum yang telah berjuang untuk
memerdekakan tanahair.
Mengadakan pelbagai aktiviti menarik, terancang dan berterusan sepanjang tahun bagi menarik
pelancong domestik dan luar negara.
Mewujudkan suasana meriah dan harmoni di Malaysia walaupun berhadapan dengan masalah-
masalah kecil.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
Maulidur Rasul
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini
jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari
hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda
adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini
mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati
keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah
dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu
Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi,
sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan
sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat
sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi
pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di
dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan
pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis
itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
MEMPERINGATI junjungan mulia Nabi Muhammad SAW tidaklah terhad
kepada hari tertentu ataupun hanya melalui acara tertentu. Ia sepatutnya
disegarkan dalam ingatan setiap Muslim sepanjang masa. Ini kerana baginda
adalah Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT membawa syariat untuk
kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Sungguhpun begitu amalan memperingati keputeraan Nabi SAW dengan


sambutan maulid tidaklah pula menyimpang daripada ajaran agama. Malah
aktiviti perarakan sambil membaca selawat atas Nabi SAW dan ceramah
agama yang rutin dilakukan pada bulan Rabiulawal sangat signifikan untuk
menyegarkan ingatan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Amalan ini juga
dapat meninggikan syiar Islam yang sesuai dengan kedudukannya.

Selain itu, masyarakat Islam diajak untuk memperbaharui kecintaan terhadap


junjungan mulia dengan menghayati sirah hidup baginda dan liku-liku
perjuangan dakwah menegakkan Islam sebagai pedoman bersama. Ini penting
bagi mengelakkan pelaksanaan dakwah dan penyampaian ajaran agama yang
menyimpang daripada landasan sebenar. Dewasa ini terdapat segelintir yang
menyebarkan fahaman songsang dan ajaran sesat yang mengelirukan
masyarakat.

Malah terdapat pula yang kurang ilmu, menjadi pak turut, bersikap keras hati
dan merasakan dia sahaja yang betul sehingga mengabaikan tanggungjawab
kerana taksub dan fanatik dengan fahaman tertentu. Salah faham dan
perbuatan melampau seperti ini eloklah diperbetulkan dengan memilih jalan
wasatiyyah (kesederhanaan) dan mempraktikkan ajaran Nabi SAW dalam
konteks yang syumul dan menyeluruh.

Untuk tujuan itu, umat Islam juga diajak beramai-ramai menghadiri pelbagai
program yang dirancang sempena bulan Rabiulawal bagi menimba ilmu demi
memahami Islam dalam realiti kehidupan masa kini dan tidak terhad kepada
pelaksanaan ibadah khusus semata-mata. Ini kerana syariat Islam juga berkait
rapat dengan aspek kenegaraan, politik, sosial dan ekonomi.

Dalam pada itu, usah dipilih ustaz selebriti atau ustaz tertentu sahaja untuk
menghadiri program ceramah sempena Maulidur Rasul. Yang lebih penting
adalah, apa yang disampaikan dan bagaimana umat Islam berusaha
menzahirkan kecintaan terhadap baginda. Diharapakan, segala pelajaran
daripada ceramah agama dan majlis ilmu dapat diterjemahkan dalam
kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Kaum Muslimin juga diajak mengamalkan ajaran Nabi Muhammad SAW dalam
segenap gerak geri kehidupan. Seperti mana Nabi Muhammad SAW dan para
Anbia terdahulu menggembala kambing dan berniaga untuk menyara
kehidupan diri dan keluarga maka umat Islam diajak bersikap produktif dan
komited dalam kerjaya masing-masing. Usah curi tulang dan terlalu berkira-kira
dalam melakukan pekerjaan seharian.

Yang lebih penting ikhlas dan tidak mengabaikan semua perintah agama.
Begitu juga, persoalan halal dan haram hendaklah sentiasa dititikberatkan agar
pekerjaan yang dilakukan dinilai sebagai ibadah.

Dalam konteks hubungan sosial dan kemasyarakatan, Nabi Muhammad SAW


ialah role model dengan menunjukkan tatacara bergaul dan berbuat baik
kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan agama dan fahaman
tertentu.

Untuk itu, perbuatan keji mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain


hendaklah digantikan dengan mengingat dua perkara dan melupakan dua
perkara. Ingatlah sentiasa semua kebaikan orang lain kepada kita dan ingatlah
semua keburukan yang telah kita lakukan. Lupakan pula semua kebaikan yang
telah dilakukan kepada orang lain dan lupakan semua keburukan yang pernah
dilakukan kepada kita. Dengan cara ini diharapkan kehidupan bermasyarakat,
berjiran dan bersahabat akan sentiasa harmoni dengan semangat ukhuwah
yang sentiasa bertaut sepanjang masa.

Begitu juga dalam pergaulan dan tatacara berpakaian umat Islam diingatkan
supaya sentiasa mematuhi syariat. Pergaulan bebas antara bukan mahram,
berdua-duaan lelaki dan perempuan tanpa ikatan nikah adalah dilarang agama.

Adalah sesuatu yang tidak kena dengan sambutan Maulidur Rasul apabila
masih ada yang selesa berpakaian mencolok mata sehingga menyebabkan diri
sendiri dan orang lain terlibat berdosa. Ini diburukkan lagi dengan penggunaan
media baharu untuk mempamerkan aksi lucah dan perbualan kotor yang boleh
menyebabkan pelaku terpalit dosa sebanyak mana orang yang menonton,
membaca dan menyebarkannya.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul kali ini kaum Muslimin diajak
merapatkan saf dan barisan untuk membentengi diri, keluarga dan negara
daripada pelbagai ancaman dalaman dan luaran yang bertujuan menyesatkan
umat daripada ajaran Islam yang sebenar.

Usah juga dilupakan nasib saudara seagama di merata dunia termasuklah di


Rohingya yang dinafikan hak untuk hidup dan melaksanakan ajaran Islam
dengan pengusiran daripada kampung halaman selain pencabulan ke atas hak
asasi manusia.

Lebih daripada itu, umat Islam diingatkan tidak hanya teruja berarak dengan
baju Melayu sambil mengangkat sepanduk serta berqasidah dan marhaban
sahaja. Ingatan dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang mulia
hendaklah diterjemahkan dengan memperbanyak selawat dan mempraktikkan
ajarannya sepanjang masa.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari,


Universiti Teknologi Mara Kampus Pasir Gudang, Johor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memahami-


sambutan-maulidur-rasul-1.419005#ixzz4g0WFHiSZ
Utusan Melayu (M) Bhd
Sukan
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah
yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan
ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat
sebagai aktiviti rekreasi.
Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan
manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.

You might also like