You are on page 1of 4

Tajuk: Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK TAMAN SEJAHTERA TAHUN 2016

highlight proses awal !!


kerangka kasar highlight fakta, highlight
huraian !!

Faktor
1. Faktor mengadakan Majlis Graduasi yang pertama adalah untuk memberi penghargaan
kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum. Ini dapat
memberi galakan dan dorongan kepada para pelajar supaya mereka terus cemerlang pada
masa akan datang.

2. Faktor mengadakan Majlis Graduasi yang kedua adalah untuk mewujudkan persaingan yang
sihat dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing.
Dengan mempunyai persaingan yang sihat, ia dapat memupuk emosi pelajar-pelajar agar
berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan dan setanding dengan rakan atau
orang yang telah berjaya.

3. Faktor mengadakan Majlis Graduasi yang ketiga adalah untuk memperkasa permuafakatan
dalam organisasi sekolah melalui kerjasama yang erat dalam kalangan warga sekolah serta
ibu bapa. Ini dapat meningkatkan sistem pengurusan sekolah dengan lebih sistematik.

4. Faktor mengadakan Majlis Graduasi yang keempat adalah ia menjadi pemangkin dan
suntikan semangat kepada pelajar untuk menyertai secara aktif dalam aktiviti sukan dan
kokurikulum di peringkat sekolah, negeri ataupun negara. Para pelajar akan berusaha untuk
mengembangkan bakat diri sendiri dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri,
individu yang berpengetahuan, berkebolehan dan berkemahiran dengan bersungguh-
sungguh.
KESAN
*** Underline is Contoh
*** Highligh is Point write in proses awal

1. Kesan terhadap diri sendiri


Kesan mengadakan Majlis Graduasi terhadap pelajar adalah pelajar akan lebih berusaha
untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Contohnya,
mereka ingin mendapat penghargaan seperti sijil dan hadiah pada Majlis Graduasi dan
inin secara langsung memberi galakan kepada para pelajar belajar dengan bersungguh-
sungguh.
Dengan ini, Pelajar akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum selain
daripada akademik. Sebagai contoh, pada masa kini pencapaian seseorang pelajar yang
cemerlang bukan dari segi akademik sahaja tetapi ia juga melihat dari pelbagai segi
seperti kokurikulum, kepimpinan dan sebagainya.
Mereka juga akan bersaing secara sihat dengan pelajar lain untuk menuju kejayaan yang
setanding dengan rakan yang telah berjaya. Hal ini dapat menjadi pemangkin bagi
mereka supaya dapat bersemangat untuk belajar serta mengembangkan bakat dan
minat mereka.

2. kesan terhadap masyarakat


Kesan dengan mengadakan Majlis Graduasi terhadap masyarakat adalah kita dapat
melahirkan golongan masyarakat yang lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelbagai bidang. Contohnya, golongan masyarakat akan berusaha menceburi
dalam bidang yang dia minati seperti dalam bidang sains dan teknologi dan sebagainya.
Majlis Graduasi juga dapat mengurang pengangguran dalam masyarakat serta
meningkat kehidupan sosial masyarakat. Ini akibatnya ramai warga masyarakat yang
cemerlang berusaha berjaya mendapat pekerjaan.
3. kesan terhadap negara
Dengan mengadakan Majlis Graduasi, kita dapat melahirkan pelbagai insan yang
cemerlang dalam pelbagai sektor di negara seperti sektor pelancongan, pertanian,
pembangunan dan sebagainya
Majlis Graduasi ini akan mengakibatkan lebih ramai rakyat akan berusaha untuk
mengharumkan nama negara serta menaikkan imej negara di mata dunia. Sebagai
contohnya, negara kita dapat bersaing dengan negara maju dalam segala aspek.
Menjelang tahun 2020, negara kita dapat berkembang pesat ke arah yang lebih maju
dan seterusnya membantu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh.

Iktibar
Melalui Majlis Graduasi ini, saya boleh mengambil iktibar bahawa kita perlu menghargai
usaha dan kejayaan cemerlang yang dikecapi oleh seseorang dalam bidang akademik serta
kokurikulum. Kita perlulah memberi galakan dan dorongan kepada orang lain termasuklah diri
kita sendiri supaya terus cemerlang pada masa akan datang untuk membantu negara kita
menjelang wawasan 2020.

Tambahan pula, saya boleh mengambil iktibar bahawa kita juga perlu menyedari
bahawa setiap kejayaan pasti akan diiringi pelbagai cabaran. Kita haruslah mengelakkan sifat
pesimistik yang boleh menghalang kejayaan supaya dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai sesuatu matlamat.
.

You might also like