You are on page 1of 1

Bahagian 504 daripada undang-undang Rehabilitasi tahun 1973 telah menjanjikan hak-hak sivil

untuk orang kurang upaya dalam konteks agensi yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan atau
program dan kegiatan persekutuan akan menerima bantuan kewangan. Hal ini diperlukan untuk
penginapan sekolah kurang upaya termasuklah akses kepada bangunan dan struktur serta
meningkatkan integrasi dalam masyarakat. Pada tahun 1975,undang-undang awam(PL 94-142) telah
memberikan hak istimewa kepada kanak-kanak kurang upaya untuk menerima pendidikan secara
percuma.Bagi mengenalpasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam
pembelajaran,beberapa langkah boleh diambil oleh guru seperti melalui pemerhatian,senarai
semak,ujian diagnostic,temuramah dengan ibu bapa dan guru murid terbabit,ujian
penglihatan,rekod profil dan menggunakan borang anekdot.

Melalui pengalaman saya menghadapi murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan
berkeperluan khas autisme. Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal
daripada bahasa Greek,iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini,autos merujuk kepada
seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Menurut Dr.Widowo,penghidap autisme biasanya
mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Melalui pemerhatian saya murid ini lambat untuk
bercakap dan apabila bercakap,hanya bercakap untuk masa yang singkat dan tidak dalam waktu
yang lama. Murid ini hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan
rakannya. Bahkan,murid ini mampu untuk meniru apa yang orang lain katakana tetapi gagal untuk
memahami kata-kata tersebut.

Oleh itu,guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di


sekolah.

You might also like