You are on page 1of 35

Peraturan yang diwujudkan ini amat relevan sekali.

Dalam hal ini,guru berhadapan dengan


murid-murid yang bermasalah pembelajaran,apatah lagi bagi guru pendidikan khas. Namun
begitu,tidak dapat dinafikan masih ramai guru yang kurang mengetahui bagaimana murid itu
perlu dibantu bagi memastikan ia berjaya di dalam kelas. Kebiasaannya pelbagai teknik dan
cadangan yang diberikan,namun mereka perlu membuat penyesuaian kerana setiap murid
adalah berbeza. Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu
menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif
bagi membantu murid dengan keperluan khas.

Bagi tugasan dan bahan bantu mengajar,guru hendaklah memberikan tugasan yang ringkas
tetapi kerap. Dengan tugasan yang ringkas dapat membantu murid berpeluang menikmati
kejayaan dan juga memberikan peluang kepada guru mendekati murid. Tugasan yang kerap
diberi pula meningkatkan peluang untuk berjaya. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan
analisis tugasan,iaitu dengan menjadikan tugasan dalam bentuk unit-unit kecil. Sebagai
contoh,beri lima ayat ataupun lima soalan sahaja supaya murid dapat menerima maklum
balas secepat mungkin.

Selain itu,bagi mata pelajaran Matematik,guru haruslah menggalakkan murid memasak


supaya murid mahir dengan ukuran dan timbangan. Juga galakkan murid mencatatkan suhu
setiap hari. Bahkan,guru hendaklah melibatkan murid dalam aktiviti mengukur ketinggian
rakan dan menjalankan aktiviti simulasi jual beli.

Kaedah Pengajaran

Kaedah Dan Teknik Mengajar

Pengajaran secara kumpulan

Berasaskan strategi berpusat pada murid


Menguasai kemahiran mengikut kebolehan masing-masing
Jenis kumpulan: a) mengikut kebolehan b) guru rancang P&P secara berperingkat
Murid dikumpulkan berdasarkan hasil penilaian
Sesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
Ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lain mengikut tahap
kebolehan
Komposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan bagi matapelajaran yang berlainan

Kumpulan pelbagai kebolehan

Pembentukan kumpulan yang mengandungi murid-nurid yang mempunyai pelbagai


kebolehan dan kecenderungan
Sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti permainan, simulasi, perbincangan, projek
dan ujikaji
Murid-murid yang cerdas dapat membantu murid-murid yang lambat

Pengajaran secara individu

Kaedah mengajar yang berlaku di antara seorang guru dan seorang murid sahaja
Murid-murid yang diajar dengan kaedah ini akan dapat mengembangkan potensi
mereka dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial secara menyeluruh serta seimbang

Faktor-faktor yang diambil kira dalam pengajaran secara individu

Kebolehan dan pengalaman sedia ada


Punca masalah yang dihadapinya
Strategi dan teknik mengajar
Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar
Langkah-langkah pengajaran mengikut urutan
Aktiviti pengukuhan dan penilaian
Aktiviti pembelajaran untuk murid-murid lain

Pengenalan

Dalam konteks sekolah rendah, Program Pendidikan Pemulihan merupakan tindakan


yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

Konsep dan Definisi Pendidikan Pemulihan Matematik

Konsep matematik ialah satu bahasa istimewa dan penting yang harus dipelajari oleh
semua orang. Cara dan teknik matematik itu sendiri haruslah dikuasai jika kita hendak
mendalami bahasa bidang tersebut.

Konsep matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni,
dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.

Konsep pendidikan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil untuk
mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran
matematik di sekolah rendah amnya. Pendidikan Pemulihan ini lebih menumpukan
kepada kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, operasi tolak,
operasi darab dan operasi bahagi. Biasanya program ini dikendalikan oleh guru-guru
yang telah menjalani latihan khas (matematik).

Kalau kita perhatikan dalam diri murid-murid, proses kognitif dan pengetahuan telah
berkembang sejak permulaan persekolahan lagi. Oleh itu, untuk mengukuhkan lagi
pengetahuan tentang matematik guru perlu memperkenalkannya dengan menggunakan
kaedah dan strategi yang dapat menarik minat murid tersebut meneroka bahasa itu. Proses
untuk memahami konsep memerlukan masa yang agak panjang. Murid-murid perlu
mempunyai persediaan yang mencukupi sebelum membina dan melanjutkan sesuatu konsep
itu. Bagi tujuan ini, proses itu perlu dimajukan mengikut suatu susunan yang tertentu dalam
3 fasa :-

1. Memajukan kefahaman prasyarat bermaksud membuat persediaan untuk mempelajari


sesuatu konsep. Kemahiran yang diperlukan dalam fasa ini mungkin berupa kesediaan
terhadap sesuatu yang hendak dipelajari atau idea yang telah dipelajari bolehlah
dihubungkaitkan dalam pembentukan konsep yang hendak dikaji.

2. Membina konsep dan generalisasi ialah membentuk idea dengan menghubungkan


pengalaman yang telah dipelajari dengan pengalaman yang baru. Proses ini melibatkan
sesuatu kesimpulan yang telah dibuat yakni generalisasi yang diperolehi dari contoh yang
dikaji atau yang telah dipelajari lebih awal melalui proses pembelajaran. Di sini murid-murid
perlu

menghasilkan sesuatu contoh dan mengkajinya untuk menunjukkan bahawa sesuatu idea atau
pengetahuan itu telah diperolehi.

3 Melanjutkan dan mengukuhkan pengetahuanan ialah murid melanjutkan kefahaman


dengan cara mengkaji kandungan pengetahuan yang baru dibina dan mengukuhkan
pengetahuan itu dengan memeriksa kembali dan mengulanginya supaya pengetahuan yang
betul dapat difahami dan dikekalkan dalam pemikiran mereka.

Tujuan pendidikan pemulihan matematik

Dalam mata pelajaran matematik, masalah ini wujud dalam dua keadaan iaitu murid-murid
salah dalam mempelajari dan memahami konsep dan kemahiran matematik serta murid-murid
memang lemah dari segi mental. Oleh yang demikian, tujuan untuk mengadakan pemulihan
matematik adalah perlu bagi murid-murid yang sukar menguasai pembelajaran matematik
ini. Antara tujuannya adalah seperti berikut :-
Menolong dan membantu murid-murid yang lambat dalam menguasai kemahiran-
kemahiran asas matematik seperti mengenal nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi
darab dan operasi bahagi seterusnya dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

Melatih murid-murid menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari seperti


menyelesaikan masalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan membantu murid-
murid membina keyakinan dalam diri mereka.Sebagai contohnya, apabila seorang murid
berjaya menyelesaikan masalah dan faham tentang apa yang telah dipelajari, mereka akan
berasa yakin dengan kebolehan diri sendiri dalam mempelajari matematik.

Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dikuasai oleh murid-murid.

Memberi peluang kepada murid-murid lembam mempelajari kemahiran matematik


mengikut kadar kebolehan mereka sendiri. Ini dilakukan untuk mengelak mereka daripada
terus tercicir dan seterusnya dapat memupuk minat mereka untuk mempelajari mata
pelajaran matematik.

Punca Dan Jenis Masalah Matematik

2.1 Faktor-faktor yang menghalang Penguasaan Kemahiran Matematik

2.1.1 Sekolah

a) Pihak pentadbir

Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan


Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya
Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid pemulihan
sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR

b) Kelas Pemulihan
Tempat tidak sesuai seperti di bawah tangga
Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian
Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan

2.1.2 Guru

Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-
peringkat, tidak menggunakan pengetahuan sedia ada murid, tiada aktiviti
pengukuhan
Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai
Emosi guru garang, tidak sabar
Kurang prihatin
Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul
Guru kurang berminat
Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan pengajaran dan
pembelajaran secara individu
Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan

2.1.3 Ibu Bapa

Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel, buku, dan sebagainya


Tidak memberi dorongan
Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak
Sibuk dengan hal sosioekonomi
Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak

2.1.4 Murid

a. Masalah kurang kecerdasan @ mental

Warisan daripada genetik ibu bapa


Masalah daripada sebelum, semasa, dan selepas kelahiran
Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan
Kekurangan makanan yang berzat

b. Faktor sikap
o Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai - tidak berminat

c. Faktor Masalah pengamatan

Masalah pendengaran, penglihatan, dan psikomtor

d. Faktor fizikal

o Makanan yang tidak berzat

o Murid cepat letih tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah

o Keletihan

o Menolong keluarga menambah pendapatan / menjaga adik

o Berpenyakit - kerap tidak hadir ketinggalan dalam pelajaran

e. Tidak boleh membaca, memahami, dan menguasai Bahasa Inggeris

f. Penempatan murid yang tidak sesuai

v Disleksia, slow learner dan sebagainya

2.1.5 FAKTOR LAIN

v Kurikulum yang tidak sesuai dengan IQ pelajar

v Buku teks yang memuatkan tajuk-tajuk sukar

v Sukatan Pelajaran yang terlalu umum

v Persekitaran P & P yang tidak ceria


2.2 Jenis-jenis dan ciri-ciri masalah seperti Anxiety, Disleksia, Mathophopia,
Diskalkulia, Masalah ruang, dan lain-lain

2.2.1 Anxiety ( Kerisauan )

v Merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatan perasaan trauma mahupun risau
disebabkan oleh pengalaman masa lampau.

Ciri-ciri gangguan masalah Anxiety

v Kognitif

Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti

v Somatik

Menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang dirasakan boleh


mengancam keselamatannya.
Mengalami gejala-gejala seperti tekanan darah tinggi, berpeluh serta sistem
pencernaan terganggu

v Emosi

Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci

v Tingkah Laku

Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca anxiety


o Tidak dapat mengawal diri
2.2.2 Disleksia (Dyslexia)

v Masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan menulis matematik

Ciri-ciri gangguan masalah Disleksia

v Pendengaran

Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan


Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf
Payah menyebut huruf m dengan n

v Pertuturan / Penulisan

Kesalahan mengeja perkataan

Contohnya mengeja magic sebagai mjc

Susunan huruf terbalik

Contohnya mengeja does sebagai dose

Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama

Contohnya mengeja should sebagai shud

Kesalahan/ kurang tepat sebutan


Tidak lancar, tersekat atau gagap

2.2.3 Mathophopia

v Perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu lagi dari segi
keupayaannya dalam matematik.

Ciri-ciri gangguan masalah Mathophopia

Tidak suka matematik


Berasa tidak pasti / kurang yakin
Pencapaian lemah
Kekurangan minat
Sikap tidak ambil peduli

2.2.4 Diskalkulia

v Kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu kawasan yang tertentu
dalam otak yang tidak berfungsi secara normal

Ciri-ciri gangguan masalah Diskalkulia

v Pengiraan

Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor


Sukar memahami konsep nombor

v Membaca dan Menulis nombor

Terkeliru nombor 12 dengan 21


Salah membaca nombor 5004 dibaca

lima ratus empat

v Arah

Sukar memahami arah kiri atau kanan


Sukar mematuhi arahan semasa membaca peta

2.3 Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.


2.3.1 Pra nombor

a) Tidak dapat membezakan kumpulan benda yang seakan-akan sama banyak seperti
tidak sama banyak , kurang dan lebih.

2.3.2 Disleksia (Dyslexia)

a) Tidak boleh menulis angka dengan tepat nombor seperti

2.3.3 Mathophopia

a) Tidak dapat mengasingkan kumpulan-kumpulan mengikut bentuk, saiz, warna


dan jenis benda seperti empat segi sama dan tepat, warna merah dan jingga

2.3.4 Diskalkulia

a) Tidak memahami dan keliru nilai tempat nombor

Lima ratus tujuh ditulis 57


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

1.0 Pengenalan

Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam usaha guru untuk
membimbing murid-murid berkeperluan khas. Dengan adanya strategi, seseorang guru akan
lebih tertumpu dan teratur dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Seharusnya
strategi pengajaran dan pembelajaran ini menjadi satu usaha berkesan dan menarik murid-
murid berkeperluan khas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran :

1.1 Bahasa Melayu

1.2 Matematik

1.3 Bahasa Inggeris

1.4 Pengurusan Diri

1.5 Kemahiran Hidup (Pertukangan Kayu, Perkebunan, Masakan, Jahitan, Pemeliharaan


binatang dan Asas Mendobi )

1.6 Agama

1.7 Pendidikan Moral

1.8 Pendidikan Muzik

1.9 Pendidikan Seni

1.10 Pendidikan Jasmani

1.11 Sains dan Alam Sekitar

1.12 Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1.13 Pengurusan Tingkahlaku

1.14 Pengurusan Manipulatif

MATAPELAJARAN : BAHASA MELAYU

Tajuk : Mengamati bunyi-bunyian

Kemahiran : Bertindak balas terhadap bunyi-bunyian yang melambangkan sesuatu seperti


kecemasan, siren, polis dan bomba.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Benda-benda maujud

2. Kad gambar

3. Kad perkataan

Langkah-langkah :

1. Murid-murid diperdengarkan bunyi-bunyian daripada pita rakaman.

2. Murid-murid di minta mengecam dan menamakan bunyi yang didengar.

3. Bersoal jawab tentang bunyi yang didengar.

4. Guru menunjukkan kad gambar yang mengandungi gambar-gambar dari bunyi pita
rakaman.

5. Murid membunyikan mengikut gambar.

6. Latihan memadankan gambar dengan bunyi.

Tajuk : Mengamati dan menggunakan bunyi bahasa.

Kemahiran : Membezakan bunyi vokal.

Bahan Bantu mengajar :

1. Kad huruf vokal

2. Kad gambar

3. Lembaran kerja
Langkah-langkah :

1. Guru menunjukkan kad-kad huruf.

2. Murid menyebut huruf yang ditunjukkan.

3. Murid menyebut huruf beserta bunyinya. Contoh a bunyinya A A a

4. Membezakan bunyi dua vokal melalui kad huruf.

5. Memadankan bunyi vokal dengan kad gambar.

6. Latihtubi menyebut dan membunyikan huruf vokal.

7. Latihan memadankan huruf vokal dengan gambar melalui lembaran kerja.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Tajuk : Memahami bahasa perhubungan

Kemahiran : Memahami ayat-ayat seperti arahan kepada rakan- rakan.

Bahan-bantu mengajar :

1. Kad ayat

2. Kad gambar

3. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Murid melakukan arahan yang diberi oleh guru. Contohnya, suruh murid berdiri tegak,
duduk dan lain-lain.

2. Bersoal jawab tentang aktiviti yang telah dibuat.

3. Melakukan aktiviti kumpulan seperti seorang murid memberi arahan dan ahli kumpulan
mengikut arahan tersebut. Contoh : Sila duduk, sila berdiri, masukkan kerusi ke dalam meja
dll

4. Latihtubi melakukan arahan yang pelbagai. Contoh : Tolong senyap, simpan buku dll.

5. Latihan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Bertanya atau menyoal


Kemahiran : Menggunakan soalan yang mudah dan pelbagai jenis serta berstruktur seperti
mengenai diri, keluarga dan hobi.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad gambar aktiviti seperti berlari, memasak, membaca dll.

2. Kad perkataan (apa, siapa, di mana, mengapa)

Langkah-langkah :

1. Guru bercerita tentang kejadian semasa contoh : Apa yang berlaku di tapak perhimpunan
murid pengsan.

2. Bersoal jawab dengan menggunakan pelbagai jenis soalan seperti Siapa yang pengsan?
, Mengapa?, dan lain-lain.l.

3. Guru menunjukkan gambar. Contoh : Ibu sedang memasak.

4. Latihtubi membina soalan dari gambar. Contoh : Ini gambar apa? , Siapa yang
memasak? dll.

5. Tunjukkan gambar-gambar lain dan minta murid membina soalan.

6. Latihan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Bercerita tentang diri dan persekitarannya secara lisan

Kemahiran : Bercerita berpandukan gambar, cerita dan peristiwa.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Model sebenar murid / guru

2. Papan putih / hijau

Langkah-langkah :

1. Guru bercerita tentang dirinya ( nama, umur, tempat tinggal, hobi, keluarga dan lain-lain )

2. Minta setiap murid bercerita tentang diri masing-masing.

3. Aktiviti bersoal jawab antara murid dengan murid.

4. Latihan bertulis mengenai diri sendiri berpandukan penerangan guru.


Tajuk : Memahami maksud notis pada papan tanda.

Kemahiran : Memahami isyarat / tanda-tanda jalan raya, papan-papan tanda dan notis.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad arahan berbentuk notis atau papan tanda.

2. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Guru menunjukkan arahan berbentuk notis dengan menggunakan pita video atau cakera
padat. Contoh : papan tanda pada jalan raya, tempat-tempat awam dan rekreasi.

2. Bersoal jawab tentang arahan-arahan yang dilihat dari pita Rakaman / cakera padat.

3. Menama dan mengecam papan-papan tanda dan notis melalu iaktiviti lawatan ke
persekitaran sekolah.

4. Aktiviti pengukuhan mengingat kembali arahan-arahan yang telah dilihat .

5. Latihan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Mengingat kembali

Kemahiran : Menyebut nama objek seperti perkakas dalam bilik darjah, gambar keluarga dan
rajah bentuk geometri.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Benda-benda maujud.

2. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Menamakan benda-benda yang terdapat di dalam kelas.

2. Guru mencatat nama-nama benda yang disebut oleh murid di papan hitam.

3. Murid membaca catatan guru di papan hitam.

4. Guru memadam semua perkataan yang ditulis dan minta murid menyebut semula
perkataan tadi.

5. Aktiviti pengukuhan adakan Permainan Mengingat Kembali (Permainan Kim) contoh :


i. meletakkan pelbagai jenis barang dalam sebuah bekas

ii. murid diberi masa satu minit untuk melihat barang tersebut.

iii. murid menyebut lima barang yang terdapat dalam bekas.

6. Latihan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Mengecam bentuk dan gambar

Kemahiran : Mengenal pasti dan membezakan bentuk, rajah dan gambar.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Benda maujud

2. Kad bentuk dan gambar

3. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab dengan murid tentang benda-benda di dalam kelas dari segi bentuk ( segi
empat, segi tiga, bulat, bujur dan lain-lain )

2. Minta murid memadankan kad-kad bentuk dengan benda-benda di dalam kelas (seperti
meja kad segi empat, jam - kad bulat )

4. Guru membimbing murid membina ayat mudah berpandukan tajuk.

Contoh : Bola ini bulat.

Bentuk meja saya segi empat.

5. Latihan pengukuhan melalui lembaran kerja.

KEMAHIRAN MEMBACA

Tajuk : Berbahasa menggunakan perkataan kvkv.

Kemahiran : Menggunakan perkataan kvkv.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad-kad perkataan

2. Kad gambar.
3. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Murid menamakan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru.

Contoh : baju, batu, buku, bola dll.

2. Murid menamakan gambar dan kad perkataan yang ditunjukkan guru.

3. Ulang aktiviti ini beberapa kali sehingga murid dapat menyebut perkataan tanpa melihat
gambar.

4. Murid menyebut perkataan mengikut suku kata. Contoh :

baju : ba ju, batu : ba tu, dll.

5. Latihan pengukuhan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Membaca dan memahami teks mudah.

Kemahiran : Membaca ayat mudah.

Bahan bantu mengajar :

1. Kad-kad ayat

2. Kad bacaan

Langkah-langkah :

1. Tunjuk kad perkataan dan kad ayat. Guru membimbing murid membaca kad-kad tersebut.
Contoh :

buku

2. Latihtubi membaca secara kumpulan dan individu.

3. Latihtubi menyusun ayat mengikut turutan.

4.
Buku

Ini buku

Ini buku Abu


Murid membaca kad bacaan yang sama secara individu. Contoh :

5. Latihan melalui lembaran kerja.

KEMAHIRAN MENULIS

Tajuk : Menulis

Kemahiran : Menulis nama, alamat dan nombor telefon.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab dengan murid mengenai latar belakang mereka.

Contoh : nama, alamat, nombor telefon, ahli keluarga dll.

2. Murid diminta menulis nama, alamat dan nombor telefon di papan hitam secara individu.

3. Latihan menulis pada sehelai kertas.mengikut susunan yang ditunjukkan. Contoh :

Nama : Aminah bt Hassan

Alamat : 2, Jalan Sekolah, Kg. Baru,

81100 Johor Bahru.

Nombor telefon : 07-3333456

4. Latihan menulis di lembaran kerja.

Tajuk : Mengenal, mengeja, membaca, memahami dan mengingati senarai perkataan.

Kemahiran : Menyenaraikan perkataan mengikut jenis seperti

KV+KVK.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad perkataan KV+KVK


2. Kad suku kata

3. Kad gambar

4. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Murid menamakan gambar yang ditunjukkan oleh guru.

Contoh : botol, cawan, keris, lipas dan rumah.

2. Murid menyebut perkataan mengikut suku kata.

Contoh : bo + tol, ca + wan.

3. Guru mencantumkan kad suku kata dan minta murid menyebutnya.

4. Latih tubi mencantum dan membaca kad-kad suku kata yang diberi.

5. Latihan menyalin perkataan-perkataan yang telah dibaca.

6. Latihan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Mengetahui sistem ejaan

Kemahiran : Menyenaraikan perkataan ( kata nama khas ).

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad perkataan ( nama khas ).

2. Lembaran kerja

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab dengan murid mengenai nama-nama rakan dan benda di dalam kelas dan
tempat yang diketahui.

2. Guru mencatat perkataan-perkataan yang disebut di papan hitam.

3. Murid membaca perkataan-perkataan tersebut.

4. Guru menerangkan tentang nama khas seperti nama orang dan nama tempat.

5. Murid mengecam dan menanda nama khas yang tercatat di papan hitam.

6. Latihan menyalin kata nama khas di dalam buku catatan.


7. Latihan melalui lembaran kerja.

Tajuk : Menulis ayat secara terkawal dan berpandu.

Kemahiran : Menulis ayat secara terkawal dan berpandu

Bahan Bantu Mengajar :

1. Rajah tukar ganti

Langkah-langkah :

1. Guru menunjukkan rajah tukar ganti pada carta ayat.

2. Murid membaca perkataan dengan bimbingan guru.

Contoh :

Emak memasak surat khabar

Ali membasuh pakaian

Bapa membaca nasi

membeli buku

pinggan

sayur

3. Latihtubi membina ayat dari rajah tukar ganti.

4. Latihan membina ayat secara bertulis.

Tajuk : Menulis pesanan

Kemahiran : Menulis surat pesanan

Bahan Bantu Mengajar :

1. Contoh surat pesanan

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab dengan murid tentang kepentingan pesanan dalam kehidupan seharian.
2. Murid membaca contoh-contoh surat pesanan yang tertera di papan hitam.

3. Latihtubi membina pesanan sendiri. Contoh : Siti, tolong belikan nasi lemak di kantin.

4. Latihan menulis pesanan ke dalam buku latihan.

Tajuk : Surat dan kad ucapan

Kemahiran : Menulis kad ucapan

Bahan Bantu Mengajar :

1. Contoh kad ucapan

2. Peralatan seni dan kad manila

Langkah-langkah :

1. Bersoal jawab tentang kegunaan kad ucapan.

2. Guru menunjukkan contoh kad ucapan.

3. Membina kad ucapan dengan bimbingan guru.

4. Mempamerkan hasil kerja.

Strategi Pengajaran Matematik Part 3


12 Oktober 2009 cikgu Tinggalkan komen Go to comments

Kaedah-kaedah Pengajaran Khas Matematik

1. Pengenalpastian masalah matematik dan tahap kebolehan pelajar

Pemerhatian : daripada pemerhatian, guru dapat mengenal pasti masalah pembelajaran


murid melalui tingkah laku dan penglibatan murid dalam aktiviti P&P Matematik.

Ujian Kertas dan Pensel :


1. Ujian saringan untuk mengesan murid pemulihan.
2. Ujian diagnostik untuk mengenal pasti punca masalah / mengesan kemahiran tertentu yang
belum dikuasai oleh pelajar.
3. Ujian formatif untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu
kemahiran diajar.
4. Ujian sumatif untuk mengetahui sejauh mana penguasaan murid selepas sesuatu unit atau
tajuk pengajaran telah dilakukan.
5. Latihan harian.
6. Soal jawab
7. Pentaksiran rekod prestasi
8. Rekod profil dan kesihatan

2. Pengaplikasian teknik khas dalam pengajaran matematik

i. Teknik penyoalan

Lisan.
Bahasa yang digunakan mestilah boleh difahami
Soalan mesti tepat dan cepat, mendorong pelajar berfikir.
Soalan hendaklah bertumpu dan bercapah.
Soal mengikut aras murid dalam kemahiran yang sama.

ii. Teknik permainan kooperatif, berkumpulan, berpasangan, individu,

Antara perkara yang perlu diambil kira dalam teknik ini ialah permainan tersebut dapat
menguatkan kemahiran menyusun nombor, menguatkan kemahiran operasi nombor,
menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak

iii. Teknik tunjuk cara

iv. Teknik latih tubi (pengulangan fakta)

Lisan congak
Bertulis lembaran kerja
Membolehkan pelajar mendengar dan melihat serta membantu merangsang minda pelajar
berfikir untuk memproses fakta dan menjawab soalan.

v. Teknik main peranan


vi. Teknik bercerita
vii. Teknik inkuiri penemuan
viii. Teknik kuiz

Kurikulum PKBP bermatlamatmenyediakan ilmu pengetahuandan kemahiran melalui


prosespengajaran dan pembelajaranyang fleksibel untuk memenuhikeperluan individu denganpelbagai
tahap keupayaan ke arahkehidupan bermakna.
PENDEKATAN DAN STRATEGI
Pengajaran & Pembelajaran

Analisis Tugasan

Belajar melalui Bermain


Pengajaran Bertema

Pengajaran Pengalaman

Pembelajaran Masteri

Pendekatan Kolaborasi
KAEDAH STESENKEMAHIRAN P& P

Diguna pakai sebagai alternatif kepada kaedahsedia ada.

Murid-murid dapat mengikuti keseluruhankurikulum berdasarkan keupayaan dan kebolehansedia ada

murid

Pengenalan

Jurnal ini membincangkan tentang pola komunikasi hasil daripada kajian ke atas 264 keluarga yang
mempunyai anak cacat dari kategori bermasalah pembelajaran di negeri Kelantan & Perak Kajian ini
secara keseluruhannya mendapati yang sebahagian besar keluarga (61.1%) mempunyai komunikasi
yang kurang memuaskan dengan anak-anak mereka.

Definisi

Menurut (Kirk et.al.1989), murid-murid bermasalah pembelajaran adalah satu istilah yang generik
yang merujuk kepada sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan. Manakala
dalam konteks pendidikan di Malaysia pula, kanak-kanak yang cacat ringan dan sederhana
digolongkan sebagai murid-murid bermasalah pelbagai. Namun menurut Ramli 1997 pula, di
sekolah, kanak-kanak yang mengalami kecacatan seperti sindram down, hiperkinesis, hipokinesis,
autistik, masalah pertuturan, ceberal palsy, epileptik, disleksia dan terencat akal di tahap ringan dan
sederhana digolongkan sebagai murid-murid bermasalah pembelajaran.

Punca masalah

Kajian mendapati yang suasana kumunikasi atau perhubungan dalam keluarga murid ini adalah tidak
memuaskan. Margalit & Almougy (1991) mendapati, ibu bapa keluarga ini bersikap tidak begitu
membantu terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid seperti ini juga dikatakan
menjadi mangsa kurang mendapat perhatian dan layanan yang buruk daripada ibu bapa mereka.
Faber (1975) pula mendapati, sebahagian besar ibu bapa dari status sosioekonomi yang rendah
mempunyai masalah perhubungan dengan anak bermasalah pembelajaran. Kajian Mc Allister, Butler
dan Lei (1978) pula mendapati, masalah perhubungan dalam keluarga banyak berlaku di kalangan
ibu bapa yang bekerja.

Margalit dan Almougy (1991) mendapati yang ibu bapa dalam keluarga tersebut mempunyai
peluang yang terbatas untuk bersosialisasi dan beriadah kerana dalam perasaan mereka tidak
menerima akan kehadiran anak tersebut. Perkara ini turut menjejaskan hubungan kekeluargaan.

Furgeson (1987) mengkaji tentang komunikasi kelaurga yang melibatkan 51 remaja lelaki dan 52
remaja perempuan. Beliau mendapati bahawa wujud interaksi yang memuaskan antara ibu bapa
dengan anak yang menunjukkan pencapaian yang baik di sekolah tetapi sebaliknya interaksi yang
tidak memuaskan berlaku sekiranya anak seringkali menunjukkan pencapaian yang tidak baik di
sekolah.

Dapatan kajian oleh Greeberg (1985), mendapati murid daripada saiz keluarga yang besar
menunjukkan kesan yang kurang memuaskan terhadap perhubungan intelektual murid-murid. Ini
kerana ibu bapa tidak dapat memberi layanan yang baik dan menganggap yang anak mereka sebagai
seorang yang belum mencapai tahap kematangan.

Hasil kajian

Hasil kajian yang telah dijalankan di negeri Kelantan dan Perak ini telah menunjukkan bahawa
persekitaran keluarga ada kaitan dengan komunikasi keluarga, pemboleh ubah etnik, dan
komunikasi keluarga murid-murid bermasalah pembelajaran. Dari analisis ujian Scheffe mendapati,
murid-murid bermasalah pembelajaran daripada etnik Cina dan India mempunyai komunikasi
keluarga yang negatif atau kurang memuaskan jika dibandingkan dengan mereka yang berada dalam
etnik Melayu.
Kajian juga menjelaskan bahawa keluarga murid-murid bermasalah pembelajaran daripada keluarga
yang beragama Buddha dan Hindu mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau kurang
memuaskan jika dibandingkan dengan keluarga yang beragama Islam dan Kristian.

Selain daripada itu, hasil kajian juga menjelaskan bahawa keluarga murid-murid ini yang mempunyai
ibu bapa yang dewasa mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau yang kurang memuaskan
jika dibandingkan dengan peringkat umur ibu bapa yang lain.

Walau bagaimanapun, suasana komunikasi keluarga berdasarkan status sosio ekonomi keluarga
menunjukkan dapatan yang agak berbeza sedikit. Kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan
skor min yang signifikan antara keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi tinggi dengan
keluarga yang mempunyai status sosio ekonomi sederhana dan rendah pada ukuran komunikasi
keluarga.

Selain daripada itu, kajian ini juga telah menunjukkan bahawa murid-murid bermasalah
pembelajaran dari saiz keluarga besar dan saiz keluarga sederhana mempunyai komunikasi keluarga
yang negatif atau kurang memuaskan jika dibandingkan dengan mereka yang dari saiz keluarga kecil.
Dapatan kajian ini juga telah menjelaskan bahawa keluarga yang mempunyai anak yang cacat
semasa peringkat bayi dan keluarga yang mempunyai anak yang cacat semasa akhir kanak-kanak
mempunyai komunikasi keluarga yang negatif atau yang kurang memuaskan jika dibandingkan
dengan mereka yang mempunyai anak yang cacat semasa awal kanak-kanak.

Kesimpulan

Sesungguhnya hasilan dan dapatan kajian ini telah dapat membantu program atau perkhidmatan
yang sedia ada seperti kaunseling keluarga dan Program Latihan Ibu Bapa dilaksanakan di sekolah-
sekolah untuk ibu bapa kanak-kanak ini. Adalah diakui bahawa komunikasi yang positif dalam
keluarga dapat meningkatkan pencapaian anak-anak dalam pelajaran.

Posted by Cikgu-cikgu at 5:32 PM

Thursday, February 21, 2008

Mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk membantu mencapai kurikulum

Sekolah inklusif mempunyai beberapa kaedah untuk memastikan kesemua pelajar-pelajarnya


mendapat peluang untuk belajar dengan menyediakan persekitaran yang sesuai. Untuk pelajar-
pelajar ini pelaksanaan program pendidikan secara individu merupakan aspek yang paling penting
dalam menyediakan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Oleh itu adalah amat penting setiap
guru untuk memastikan persekitaran pembelajaran adalah sesuai dengan mempelbagaikan kaedah
pengajaran secara sistematik mengikut keperluan pelajar. Adalah amat penting setiap pendidik
untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran, melaksanakan strategi pengurusan sikap dan kandungan
pengajaran bersama-sama dengan profesional-profesional lain untuk memberikan pendidikan yang
terbaik dan menyeluruh kepada pelajar-pelajar ini. Jika pelajar-pelajar ini ingin diberi peluang untuk
mengikuti kurikulum umum maka mereka harus dapatmempelajari ilmu dan kemahiran yang
dikhususkan untuk semua pelajar.Mendapat faedah dari kaedah pengajaran umum yang telah
terbukti berkesandapat menggunakan bahan, kemudahan dan makmal untuk membantu
pembelajaran. Walau bagaimanapun seperti yang diketahui pelajar-pelajar ini mempunyai
ketidakupayaan yang pelbagai. Oleh itu mempelbagaikan kaedah pembelajaran adalah amat penting
untuk membolehkan mereka belajar dengan baik. Mempelbagaikan kaedah pengajaran akan dapat
memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Aspek ini memberi tumpuan terhadap kurikulum,
penyesuaian kaedah pengajaran, perkhidmatan dan kandungan bahan pengajaran.

Terdapat 3 cara di mana kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan seperti:


1. binaan umum.
2. penyesuaian rangka kerja.
3. mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Binaan Umum.
Binaan umum merujuk kepada perancangan kurikulum dan kaedah pengajaran. Antara objektifnya
adalah agar pelajar-pelajar dengan ketidakupayaan yang pelbagai kesemuanya akan mendapat
faedah dari pengajaran yang diberikan. Ini dilakukan dengan membuat penyesuaian kurikulum dan
kaedah pengajaran yang sedia ada termasuklah pada bahan-bahan pengajaran yang digunakan.
Tujuannya adalah supaya kaedah dan bahan pengajaran yang digunakan fleksibel serta dapat
disesuaikan dengan keperluan-keperluan khas pelajar yang pelbagai. Kurikulum dan kaedah
pengajaran yang dibina secara umum mempunyai 3 ciri khas,iaitu maklumat dipersembahkan dalam
format yang pelbagai,kaedah ekspresi atau respon pelajar dipelbagaikan penerimaannya dan
aktiviti yang diberikan membolehkan penglibatan pelajar walaupun dengan ketidakupayaan yang
berbeza.

Penyesuaian Rangka Kerja


Mempelbagaikan kaedah pengajaran boleh dilakukan dengan membuat penyesuaian pada aktiviti
yang diberikan. Ini melibatkan penyesuaian pada objektif aktiviti tersebut, kandungannya, langkah
pelaksanaan dan bahan-bahan bantuan mengajar yang digunakan. Penyesuaian rangka kerja
mempunyai 3 ciri. Pertamanya penyesuaian ini bersifat individu. Ia memfokuskan kepada kekuatan
seseorang pelajar tersebut. Keduanya penyesuaian itu adalah relevan kepada semua pelajar. Ini
bermaksud semua pelajar mempunyai objektif yang sama walaupun menerima kaedah pengajaran
yang berbeza. Ketiga penyesuaian ini adalah berkesan. Setiap pelajar akan mendapat manfaat
daripada pengajaran tersebut dan mencapai objektifnya. Penyesuaian akan terus dilakukan jika
kaedah pengajaran sedia ada tidak dapat membantu pelajar belajar dengan baik. Proses ini
berterusan sehinggalah penyesuaian yang dilakukan membolehkan pelajar tersebut mencapai
objektif pengajaran yang diberikan.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran.


Pelajar berkeperluan khas datang dari latar belakang yang berbeza di samping mempunyai keperluan
yang berbeza. Oleh itu adalah amat penting agar kaedah pengajaran yang diberikan bukan sahaja
memenuhi keperluan khas mereka tetapi juga sesuai dengan latar belakang mereka yang berbeza.
Kaedah pengajaran yang diberikan haruslah berbeza untuk memenuhi keperluan yang berbeza
tetapi ia harus memberi kepuasan kepada semua pelajar. Jikalau kaedah pengajaran atau aktiviti
yang direka dapat memenuhi aspek ini maka penyesuaian yang harus dilakukan dapat dikurangkan.
Pendekatan yang boleh diambil adalah pendekatan manipulasi kebolehan pelajar dan aktiviti tahap
rendah.

Rangka kerja ADAPT


Rangka kerja ADAPT terdiri dari lima langkah untuk memudahkan penyesuaian pada kaedah
pengajaran yang ingin dilakukan. Lima langkah ini adalah:
Ask (Menyoal) Apa yang saya ingin pelajar saya lakukan?
Determine (Menentukan) Tentukan kemahiran sedia ada yang perlu mengikut aktiviti
Analyze (Menganalisa) Mengkaji kekuatan dan kesukaran yang dialami pelajar
Propose (Mencadangkan) Mencadang dan melaksanakan penyesuaian dalam kandungan
pengajaran, bahan pengajaran, penyampaian dan aktiviti.
Test (Menguji) menjalankan ujian untuk memastikan penyesuaian yang dilakukan berkesan dalam
membantu pelajar menyempurnakan tugasan mereka.
Terdapat empat kategori penyesuaian apabila penyesuaian ingin dilakukan secara individu dan
relevan kepada tugasan yang diberikan.

Aktiviti pengajaran. Aktiviti pengajaran merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran itu
sendiri dan kemahiran yang ingin ditekankan.
Kandungan pengajaran. Kandungan pengajaran adalah kemahiran dan konsep yang merupakan
konsep kepada pengajaran dan pembelajaran yang diberikan. Ia boleh ditakrifkan sebagai kurikulum
yang telah ditetapkan oleh pentadbiran pendidikan sesebuah daerah atau negeri.
penyampaian pengajaran. Ia merujuk kepada bagaimana sesuatu aktiviti dalam pengajaran itu
dilaksanakan. Ia memerlukan penyampaian secara sistematik dan luaran.
Bahan pengajaran. Bahan pengajaran yang digunakan haruslah pelbagai dan memenuhi keperluan-
keperluan khas pelajar.

Faktor Kepelbagaian Budaya dan Bahasa


Di dalam membuat penyesuaian dalam kaedah pengajaran untuk pelajar-pelajar ini faktor
kepelbagaian budaya dan bahasa perlu diambil kira. Di dalam sesebuah kelas di mana pelajar-
pelajarnya mempunyai latar belakang yang berbeza kaedah pengajaran yang digunakan haruslah
mempunyai aspek-aspek budaya dan bahasa yang sesuai. Di dalam hal ini pelajar-pelajar
berkeperluan khas tidak terkecuali. Malahan dengan mengintegrasikan latar belakang pelajar,
budaya, pengetahuan, masyarakat dan bahasa mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran akan
dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ini adalah ciri-ciri bagi seorang
pendidik yang kritis kepada keperluan dan kepelbagaian pelajar. Pelbagai kaedah dapat digunakan
untuk memanfaatkan kepelbagaian budaya dan bahasa dalam pengajaran. Ini termasuklah
pembelajaran secara berkumpulan atau kerjasama dan melalui perbincangan.

Kaedah-kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar menguasai kurikulum.


Terdapat dua kaedah utama yang dapat membantu pelajar menguasai kurikulum. Kaedah pertama
merupakan perancangan kaedah pengajaran. Dan kaedah kedua adalah penyampaian pengajaran itu
sendiri.

Perancangan kaedah pengajaran.


Terdapat 3 bahagian dalam merancang kaedah pengajaran. Bahagian pertama merujuk kepada jenis-
jenis pengetahuan atau ilmu yang berbeza dan berfikir secara kritis. Terdapat teknik-teknik tertentu
di dalam mengajar aspek-aspek ini. Bahagian kedua merupakan tahap-tahap pembelajaran.
Bahagian ini merangkumi prestasi pelajar dan bagaimana ia dipengaruhi oleh tahap penyesuaian itu
terhadap kandungan pengajaran. Bahagian akhir merupakan komponen-komponen pengajaran. Di
dalam bahagian ini setiap komponen di dalam kaedah perancangan akan dibincangkan termasuklah
kaedah penyampaiannya.

Kategori jenis-jenis pengetahuan / ilmu dan berfikir secara kritis.


Terdapat pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang berbeza dan cara fikir secara kritis dalam merancang
kaedah pengajaran. Jenis-jenis ini adalah diskriminasi, fakta, langkah-langkah, konsep dan pemikiran
kritis. Pengetahuan-pengetahuan ini boleh diaplikasikan kepelbagaian peringkat umur dan tahap.
Diskriminasi adalah kebolehan untuk mengenal sesuatu benda seperti huruf, nombor, bunyi huruf,
simbol matematik, atau peralatan makmal dan mengasingkannya daripada benda-benda lain.
Diskriminasi berlaku pada peringkat awal pembelajaran apabila pelajar-pelajar ini mula belajar
mengenai pengetahuan baru. Diskriminasi memerlukan pelajar dapat mengenal dan menumpu
perhatian kepada sesuatu unsur itu. Pelajar dengan bermasalah pembelajaran mungkin akan
mengalami masalah mendiskriminasi atau mengasingkan unsur atau benda yang bercampur.
Seseorang guru itu harus dapat mengajar seseorang pelajar itu bagaimana untuk mengenal
perbezaan di antara unsur-unsur tersebut.
Ilmu jenis fakta pula adalah asas kepada pengajaran di sekolah. Adalah penting bagi pelajar-pelajar
untuk menguasai kandungan fakta yang diberikan agar mereka dapat mempraktikkan fakta tersebut
dalam proses pembelajaran mereka. Pengetahuan jenis fakta melatih pelajar-pelajar ini dengan
kemahiran menghafal, mengekalkan fakta dan mengingati fakta. Pelajar dengan keperluan khas
menghadapi masalah mempelajari ilmu jenis fakta kerana menghadapi kesukaran untuk
mengasingkan fakta, menyimpan dan mengingati semula fakta tersebut. Pelajar-pelajar ini
memerlukan kepada strategi-strategi pengajaran yang dapat melatih mereka menghafal dan
mengingati semula maklumat dengan baik.
Pengumpulan ilmu merupakan satu proses mengkatogerikan maklumat. Ia merupakan satu
kemahiran yang membolehkan pelajar meletakkan sesuatu maklumat itu dalam kategori yang betul
agar proses pengajaran itu menjadi lebih berkesan. Ia juga membuatkan jumlah maklumat yang
perlu dipelajari kelihatan lebih kemas dan tersusun. Malumat ini boleh diberikan secara visul seperti
pengunaan peta dimana ia membantu perkembangan kemahiran ini.
Huraian pula merupakan kebolehan pelajar untuk menambah maklumat atau huraian kepada
sesuatu maklumat yang sedia ada. Ia membantu proses menghafal mengekalksan maklumat dan
meningati. Pelajar-pelajar juga akan dapat mengenal pasti maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan sesuatu topik untuk membuat huraian.
Alat mnemonic merupakan satu teknik membantu daya ingatan dengan mengaitkan sesuatu
maklumat itu dengan malumat lain yang lazimnya lebih ringkas. Alat mnemonic dapat membantu
pelajar dalam perbendaharaan kata, menghafal fakta, dan membaca perkataan pelbagai suku kata.
Undang-undang adalah langkah yang mesti diikuti. Ia lazimnya digunakan didalam ejaan dan juga
pengajaran guru di dalam kelas. Malahan tingkah laku pelajar juga perlu mengikut undang-undang
tertentu semasa belajar. Undang-undang ini perlu dipelajari secara berulangan dan melalui tauladan.

Pengetahuan jenis prosedur atau langkah-langkah


Pengetahuan jenis prosedur atau langkah-langkah bermaksud mempelajari satu set langkah-langkah
yang mesti diikuti untuk menyempurnakan sesuatu tugasan. Pelajar bekerluan khas akan
menghadapi masalah dengan pengetahuan jenis ini kerana ia memerlukan mereka menghafal setiap
langkah mengikut susunan yang betul dan kemahiran untuk menyempurnakan tugasan yang
berkaitan. Malahan sebelum itu mereka juga perlu mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan. Ilmu jenis
konsep adalah idea-idea yang terkandung di dalam isi pengajaran. Konsep-konsep ini tergolong
dalam kategori-katogeri tertentu dan ada yang mudah untuk difahami, berbentuk konkrit dan ada
yang sukar untuk dipelajari kerana berbentuk abstrak.
Penggunaan visual dapat membantu pelajar memahami konsep-konsep. Pelajar-pelajar akan dapat
menghubungkaitkan perkataan-perkataan yang telah dipelajari dengan visual tersebut.
Pemikiran secara kritis pula membolehkan pelajar membuat andaian yang boleh diterima apabila
mempelajari konsep baru, idea, atau sesuatu penyelesaian masalah. Pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi kesukaran untuk berfikir secara kritis kerana mereka tidak diajar berbuat
demikian, kurang pengalaman serta pengetahuan mengenai susuatu isu. Pelajar-pelajar boleh
dilatihkan dengan pelbagai soalan untuk melatih kemahiran ini.

Tahap-tahap Pengajaran.
Kesemua pelajar secara amnya melalui tahap-tahap pembelajaran yang tertentu apabila
mempelajari sesuatu kemahiran baru. Mengetahui tentang tahap-tahap pembelajaran pelajar dapat
membantu guru membuat pengajaran yang lebih sesuai dan berkesan. Malahan guru-guru juga akan
dapat membuat program intervensi yang lebih berkesan. Selain itu maklumat ini juga akan dapat
membantu guru membuat penyesuaian kepada kaedah pengajaran agar lebih memenuhi keperluan
pelajar.
Di dalam proses mempelajari sesuatu ilmu baru di dalam tahap ini, pelajar masih belum tahu
bagaimana untuk menggunakan sesutu kemahiran dengan tepat. Selepas proses pengajaran dan
pembelajaran apabila mereka telah dapat menggunakan kemahiran tersebut dengan baik maka
mereka telah melepasi tahap awal ini. Bagi pelajar bekeperluan khas ini proses pengajaran dan
penyesuaian adalah lebih lama tempoh masanya untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran
tersebut.
Di dalam tahap penguasaan sesuatu ilmu itu pula objektif bagi pelajar-pelajar untuk menggunakan
kemahiran bergantung kepada objektif pengajaran. Pelajar-pelajar mesti dapat menggunakan
kemahiran ini dengan baik dan menunjukkan peningkatan dalam prestasi. Ketepatan dalam
melaksanakan tugasan adalah penting kerana ia menunjukkan tahap pencapaian mengikut objektif
pengajaran. Ini dapat dilakukan berpandukan kepada ujian, tempoh masa dan melalui penulisan.
Tahap seterusnya dalam pembelajaran adalah tahap pengekalan kemahiran yang telah dikuasai pada
tahap yang baik. Bagi pelajar-pelajar bekeperluan khas hal ini merupakan sesuatu yang amat
mencabar kerana mreka mungkin lupa kepada ilmu pengetahuan, fakta, undang-undang atau
langkah-langkah di dalam melaksanakan tugasan atau menyelesaikan masalah. Oleh itu adalah amat
penting bagi guru untuk mengekalkan tahap kemahiran pelajar melalui ulang kaji mengikut tempoh
masa tertentu dan penilaian semula.
Tahap pembelajaran seterusnya merupakan tahap umum dimana kemahiran yang telah dikuasai
boleh digunakan di dalam pelbagai situasi yang bersesuaian. Bagi kebanyakkan pelajar kemahiran
yang dipelajari di dalam kelas tidak dapat digunakan secara umum atau didalam situasi lain, bersama
orang lain atau dengan bahan-bahan lain tanpa arahan tertentu. Satu cara yang baik untuk melatih
pelajar adalah dengan meminta mereka memberi cadangan dimana kemahiran yang telah dipelajari
dapat digunakan dalam situasi yang berbeza.
Tahap terakhir merupakan tahap aplikasi di mana pelajar menggunakan teknik belajar di dalam
situasi yang baru. Di sini pelajar-pelajar ini harus dapat menggunakan strategi-strategi pembelajaran
yang telah dipelajari dalam situasi sebenar terutamanya di dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan seharian.

Komponen pengajaran
Hasil kajian telah mengenal pasti komponen pengajaran tertentu yang dapat menghasilkian
pencapaian pembelajaran yang positif dikalangan pelajar bekeperluan khas. Komponen-komponen
ini berpandukan kepada pengajaran secara terus dan berstrategi. Pengajran secara terus adalah
dimana guru lebih banyak memainkan peranan dan menumpukan kepada pengajaran sesuatu
kemahiran secara terus sistematik, seperti memberi tunjuk ajar, membetulkan kesalah pelajar dan
memantau prestasi mereka. Pengajaran berstrategi pula menumpukan kepada proses pembelajaran
dengan menggunakan strategi kognitif dan meta kognitif. Ini dilakukan dengan menggalakkan pelajar
membuat andaian dan membangkitkan persoalan.

Penyampaian pengajaran
Bahagian ini menumpukan kepada langkah-langkah dalam pengajaran dan teknik yang telah direka
untuk membantu pelajar untuk menguasai kurikulum. Ia melibatkan penyusunan, penyampaian
maklumat, latihan, penutupan dan pemantauan.

Penyusunan peringkat tinggi.


Penusunan peringkat ini terdiri dari aktiviti-aktiviti persedian pelajar untuk isi kandungan pelajaran.
Ia memberikan maklumat kepada pelajar mengenai objekrif pengajaran, mendorong pelajar melalui
minat, dan menggunakan pengetahuan sedia ada dengan ilmu yang berkaitan. Secara tidak langsung
ia juga memberi maklumat kepada guru mengenai tahap kesediaan dan pemahaman pelajar. Ia juga
membantu guru dengan memberikan maklumat mengenai latar belakang pelajar, pengalaman, ilmu,
dan kemahiran sedia ada.

Menyampaikan maklumat
Di dalam langkah ini guru-guru menyampaikan isi kandungan pengajaran yang berkaitan dengan
objektif pengajaran, strategi dan konsep. Apabila penyampian fakta dan langkah-langkah dilakukan
guru harus membuat demonstrasi, memberi contoh, gambaran dan proses ini haruslah berterusan.
Latihan tambahan harus diberikan kepada pelajar bekeperluan khas dan isi kandungan pengajaran
tidak harus membebankan mereka.

Latihan
Latihan boleh diberikan dengan pelbagai cara. Ini boleh dilakukan dengan membantu pelajar
membuat latihan secara memberi arahan. Pelajar dengan keperluan khas akan mendapat faedah
melalui peluang-pluang yang diberikan di dalam latihan. Semasa latihan dilakukan masa yang
diberikan serta tingkah laku pelajar diambil kira sebagai sebahagian daripada latihan. Aktiviti yang
diberikan haruslah membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif. Pembetulan harus dilakukan
dan maklum balas harus diberikan. Selain itu latihan secara individu harus diberikan dimana pelajar
dapat berdikari dalam melakukan tugasan. Ini akan menguji pemahaman pelajar tersebut.

Penutupan
Bahagian ini adalah bahagian terakhir proses pengajaran dan pembelajaran. Di sini guru dan pelajar
mengimbas kembali objektif pengajaran, aktiviti, mengaitkan pembelajaran dengan situasi lain dan
membuat perancangan. Ia adalah aspek penting dalam pengajaran tetapi ringkas.

Memantau prestasi atau perkembangan pelajar.


Proses memantau perkembangan pelajar merupakan yang paling penting dalam pengajaran. Guru-
guru mestilah menilai pemahaman pelajar dan kemahiran mereka dalam menyempurnakan sesuatu
tugasan.

Beberapa kaedah pengajaran berkesan secara berkumpulan


Terdapat pelbagai kaedah pengajaran secara berkumpulan. Ia membantu pelajar dengan memberi
peluang kepada mereka dengan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari. Guru-guru wajar
menggunakan kaedah ini di dalam pengajaran mereka.

Kaedah pengajaran berkumpulan secara keseluruhan


Di dalam kaedah ini guru menyampaikan sesuatu pengajaran kepada keseluruhan pelajar yang
dianggap sebagai satu kumpulan besar. Ia berkesan di dalam situasi dimana pelajar-pelajar ini
mempunyai keupayaan yang berbeza. Kelebihan kaedah ini adalah dimana pelajarnya dapat
bertukar pendapat, dan mempunyai masa yang lebih banyak. Kelemahan nya terutama bagi pelajar
bekeperluan khas, mereka akan ketinggalan kerana mungkin tidak mendapat perhatian yang
secukupnya.

Kumpulan kecil yang fleksibel


Kumpulan ini terdiri sama ada kumpulan dengan keupayaan yang setara atau kebolehan yang
pelbagai. Lazimnya terdiri dari 3 hingga 5 orang pelajar. Dalam kumpulan seperti ini aspek pengajran
dapat disesuaikan mengikut tahap dan keperluan individu. Dengan ini pembelajaran murid adalah
lebih seimbang. Malahan penilaian yang dijalankan akan dapat menilai perkembangan pelajar
dengan lebih baik. Kajian menunjukkan kaedah ini berjaya meningkatkan akademik pelajar.

Kumpulan dengan pelbagai keupayaan.


Kumpulan ini terdiri daripada pelajar dengan pelbagai tahap kemahiran samaada dari aspek
akademik atau sosial. Kelebihan kaedah ini adalah pelajar dapat belajar antara satu sama lain.

Kumpulan satu dengan satu


Melalui amalan ini guru memberi arahan kepada pelajar-pelajar secara individu mengenai
pembelajaran dan tingkah laku yang mesti dilakukan pelajar. Kaedah ini telah dapat membantu
pelajar menangani kekecewaan dalam melaksanakan tugasan kerana ia menumpukan kepada
pelajar secara individu. Walau bagaimanapun guru-guru mungkin menghadapi kekangan kerana
faktor masa dan bilangan murid.

Pembimbing rakan sebaya


Dalam keadah ini pelajar dikumpulkan secara berpasangan di dalam melakukan sesuatu tugasan
berpandukan kemahiran yang telah dipelajari. Ia meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dan
pelajar mendapat peluang untuk memberikan maklum balas dan menggunakan ilmu yang telah
dipelajari. Bagi pelajar kurang upaya ia merupakan kaedah yang berkesan. Ia membantu
perkembangan akademik, sosial, dan tingkah laku pelajar.

Pembelajaran secara kerjasama


Kaedah ini menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar dengan kemahiran yang berbeza.
Kumpulan-kumpulan ini menumpukan kepada akademik dan kemahiran sosial. Objektif kaedah ini
adalah untuk pelajar melaksanakan tugasan secara kerjasama. Hasil kajian telah menunjukkan
pelajar kurang upaya mendapat manfaat daripada kaedah ini sama ada di dalam aspek akademik,
tingkah laku dan sosial.

Bagaimana bahan pengajaran boleh disesuaikan


Bahan pengajaran dan buku teks adalah komponen penting dalam pengajaran dan mesti dipilih
secara baik. Penggunaanya juga harus disesuaikan dengan keupayaan pelajar. Guru-guru harus boleh
melihat kepada kesukaran yang mungkin dihadapi oleh pelajar-pelajar ini.

Buku teks
Basal merupakan buku teks yang telah disesuaikan sebagai sumber utama bagi sesuatu subjek yang
akan diajar. Terdapat beberpa isu yang harus dikenal pasti seperti tahap kesukaran bacaan
kefahamannya, struktur atau susunan teks dengan pelajar bermasalah membaca dan arahan yang
bersesuaian dengan tahap pelajar.

Bahan pengajaran
Apabila memilih menggunakan bahan pengajaran aspek berikut harus diberi perhatian. Pertamanya
adalah aspek pelajar. Persoalan-persoalan berikut harus dikaji
1. Apakah tahap pembelajaran pelajar dan perestasinya
2. Bolehkan bahan pengajran tersebut memenuhi objektif program pendidikan individu?
3. Adakah pelajar mendapat motivasi untuk melaksanakan tugasan?
4. Adakah pelajar dapat menupukan perhatian kepada tugasan? Bilakah pelajar hilang
tumpuan?

Keduanya adalah bahan pengajaran dan metodologi. Dalam aspek ini persoalan-persoakan berikut
pula perlu dikaji.
Adakah isi kandunganya bersesuaian dengan umur?
Adakah isi kandungannya mengikut standard dan kurikulum?
Adakah ia menjelaskan kemahiran yang perlu dipelajari mengikut turutan yang sesuai?
Adakah maklumat strategi mengajar diberikan?
Adakah peluang untuk mempraktikkan kemahiran baru diberikan dengan secukupnya?
Adakah aktiviti-aktiviti mengekalkan kemahiran dan mengapikasikannya secara umum dimasukkan?

Apakah kerja-kerja sekolah yang berkesan


Terdapat beberapa kerja sekolah yang dapat memberikan kesan yang positif. Ia dapat meningkatkan
pencapaian dan pembelajaran, memperbaiki tingkah laku, kemahiran belajar, disiplin diri serta,
penglibatan ibu bapa. Kerja-kerja sekolah yang berkesan memerlukan amalan-amalan yang berikut.
1.Guru-guru haruslah bekerjasama di dalam memastikan kerja sekolah yang diberikan
bersesuaian dengan tahap pelajar.
2. Guru-guru haruslah memastikan pelajar memahami tugasan dan akibat apabila
melaksanakan atau tidak melaksanakannya.
3. Ibubapa boleh melibatkan diri didalam masalah yang timbul semasa pelajar
melaksanakan tugasan.
4. Kerja sekolah haruslah berpandukan kemahiran yang pelajar dapat praktikkan secara
bersendirian.
5. Pelajar dengan berkeperluan khas harus diajar dengan kemahiran belajar yang dapat
membantu mereka melakukan kerja sekolah dengan efisen.

Bagaimana alat bantuan berteknologi dapat membantu


Bagi pelajar kurang upaya alat bantuan berteknologi dapat membantu dan memudahkan
pembelajaran. Ini adalah kerana ia membolehkan mereka berdikari tanpa mengharapkan bantuan
orang lain. Ia juga membolehkan mereka mengakses kurikulum atau bahagian-bahagian lain di
dalam atau di luar sekolah. Ia juga membolehkan mereka berkomunikasi, bersosial, melibatkan diri
di dalam pelbagai situasi serta tempat yang berbeza dan menunjukkan apa yang telah mereka
pelajari. Guru-guru harus mempunyai ilmu mengenai alatan ini serta perkhidmatan yang diberikan.

Peralatan bantuan berteknologi


Terdapat pelbagai bantuan berteknologi untuk kegunaan pelajar. Ia bersesuaian dengan keperluan
pelajar itu sendiri berpandukan kepada kecacatan mereka. Terdapat pelbagai kategori alatan yang
berpandukan kepada pergerakan, komunikasi, permainan, komputer dan alat bantuan
pembelajaran.

Perkhidmatan bagi peralatan bantuan berteknologi


Terdapat beberapa perkhidmatan yang mesti diberikan untuk memastikan peralatan ini dapat
digunakan. Ini adalah penting kerana ia melibatkan guru dan pengajaran yang diberikan. Ia juga
melibatkan program pendidikan individu bagi pelajar itu sendiri sebagai contohnya latihan adalah
perlu bagi pelajar yang ingin menggunakan peralatan itu. Tenaga mahir juga adalah penting untuk
melatih atau memperbaiki alatan bila perlu. Adalah penting untuk melibatkan ahli keluarga dalam
memilih peralatan yang sesuai.

Integrasi Alat bantuan teknologi


Untuk pelajar dengan kecacatan. Penggunaaan alatan ini adalah penting untuk membantu
pembelajaran. Integrasi peralatan ini ke dalam pengajaran guru harus dilakukan berserta penilaian
ke atasnya. Guru harus menilai kekuatan dan keperluan pelajar dan bagaimana alat bantuan ini
dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Ia juga memerlukan guru untuk meyediakan
persekitaran yang sesuai untuk peralatan tersebut sebagai contohnya keperluan tenaga elektrik bagi
peralatan yang menggunakan tenaga elektrik. Pemantauan guru juga penting bagi peralatan ini
disamping prestasinya, ketahananya, dan keupayaan pelajar menggunakanya.
MAT
LAM
AT

You might also like