You are on page 1of 6

387

6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia


Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
e-ISBN: 978-967-13705-0-6

PEMBENTUKAN INDEKS TIPOLOGI SYIAH DI MALAYSIA

Muhamad Farhan Samsuddin & Fadzli Adam


Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

sl0932@putra.unisza.edu.my

Abstrak

Pertembungan akidah dan amalan antara fahaman Syiah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah
telah lama berlaku dalam dunia Islam termasuk di Malaysia. Kepesatan perkembangan aliran
Syiah yang menular di peringkat dunia semakin serius dengan peningkatan bilangan
masyarakat Islam yang menerima atau terpengaruh dengan ajaran Syiah. Media Muslim.com
(2009) telah mengeluarkan data penganut Syiah di seluruh dunia berjumlah 154 hingga 200
juta orang manakala di Malaysia JAKIM (2012) melaporkan data penganut Syiah di Malaysia
dianggarkan 1000 hingga 1500 orang yang terdiri daripada pelbagai firqah Syiah yang
berasaskan akidah, ritual dan fahaman politik. Namun jenis dan kategori Syiah yang pelbagai
Setiap firqah ini mempunyai strategi dalam mengembangkan fahaman mereka dan setiap
firqah mempunyai pertembungan yang tersendiri dengan aliran Ahli Sunah wal Jamaah. Oleh
itu, kajian ini bertujuan untuk membentuk indeks typologi Syiah berasaskan tiga dimensi
utama iaitu akidah, ritual dan fahaman politik mengikut kepelbagaian firqah kumpulan ini di
Malaysia. Kaedah untuk membina indeks tipologi Syiah ini akan dijalankan secara kualitatif
melalui tiga pendekatan iaitu: i) dokumen analisis terhadap sumber-sumber primer berkaitan
Syiah, ii) temubual berstruktur kepada beberapa kumpulan sasaran yang akan dikenalpasti
seperti pengamal ajaran Syiah, tokoh ulama dan JAKIM dan 3) Pemerhatian ikut serta di
beberapa lokasi di Kedah dan Selangor. Data yang dikumpulkan akan dianalisis
mengunakan perisian N-VIVO dan dilaporkan berasaskan 3 dimensi tersebut. Dapatan hasil
kajian akan dapat membentuk satu indeks tipologi Syiah yang terperinci dan indikator
fahaman Syiah berasaskan kepelbagaian akidah, ritual dan fahaman politik di Malaysia.
Indeks ini dijangka akan dapat memberi gambaran sebenar tentang ancaman kepelbagaian
firqah Syiah yang semakin menular dan membahayakan akidah umat Islam di Negara ini.

Kata Kunci: Akidah, Fahaman Politik, Syiah, Tipologi

1. PENGENALAN
Perkembangan ajaran sesat di Malaysia hari ini menjadi menjadi anacaman
besar kepada akidah umat Islam di Malaysia. Dilaporkan Jakim telah mewartakan 56
ajaran sesat yang ada di Malaysia yang bergerak secara rahsia. Perkembangan ini
ternyata membimbangkan banyak pihak terutama institusi-institusi agama. Syiah
merupakan salah satu ajaran atau fahaman yang menjadi ancaman kepada akidah
umat Islam hari ini. Secara umumnya Syiah merupakan puak yang menyokong
Sayidina Ali bin Abi Thalib RA dalam pertelingkahan dengan Muawwiyah bin Abi
Suffian RA. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna pengikut Sayidina Ali Syiah dan
pengikut Muawwiyah adalah Sunni. Hal ini kerana pertembungan antara Ali dengan
Muawwiyah tidak lebih kepada salah faham yang dicipta akibat penyebaran fitnah
semata-mata. Pertembungan dalam perang Siffin tidak lebih daripada hanya
persolan politik dan bukan kepada persoalan akidah.
Namun begitu, Syiah merupakan ajaran sesat yang paling lama dapat bertahan
sehingga ke hari ini. Mereka yang terpedaya dengan ajaran Syiah telah terperangkap
388
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
e-ISBN: 978-967-13705-0-6

dengan tipu daya syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan
umat Islam daripada persada kebenaran. Syiah pada zaman Saidina Ali terpecah
kepada 4 kumpulan yang besar iaitu Syiah Imamiyah, Zaidiyah, Ismailiyah dan
Batiniah. Syiah pada zaman sekarang yang di anggap benar-benar mutadil: Zaidiah
dan Imamiyah Isna Asyar. (Imam 12). Para ulama mempunyai perbezaan pendapat
tentang status aliran syiah ini. Kebanyakan Ulama Al-Azhar sendiri lebih
bersederhana, mereka mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan)
mengatakan 2 golonggan aliran ini mereka dikalangan yang mutadil (masih boleh di
ajak berbincang dalam proses taqrib). Antara ulama yang berpendapat sebegini ialah
Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaah, Syeikh
Atiah Saqar, Syeikh Yusof al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi. (Syaikh al-Azhar
Ahmad Tayib 2011). Sehingga kini, kelompok Syiah di seluruh dunia mewakili 2.3-2.9
peratus dari populasi dunia (6.8 bilion) dan 10-13 peratus dari jumlah Muslim
sedunia, yakni antara 154 dan 200 juta Muslim Syiah (Pew Research Centre, 2009).
Manakala di Malaysia pula Jakim mengesahkan melaporkan data penganut Syiah di
Malaysia dianggarkan 1000 hingga 1500 orang yang terdiri daripada pelbagai firqah
Syiah yang berasaskan akidah, ritual dan fahaman politik yang paling aktif di
Selangor, Perak, Johor. (Jakim 2012)

2. SEJARAH KEMUNCULAN SYIAH DI ALAM MELAYU


Para sarjana berselisih pendapat apakah aliran Islam yang pertama muncul di
alam Melayu. Terdapat sekelompok sarjana yang cuba menyatakan aliran Syiah
telah wujud seawal kemunculan agama Islam di Alam Melayu. Menurut mereka,
aliran Syiah lebih awal wujud dengan penghijrahan orang-orang Syiah secara
individu (terutama yang berketurunan Sayyid Syarif) dan berkumpulan, bahkan Syiah
pernah bertapak sebagai mazhab rasmi negara Islam Alam Melayu yang terawal.
Dengan itu aliran Syiah dianggap telah memainkan peranan yang sangat penting
dalam penyebaran Islam di rantau ini. Kedatangan para pendakwah Syiah ini sering
kali dikaitkan dengan dua alasan iaitu, kekejaman pemerintah terutamanya Bani
Umayyah dan aktiviti penyebaran Islam di rantau ini. (Mohd Samsuddin Harun &
Azmul Fahimi Kamaruzaman 2009). Sekelompok Arab keturunan Alawiyyin telah
melarikan diri ke Champa dari kekejaman tentera al-Hajjaj. (Sayyid Alwi Al-Haddad
1997).
S.Q Fatimi mengesahkan di Champa ada penemuan batu nisan seorang
penganut Syiah bertarikh 431H/1039M14.(S.Q Fatimi 1963). Dari arah Champa juga
dikatakan segolongan Alawiyyin belayar menuju ke Sila (Sulawesi) dan Sabah pada
tahun sekitar 65H-86H/685-705M. Al-Haddd memetik penjelasan al-Nuwayri
(1955M) dalam kitabnya, Nihayah al-Arab fi Funun al-Adab yang menyatakan di
sebelah Timur negeri China terdapat sekumpulan bangsa Arab yang terdiri daripada
penyokong-penyokong Ali bin Abi Talib dikenali sebagai Alawiyyin mendiami
Sulawesi. Mereka datang ke Sulawesi menerusi Champa. Mahayudin Yahya
menamakan golongan ini sebagai Syiah (Alawiyyin) yang melarikan diri dari tentera
al-Hajjaj dan menyebarkan ajaran Syiah. Namun begitu pandangan golongan ini
tidak di jelaskan secara teperinci. Kedatangan pendakwah Syiah telah di laporkan
oleh beberapa sarjana, Ulama Zaidiyah dari Yaman yang bernama Sulaiman bin
Abdullah pernah tiba di Aceh pada tahun 850M. Direkodkan juga Syiah telah tiba ke
Timur Sumatera pada masa pemerintahan Bani Buwayh pada tahun 359H/969M dan
telah menetap di Siak. Parameswara juga didakwa menerima Islam dari seorang
389
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
e-ISBN: 978-967-13705-0-6

Syiah yang sampai di Tanah Melayu kerana dia memakai gelaran Sayyid yang di beri
nama Islamnya Sayyid Abdul Aziz.(Memorandum Syiah, 2011). Di era moden Syiah
mula menonjolkan dirinya di Malaysia pada awal 80an. Sentuhan Revolusi Iran telah
mendorong kesedaran Islam dalam gerakan pelajar Universiti dan anak muda.
Konsep autoriti Ulama dan perlaksanaan undang-undang Islam oleh Ayatullah
Khomeini begitu memukau golonggan Islamis di Malaysia. Pengaruh ini telah
membawa kepada tindakan menghantar pelajar Malaysia untuk belajar di institut
pengajian tinggi di Iran, di samping mendapat tawaran biasiswa dari kerajaan
republik itu (Ashaari Muhammad 1987).

3. TYPOLOGI SYIAH DI MALAYSIA


Kepelbagaian firqah Syiah di Malaysia ini mengambarkan kepada kita
kesungguhan Syiah untuk menghancurkan akidah umat Islam di Malaysia. Akidah
Ahli Sunnah Wal Jamaah hari ini di kepung oleh kepelbagaian firqah Syiah yang
mempunyai matlamat untuk menguasai bidang politik, akidah dan amalan ritual yang
wujud di Malaysia. Namun jenis dan kategori Syiah yang pelbagai. Setiap firqah ini
mempunyai strategi dalam mengembangkan fahaman mereka dan setiap firqah
mempunyai pertembungan yang tersendiri dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3.1 Syiah Jafariyyah atau Syiah Ghulat Penyelewengan Akidah


Syiah Jafariyyah yang di petik dari kitab-kitab Syiah menyatakan golonggan
Jafariyyah atau Ghulat menganggap bahawa Ahli Sunnah lebih hina dari Yahudi dan
Nasrani. Mereka berpegang kepada kitab muktabar Syiah yang menyatakan Ahli
Sunah memusuhi ahlul bait Nabi SAW kerana tidak beriman terhadap mereka
sebagaimana di pegang oleh Syiah. Syiah Ghulat mengangap bahawa Ahli Sunnah
adalah najis, kafir dan berhak di bunuh (Mohd Asri Yusof 1993). Golonggan ini juga
menolak hadis-hadis yang terdapat dalam sahih Bukhari, Muslim, Sunan Tarmizi dan
beberapa perawi hadis yang muktabar. Jafariyyah juga mengkafir dan melaknat
sebahagian besar dari para sahabat Nabi SAW. (Mohd Sukki. Dalam satu seminar
Pemantapan Akidah dan Perpaduan Ummah telah membentangkan bahawa
fahaman Syiah jelas terkeluar dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana
percanggahan dari pelbagai sudut dan yang paling asas dalam persoalan akidah.
Golonggan Jafariyyah beriktikad bahawa imam 12 mereka adalah maksum dan
sebahagian besar dari sahabat menjadi kafir selepas kewafatan Nabi SAW.
Dakwaan ini menunjukkan Syiah Jafariyyah mempunyai fahaman yang melampau
dan telah di fatwakan sebagai kafir. Hal ini menampakan diri Syiah Jafariyyah yang
menfokuskan kepada penghancuran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan
mendakwa diri mereka adalah pencinta ahlul bait.

3.2 Syiah Imamiyah dan Syiah Nusairiyah Bermatlamat Politik


Syiah pada awal sejarahnya lebih kepada perjuangan politik. Pertembungan
Saidina Ali dengan Saidina Muawiyah telah mewujudkan satu perpecahan yang
besar dalam sejarah Islam. Oleh itu gerakan Syiah tidak dapat lari dari
bermatlamatkan untuk berkuasa. Pada tahun 860M telah muncul kerajaan Fatimiyah
yang di asaskan oleh Syiah Imamiyah. Abdullah ibn Maimun merupakan pengasas
awal kerajaan Syiah Fatimiyah dengan mewujudkan sistem politik yang tersendiri.
Pada tahun 860M kelompok ini berpindah ke daerah Salamiya di Syiria dan disinilah
mereka membentuk satu kekuatan dan mengerakkan propaganda dengan tokohnya
390
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
e-ISBN: 978-967-13705-0-6

Said ibn Husein. Mereka secara rahsia telah menghantar utusan-utusan ke daerah-
daerah Muslim, terutama Afrika dan Mesir untuk menyebarkan fahaman Syiah
kepada rakyat. Dengan cara inilah mereka mencipta landasan pertama bagi
munculnya Dinasti Fatimiyah di Afrika dan Mesir.( Van Hoave 1994).
Jika dilihat perjuangan Syiah pada asalnya mempunyai matlamat bukanlah
dalam bentuk merosakkan akidah tetapi perjuangan asal mereka adalah perjuangan
politik untuk mengangkat ahlul bait sebagai Khalifah Islam. Punca berlakunya
pemesongan akidah ialah kerana ada kelompok yang terlalu taksub sehinggakan
mendakwa Sayidina Ali adalah Tuhan. Hari ini populasi Syiah semakin radikal dan
dinamik sehingga peranan mereka dalam politik antarabangsa semakin signifikan.
Hal ini seperti pergolakan yang berlaku di Timur Tengah pergeseran antara Sunni
dan Syiah sehingga berlakunya pertumpahan darah dan pembunuhan. (Darwis
Muhdina 2011). Konflik di Iraq sekaligus telah menjatuhkan Saddam Husayn
merupakan titik bermulanya kemaraan aktivis Syiah dan semakin ekstrem dalam
menegakkan pengaruhnya, hatta melibatkan serangan dan pembunuhan orang
awam. Keadaan ini telah memaksa rakyat Iraq yang beraliran Sunni menukar nama
mereka sesuai dengan penganut Syiah untuk mengelak dari menjadi mangsa
serangan penganut Syiah (Rainer & Brunner, 2009).
Selain itu, krisis yang melanda Syiria juga mengambarkan bahawa Syiah
Imamiyah sememangnya kejam dan zalim jika mempunyai kuasa politik. Perdana
Menteri Syiria, Basyar Assad yang beraliran Syiah Nusairiyah dengan pimpinan
Syiah Imamiyah di Lubnan dan Iran telah menjalinkan hubungan yang erat sejak
sekian lama.(Thomas Pierret 2004). Kelompok Syiah di parlimen Lubnan mempunyai
orientasi mengukuhkan blok mereka dalam Negara tersebut, termasuk pembentukan
polisi terhadap Negara-negara Arab. Di Lubnan mempunyai seorang tokoh Syiah
bernama Hasan Nasrullah yang digambarkan sebagai pejuang Islam. Pasukan
Hizbullah mereka pula dikaitkan dengan pasukan Hizbullah yang disebut di dalam Al-
Quran. Hizbullah merupakan gerakan yang ditaja oleh Syiah Imamiyah dengan
tujuan untuk mengaburi mata umat Islam dunia bahawa pasukan ini membela Islam
dan berjuang untuk Islam. (Abbas William Sami 2006). Propaganda ini telah berjaya
mewujudkan persepsi yang baik kepada Syiah, seterusnya telah berjaya meraih
simpati dan sokongan dunia Islam kepada gerakan Hizbullah.

3.3 Syiah Batiniah Bermatlamat Tasawuf dan Tarekat


Syiah Batiniah ini adalah aliran tasawuf yang wujud dalam gerakan Syiah.
Gerakan ini mempunyai tarekat-tarekat yang tersendiri seperti tarikat Alevi, Baktashi,
Hamadani dan Fatimiyah. Pengaruh tarekat ini juga mempunyai pengikut yang ramai
di Turki. Penganut tarekat Alevi di Turki seramai 20% manakala di Lubnan dan Syiria
mempunyai bilangan besar dalam tarekat Druze dan Alawi.(Mohd Fikri 2013). Di
Malaysia pengaruh Syiah mula merebak masuk ke dalam ilmu tasawuf melalui
tarekat-tarekat. Tasawuf dan tarekat dipegaruhi oleh Syiah mula dilihat melalui tokoh
sufi yang sering dirujuk dan dipuja dunia sufi Timur dan Barat, Jalaluddin al-Rumi.
Katanya:
Telah pun ada Ali ketika alam ini mula dibentuk
Telah pun ada Ali ketika bumi ini dilakar dan masa pun bermula
Itulah Ali penakluk yang telah mencabut pintu gerbang benteng Khaibar
dengan hanya satu pukulan
391
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
e-ISBN: 978-967-13705-0-6

Bila saja ku renungi, ku perhatikan ufuk-ufuk alam


Yakinlah aku bahawa Ali berada pada segala maujudat
Orang yang wujudnya sejati,
Ketiadaannya melenyapkan alam maujud, itulah dia Ali
Sessungguhnya rahsia dua alam zahir dan batin yang tersingkap pada
Syamz Tabrez, itulah dia Ali
(halaman 16, dipetik dari buku Ghazliyyat Syams Tabrezi)
Nota: Jalaluddin ar-Rumi ialah seorang ahli sufi Farsi (Iran). Satu lagi persamaan
rapat antara sufi dan Syiah ialah melebihkan kedudukan imam dari Nabi. Dalam
keyakinan Syiah, imam-imam mereka adalah maksum sama seperti Nabi, bahkan
dalam banyak hal lebih baik berbanding Nabi. (Maulana Muhammad Asri bin Yusof
2007)

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan kewujudan firqah-firqah Syiah ini menjadi ancaman dan musuh
kepada Islam sebenar, mereka selalu mengintai barisan kaum Muslimin dan tidak
pernah melewatkan kesempatan untuk mengganggu kaum Muslimin dengan tanpa
rasa belas kasihan. Bahkan mereka berkeyakinan, apa yang mereka lakukan akan
mendapatkan pahala. Semakin besar gangguan yang mereka munculkan, akan
semakin besar pula pahala yang akan mereka dapatkan. Hal ini menunjukkan Syiah
telah berusaha mengatur strategi untuk menghancurkan umat Islam di dunia dan
juga mula mengintai peluang di Malaysia.

RUJUKAN
Ashaari Muhammad. 1987. Bahaya Syiah. Kuala Lumpur: Penerbitan Shoutul Arqam.
Brunner, Rainer. 2009. Shiism in the Modern Context: From Religious Quietism to
Political Activism. Religion Compass 3(1): 136-153
Darwis Muhdina. 2011. Aliran Syiah-Sunni dan Peran Serta Politik Umat Islam.
Makasar:Universiti Islam Alauddin
Dewan Redaksi Ensiklopedi Islam, Ensiklopedi Islam, ( Jakarta : Ichtiar Baru Van
Hoave, 1994),h 245.
Kertas kerja Prosiding Seminar Syiah Imamiyah Mazhab ke 5?, Anjuran Pusat
Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, 26-27 Disember.
Lihat Memorandum daripada Majlis Syiah Malaysia kepada Yang Dipertuan Agong
Malaysia bertarikh 6 Jun 2011
Mohd Aizam Masod. 2013. Soal Jawab Isu Syiah di Malaysia. Putrajaya: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
Mohd Asri Yusof. 1993. Bahaya Syiah kepada akidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan
Negara.
Mohd Fikri Bin Che Hussain. 2013. Ancaman Syiah Membongkar Sandiwara
Kesesatan. Perpustakaan Negara Malaysia: Selangor.
Mohd Samsuddin Harun & Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011. Kemunculan Budaya
Syiah di Alam Melayu: Satu Kajian Awal. Bangi, Selangor: UKM
392
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
e-ISBN: 978-967-13705-0-6

Muhammad Asri bin Yusof. 2007. Pengaruh Syiah Dalam Tasawwuf dan Tariqat :
MenyingkapRahsia Di Sebalik Kejadian Nur Muhammad. Pustaka Bisyarah:
Kelantan
Pew Research Centre. 2009. Sunni and Shia population. Mapping the Global Muslim
population, http://www.pewforum.org/2009/10/07/mapping-the-global-muslim
population/ (di akses pada 7 November 2014).
Pierret, Thomas. 2004. The Syrian Baath Party and Sunni Islam: Conflicts and
Connivance. Middle East Brief. Crown Center for Middle East Studies, Brandeis
University, February2014.
S.Q Fatimi. 1963. Islam Comes To Malaysia. Singapore: Malaysian Sociological
Research Institute Ltd. hlm 47.
Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad. 1997. Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh, terj.
S. Muhammad Dhiya Syahab, Penerbit Lantera: Cetakan ke-3, hlm. 40.
Syaikh al-Azhar Ahmad Tayib. 2011. Kumpulan Makalah Hasil Seminar ke-5 Ulamak
Al-Azhar:Muslimedianews.com
William Samii, Abbas. 2006. Shiites in Lebanon: The Key to Democracy. Middle East
Policy 13(2):30-37.
Zulkifli. 2009. The Struggle of The Shiis in Indonesia. Tesis Phd. Universiy of Leiden.
hlm.3 https://openaccess.leidenuniv.nl/bitstream/handle

You might also like