You are on page 1of 2

Wanita dan Kanak-kanak

Manusia diciptakan Tuhan dengan perasaan dan akal. Jadi, secara alaminya manusia
itu akan mengekspresikan idea-idea seni dan jiwanya sama ada dalam bentuk lagu mahupun
lukisan, filem atau lain-lain. Karya-karya seni yang bagus di layar perak dan layar kaca harus
diangkat tinggi dan dibincangkan kerana ianya adalah salah satu seni yang mudah untuk
disampaikan dan dicerna masyarakat.

Makanya, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengupas isu-isu yang
berlegar di sekitar wanita dan kanak-kanak bersandarkan beberapa filem yang saya rasakan
cukup menarik untuk dibicarakan. Antaranya ialah filem dari India yang bertajuk Malini 22
Palayomkottai. Filem ini menyentuh isu undang-undang, rasuah, eksploitasi wanita, patriarki
dan sisi-sisi gelap manusia. Isu undang-undang dipaparkan pada babak di mana tiada
siasatan polis yang terperinci dan perbicaraan mahkamah yang telus apabila rayuan Malini
menidakkan tuduhannya memiliki dadah tidak didengari. Kelemahan penguatkuasaan sistem
undang-undang di India juga dikritik pada babak di mana seorang lelaki telah memberi
rasuah kepada warden penjara, menyamar sebagai banduan wanita dan menyeludup masuk
ke dalam penjara wanita untuk membunuh Malini. Watak antagonis iaitu Varun, bekas
teman lelaki Malini adalah seorang bapa ayam yang digambarkan sebagai seorang yang
patriarki, yang menganggap dirinya sebagai lelaki lebih mulia daripada perempuan dan
perempuan adalah makhluk lemah yang senang dibuli dan dimanupilasi. Sebagai seorang
manusia yang tamak dan egois, Varun tergamak membiarkan Malini dirogol oleh bosnya dan
memerangkap Malini dengan cara meletakkan dadah di dalam beg Malini sehingga Malini
dipenjarakan. Pada hemat saya, Varun dan bosnya digambarkan sebegitu sesuai dengan
keadaan masyarakat India di mana golongan lelaki kuat berpegang bahawa mereka lebih
atas daripada wanita sepertimana Brahmin lebih mulia daripada Parya. Klimaks filem ini
adalah detik di mana Malini membalas dendam terhadap penganiaya dirinya setelah keluar
dari penjara. Bos Varun mati dipatuk ular tedung yang diletakkan di dalam plastik dan
diikatkan di kaki lelaki itu, manakala Varun telah dipotong alat kelaminnya. Di penghujung
kredit filem ini, pengarahnya memaparkan keratan-keratan akhbar berkenaan kes-kes rogol
yang dilaporkan di negara itu. Kes rogol Delhi 2012 adalah antara kes di negara itu yang
mendapat respons rakyat sedunia.
Filem kedua ialah filem dari Korea Selatan iaitu Silenced. Filem ini adalah adaptasi
dari sebuah novel yang bertajuk The Crucible yang dinukilkan berdasarkan kisah benar yang
berlaku di

You might also like