You are on page 1of 1

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa hasil karya Abdul Latip bin Talib

Sinopsisi Bab 3: Harapan seorang Ayah

Cuaca baik membolehkan Pak Saidi bersendirian menoreh getah hingga selesai.
Kepulangannya disambut oleh ketiga-tiga anak lelakinya yang mengambil barang yang
dibawa balik. Adnan menawarkan minuman, tetapi Pak Saidi sudah ke warung kopi Pak
Samad. Ketika anak-anak leka berlatih silat, Mak Milah pula datang dengan dulang makanan.
Pak Saidi menghilangkan keraguan isterinya akan tujuan ke warung Pak Samad untuk
berkongsi maklumat risalah al-Imam tulisan Syed Shiekh al-Hadi tentang pemerintahan
sendiri.

Adnan datang dan meminta Pak Saidi membuatkan senapang kayu. Pak Saidi meletakkan
syarat menolongnya membersihkan kebun durian. Adnan mencadangkan Mak Milah ikut
serta.

http://cikguazharrodzi.blogspot.my

You might also like