You are on page 1of 1

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI KES BULI

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan

merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-

pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani

gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada

dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anakdihabiskan

bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-

anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat

berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan

kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalangan pelajar.

Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak rencana-

rencana yang dapat memberi kesedaran kepada pembaca, khasnya pelajar sekolah boleh disiarkan dalam media

massa. Media elektronik pula boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, pihak

media massa mestilahsedar tanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli.

Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala

buli. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan

peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan

pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan bulihendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah

hendaklah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar

menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil

tindakan.

Pelajar-pelajar pula perlu memillh kawan yang baik. Hal ini kerana, rakan sebaya juga boleh mempengaruhi

tingkah laku seseorang pelajar. Pelajar perlu diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan sebaya yang baik. Pelajar juga

perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan pelajar yang nakal dan mempunyai tahap disiplin yang rendah.

You might also like