You are on page 1of 3

AMERIKA SYARIKAT (AS) adalah satu-satunya negara di mana

undang-undang kawalan senjata amat longgar sekali. Antara punca


utama situasi ini adalah prinsip yang sekian lama dipegang iaitu
setiap warga negara itu ada hak di sisi perlembagaan untuk
membawa senjata bagi tujuan mempertahankan dirinya. Hak ini
dinyatakan dalam Pindaan Kedua Perlembagaan AS. Dalam kes
District of Columbia lwn. Heller (2008), Mahkamah Agung
memutuskan bahawa Pindaan Kedua itu melindungi hak individu
untuk memiliki dan membawa senjata.

Disebabkan undang-undang kawalan senjata di AS dikuatkuasakan


oleh kerajaan negeri, terdapat perbezaan antara satu negeri dengan
negeri lain. Kajian pada 2016 menunjukkan bahawa dalam negeri di
mana undang-undang kawalan senjata lebih serius dan keras
dikuatkuasakan, jumlah kematian akibat senjata kurang dari negeri
lain di mana undang-undangnya lebih longgar. Hawaii mempunyai
kadar kematian akibat senjata yang paling rendah manakala
Colombia menunjukkan kadar paling tinggi.

Akibat keinginan memiliki senjata api (atas alasan melindungi diri),


sebuah portal (www.smartgunlaw.org) menyatakan baru-baru ini
bahawa pada setiap tahun 117,000 warga negara itu menjadi
mangsa tembakan. Mengikut satu portal lain (
www.massshootingtracker.org) pada tahun ini sahaja sudah berlaku
lebih 270 insiden tembakan rambang (mass shootings) dalam negara
itu.

Nevada adalah salah sebuah negeri di mana undang-undang


kawalan senjatanya amat longgar sekali. Sesiapa sahaja boleh
membawa senjata dan tiada peraturan yang mewajibkan seorang itu
mendaftar diri sebagai pemilik senjata. Latar belakang pembeli
senjata perlu diperiksa hanya jika pembeli membeli senjata di kedai
senjata. Jika senjata dibeli bukan dari kedai senjata, tidak ada apa-
apa peraturan yang perlu dipatuhi. Begitu juga, tidak ada had
ditetapkan bagi seorang itu membeli peluru dan tidak ada halangan
bagi seorang itu membeli senjata semi-automatic.

Begitulah keadaan undang-undang di Nevada pada Ahad 1 Oktober


lalu apabila seorang lelaki berusia 64 tahun, pesara akauntan dari
Mesquite Nevada bernama Stephen Craig Paddock menembak mati
59 orang dan mencederakan 527 orang lain dalam satu siri
tembakan rambang di Las Vegas, Nevada. Mangsa pada masa itu
sedang menyaksikan festival muzik di luar Hotel Mandalay Bay, Las
Vegas. Selesai menembak mangsanya dari bilik hotel di tingkat 32
hotel yang sama, Paddock kemudian membunuh diri.
Pasukan polis yang menyerbu bilik hotelnya selepas itu menjumpai
23 senjata pelbagai jenis termasuk scopes (alat pandang jauh seperti
yang digunakan oleh penembak tepat). Dalam siasatan lanjut
selepas itu di rumah Paddock, polis menjumpai 19 senjata lain
termasuk bahan letupan dan ribuan butir peluru. Dalam keretanya
pula, polis menjumpai ammonium nitrate serta bahan baja yang
boleh dijadikan bahan letupan seperti yang digunakan dalam
pengeboman di Oklahoma pada 1995.

Kejadian ini merupakan tembakan rambang yang paling dahsyat


sekali dalam sejarah AS. Setakat ini polis Las Vegas menyifatkannya
sebagai satu serangan lone wolf kerana tidak ada maklumat
menunjukkan ia sebahagian dari serangan pengganas.

Mengikut FBI, Paddock tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan


pengganas luar negara walaupun kumpulan Daesh selepas itu
menyatakan Paddock ada salah seorang askar jihadnya.
Penganalisis berita berpendapat Daesh hanya mahu mencari
publisiti murahan dengan mendakwa Paddock adalah ahli kumpulan
pengganas itu.

Mengutuk insiden berdarah itu, Presiden Donald Trump


menyifatkannya sebagai satu perbuatan yang amat jahat, tetapi
langsung tidak membuat sebarang kenyataan mengenai undang-
undang kawalan senjata di negara itu.

Umum mengetahui bahawa Trump menyokong hak membawa


senjata dan mempertahan diri dan tidak setuju undang-undang
kawalan senjata yang lebih ketat atau keras dikuatkuasakan di
negara berkenaan.

Sebelum serangan terbaharu itu, insiden tembakan yang terburuk


dalam sejarah AS berlaku pada Jun 2016 apabila seorang penembak
menyerang sebuah kelab gay di Orlando, Florida mengorbankan 50
nyawa dan 53 orang cedera. Sebelum itu, dalam insiden tembakan
rambang di San Bernadino (2015), 14 nyawa terkorban dan 21
cedera manakala di Sandy Hook Elementary School di Connecticut
(2012), 27 nyawa terkorban dan seorang cedera.

Stesen televisyen NBC News dalam siaran awalnya mengenai


insiden berdarah itu mengemukakan beberapa soalan - Apakah
Paddock menghadapi masalah hutang perjudian yang menyebabkan
dia bertindak ganas? Apakah ada isu agama atau politik yang
membuat dia bertindak sedemikian? Apakah Paddock seorang
anggota kumpulan pengganas Daesh? Kesemua soalan ini tidak
terjawab.

NBC News juga bertanya apakah ada faktor lain yang mendorong
Paddock berbuat demikian? Rekod FBI menunjukkan bahawa
Benjamin Hoskins Paddock, bapa penembak, adalah seorang
perompak bank tegar yang namanya tercatat senarai penjenayah
yang diburu agensi itu, selepas dia memboloskan dirinya keluar dari
sebuah penjara di Texas semasa menjalani hukuman penjara 20
tahun.

Kesimpulannya, apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari


tragedi berdarah di Las Vegas ini? Pada hemat saya, status quo
undang-undang sekarang (yang begitu longgar di Nevada) tidak
boleh dibiarkan berterusan.

Mengikut akhbar The Guardian, pada November 2016 lalu pengundi


Nevada sudah pun setuju meluluskan satu undang-undang kawalan
senjata baharu. Tetapi malangnya, hingga kini ia belum lagi
dikuatkuasakan.

Saya setuju dengan pendapat Phillip Carter, kolumnis di portal


www.slate.com bahawa The only way to stop a bad guy with a gun
in a high-rise building at night is to make sure he doesnt have a
gun.

Datuk Salleh Buang ialah bekas Peguam Persekutuan di Jabatan


Peguam Negara dan bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Skudai, Johor

You might also like