You are on page 1of 5

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES “THE MASCOT”

Berdasarkan kajian, kes ini menceritakan tentang seorang guru pelatih


bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun
dan mendapat tutor bernama Mrs Clem. Permasalahan berlaku apabila Mrs Clem
memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya. Dalam masa yang sama, Cathy
hanya berdiri di hadapan kelas bagaikan ‘Mascot’ kerana Mrs Clem berat hati untuk
memberi peluang kepada Cathy untuk mengajar. Masalah lain timbul apabila Mrs
Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual dan memperkenalkan
kepentingan St. Patricks Day kepada murid-murid secara tiba-tiba walhal Cathy tidak
membuat sebarang persediaan.

Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunakan ‘Science Kit’


sebagai bahan bantu mengajar. Cathy telah mengingatkan Pn. Clem untuk membawa
‘Science Kit’ tersebut. Apabila Cathy bertanya, dia mengatakan bahawa “Science kit’
itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Pn. Clem tidak membenarkannya.
Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati ‘Science Kit’ yang diinginkan tiada di
tempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada Pn. Clem. Cathy meminta Tai
mengikutnya mengambil ‘Science Kit’ tersebut tetapi Mrs Clem mahu Jabar yang
mengambilnya. Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan pengajarannya. Namun,
Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy
menegur Jabar dan tindakan drastik Jabar ialah keluar dari kelas dengan bersahaja.

Mrs Clem berkata tindakan itu adalah hak Jabar sebagai seorang murid. Cathy
tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya
keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat sebelum
waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy mengambil keputusan untuk berjumpa
Jabar dan bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar
menyangka Cathy tidak menyukainya. Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai
kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar
hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs Clem banyak
mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran.

Berdasarkan analisis cerita di atas, saya telah menggariskan bahawa terdapat


tiga model yang berkaitan iaitu Model Skinner’s- Modifikasi tingkah laku, Model
Dreikurs’s- Model akibat logikal dan Model Glasser’s- Terapi realiti.

Menurut Skinner, pengukuhan positif merupakan rangsangan yang


diberikan untuk menggalakkan dan mendorong murid-murid mengulangi rangsangan
atau sikap yang baik. Tingkah laku yang diikuti ganjaran(pengukuhan) akan kerap
berlaku. Contohnya, semasa Cathy menjalankan proses p&p, dia menyediakan ‘good
work tickets’ iaitu ganjaran bagi murid yang menyiapkan kerja sekolah dengan cepat.
Melalui pengukuhan positif ini, sudah pasti tingkah laku murid-murid boleh dibentuk
walaupun ada sesetengah tingkah laku perlu dibentuk secara berperingkat-peringkat.

Pengalaman yang lalu juga akan mempengaruhi tindakan yang


selanjutnya. Sebagai contoh, Mrs Clem semakin beranggapan negatif terhadap
Cathy selepas peristiwa Cathy tidak bersetuju dengan pandangan beliau dalam
pengajaran dan tindakan Cathy mengkritik gaya pembelajaran Mrs Clem telah
menyebabkan Cathy tidak diberi peluang untuk mengajar. Konflik ini berlaku sehingga
memberikan Jabar pelbagai imuniti untuk melakukan sebarang masalah disiplin
seterusnya menyebabkan Cathy tidak dapat mengawal Jabar. Ringkasnya,
pengalaman lalu merupakan konsekuen yang membawa kepada kawalan tingkah laku
yang berubah dalam persekitaran kini.

Selain itu, penggunaan ‘Reverse Phsycology’ dilakukan untuk


menginsafkan murid yang melakukan kesalahan. Sebagai contoh, Jabar sering
berbual dengan rakannya dan mengendahkan arahan Cathy ketika di dalam kelas.
dalam diri Jabar telah timbul rasa berkuasa kerana Mrs Clem sentiasa
menyebelahinya dan apabila Cathy menunjukkan kekecewaan, Jabar bertindak keluar
dari kelas.
Di dalam model ini, terdapat kekuatan dan kelemahan yang telah dikaji. Antara
kekuatan yang ada ialah penggunaan pengukuhan positif akan membawa tingkah laku
yang baik dan lebih berkesan berbanding pengukuhan negatif. Pengukuhan yang
berterusan akan mengekalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, penggunaan strategi
modifikasi tingkahlaku akan menyedarkan guru agar peka dengan apa yang berlaku
dalam bilik darjah. Antara kelemahannya pula ialah murid akan dimanipulasi
melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran. Ia juga agak merbahaya jika digunakan
oleh guru yang kurang peka dan tidak beretika.

Model kedua iaitu Model Akibat Logikal yang diutarakan oleh Dreikurs
menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. Berdasarkan
kajian kes, ia berkaitan dengan keperluan dalam menginginkan perhatian murid-
murid. Sebagai contoh, Jabar mengganggu tumpuan rakan lain ketika Cathy memberi
kerja. Selain itu, terdapat situasi di mana Mrs Clem mencelah dengan menyuruh Jabar
mengambil ‘science kit’ itu. Setelah mengambilnya, Jabar langsung tidak memberikan
perhatian terhadap pengajaran Cathy.

Selain itu, terdapat juga keperluan dalam membalas dendam seperti yang
ditunjukkan oleh Jabar. Dia bersikap kurang ajar kepada cathy kerana menyangka
Cathy tidak menyukainya. Konflik terus berlaku apabila Mrs Clem melepaskan Jabar
sebelum penahanannya selesai. Jabar semakin hilang hormat kepada Cathy kerana
Mrs Clem lebih berkuasa daripada Cathy. Mrs clem pula menggunakan kuasa yang
diberikan secara autokratik. Segala pandangan Cathy ditolak mentah dan mereka
bertelagah di hadapan murid-murid setelah Cathy memberikan hadiah sebagai
ganjaran kepada murid yang menyiapkan kerja dengan cepat. Rasa berkuasa juga
timbul dalam diri Jabar setelah Mrs Clem menyuruh dia mengambil ‘science kit’.
Penggunaan model ini dapat memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab ke
atas tindakan mereka. Tetapi, ia agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang
setimpal dengan salah laku tertentu.
Model ketiga iaitu Terapi Realiti Glasser yang menekankan setiap individu
supaya memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa mengganggu keperluan dan
kehendak individu lain. Ini dibuktikan melalui sikap keinginan untuk dipunyai Jabar.
Dia berkelakuan nakal kerana menyangka Cathy tidak menyukainya. Sikap manusia
yang ingin memiliki kuasa juga dilihat pada Jabar ketika Mrs Clem memilihnya untuk
membantu Cathy mengeluarkan ‘science kit’. Setiap individu bertingkah laku mengikut
cara tertentu agar membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.
Model ini berkesan bagi guru permulaan untuk pelan pengurusan bilik darjah yang
sistematik dan berstruktur. Tetapi, tidak semua murid berupaya menyelesaikan
masalah tingkahlaku masing-masing kerana mereka belum mencapai kematangan
emosi, psikologi atau perkembangan.

Untuk mengatasi masalah di atas, terdapat beberapa strategi yang boleh


digunakan. Pertama, guru perlu mengekalkan suasana pembelajaran yang positif
supaya dapat mempengaruhi tingkahlaku positif daripada murid-murid sesuai dengan
model Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Bagi murid yang sering berborak semasa
guru mengajar seperti Jabar, kaedah time-out boleh digunakan.

Selain itu, guru perlu mempelbagaikan aktiviti dalam p&p agar lebih seronok
dan berkesan. Sesuai dengan model Terapi Realiti Glasser, terdapat sepuluh langkah
yang disarankan bagi memastikan proses p&p berjalan lancar iaitu memilih strategi
yang sesuai digunakan, mengatasi masalah melalui dua cara iaitu memberi latihan
yang menarik dan relevan serta membina hubungan positif dengan murid,
meningkatkan cara penyoalan, membuat perbincangan dengan murid, meminta murid
membuat pelan tindakan yang positif, dan menghantar murid ke lokasi lain tetapi
selesa sambil dipantau guru bertugas. Perlaksanaan terapi ini perlulah dilaksanakan
mengikut kesesuaian murid tersebut.
Bukan itu sahaja, guru perlu memberi peluang kepada murid untuk
memperlihatkan kemampuan mereka tetapi jangan pula sampai terlalu memberi
kepercayaan atau kuasa kepada mereka. Pendekatan ‘reverse phsycology’ juga
sesuai digunakan bagi murid yang suka melawan dan tidak mengikut arahan.

Seterusnya, berdasarkan kes yang diberi, sebagai guru, Mrs Clem seharusnya
dapat mengenal pasti masalah di dalam kelas dan membina hubungan ‘rapo’ antara
dia dan Cathy. Cathy pula seharusnya melibatkan semua murid dalam proses p&p
supaya tidak ada seorang pun dianggap tersisih seperti Jabar. Perhatian yang lebih
perlu diberi kepada murid yang sukar dikawal. Cathy juga seharusnya sudah mahir
dalam teknik menangani kemampuan murid yang berbeza-beza. Selain itu, cathy dan
Mrs Clem hendaklah berbincang dengan mengenalpasti punca masalah yang berlaku
antara mereka dan berusaha mengatasinya bersama-sama.

Disediakan oleh:

(RAIMY SYARAFINA BINTI ROHIM)

You might also like